Setelah lebih seminggu menghabiskan masa di rumah, kini tibalah masa saya menyiapkan tugasan yang belum selesai. Learning journal saya yang kelima, dan yang terakhir.
Mengingat kembali kelas pengurusan emosi tempoh hari sebelum hari raya, saya merasakan ini adalah kelas yang paling menarik perhatian saya setakat ini. Kelas dibahagikan kepada tiga slot dan dimulakan dengan tayangan sebuah video yang begitu menarik. Penerbit menyatakan pendangannya terhadap kehidupan semasa kecil iaitu menganggap kehidupan ini adalah sempurna dan tiada masalah yang akan timbul. Seandainya terdapat masalah jua, sudah tentu ada jalan penyelesaiannya. Saya harus menyatakan bahawa tiada sesiapa yand dapat menafikan zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling menyoronokkan. Tiada apa-apa yang perlu difikirkan dan dirisaukan. Segala keperluan dan kehendak disediakan oleh ibu bapa tersayang kita.
Apabila semakin besar, kita akan mula mempelajari bahawa kehidupan ini tidaklah semudah yang disangka. Banyak cabaran tidak diduga yang harus ditempuhi. Sewaktu kecil, kita diajar untuk berkawan dengan semua orang, tetapi kita akan mula sedar bahawa bukan semua orang yang kita temu mahu berkawan dengan kita. Bukan semua kesulitan yang dihadapi ada jalan penyelesaiannya. Sesetengahnya adalah di luar kawalan kita. Bukan semua orang yang rapat dengan kita boleh dipercayai. Bukan semua orang akan berbuat baik dengan kita seperti apa yang diperlakukan kita kepada mereka. Pada masa inilah yang kita akan berasa menjadi seorang insan yang baik kurang mendatangkan faedah kepada diri, seperti dicaci dan dikutuk, dan akhirnya dipulaukan dan bersendirian.
Namun, apabila kita semakin dewasa, kita akan mula mengerti kehidupan sebenar dan bersedia mengharungi permasalahan seumpama ini dari perspektif lain. Kita akan tahu membezakan perkara yang baik dari yang buruk. Sekiranya niat dan tindakan kita adalah baik, jangan berubah pendirian walaupun dipermainkan oleh mereka yang mengambil kesempatan atas niat murni kita. Satu perkara lagi adalah jangan mudah berputus asa separuh jalan walaupun telah lama berusaha tetapi masih belum menampakkan hasil.
Bergerak kepada slot kedua, secara umumnya dan dengan cara termudah, personaliti boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis A dan jenis B. Dalam kata mudah, jenis A adalah mereka yang sangat mengejar masa manakala jenis B pula adalah yang sentiasa tenang. Jelas sekali menurut video ringkas ini saya tergolong dalam kelompok personaliti jenis B. Oleh yang demikian, saya akan mengulas lebih kepada personaliti jenis B. Menurut klasifikasi ini, jenis B melakukan aktiviti dengan tenang, memandu mengikut had laju atau kurang, tidak cerewet, makan lambat, sabar, tidak tergesa-gesa atau risau, bercakap perlahan, releks, dan kehadirannya disukai. Orang kategori ini juga bersifat tidak formal, berkeyakinan tinggi, dan mudah bergaul. Jika dibandingkan dari sudut motivasi untuk berjaya, kedua-dua personaliti ini adalah sama tahap motivasi mereka. Bezanya adalah pesonaliti jenis B mencapai matlamat tanpa tekanan atau stress yang banyak dan dalam keadaan tenang.
Melalui rujukan dari sumber lain yang membahagikan jenis personaliti kepada empat, jenis A adalah pemimpin, dan jenis B adalah mereka yang suka bersosial. Tidak ada mana-mana satu jenis personaliti yang lebih baik dan masing-masing mempunyai kelebihan dari sudut berlainan. Disebabkan ini, kesemua jenis personaliti diperlukan terutamanya dalam suatu organisasi atau kumpulan supaya kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kekurangan seseorang dapat diseimbangkan oleh kelebihan rakan sepasukan dan prestasi kerja dapat dioptimakan. Walau bagaimanapun, disebabkan personaliti yang berbeza, sesetengah orang akan menghadapi masalah untuk bergaul dan bekerjasama dengan mereka yang berpersonaliti lain.
Seterusnya kami diminta menjawab soalan-soalan berkaitan 2 ujian personaliti iaitu MBTI dan TBF. MBTI merupakan singkatan kepada "Myer's Briggs Type Indicator". TBF merupakan singkatan untuk "The Big Five" theory.
