Sunday, September 4, 2011

A126990 Shakirah Binti Hasshim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang sudi membaca journal saya yang tidak seberapa ini. Kini telah genap 6 kali kuliah dan ini merupakan artikel yang ke 5 yang perlu saya dan kawan-kawan semua sediakan sebagai perkara wajib selepas kuliah. Dr. zamri telah membatalkan sesi kuliahnya pada hari ini dan telah menggantikan sesi kuliah hari ini dengan aktiviti lain iaitu dengan sesi menonton video dan kuiz. Walaubagaimanapun, ada sedikit kuliah telah disampaikan di akhir waktu ZT bagi memastikan saya dan kawan-kawan lain lebih memahami konsep MBTI dan teori besar lima (the big five theory). Kami juga telah diajar tentang 2 jenis personaliti yang selalu diuar-uarkan oleh doctor-doktor ukm iaitu personality type A dan B. selama ini, saya tahu wujudnya kedua-dua jenis personality ini, tetapi saya tidak tahu secara terperinci apakah peranagi sebenar A dan B ini.
Berdasarkan video yang di tayangkan bertajuk Personality A and B types, jenis A adalah seorang yang makan cepat, bangun awal, selalu dalam kekocohon, tidak sabar, teratur, perfectionist, selalu meneliti masanya, memandu laju daripada orang lain dan suka bersaing. Manakala bagi jenis B pula, adalah seorang yang  tenang, selamba, bersabar, tidak terkejar-kejar, bercakap perlahan, pandu perlhan dari orang lain, relax dan kewujudannya disukai ramai. Berdasarkan maklumat ini, saya telah meletakkan diri saya seorang jenis B. walaupun pada hakikatnya saya memandu laju daripada orang lain, majority perangai saya lebih kepada jenis B. dalam kuliah, majority pelajar adalah jenis B. Jenis C pun ramai juga iaitu jenis "Confius", tidak tahu diri jenis apa.
Myers-Briggs Type Indicator (MBTI). Sebelum dr. menerangkan apa itu MBTI, dr. telah meminta kami semua untuk menjalani suatu ujian. Dimana kami harus memilih salah satu hurus dari setiap kategori soalan samada I (introversion) atau E (extraversion),S (sensing) atau N (intuition), T (thinking) atau F (feeling), J (judgement) atau P (perception). Berdasarkan ujian yang dikendalikan dr., saya telah mendapat keputusan ISFJ. ISFJ merupakan introverted sensing type, iaitu seorang yang dominan dengan sifat pendiam. ISFJ adalah The Nurturer dimana mereka seorang yang boleh dijadikan kakak atau abang angkat kerana sifat 'mengambil berat'. Mereka juga seorang yang munasabah, setia, sensitive, pemalu, bersederhana dan rendah diri. Pada pendapat saya orang seperti ini susah untuk berhadapan dengan khalayak ramai dan pasti susah untuk melakukan apa-apa pekerjaan yang memrlukan pertolongan daripada orang lain. Tetapi orang seperti ini boleh dipercayai dan kita boleh menceritakan masalah kita pada mereka kerana mereka seorang yang boleh menyimpan rahsia.
Dr. zamri juga telah berkonsi suatu video tentang kehidupan dan perasaan semasa kita kanak-kanak. Kalau kita mengimbas kembali kehidupan kita semasa kanak-kanak, kita rasa kita mempunyai kehidupan yang paling sempurna. Kita rasa ibu dan bapa, abang dan kakak, adik dan saudara-mara. Semua perkara kelihatan baik dan  menyeronokkan. Ibu dan bapa kita sering menceritakan perkara yang boleh menenangkan hati kita. Tetapi, bila kita meningkat dewasa, kita mula memikirkan pperkara sebenar dan baru kita dapat melihat gambaran dan memahami apa yang berlaku. Tidak semua perkara dan masalah mudah untuk diselesaikan. Kalau dulu kita jarang melihat ibu dan bapa kita menangis, tetapi sekarang, kita dapat melihat pmereka menangis pada zahirnya dan juga pada hatinya. Bila kita sudah dewasa kita dapat merasa apa yang ibu bapa kita rasa dan baru kit adapt bertindak sebaiknya. Jadi, kita cuba salami diri kita dan diri ibu bapa kita agar segala masalah dapat diatasi dengan baik.
