Jurnal Keduaku
Bismillah..
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian yang dirahmati si pencipta terutamanya kepada Dr. Zamri. Ini merupakan kali kedua, saya meninta titik penulisan ini atas nama tugasan jurnal untuk pengajian kursus pengurusan emosi. Kesal juga rasanya, kerana agak lambat serta mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan idea bagi penulisan ini walaupun ianya hanyalah bersadarkan pengalaman dan pembelajaran di dewan kuliah. Sebagai refeksi diri untuk kali ini, sememangnya saya perlu muhasabah diri agar dapat berubah dan keluar dari kepompong kemalasan dan menyiapkan tugasan dengan lebih awal dan teliti.
Untuk jurnal kali ini, ingin saya berkongsi sedikit tentang apa yang dipelajari pada kuliah pengurusan emosi yang lepas (rabu, 3 Ogos 2011 bersamaan 3 ramadhan 1433H). Berkemungkinan apa yang saya perkongsikan sedikit berbeza pemahamannya dengan pelajar lain. Jikalau ada salah dan silapnya, saya amat mengharapkan teguran. Daripada kuliah lepas dua isi utama yang saya dapat adalah berkenaan teori 'Izard's Universal Facial Expressions' dan emosi positif berkenaan 'kebahagiaan'. Mengharapkan lebih pemahaman berkenaan isi-isi kuliah ini, terdetik di hati saya untuk merujuk kembali nota-nota kuliah. Walaubagaimanapum, Jujur saya katakan bahawa sebelum mengambil kursus ini, saya sememangnya tidak pernah menyedari bahawa wujudnya teori-teori dan kajian-kajian terutamanya dari barat berkenaan emosi. Bersyukur rasanya apabila didedahkan dengan penemuan kajian-kajian ini.
Berbalik kepada 'input' yang saya dapat. Teori 'Izard's Universal Facial Expressions' menekankan berkenaan perkembangan emosi selepas kelahiran dan perkaitannya dengan ekspresi wajah seseorang. Ada diberikan contoh yang mana bayi akan belajar untuk beremosi seperti takut, marah, ketawa dan sebagainya. Akan tetapi pada waktu berkenaan, yang mana waktu perkembangan ianya tiada kaitan dengan ekspresi muka. Dikatakan bahawa bayi boleh memberi senyuman, akan tetapi masih tidak bermaksud bahawa senyuman yang diberikan itu merujuk bahawa dia gembira atau tidak. Hal ini kerana bayi tersebut masih lagi berada dalam proses pembelajaran. Dia belajar menunjukkan reaksi dan emosi seperti menangis apabila lapar. Proses pembelajaran inilah yang akan melahirkan emosi kita sekarang. Sebagai seorang yang telah matang, kita boleh mengekspresikan perasaan kita melalui pelbagai cara, tetapi biasanya cara yang digunakan adalah cara yang biasa kita amalkan. Dalam kuliah juga ada disebut, seseorang itu boleh mengawal dan mengalami sesuatu emosi itu pada sudut yang berbeza, akan tetapi keadaan mengzahirkan emosi itu kebiasaannya adalah sama. Apa yang hendak diperkatakan di sini adalah ekspresi muka itu sama sahaja bagi sesiapa pum. Jika kita gembira, kita senyum. Jika kita berduka kita masam. Begitu juga lain-lain ekspresi muka seperti terkejut, meluat dan sebagainya. Inilah yang dapat saya katakan melalui apa yang dipelajari berkenaan 'Izard's Universal Facial Expressions' dan mungkin inilah yang mahu disampaikan berkenaan "Role of Learning and Experience " yang mana terbahagi kepada 2 iaitu 'biological view of experience' dan 'learning theory view of experience'. Biologikal mengetengahkan ekspresi mimik muka, manakala 'learning' secara jelasnya merujuk kepada proses pembelajaran itu sendiri.
Ingin saya menyetuh berkaitan ekspresi muka dengan emosi seseorang. Pada pendapat saya, hal ini berkemungkinan merupakan suatu yang subjektif. Mungkin hanya sesetengah orang sahaja yang dapat meneka atau menafsir akan perasan mahupun emosi melalui wajah. Pada saya kebanyakan yang lain tidak dapat meneka dengan tepat, lainlah jikalau ianya memang ketara jelas pebuatannya. Pernah juga saya berjumpa dengan seseorang yang mukanya agak garang, tapi sifatnya amat lemah lembut sekali. Oleh itu, sukar hendak membezakan apa eksperesi yang ingin disampaikan. Bak kata pepatah inggeris, 'Don't judge book by it cover'. Mungkin ini hanyalah pandangan saya sahaja. Kebiasaan yang kita selalu tonton di televisyen, menerusi drama-drama dan cerekarama, ada tepatnya juga teori Izard ini. Kita sememangnya akan tersentuh akan watak yang dibawa ditambah dengan eksperesi mukanya apabila kita menjiwai watak berkenaan. Tapi pernahkah kita terfikir, itu sekadar lakonan bukannya emosi sebenar.
