Sunday, September 4, 2011

A131422 AMIR BIN ABDUL RAHMAN LJ05 PERSONALITI=IDENTITI

       



          Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya tujukan ucapan ini kepada semua pelajar perubatan Tahun 2 kerana kita setinggi syukur masih lagi diberi peluang untuk meneruskan karya penulisan jurnal buat kali yang kelima pada tika dan masa ini.Saya rasa masih tidak terlalu lambat untuk mengucapakan juga salam akhir Ramadhan khas ditujukan kepada muslimin dan muslimah yang bakal pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut hari lebaran yang sudah pasti sangat dinanti-nantikan iaitu Hari Raya Aidilfitri.Walaubagaimanapun,jangan dilupa juga kepada sahabat-sahabat kita,ahli keluarga kita yang tidak berkesempatan untuk menyambut hari lebaran bersama-sama kerana setiap daripada yang hidup akan menempuhi masalah yang tidak dijangka kehadirannya.Sememangnya,kegembiraan untuk menyambut hari raya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata mahupun ungkapan,tetapi perlu diingat bahawa emosi kegembiraan perlu dikawal dengan baik dan tidak dizahirkan secara berlebihan kerana ia mempengaruhi tingkah laku seterusnya menggambarkan personaliti kita.Jadi,amat sesuai sekalilah dengan tajuk yang ingin saya kupas pada kali ini berkaitan dengan emosi dan tingkah laku atau dengan kata yang lebih saintifik ialah teori psychoanalytic.Jika didengar buat pertama kalinya tentang teori ini,anda pasti akan mengerutkan dahi tanda seribu persoalan tanpa kefahaman.Inilah yang turut terjadi kepada saya pada permulaanya tetapi setelah diteliti dengan terperinci,akhirnya teori ini dapat difahami dengan mudah sekali.
 
 
 
           Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan psychoanalytic?Psychoanalytic adalah satu orientasi yang merangkumi proses fisiologi dan kognitif yang menganggap bahawa pengalaman emosi adalah proses sedar.Setiap tindak balas yang berlaku pada tubuh badan kita adalah disebabkan oleh fungsi otak yang mengaktifkan anggota-anggota badan untuk melakukan sesuatu perkara bersesuaian dengan keadaan persekitaran.Oleh itu, setiap perbuatan yang dilakukan atas kerelaan diri sendiri oleh setiap manusia akan menunjukkan emosinya secara sedar.Di sini,ingin saya mengambil contoh situasi seorang peminta sedekah.Sekiranya kita cakna dan prihatin terhadap keadaan mereka,sudah pasti kita akan dapat lihat perubahan yang terpancar pada wajah mereka ketika menerima bantuan daripada kita.Kita dapat lihat perubahan tersebut melalui ucapan terima kasih yang kebiasaanya akan diiringi dengan senyuman penuh kesyukuran.Semua ini berlaku dalam sedar peminta sedekah itu sendiri.Mengapa saya berpendapat begini kerana masakan pengemis itu akan tersenyum secara sendirinya melainkan dengan kehendak sendiri untuk menghargai semula sumbangan si penderma tersebut.Namun demikian,terdapat teori lain juga yang dinyatakn oleh Sigmund Freud bahawa beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataan di atas,dan baginya pengalaman emosi adalah proses tidak sedar.
 
 
           Menurut hasil kajian psychoanalytic daripada Carl Jung, Katharine C. Briggs, and Isabel Briggs Myers,yang pada permulaanya salah seorang daripada mereka iaitu carl Jung telah menemukan bahawa setiap orang mempunyai bentuk psikologinya yang unik yang tersendiri.Melalui personaliti ini, kita akan menggunakannya sewaktu menerima segala maklumat, mengenalpasti perkara yang berlaku dan seterusnya bertindak balas terhadap perlakuan itu .Akan tetapi,apabila kita menerima maklumat,kita akan menerima segala input tersebut melalui deria kita atau kata hati kita dan dalam pada masa yang sama,kita akan memilih dan membuat keputusan melalui objective logic dan subjective.Secara normal dan fitrahnya,setiap orang telah mengaplikasikan keempat-empat fungsi di atas,tetapi apa yang membezakan mereka adalah tahap aplikasi terhadap objek sekeliling.Hal yang demikian inilah membentuk personaliti kita yang unik lagi beerbeza ini.Di sebalik semua itu,masih ada satu fungsi yang sangat mempengaruhi setiap tindak-tanduk kita iaitu fungsi dominant.Oleh itu,berdasarkan huraian di atas,para pengkaji telah membahagikan personaliti seseorang kepada 8 bahagian,iaitu,
 
