Sunday, September 4, 2011

A132033 Siti Dzulaikha Zulkifli


 
Personality has power to uplift, power to depress, power to curse, and power to bless. 
Paul Harris
Ahad, 4 September 2011, 5.35 p.m.
                Assalamualaikum. Ini adalah kali kelima aku menulis learning jurnal. Aku mmg blurred la masa nak tulis ni. Aku tak tau la nak karang apa nak bagi cukup 1000 patah perkataan. Selalunya aku akan siapkan jurnal pegurusan emosi awal-awal tapi perkara yang sebaliknya berlaku. Mungkin disebabkan aku tak mengdadiri kuliah ayahlong pada minggu tersebut. Mungkin juga disebabkan aku masih dalam mood raya :D . walaupun aku dah buat personality test yang diuploadkan oleh ayanhlong tetapi aku masih blurred. Ye la,aku bukannya betul-betul faham pun bahasa yang digunakan dalam test tu. Aku jawab yang mana aku rasa nak jawab ja la. Soalan dye pun aku tak paham sangat tapi aku jawab jugak la. Bahasa dia guna tu tinggi sangat kot. Tapi ada jugak la yang aku faham. So,boleh aku tulis untuk jurnal kali ini.
                Oleh sebab jurnal kali ini lain sikit daripada jurnal-jurnal yang sebelum ni aku buat,aku rasa memang lama la masa yang aku kena ambil untuk siapkan jurnal ni.huhu.. tapi aku harap sangat aku dapat habiskan jurnal ni dalam masa 2 jam J. Huraian yang pertama ialah  tentang  video mengenai personality type A dan B yang aku baru ja lepas habis tonton. Sebelum ini aku tak perasan pulak yang video tu dah diupload. Alhamdulillah bertambah lagi ilmukun dan ada la idea sikit aku nak tulis tentang apa. Kalaw suruh aku pilih aku ni personality jenis mana aku rasa aku tak taw nak pilih yang mana satu. Kadang-kadang aku rasa jenis A tapi selalunya aku rasa aku ni jenis B la.. :D selalu ja aku relaks bila tak siap kerja rumah. Tak payah ambik contoh yang jauh la,jurnal ni boleh dijadikan contoh. Malam ni date lines tapi aku selamba ja baru mula buat petang ni. Tu pun bukan,boleh duk selit lagi dengan buka facebook..hehe.. Tapi aku harap boleh la siap.
                Personality type A ni merujuk kepada orang yang suka tergesa-gesa,kalut,selalu tegok jam,mementingkan kesempurnaan dan sebagainya. Walupun sekali pandang golongan yang mempunyai personality seperti ini dianggap tidak bagus namun kita haruslah mengakui bahawa personality seperti ini penting untuk menghasilkan mutu kerja yang berkualiti. Tetapi jika orang yang mempunyai personality seperti ini menjadi bos kita buruk juga padahnya..hehe. ya la..mana taknya semua kerja nak sempurna.. mana boleh la kan… nobody perfects :D. Aku rasa aku mempunyai personality type B. Golongan yang mempunyai personality type ini lebih relaks,penyabar dan sebagainya. Golongan ini lebih mudah untuk dibawa bekerjasama kerana mereka boleh bertolak ansur tidak terlalu mementingkan kesempurnaan. Namun bagi aku setiap individu mampu menukar personalitinya dengan menukar mind setting diorang.Segalanya mungkin. Hal ini disebabkan kita bertindak selari dengan pemikiran kita. Ini pada pendapat aku je lah. Setakat mana kebenaranya wallahuaklam :D
                Seterusnya ialah aku akan huraikan tentang ujian personality kedua yang aku jawab. Ujian tersebut ialah Big 5 Personality Test. Kalaw kita dengar tajuk pun kit dah boleh agak yang test ini mempunyai lima personality. Agak menguji kesabaran jugak la test ini sebabnya banyak soalan terpaksa dijawab. Selepas itu kami dikehendaki mengira markah. Berdasarkan test tersebut personality saya ialah agreeableness yakni bermaksud persetujuan la kot..heee. berikut merupakan  sifat-sifat golongan yang mempunyai personality seperti ini. Ini selepas aku translate guna google translator..thanks google translator J
1.kecenderungan untuk belas kasihan dan kerjasama dan bukannya yang mencurigakan dan bermusuhan terhadap orang lain.