Suka juga saya perkongsikan disini akan apa yang saya pelajari selama hidup ini di muka bumi ini. Pengeksperisian emosi seseorang itu dapat dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti persekitaran, jantina, umur dan lain-lain. Persekitaran amat mempengaruhi, bila bersama ahli keluarga cara kita mengzahirkan emosi berbeza bila bersama rakan. Sesetangah orang mungkin lebih mesra dengan rakan, tidak kurang juga dengan ahli keluarga. Cara kita memberitahu mereka bahawa kita tidak sukakan sesuatu ada bezanya. Ini menunjukkan taraf penghormatan kita pada seseorang. Aspek jantina juga tidak kurang pengaruhnya. Perempuan berjiwa keibuan yang lebih lembut daripada lelaki. Mereka mudah meluahkan sesuatu perkara, tidak kurang juga menitiskan air mata. Bagi lelaki pula lebih pada egonya yang mahu dilihat sasa dan matang. Ada yang sangat benci pada kelembutan, tapi sukakan cabaran. Faktor umur juga penting dalam hal kita memandang sudut kematangan seseorang. Orang dewasa lebih lebih pandai mengawal perasaan berbanding kanak-kanak, tidak kurang juga remaja seperti kita yang sukakan cabaran. Remaja dikatakan berdarah panas dan sukakan sesuatu yang baru serta mudah terpengaruh. Bagi mereka yang terpengaruh dengan budaya barat, lebih senang mengeksperesikan sifat buas mereka walaupum di khalayak ramai. Berbeza dengan orang matang yang berumur, yang mana kita dapat sama-sama minta pandangan daripada beliau akan sesuatu perkara. Bak kata pepatah orang yang makan garam tahu akan kemasinan hidupnya. Inilah pandangan saya berkenaan tajuk yang dipelajari minggu ini.
Berbalik pada topik kedua berkenaan kebahagiaan. Sebenarnya, tajuk yang diperkongsikan adalah berkenaan perihak emosi positif. Terdapat pelbagai emosi positif, tetapi yang paling dapat dilihat aldah mengenai kebahagian. Kebahagian adalah matalamat hidup semua orang. Siapa yang tidak mahukan kebahagian. Dalam kuliah Dr. Zamri sendiri pun ada disebut berkenaan kebahagian-kebahagiaan yang dicari oleh manusia. Antaranya adalah perkahwinan. Sememangnya ini merupakan topik panas yang sangat suka dibincangkan oleh semua orang terutamanya mahasiswa. Sebagai seorang muslim yang bergiat atas nama ALLAH, kebahagian itu dapat diprolehi apabila kita mnghayati agama. Kita mahukan kebahagiaan di akhirat yang mengharapkan syurga ALLAH . Di dalam kitab petunjuk Al-Quran, Allah SWT menerangkan jalan kebahagiaan dan kesejahteraan, juga faktor-faktor kebinasaan dan kesengsaraan manusia. Hubungan baik kekeluargaan dan kemasyarakatan, masalah-masalah hukum dan akhlak, keperluan-keperluan jiwa dan raga, tugas-tugas individu dan sosial, adat istiadat yang benar dan yang menyimpang di dalam masyarakat manusia, perintah-perintah dan undang-undang keuangan serta perekonomian, dan berbagai topik lain yang berperan di dalam kebaikan atau kerusakan individu dan masyarakat, semua ini dijelaskan di dalam Kitab ini. Meskipun di dalam Al-Quran disebutkan juga kisah-kisah tentang kaum-kaum terdahulu, berbagai peristiwa peperangan dan pertempuran, sejarah kehidupan manusia-manusia, baik lelaki maupun perempuan, namun Al-Quran bukanlah sebuah buku cerita, melainkan kitab pelajaran bagi kehidupan kita saat ini. Oleh karena itu nama kitab ialah Al-Quran yang berarti bacaan. Sebuah kitab yang harus dibaca, hanya saja bukan sekedar dibaca dengan lidah, sebagaimana kitab pelajaran di sekolah-sekolah dasar. Ia adalah Kitab yang harus dibaca disertai dengan tafakkur dan tadabbur atau penghayatan, sebagaimana yang diminta oleh Al-Quran itu sendiri. Itulah kata-kata ALLAH yang menyuruh kita mencari kebahagiaan hakiki.
Alhamdulillah, setakat ini sahaja jurnal saya buat kali ini, diharap segala perkongsian dapat diterima semua dan jika ada silap dan salah minta dibetulkan. Wallahua'lam.
kemah molek gambar demo cari
ReplyDeletehahhaa..biasa boh!!
ReplyDeleteFirman Allah di dalam surah Ar-Ra’d, ayat 29, “Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”
ReplyDeleteItulah kebahagiaan yang sebenar.