Assalamualaikum. Alhamdulillah ini adalah jurnal terakhir saya (LJ05). Pada minggu ini kuliah bermula seperti biasa pada jam dua petang. Pada minggu ini tiada kuliah tetapi ada aktiviti pembelajaran yang lain. Terdapat special task pada minggu ini di mana kami dikehendaki untuk menulis jurnal berdasarkan pada task yang telah diberikan. Terdapat tiga task iaitu teori psikoanalitik, soalselidik MBTI dan Teori Besar Lima.
Untuk task yang pertama, kami perlu membaca slide dan teks tentang teori psikoanalitik. Untuk task ini juga, kami telah ditayangkan dengan satu klip video dan perlu mengaitkan kilp video tersebut dengan teori psikoanalitik. Sambungan dari teori FKP yang lepas, teori psikoanalitik adalah berbeza dari teori fisiologikal dan teori kognitif. Seperti apa yang telah saya fahami melalui slide ini, teori fisiologi mengatakan bahawa emosi datangnya hasil dari otak dan system saraf kita tetapi terdapat percanggahan dalam teori James Lange. Teori James  ;Lange mengatakan bahawa emosi bergantung sepenuhnya pada tindak balas yang dihantar oleh sistem saraf autonomic dan somatic. Tetapi bagi orang yang broken necks,mereka mempunyai emosi walaupun tiada signal yang dihantar ke otak. Dalam teori Cannon-Bard pula, beliau menganggap emosi adalah sama sekali tidak bergantung kepada signal dari autonomic dan somatic. Tetapi, apa yang didapati adalah respon autonomic dan somatic terhadap stimulus emosi dapat mempengaruhi emosi seseorang. Buktinya, apabila seseorang tinggal di dalam rumah berhantu akan membuatkan dia menjadi lebih sensitive terhadap bunyi bising. Teori kognitif pula mengatakan bahawa pemikiran memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan emosi. Kedua-dua teori fisiologi dan kognitif ini menganggap pengalaman emosi yang dihasilkan adalah secara sedar. Tetapi tidak bagi Sigmund Freud, beliau tidak bersetuju dengan kedua-dua teori tersebut. Sigmund Freud mengatakan bahawa pengalaman emosi yang berlaku adalah secara tidak sedar. Menurut Sigmund Freud di dalam teori psikoanalitik, kita tidak sedar akan emosi, motif dan pengalaman memori kita tetapi ketidaksedaran kita ini dapat m empengaruhi tingkah laku kita. Kebiasaannya golongan yang mengalami emosi di bawah tahap ketidaksedaran ini adalah golongan kanak-kanak. Penekanan emosi tidak sedar ini adalah lebih kepada emosi negative seperti bimbang dan marah. Kadang-kadang kita akan rasa marah dan bimbang tanpa sebab yang kukuh. Setelah menonton klip video "Childhood Experience", saya serba sedikt dapat mengaitkannya dengan teori psikoanalitik. Semasa kita kanak-kanak, kita akan selalu menganggap hidup kita adalah yang paling sempurna dan kita akan selama-lamanya bahagia tanpa mengalami sebarang&nbs p;kesulitan dan kekecewaan. Kita merasakan di mana ada kegelapan,pasti akan sentiasa ada cahaya yang akan menerangi hidup kita. Semasa kita kanak-kanak, kita mudah untuk beremosi, kita mudah untuk merasakan marah, benci,perasaan memberontak, perasaan tidak puas hati dan pelbagai perasaan yang negatif. Kite sering marah apabila kawan kita mengkhianati kita, kita sering mempersoalkan kesusahan yang kita alami dan kesenangan yang dialami orang lain, kita selalu mengharapkan balasan di atas setiap apa yang kita lakukan, kita menganggap kasih sayang itu sia-sia dan tidak berguna, kita sering merasakan hidup kita keseorangan, tidak pernah puas dengan kehidupan yang sedia ada dan mudah untuk mempercayai orang lain. Semua yang kita rasai semasa zaman kanak-kanak adalah secara tidak sedar. Emosi itu datang dengan sendirinya dan tanpa dapat kita kawal. Kita tidak berfikir secara mendalam sehingga satu hari kita sedar dan mula untuk berfikir secara positif dan sedar. Kita akan sedar bahawa bukan setiap orang yang kita jumpa ingin berkawan dengan kita, tidak semua apa yang kita inginkan akan kita dapat, kita& nbsp;akan memikirkan bahawa setiap apa yang ibubapa kita katakan adalah untuk kebaikan kita, dan jangan sesekali kita mudah untuk mempercayai orang lain. Kita akan mula untuk berfikir dari sudut yang positif dan memikirkan penyelesaian bagi setiap masalah. Teori psikoanalitik adalah teori yang menceritakan bagaimana emosi yang kita rasai berlaku tanpa kita sedar namun ia mampu untuk mempengaruhi segala tingkah laku kita. Dalam klip video ini, saya mempelajari bahawa semasa kita kanak-kanak, segala emosi ysng kita tunjukkan sebenarnya adalah dipengaruhi oleh teo ri psikoanalitik. Kadang-kadang, kita marah tanpa sebab yang kukuh, memberontak tidak tentu pasal dan semua ini adalah emosi yang kita hasilkan tanpa kita sedar.