2.nilai mendapatkan bersama-sama dengan orang lain.

3.bertimbang rasa, mesra, murah hati, suka menolong, dan bersedia untuk berkompromi demi kepentingan mereka dengan orang lain.

4. mempunyai pandangan yang optimistik terhadap sifat manusia.

5.percaya bahawa rakyat pada dasarnya jujur​​, sopan, dan boleh dipercayai.
Kalaw nak dibandingkan dengan sifat aku,adalah betulnya jugak test ni. Lebig kurang 95% la ketepatannya. Tetiba ja aku rasa lapar. So, aku kena berhenti dulu la walaupun memang tengah bayak idea lagi ni. Rasa rugi pulak nak berhenti menulis..huhu. Apapun  kesihatan harus diutamakan. Kalaw aku tak makan nanti sakit perut  lagi la tak boleh siapkan jurnal ni. Memang la ada ubat tapi mencegah lebih baik daripada merawat. Nampaknya aku dah mengarut lebih ni.. ok2..berhenti dulu :D..
                Seterusnya aku akan sambung dengan test MBTI. Test ini tak lah banyak sangat solannya tapi banyak jugak la..huhu. Selepas menjawab teori ini keputusan personality yang aku perolehi ialah ESTJ. :D Selepas digoogle translate inilah ciri-ciri individu ESTJ.. Untuk ESTJs penggerak dalam kehidupan mereka adalah kemahuan  untuk menganalisis dan membawa masuk ke dalam perintah logik dunia luar acara, orang, dan perkara-perkara yang. ESTJs suka untuk menyusun  apa-apa yang datang ke dalam kepentingan mereka,dan mereka akan bekerja dengan penuh bertenaga untuk menyelesaikan tugas-tugas jadi mereka dengan segera boleh bergerak dari satu tugasan ke tugasan yang lain. Perasaan mereka mengarah kepada mereka kepada fakta dan realiti semasa, dan dengan itu memberikanpemikiran mereka yang berkualiti pragmatik. ESTJs mengambil tanggungjawab merekasecara serius dan mempercayai orang lain berbuat demikian juga.
            Pada pendapat aku ketepatan test ini dengan cifat aku yang sebenar ialah 95 % juga hal ini disebabkn terdapat banyak perkara yang dinyatakan bertepatan dengan sifat aku.Sebagan contoh, aku akan menyenaraikan tugasan yang perlu aku buat dan menyelesaikan dengan cepat supaya aku sapat membuat tugasan lain. Masalah yang timbul daripada sifat ini ialah tugasan aku yang lain akan tergendala apabila aku gagal menyiapkan tugasan yang terdapat dalam senarai aku. Aku akan merasa sangat puas apabila dapat menyelesaikan satu persatu tugasan aku. Aku juga akan menjadi lebih bertenaga untuk menyiapkan tugasan yang lain apabila aku dapat menyiapkan sesuatu tugasan. Itu merupakan salah satu kelebihan aku dan individu yang mempunyai personality ESTJ.
                Kesimpulannya kiata tidak harus mempercayai test itu semata-mata.hal ini disebabkan setiap individu mempunyai sifat-sifat semulajadi yang mampu diubah oleh diri mereka sendiri. Sebagai contoh kita tidak bolehlah menggangap golongan yang pessimist itu merupakan golongan yang teruk kerana mereka sudah terdidik dengan cara begitu.jadi kita tiaj bolehlag menghakimi seseorang itu berdasarkan personality test sebaliknya kita haruslah mengkaji mengapa seseorang individu itu berpersonality sedemikain rupa. Kita juga seharusnya membantu golongan yang berpersonality seperti itu untuk merubah personality mereka.  Selain itu kita juga haruslah menerima kelemahan orang lain kerana kita harus sedar bahawa kita pun bukanlah sempurna walau sehebat manapun  kita.. renung2kan dan selamat beramal..wassalam :D
 

No comments:

Post a Comment