Saya juga telah belajar beberapa sifat manusia yang ada di dunia ini dan contoh sifat yang terbaik boleh kita dapati ialah pada diri rasullullah. Beliau merupakan manusia terbaik yang kita boleh contohi.ianya telah pun dibuktikan dalam sirah nabawiyah dan ia nya juga telah di tekankan oleh Allah dalam firmanNya di dalam surah al-Ahzab, ayat ke 21, yang bermaksud
Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu merupakan  teladan yang baik bagi kamu sekalian (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.
Sifat rasulullah ini telah membawa perubahan yang besar bukan sahaja di zaman baginda sendiri, tetapi ia juga membawa perubahan hingga ke zaman sekarang. Ramai orang yang beriman yang mndalami sirah dan menghayati nya akan menjadi manusia yang disenangi oleh masyarakat. Sifat rasulullah adalah praktikal dan ianya adalah yang terbaik. Saya tidak tahu bagaimana untuk mengklasikikasikan sifat baginda yang mana satu mengikut teori lima besar atau teori MBTI. Tetapi dalam pandangan saya, jelas bahawa rasulullah  mempunyai sifat yang terbaik yang harus di contohi oleh kita semua tidak kira kita seorang yang islam atau tidak. Contoh sifat rasulullah yang sering kita dengar adalah baginda seorang yang penyabar. Beliau tidak pernah marah atas perkara-perkara yang remeh-temh melainkan perkara itu bertentanagn dengan hokum syariat. Saya teringat suatu kisah dimana baginda masih boleh tersenyum walaupun baginda adalah manusia yang paling banyak memikirkan masalah umat. Tiada siapa pernah melihat baginda bermasam muka melainkan hanya senyuman yang terukir dibibir baginda. Kalau kita bandingkan dengan diri kita, baru sahaja hilang pemadamkita sudah pun bermasam muka. Padahal itu hnya lah perkara yang remeh sahaja.
Konklusinya, didunia ini terdapat pelbagia jenis sifat manusia. Bukan dua, tiga atau empat, tetapi enam belas sifat manusia yang wujud di dunia ini. Kita seharusnya cuba untuk mengadaptasi kepada sifat-sifat manusia lainnya supaya kita dapat menerima kperbezaan orang lain dengan tenang.dengan perbezaan sifat ini kita dapat bekerja denagn baik. Contohnya, sekiranya kita seorang yang panas bara, maka kita memerlukan orang yang penyabar dan tenang. Sekiranya kita seorang yang tergesa-gesa kita perlukan orang yang teratur utnuk membantu kita. Segala kerja dapat berjalan degan lancer sekiranya kita bersatu padu dan sering bekerja sama antara saatu sama lain. Kita akan menghasilkan suatu kerja yang terbaik. Dulu saya pernah juga memikirakan alangkah bagusnya dunia ini sekiranya semua orang macam saya . tetapi bila difikirkan balik, saya juga mempunyai kelemahan dan denagn kelemahan ini saya tidak akan dapat member yang terbaik sekiranya semua orang mempunyai kelemahan seperti saya. Sya bersyukur tidak semua manusia dilahirkan seperti saya. Saya menyedari hakiakt ini dengan lebih tepat selepas tamat kuliah ini. Terikasih dr. zamri kerana tunjuk ajar dari dr. saya tidak lagi merasakan saya adalah manusia yang terbaik sednagkan masih ramai lagi kawan kawan saya yang mempunyai sifat yang hebat yang saya sendiri kagumi. Sekian, terima kasih. 

No comments:

Post a Comment