Seterusnya, kami ditayangkan dengan video tentang personaliti diri iaitu type A dan type B. Orang yang type A mempunyai personaliti makan cepat, bangun tidur awal, selalu dalam keadaan terburu-buru, tidak sabar, kerja yang tersusun, sentiasa inginkan kesempurnaan, selalu meneliti jam tangan, memandu laju dari biasa, suka bersaing. Type B pula mempunyai personaliti yang tenang, memandu dengan kadar kelajuan biasa atau minimum, seorang yang ringkas, makan dengan perlahan, penyabar, tidak terburu-buru dan terlalu bimbang, bercakap dengan perlahan, dan relaks. Melalui kajian ini, saya dapati saya lebih menjurus kepada personality type B. Bagi seseorang yang type A, mereka perlu lebih relaks dan menenangkan diri supaya tidak mudah mendapat penyakit seperti sakit jantung dan sebagainya.
Seterusnya kami dikehendaki untuk menjawab soalselidik MBTI. Terdapat empat komponen MBTI iaitu Extrovert atau Introvert (E atau I), sensitif atau intuitif (S atau N), pemikir atau perasa (E atau F), dan memahami atau menilai (J atau P). Ekstravert versus Introvert. Individu dengan perwatakan ekstravert digambarkan sebagai individu yang ramah, suka bergaul, dan tegas. Sedangkan individu dengan personaliti introvert digambarkan sebagai individu yang pendiam dan pemalu. Sensitif versus Intuitif. Individu dengan perwatakan sensitif digambarkan sebagai individu yang praktis&nb sp;dan lebih menyukai susunan. Mereka fokus pada detail. Sebaliknya, individu dengan perwatakan intuitif bergantung kepada proses-proses tidak sedar dan melihat gambaran umum. Pemikir versus Perasa. Individu yang termasuk dalam perwatakan pemikir menggunakan alasan dan logik untuk menangani masalah, sedangkan individu dengan perwatakan perasa bergantung nilai-nilai dan emosi pribadi mereka. Memahami versus Menilai. Individu yang cenderung memiliki perwatakan memahami menginginkan kawalan dan lebih suka dunia mereka teratur dan tersusun sedangkan individu dengan perwatakan menilai cenderung lebih fleksibel dan spontan.
Task yang terakhir adalah Teori Besar Lima. Teori ini meliputi OCEAN iaitu Openness, Conscientiousness, Extraversion, Agreeableness dan Neuroticism. Openness merujuk kepada appreciation for art, emotion, adventure, unusual ideas, curiosity, and variety of experience. Conscientiousness adalah tendency to show self-discipline, act dutifully, and aim for achievement; planned rather than spontaneous behaviour. Extraversion adalah Energy, positive emotions, surgency, and the tendency to seek stimulation in the company of others. Agreeableness adalah tendency to be compassionate and  ;cooperative rather than suspicious and antagonistic towards others. Neuroticism adalah a tendency to experience unpleasant emotions easily, such as anger, anxiety, depression, or vulnerability. Saya merasakan saya adalah dalam personaliti conscientiousness.
Secara kesimpulannya, kajian soal selidik personaliti ini telah membuatkan saya untuk lebih mengenali dan memahami perwatakan diri saya. Bagi saya, seseorang yang menginginkan kejayaan dan kesempurnaan dalam hidup, dia perlulah memiliki personaliti yang seimbang dan belajar untuk memahami diri sendiri.
No comments:
Post a Comment