Sunday, September 4, 2011

A132001, Siti Khadijah Binti Noor Azman, LJ05 Emosi dan Personaliti

Emosi dan Personaliti
 
            Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan dan syukur Alhamdulillah saya panjatkan kepada Allah S.W.T kerana masih memberi saya peluang untuk meneruskan jurnal saya buat kali kelima. Secara jujurnya saya dan beberapa rakan yang lain tidak hadir ke kuliah yang kelima ini kerana saya terpaksa menghadiri raptai penutup Ihya' Ramandhan. Kami diberi pelepasan dan pengecualian untuk hadir ke kuliah oleh Dr. Zamri. Oleh itu di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. zamri kerana faham dengan situasi kami. Menurut maklumat daripada rakan-rakan pada kuliah yang kelima ini pensyarah tidak menjalankan kuliah seperti biasa tetapi lebih banyak melibatkan tontonan video lagu,menjawab kuiz personality diri dan juga berkenaan teori personality 'Big Five'.
Tajuk kuliah pada kali ini adalah bertemakan Emosi dan Personaliti. Selain itu, kami diberikan tugasan yang perlu disiapkan pada waktu kuliah. Tugasan yang pertama ialah berkaitan video yang ditayangkan dengan Psychoanalytic Theory. Tugasan kedua pula ialah membuat MBTI Personality Test. Tugasan yang ketiga pula ialah membuat Big Five Personality Test untuk mengenalpasti ciri-ciri personaliti sendiri dan memberi komen. Walaupun saya tidak ada pada waktu tersebut, tetapi saya mencuba tugasan ini sendiri melalui link yang telah diberikan oleh pensyarah sendiri di facebook. Pada pendapat saya tugasan ini merupakan satu tugasan yang menarik kerana ia dapat memperlihatkan apakah sebenar personalti saya. Semasa menjalankan tugasan ini iaitu MBTI Personality Test, saya menjawabnya dengan jujur dan rasanya sesuai dengan apa yang saya rasa.
            Setelah membuat tugasan ini saya agak terkejut kerana saya mendapat personaliti ISTP iaitu saya sesuai mekanik. Pada mulanya saya agak terkejut tetapi apabila difikirkan kembali hal itu tidaklah terlalu drastic dengan diri saya. Mungkin kerana saya ini boleh dikategorikan sebagai seorang perempuan yang berkelakuan agak kasar dan tidak selemah lembut gadis-gadis yang lain. Mungkin adik beradik saya kebanyakan terdiri daripada lelaki menjadi faktor mengapa saya berkelakuan agak kasar. Oleh itu mekanik merupakan pekerjaan yang sesuai dengan personaliti saya. Tambahan pula, saya ini seorang yang suka akan aktiviti yang lasak.
            Menurut nota yang pensyarah berikan,untuk individu yang berpesonaliti ISTP merupakan penggerak dalam kehidupan mereka adalah untuk memahami bagaimana benda dan fenomena dalam sebenar kerja dunia supaya mereka dapat membuat yang terbaik dan melakukan sesuatu dengan  paling berkesan. Individu ISTP adalah logik dan orang-orang yang realistik, dan mereka adalah semulajadi "troubleshooters".  Apabila tidak aktif menyelesaikan masalah, individu ISTP merupakan pemerhati tenang dan  menganalisis persekitaran mereka, dan mereka secara semulajadi mencari asas perasaan kepada mana-mana fakta-fakta yang mereka telah berkumpul. Individu ISTP sering mengejar pelbagai dan juga keseronokan dalam tangan mereka pada pengalaman
            Semasa menyesaikan tugasan Big Five Personalities, hasil yang saya dapat ialah saya adalah seorang "Agreeableness". Menurut nota individu yang memiliki personaliti ini adalah seorang yang tercenderung kepada belas kasihan. Individu ini mempunyai sifat belas kasihan yang sangat tinggi dan cepat berasa kasihan akan kesusahan yang yang dihadapai oleh orang lain. Pada pendapat saya, sifat ini sangat baik dan perlu ada dalam diri setiap individu kerana daripada sift ini lahirlaah sikap tolong menolong antara satu sama lain. Dengan sifat belas kasihan ini juga dapat mengurangkan masalah jenayah di negara kita. Saya berani jamin jika sifat belas kasihan ini hidup dalam diri semua individu maka, tiada lagi kes bunuh, rogol, ragut dan sebagainya. Penjenayah tidak akan sampai hati untuk melaukan kekerasan pada orang lain kerana didorong oleh rasa kasihan. Selain itu, individu yang menpunyai sifat ini merupakan seorang yang bertimbang rasa, mesra, pemurah, suka menolong dan sanggup mengabaikan kepentingan mereka demi orang lain. Dalam konteks pekerjaan saya pada masa akan datang iaitu menjadi seorang doktor, sifat ini haruslah wujud dalam diri setiap doktor kerana seorang doctor sepatutnya memberikan terbaik kepada setiap pesakitnya dan melakukan sesuatu dengan sedaya upaya untuk menyelamatkan pesakitnya jika ia diambang maut.
            Konklusinya, setiap individu mempunyai personaliti yang tersendiri dan mereka haruslah bijak mengapditasikan personaliti itu mengikut situasi dan juga harus mengawal emosi yang berkaitan dengan personaliti mereka. Setiap personaliti mempunyai sifat baik dan buruknya. Maka kita sebagai seorang yang hidup pada zaman moden dan bertamadun haruslah bijak memperbaiki diri supaya lebih maju kehadapan. 

No comments:

Post a Comment