A)Extraverted Sensing (modern types: ESFP, ESTP)
       B)Introverted Sensing (modern types: ISTJ, ISFJ)
              C)Extraverted Intuition (modern types: ENFP, ENTP)
D)Introverted Intuition (modern types: INFJ, INTJ)
E)Extraverted Thinking (modern types: ESTJ, ENTJ)
F)Introverted Thinking (modern types: ISTP, INTP)
G)Extraverted Feeling (modern types: ESFJ, ENFJ)
H)Introverted Feeling (modern types: INFP, ISFP)
 
 
Kemudian, Katherine Briggs telah menyambung kajian Carl Lung dengan lebih melanjut. Akhirnya, anak perempuannya, Isabel Briggs Myers telah berjaya menghasilkan kajian itu. Hasil kajian itu telah mendapati, setiap orang mempunyai primary mode dalam fungsi-fungsi personaliti yang disebut seperti di bawah ini,iaitu:
 
      a)Our flow of energy, iaitu sumber kita untuk mendapatkan informasi kita, sama ada kita mendapat informasi itu secara diri sendiri (Introverted) atau kita mengetahui sesuatu daripada orang lain dan sumber luar (Extraverted)
 
      b How we take in information, iaitu cara kita mendapatkan informasi kita. Terdapat dua cara untuk mendapatkan informasi, sama ada kita bergantung kepada lima kuasa badan kita (sense) ataupun kita lebih bergantung pada gerak hati kita(Intituition)
 
      c) How we prefer to make decisions, cara kita membuat keputusan. Adakah kita membuat keputusan berdasarkan bukti-bukti dan skill logic kita (thinking)? Ataupun kita membuat keputusan berdasarkan perasaan keperibadian kita? (Feeling)
 
     d) The basic day-to-day lifestyle that we prefer, iaitu cara membuat pilihan untuk kehidupan kita, sama ada kita hidup dalam keadaan sekeliling yang lebih teratur structured dan organized-(Judging). Ataupun sebaliknya, kita lebih menyukai kehidupan yang mempunyai perubahan dan lebih bebas? (Pereiving)
 
 
 
         
Setiap personaliti yang dihuraikan di atas akan menghasilkan 16 personaliti yang berbeza.Berdasarkan kategori di atas,saya telah mendapati bahawa saya merupakan ENTJ. Mengikut kajian ini, saya merupakan seorang yang lebih mengutamakan logik dan rational.Saya berpotensi untuk memegang jawatan ketua kerana saya mudah dalam menyelesaikan masalah secara lebih efektif.Malangnya,saya tidak dapat bertolak ansur dengan sesuatu perkara yang tidak mengikut kehendak saya kerana saya bukanlah seseorang yang penyabar.Oleh itu,kelihatan cepat marah dengan sesuatu per.kara yang tidak bertepatan dengan kehendak hati saya.Namun demikian,saya  lebih suka berinteraksi dengan orang lain dan dapat berbuat demikian dengan mudah.Kelebihan seorang yang ENTJ ialah mereka berminat dengan idea dan pendapat orang lain,bersemangat,tinggi komitmen,berfikiran terbuka,pengurusan wang yang baik,lurus,fasih berkomunikasi dan sebagainya.Tetapi,sebagai seorang ENTJ,semangat berkobar-kobar yang ditunjukkan kadangkala menimbulkan tanggapan negatif bagi sesetengah pihak bahawa mereka seorang yang angkuh lagi sombong.Sikap tidak mengenal erti putus asa yang hanya inginkan kemenangan dan kejayaan juga boleh menyebabkan orang disekeliling berasa seperti ditindas dan dikawal dan ini menjadi satu bebanan kerana mereka akan dianggap seperi bos dan orang-orang yang berada dibawah kawalannya dilayan seperi hamba abdi.Ini adalah satu tanggapan yang salah kerana seseorang yang ENTJ adalah sangat profesional dalam tugasannya.Individu ENTJ lebih mengutamakan kebajikan anak buahnya melebihi diri sendiri.
 
Oleh itu,sebagai kesimpulannya,ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa emosi sangat memberi impak yang besar dalam menonjolkan personality dan imej bagi setiap orang.Teringat saya kata-kata guru Bahasa Melayu ketika disekolah dulu bahawa imej dan personality ibarat pakaian.Jika pakaian itu cantik,maka baiklah pandangan orang pada kita.Tetapi alangkah sangat baiknya jika budi pekertinya cantik kerana itulah sebaik-baik pakaian di dunia mahupun di akhirat kelak.Saya berharap moga-moga kita semua memilih pakaian yang sesuai dengan tuntutan,bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri.Sekian,terima kasih. 

No comments:

Post a Comment