Untuk MBTI, saya tidak tahu mendefinisikan ujian ini. Menurut Ryan Lau, rakan sekelas saya: "ujian ini mengketogorikan personaliti manusia kepada 16 jenis yang merupakan gabungan 4 jenis sifat daripada 4 kumpulan yang mempunyai 2 sifat am manusia. 8 jenis sifat yang dimaksukan termasuklah sifat extraverted (E) and introverted (I), sifat sensing (S) atau intuitive (N), sifat thinking (T)atau feeling (F), serta sifat judging (J) atau perceiving (P). Dalam ujian ini, kami diberikan beberapa kenyataan yang menerangkan setiap sifat tersebut dan diminta untuk memilih sifat yang paling sesuai dengan diri sendiri daripada setiap kumpulan itu." Gabungan empat huruf ini melambangkan satu personaliti yang menerangkan diri kita.
Untuk ujian TBF, teori ini membahagikan personaliti manusia kepada 5 jenis, iaitu keterbukaaan (openness), berwaspada (conscientiousness), "extraversion" dan sifat mudah bersetuju (agreeableness) serta "neuroticism". Ujian ini telah menunjukkan saya berada dalam kumpulan "neuroticism". "Neuroticism" bermaksud ketidakstabilan emosi. Dalam erti kata lain, orang yang bersifat neuroticism senang mengalami perubahan emosi yang sangat ketara. Mereka berkecenderungan untuk mengalami emosi yang negatif seperti kemarahan, kebimbangan dan kemurungan. Selain itu, mereka juga sangat reaktif secara emosi dan mudah beri laluan kepada tekanan hidup. Situasi yang normal biasanya diintrepretasikan oleh golongan ini sebagai satu ancaman dan kekecewaan yang timbul daripada kegagalan yang kecil dilihat sebagai suatu kesukaran yang tidak dapat diatasi. Reaksi-reaksi emosi yang negatif ini biasanya berkekalan untuk jangka masa yang agak panjang berbanding individu yang bersifat lain. Hal ini menjadikan mereka selalu dalam mood yang kurang baik. Secara amnya, golongan ini senang dipengaruhi oleh emosi mereka dan pengaruh ini menjejaskan kebolehan dan keupayaan mereka untuk berfikir dan beranalisa secara jelas, membuat keputusan yang baik dan menghadapi tekanan hidup yang dialami secara efektif and berkesan.
Kesimpulan dari kelima-lima jurnal pembelajaran, saya kini sedar emosi manusia adalah sebenarnya amat kompleks dan tidak mudah ditafsir. Pelbagai cubaan dan jenis klasifikasi direka untuk mengkategorikan manusia tetapi tiada satu pun yang dirasakan adalah tepat. Sepanjang membuat leaning journal, saya terbaca bermacam-macam kritikan dan isu yang dibangkitkan tentang pengelasan manusia dari apa jua sudut sekalipun dan memang tidak dapat dinafikan kritikan-kritikan tersebut adalah bernas dan tidak dapat disangkal. Keadaan ini menjadikan ujian personaliti yang diguna pakai adalah kerana diterima kebanyakkan orang dan bukannya kerana tepat. Contohnya The Big Five Theory, berikut adalah serba sedikit ulasan mengenainya.
"Current research concentrates on a number of areas. One important question is: are the five factors the right ones? Attempts to replicate the Big Five in other countries with local dictionaries have succeeded in some countries but not in others. Apparently, for instance, Hungarians don't appear to have a single Agreeableness factor. Other researchers find evidence for Agreeableness but not for other factors.
In an attempt to explain variance in personality traits more fully, some have found seven factors, some eighteen, and some only three. What determines the eventual number of factors is essentially the kind of information that is put into the factor analysis in the first place. Since theory often implicitly precedes empirical science (such as factor analysis), the Big Five and other proposed factor structures should always be judged according to the items that went into the factor analytic algorithm. Recent studies show that seven- or eighteen-factor models have their relative strengths and weaknesses in explaining variance in DSM-based symptom counts in nonclinical samples and in psychiatric patients, and do not seem to be clearly outperformed by the Big Five."
Ini membuktikan tidak ada dua manusia di dunia ini adalah sama dan variasinya terlalu luas sehingga sukar dikategorikan. Oleh yang demikian, saya tetap percaya bahawa kita sendirilah yang paling memahami diri kita.
No comments:
Post a Comment