Sunday, September 4, 2011

Teori Psikoanalitik, MBTI dan Big Five Theory

Salam sejahtera. Pada 24 Ogos 2011, kuliah ZT PEngurusan Emosi dijalankan seperti biasa di dewan kuliah satu pada pukul 2 petang. Kami diberitahui bahawa kuliah hari tersebut tidak berkaitan dengan nota-nota kuliah tetapi bertumpu kepada video yang berkenaan dengan personality. Selain itu, kami diberikan tiga tugas iaitu, membaca Psychoanalytic Theory dan mengaitkan theory tersebut dengan video yang ditunjukkan, menjawab soal selidik MBTI dan membincangkan personality kami dan akhir sekali menjawab soalselidik Teori Besar Lima (Big Five Theory) dan membincangkan keputusan yang terdapat pada akhir soalselidik tersebut.

Dalam Teori Psikoanalitik, emosi merupakan sesuatu reaksi yang semula jadi apabila seseorang berada di tahap yang sedar. Pengalaman atau emosi yang berlaku secara tidak sedar kebanyakannya berlaku semasa kanak-kanak. Walau bagaimanapun, emosi-emosi yang negative adalah penekanan dalam teori ini seperti di mana yang ditunjukkan iaitu, bimbang dan marah. Semasa video ditunjukkan, perubahan emosi berlaku secara sedar dan semula jadi.

Selepas itu, video yang ditunjukkan ialah personality yang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu, Type A dan Type B. Seseorang yang mempunyai personality Type A mempunyai cirri-ciri yang berikut,  semangat bersaing, kurang kesabaran, agresif, selalu tengok jam, buat kerja dengan teratur, memandu dengan cepat, bercita-cita tinggi, stress, kesempurnaan. Type B pula mempunyai cirri-ciri seperti berikut, kesabaran, relax, dan sebagainya. Selepas tes ini, saya mendapati bahawa saya mempunyai cirri-ciri yang seperti ditunjukkan dalam personality Type A. Pada pendapat saya, personality ini sebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa tahap yang berbeza, yang adanya intensity lagi tinggi, manakala yang ada dikategorikan sebagai intensity yang rendah. Sesetengah orang mempunyai prinsip-prinsip tersendiri yang akan mempengaruhi pembahagian seseorang kepada dua jenis personality.

Dalam MBTI, kami diberikan soalselidik MBTI (Myers-Briggs Type Indicator). Hal ini merupakan tes keperibadian yang menggunakan empat cirri-ciri utama dan mengekategorikan seseorang individu ke dalam salah satu dari enam belas jenis keperibadian. Berdasarkan keputusan yang diberikan dalam tes tersebut, kami diklasifikasikan ke dalam ciri ekstraver atau introver, [sensitif]] atau intuitif, pemikir atau perasa, dan memahami atau menilai. Instrumen ini adalah instrumen penilai kepribadian yang paling sering digunakan dalam seluruh dunia.

Extrovert mempunyai cirri-ciri yang suka social dan mempunyai keyakinan manakala introvert adalah lebih senyap dan malu. Sensing pula adalah yang lebih praktikal dan bercenderung menumpukan perhatian kepada perinci-perinci sesuatu manakala intuitive adalah mempunyai idea yang lebih kasar dan kebanyakannya bergantung kepada proses secara tidak sedar. Thinking adalah menggunakan sebab dan logic untuk menangani masalah manakala feeling lebih bergantung kepada emosi dan perasaan mereka untuk membuat keputusan. Judging lebih suka mendapat pengawalan sesuatu situasi dan suka memberikan perintah kepada orang lain untuk menyempurnakan sesuatu seperti yang ditunjukkan oleh seorang ketua manakala perceiving adalah lebih fleksibel dan spontan tanpa di bawah pengawalan orang lain.

