Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari raya semua. Petama sekali, syukur alhamdulillah kerana saya telah berjaya untuk meneruskan jurnal saya buat kali kelima dan saya percaya ini merupakan jurnal saya yang terakhir untuk subjek pengurusan emosi sebelum kami beralih kepada tugasan kumpulan. Secara jujurnya, saya dapati jurnal pembelajaran ini betul-betul membantu kami menghayati sesi pembelajaran yang telah kami lalui dan saya gembira kerana berjaya melengkapkan kesemuanya.
Beralih kepada sesi kuliah, sebenarnya saya dan beberapa rakan yang lain tidak dapat menghadirkan diri ke kuliah yang kelima ini kerana kami terpaksa menghadiri raptai penutup Ihya' Ramandhan. Setiap daripada kami memegang beberapa jawatan penting untuk majlis tersebut dan saya sebagai exco teknikal induk terlibat dalam pemantauan raptai majlis tersebut. Kami telah diberi pelepasan dan pengecualian untuk hadir ke kuliah oleh Dr. Zamri. Oleh itu, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. zamri kerana bermurah hati dan faham dengan situasi kami. Salah seorang rakan saya telah menceritakan kembali sesi pembelajaran pada kuliah yang kelima pada hari tesebut, di mana pensyarah tidak menjalankan kuliah seperti selalunya tetapi lebih banyak melibatkan tontonan video lagu, menjawab kuiz personality diri dan juga teori personality 'Big Five'.
Sesi kuliah pada kali ini adalah bertemakan Emosi dan Personaliti, di mana saya sendiri percaya dua elemen ini saling berkait rapat dan emosi yang baik dapat membawa kepada satu personaliti yang terpuji. Di samping itu, kami telah diberikan tugasan yang perlu disiapkan pada sesi kuliah. Antara tugasan tersebut, petama ialah berkaitan klip video yang ditayangkan dengan Psychoanalytic Theory. Tugasan kedua pula ialah kami dikhendaki membuat MBTI Personality Test. Manakala tugasan yang ketiga pula iaitu tugasan terakhir ialah kami juga dikhendaki untuk membuat Big Five Personality Test bagi mengenalpasti ciri-ciri personaliti sendiri dan memberi komen.
Seperti yang sudah sedia maklum, saya tidak hadir pada sesi kuliah tersebut dan tidak melengkapkan semua tugasan yang telah diberikan oleh Dr. Zamri pada sesi kuliah tersebut. Namun begitu, saya telah berpeluang melengkapkan semua tugasan itu di waktu yang lain di mana Dr. Zamri telah mengambil langkah yang bijak dengan menyediakan link yang memaparkan sedutan video beserta kedua-dua jenis Personality Test. Sekali lagi saya ingin berterima kasih kepada Dr. Zamri kerana sentiasa prihatin terhadap para pelajar. Oleh itu, saya telah menonton sedutan video dan saya telah mencuba tugasan ini sendiri melalui link yang telah diberikan oleh pensyarah sendiri di facebook. Bagi saya, tugasan ini merupakan satu tugasan yang bagus dan menarik bagi setiap pelajar kerana jika kita berjaya menjawab kesemua soalan dengan jujur, tugasan ini dapat memperlihatkan personaliti sebenar para pelajar. Saya berusaha menjawab salah satu tugasan tersebut iaitu MBTI Personality Test dengan jujur dan tepat.
Terlebih dahulu, saya akan menceritakan pandangan saya terhadap video ringkas yang telah dipaparkan oleh Dr. Zamri. Video tersebut memaparkan ciri- ciri individu yang mempunyai personaliti Type A dan juga Type B. Individu yang mempunyai personaliti Type A, boleh didefinisikan sebagai seorang yang serius dan selalu inginkan kesempurnaan dalam apa jua perkara yang dilakukannya manakala individu yang mempunyai personaliti Type B sangat berbeza, di mana mereka lebih tenang dalam membuat sesuatu keputusan. Terdapat sebuah kajian yang telah dijalankan, di mana melalui kajian tersebut mendapati bahawa seseorang yang mempunyai personaliti Type A mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang sakit jantung. Merujuk kepada diri saya sendiri, saya dapat rasakan saya seorang individu yang berpersonaliti Type B, di mana sepanjang saya membuat keputusan dalam kehidupan saya, saya terlebih dahulu sabar, tenang dan berfikir sejenak sebelum memilih untuk membuat keputusan. Alhamdulillah, setiap keputusan yang telah saya buat selama ini, memberikan kesan yang baik dalam kehidupan seharian saya. Oleh itu, saya lebih suka memilih untuk menjadi seorang yang berpersonaliti Type B.
Seterusnya, Personality Test, setelah membuat tugasan ini saya agak terkejut kerana saya mendapat personaliti ISTP, di mana personaliti ini lebih cenderung kepada bidang kerja mekanik dan bukannya bidang perubatan yang saya ambil ketika ini. Semasa menyelesaikan tugasan Big Five Personalities pula, hasilnya menunjukkan saya seorang "Agreeableness". Individu yang memiliki personaliti ini boleh dikatakan seorang mempunyai rasa belas kasihan yang tinggi terhadap orang lain atau sesuatu. Dalam erti kata yang lain, individu ini mudah cepat rasa belas kasihan apabila melihat seseorang itu ditimpa kesusahan. Personaliti ini jelas terdapat dalam diri saya di mana sebagai contoh, saya mudah rasa belas kasihan terhadap peminta sedekah yang tidak berupaya daripada segi fizikal lalu saya hulurkan bantuan wang ringgit kepadanya. Kerap kali saya lakukan perkara tersebut apabila ternampak peminta sedekah di kaki lima.
Secara kesimpulannya, setiap daripada kita mempunyai personaliti yang unik dan kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. Jika personaliti kita ini mendatangkan keburukan dan tidak menyenangkan orang di sekeliling kita, kita boleh berusaha untuk mengubahnya bagi menyenangkan hati orang lain. Kita hendaklah sentiasa berpesonaliti baik dan terpuji bagi kehidupan yang selesa :)
No comments:
Post a Comment