From: cheeyuen_lee@hotmail.com
To: ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com; tugasan2253@gmail.com
Subject: A131531 Emosi dan Personaliti LJ05
Date: Sun, 4 Sep 2011 16:19:02 +0800
Salam sejahtera kepada Dr. Zamri dan rakan-rakan. Jurnal ini merupakan jurnal terakhir bagi ZT. Berikut merupakan tugasan yang perlu kami laksanakan pada sesi ini. Tugasan 1 merupakan membaca slaid tentang Teori Psikoanalitik dan menonton klip video pertama yang ditayangkan tepat jam 2 petang. Seterusnya, kami harus mengaitkan apa yang ditayangkan dalam video dengan teori psikoanalitik.
Dalam Tugasan 2, kami dikehendaki menjawab soal selidik MBTI. Pada akhir ujian ini, kami akan mendapat tahu kategori personaliti kami masing-masing dan hendaklah dibincang dalam LJ05. manakala Tugasan 3, kami dikehendaki menjawab soalselidik Teori Besar Lima (Big Five Theory). Pada akhir ujian ini, kami akan mendapat tahu kategori personaliti kami dan hendaklah dibincangkan dalam LJ05.
Kelas yang dilangsungkan pada hari in merupakan luarbiasa karana kita tidak ditayangkan dengan nota-nota kuliah tetapi video yang menarik perhatian. Video yang bertajukkan " childhood experience" menyampaikan satu mesej yang telah lama wujud dalam minda saya. Semakin besar, saya mempunyai semakin banyak keraguan tentang'hidup' dan 'orang'. Semasa kecil, saya merupakan seorang yang sangat ceria dan percaya kepada dunia ini merupakan tempat yang tiada orang jahat. Saya tidak faham kenapa orang akan membuat sesuatu yang tidak berkemanusiaan sehingga saya semakin besar, barulah saya terpaksa menerima hakikat ketidaksempurnaan dunia ini. Walaupun begitu, saya tetap amat percaya kepada ' hope'! apabila saya menghadapi dengan cabaran ataupun kesusahan, saya sentiasa percaya kepada keharapan. Kepercayaa ini mungkin tidak mengubah dunia, kerana dunia ini masih terdapat orang yang jahat atapun peristiwa yang sedih tetap berlaku, namun ia sekurang-kurangnya mengubah cara saya hidup dalam dunia ini. Saya memilih untuk hidup dengan cara saya yang tersenditi dan sentiasa ada 'hope'.
Bagi tajuk Psychoanalytic theory yang diusulkan oleh Sigmund Freud, Psychoanalytic theory dapat didefinisikan sebagai personality development which underlie and guide psychoanalytic and psychodynamic psychotherapy. Teori ini telah menekankan kepentingan pengalama dan peristiwa yang berlaku semasa zaman kanak-kanak dalam mempengaruhi seseorang semasa dia menjadi semakin dewasa. Dalam erti kata lain, pengalaman seseorang itu boleh mempengaruhi perkembangan mental seseorang. Pemikiran seseorang juga akan dijejaskan semasa dia menjadi dewasa.
Seterusnya, kami didedahkan tentang Type A and Type B personality. Orang yang mempuiyai Type A personality biasa makan dengan cepat, tidak sabar, suka bertanding, bangun dengan awal, sentiasa tengok jam, pandu dengan cepat, cakap dengan pantas dan sebagainya. Mereka yang Type A personality juga ada kemungkinan yang lebih tinggi untuk menjangkiti sakit jantung disebabkan cara kehidupan yang lebih stress. Seorang yang mempunyai Type B personality pula terbalik iaitu makan dengan lambat, sabar, pandu dengan perlahan, tenang, tidak formal, relak dan senang mencapai persetujuan. Saya seorang yang mempunyai Type B personality. Cara hidup saya lebih menuju kepada "slow and steady". Saya rasa cara hidup dan personality ini amat selesa bagi saya. Mungkin kadang-kala sikap ini menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah orang kerana mengikut mereka, sikap saya tidak apa-apa dan selalu lambat semasa keluar. Walaupun begitu, saya akan tetap menjalani hidup dengan 'slow and steady' dengan tidak menimbulkan masalah kepada orang lain. Kebanyakkan orang sekarang mengutamakan persaingan tetapi dalam hidup saya, saya tidak suka bertanding. Dunia aman tanpa pertandingan.
Kemudian , Dr.Zamri memulakan soal selidik MBTI dalam bentuk pembentangan. Setiap pelajar diminta menjawab soal selidik ini atas sehelai kertas. Terdapat empat bentuk emosi dan setiap satu terdapat dua pilihan dan setiap pelajar dikehendaki memilih satu setiap pilihan yang diwakili oleh beberapa soalan. Ujian soal selidik ini mengkategorikan lapan personaliti kepada empat bahagian. Setiap satu kategori terdiri daripada dua personaliti yang berlawanan.
• Kategori pertama(E/I) : Pilihan antara Extraversion(E) dan Introversion(I)
• Kategori kedua(S/N) : Pilihan antara Sensing(S) dan Intuition(N)
• Kategori ketiga(T/F) : Pilihan antara Thinking(T) dan Feeling(F)
• Kategori keempat(J/P) : Pilihan antara Judging(J) dan Perceiving(P)
Melalui soal-selidik ini, saya dapat ESTP yang merupakan personality " Doer". ESTP menerangkan personality friendly, adaptable, action-oriented. Mereka merupakan "Doers" who are focused on immediate results. Living in the here-and-now, they're risk-takers who live fast-paced lifestyles. Impatient with long explanations. Extremely loyal to their peers, but not usually respectful of laws and rules if they get in the way of getting things done. Great people skills. Ada yang saya rasa tidak berapa tepat seperti risk-takers who live fast-paced life, yang ini saya tidak berapa bersetuju kerana saya seorang risk-taker tetapi saya tidak suka hidup yang fast-paced. Action-oriented juga menjadi persoalan kepada saya. Saya mungkin ada banyak plan dan idea tetapi saya rasa saya jarang bertindak kecuali saya didorongkan. Satu personality yang saya agak bersetuju ialah saya tidak suka mengikut hukm(law) dan peraturan terutamanya apabila menjalani sesuatu perkara kerana saya berpendapat bahawa sekira saya tidak keterlaluan dan perbuatan saya tidak lari daripada "belief" dan principle saya.
Seterusnya ialah soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory)..Bagi soal selidik yang terakhir iaitu soal selidik Teori Besar Lima( Big Five Theory). Mengikut Teori Besar Lima ini, lima major personaliti itu diringkaskan sebagai 'OCEAN' iaitu Extroversion, Agreeableness, Conscientiousness, Emotional Stability dan Openness to Experience. Komponen dalam OCEAN ialah Openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness dan neuroticism. Melalui soal selidik ini, personaliti yang saya peroleh adalah agreeableness. Saya merupakan seorang yang senang mencapai persetujuan dalam perbincangan.
Kesimpulannya, personaliti setiap orang memang berbeza dengan perbezaan latar belakang, pengalaman dan pemikiran. Kita tidak boleh mengubah personality seseorang, tetapi kita boleh belajar untuk menerima personality orang tersebut dan cara response. Dengan ini, persengkeraan antara manusia dapat dikurangkan dan duni ini akan lebih sesuai untuk dihidup.
No comments:
Post a Comment