Dalam soalselidik ini, saya telah mendapat keputusan ISTJ iaitu introverted, sensing, thinking dan judging.  ISTJs tend to be quiet and reserved. They generally prefer interacting with a few close friends rather than a wide circle of acquaintances, and they expend energy in social situations (whereas extraverts gain energy). Saya setuju dengan apa-apa yang ditunjukkan iaitu, saya agak senyap dan bercenderung untuk berinteraksi dengan beberapa kawan yang lebih baik sahaja berbandingan dengan bersosial dengan banyak orang. ISTJs tend to be more concrete than abstract. They focus their attention on the details rather than the big picture, and on immediate realities rather than future possibilities. Dalam konteks ini, saya berasa saya menumpukan perhatian saya kepada kedua-dua aspek sama ada yang akan datang atau yang sedang berlaku. Saya tidak mempunyai kecenderungan kepada mana-mana satu sahaja. ISTJs tend to value objective criteria above personal preference. When making decisions, they generally give more weight to logic than to social considerations. Saya agak bersetuju dengan apa yang digambarkan oleh ayat di atas kerana saya membuat keputusan kebanyakan di atas pemikiran logikal dan realiti dan bukannya keinginan saya kerana saya berasa keinginan telah mencampur emosi saya dan saya tidak berharap ada apa-apa emosi yang akan mempengaruhi keputusan saya. ISTJs tend to plan their activities and make decisions early. They derive a sense of control through predictability. Saya amat setuju dengan ini kerana pada pendapat saya, saya berasa sekiranya saya membuat keputusan dengan lebih awal dan membuat segala persediaan dengan sempurna sebelum sesuatu aktiviti berlaku, saya mempunyai rasa yang lebih "security". Sebagai kesimpulan untuk MBTI, saya agak setuju dengan keputusan yang diberikan selepas membuat tes ini dan saya berpandangan bahawa hal ini boleh digunakan dalam pelbagai situasi dan secara universal walaupun bukannya segala tepat. Hal ini dapat membantu saya lebih memahami sendiri dan mengetahui kekurangan dan kemudiannya mendorong saya membuat kebetulan pada kekurangan saya.

Seterusnya, kuliah hari ini diteruskan dengan Teori Lima Besar (Big five theory)  yang mengulaskan lima komponen iaitu openness to experience, extroversion, conscientiousness, neuroticism / emotional stability, dan agreeableness. Faktor-faktor lima besar mencakup ekstraversi, mudah akur dan bersepakat, sifat berhati-hati, stabilitas emosi, dan terbuka terhadap hal-hal baru.Extroversion menggambarkan seseorang yang berasa selesa dalam konteks perhubungan dan social. Agreeanleness pula menggambarkan kecenderungan seseorang untuk mengikut apa-apa sahaja yang dilakukan atau yang dicadangkan oleh orang lain dan jarang membantah. Conscientiousness pula merupakan kebolehpercayaan kepada sendiri atau keyakinan. Emotional stability pula menerangkan kebolehan seseorang untuk menghadapi stress dan menanganinya dengan cara yang betul tanpa menyinggung perasaan orang lain. Openness to experience pula menggambarkan seseorang yang mempunyai pemikiran yang luas dan dapat pelbagai pendapat orang lain selain menunjukkan kesukaannya kepada banyak benda, situasi atau peristiwa.

Dalam Teori Lima Besar, selepas soalselidik yang dijalankan, saya mendapati bahawa saya digolongkan kepada kategori agreeableness. Hal ini mengulaskan bahawa saya berkecenderungan untuk menjadi pengikut dalam kumpulan. Saya agak bersetuju dengan hal ini kerana saya kekurangan keyakinan untuk memujuk orang lain untuk mengikut apa-apa yang terdapat dalam pemikiran saya. Akan tetapi, sekiranya saya yang menjadi ketua untuk sesuatu kumpulan, saya berpendapat bahawa saya bukan lagi digolongkan kepada agreeableness kerana saya berasa saya mempunyai kuasa terhadap kumpulan saya dan saya perlu mengambil tanggungjawab saya untuk mengetuai dan membawa kumpulan saya kea rah yang betul dan kejayaan.  Saya berpendapat bahawa seseorang merupakan kombinasi semua komponen yang ditunjukkan dalam Teori Lima Besar dengan tahap yang berbeza dengan sesuatu komponen yang mempunyai tahap yang lebih tinggi manakala komponen yang lain mempunyai tahap yang lebih rendah. Oleh itu, sekiranya seseorang ingin menjadi orang yang sempurna, dia perlulah "balance" dalam semua komponen.

 

No comments:

Post a Comment