Thursday, August 18, 2011

A129758 Suhaila Binti Mohd Sajali; LJ05-emosi pemacu motivasi

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Semalam tajuk kuliah bagi pelajaran ZT adalah emosi dan motivasi. Objektif yang perlu kita capai dalam pembelajaran kita bagi topik ini adalah memahami apa itu motivasi serta memahami perhubungan di antara emosi, dan motivasi. Pada awalnya saya seperti kurang bersemangatuntuk belajar kerana letih pada waktu itu. Semalam saya tidur lewat maka ketika waktu petang di kuliah untuk pembelajaran ZT saya tidak berdaya tapi saya cuba kuatkan semangat untuk belajar ZT kerana tajuk nya cuku menarik untuk dikupas. Masih terngiang-ngiang lagi pesanan Dr. Zamri memberi pesanan kepada semua pelajar beliau mengenai waktu pengkuliahan sedang berjalan. Kita seharusnya tidak melakukan dua perkara dalam satu masa seperti mendengar kuliah ZT sambil membaca buku perubatan kerana kita akan rugi disebabkan minda kita terbahagi kepada dua untuk focus dan akhirnya setiap apa yang kita belajar, kita tidak dapat hasilnya kerana tumpuan untuk dua perkara dalam satu masa agak sukar sekali. Saya amat kagum denga cara nasihat yang diberikan Dr.Zamri kerana cara tegurannnya amat membina dan seperti teguran yang matang khas ditujukan kepada kami. Saya berasa senang sekali dengan cara nasihat yang diberikan oleh Dr.Zamri dan beliau kelihatan tenang.
Satu yang paling saya tidak lupakan apabila Dr.Zamri memperlihat kami satu video tentang kisah perit jerih hidup seorang pensyarah Universiti Malaya yang amat gigih berusaha untuk Berjaya kerana satu penggeraknya adalah untuk meribah nasb keluarga yang dihimpit kesusahan. Pada awalnya ada yang tergelak-gelak kerana loghat Kelantan yang digunakan oleh beliau. Namun saya amat tertarik dengan kisahnya dan membaca tiap satu bait-bait yang dilontarkan oleh beliau. Video ini amat berkaitan dengan tajuk kuliah kita kerana kesempitan hidup pensyarah ini berusaha bersungguh-sungguh untuk Berjaya dalam hidup. Kisahnya bermula dengan beliau seorang yang miskin dan  pergi sekolah tiada buku,pakai dan dia didenda denga guru kerana tidak memakai baju sukan. Mungkin bagi orang lain yang tidak pernah kenala erti susah mereka agak sukar utuk menghayatinya namun bagi saya, saya amat tersentuh sekali denga kisah hidupnya. Kemudian, sebelum beliau Berjaya saudara-maranya pula tidak percaya akan kebilehannya dan ibarat 'tidak memandang sebelah mata'. Itu semua hampir-hampir saya juga pernaha rasainya dan laluinya. Paling saya terkilan apabila beliau pergi ke universiti dan ibu bapanya ynag menjadi peneroka sanggup bergolok gadai untuk membesarkan beliau dan adik-adiknya yang lai. Ibu bapa meraka yang bagi saya ibu bapa cemerlang kerana Berjaya mendidik anak-anak walaupun hidup penuh perit serta sanngup manggadai nyawa berhadapan dengan binatang buas di hutan. Semasa akhir video, mata saya bergenang kerana sepatutnya orang yang bernama Suhaila perlu bersyukur denga nikmat yang Allah beri pada saya. Akhirnya beliau mengenggam segulung ijazah. Saya ingin menjadi seperti beliau. Termia kasih Dr. Zamri atas video yang diberi dan saya amat menghargainya.
Mengenai motivasi , ingin saya ceritakan kisah hidup saya di mana saya juga ingin Berjaya dan mengubah kualiti hidup saya serta keluarga kea rah yang lebih baik lagi. Ramai orang menyatakan , hidup tidak perlu materialistic dan terlampau mengejar kemewahan. Bagi saya, saya berfikiran positif sekiranya kita hidup senang kita boleh membantu orang yang susah dan memerlukan dan kita boleh lebih banyak bersedekah serta boleh pergi menunaikan ibadah haji dan umrah berkali-kali. Maa saya selalu mengingatkan kepada diri saya, saya belajar untuk Berjaya dan penggerak motivasi saya adalah keluarga dan akhirnya jika kita hidup sennag kita boleh lebih berbakti kepada masyarakat. Insya Allah. Amin.
Kita berbalik kepada tajuk emosi dan motivasi. Emosi didefinisikan sebagai  pelan dengan nada yang berkesan. Sama ada secara positif atau negatif,dan tidak pernah neutral. Manakala motivasi  secara umumnya dianggap sebagai kajian aspek arah dan tenaga tingkah laku. Emosi terdiri daripada 4 komponen iaitu perasaan,  proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan. Kita perlu tahu bahawa emosi lebih luas maknanya dari perasaan. Pada tahun 1993, Baron dan Logan telah menyatakan bahawa emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Kemudian pada tahun 1992, Lang et al juga mengatakan bahawa emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional.
Contoh emosi sebagai motivasi adalah seperti motif pembunuhan iaitu orang jahat ingin mendapat duit dan juga disebabkan kebencian (emosi) mereka sanggup membunuh sesame sendiri. Selain itu, cinta juga akan memotivasikan seseorang untuk terlibat dalam tingkahlaku tertentu i.e. meng'sms', menelefon, memberi hadiah dan juga mendirikan rumahtangga. Walaubagaimana pun,tidak semua keadaan, emosi menjadi pendorong (motivator) seta tidak semua pendorong (motivator) berasaskan kepada emosi. Sebagai contoh orang belajar kerana untuk mendapat keutusan cemerlang dan orang makan kerana lapar, itu sahaja dan tidak melibatkan sebarang motivasi yang menjadi penggerak mereka untuk melakukan sesuatu.
Emosi adalah keadaan tindak balas terhadap rangsangan deria atau mudah terangsang yang melibatkan perubahan muka dan badan, pengaktifan otak, penilaian kognitif, perasaan subjektif, dan kecenderungan ke arah tindakan, semua dibentuk oleh kaedah-kaedah budaya. Sementara itu, emosi bertindak sebagai tindak balas penyesuaian badan kita kepada peristiwa yang berlaku dalam persekitaran dan mereka membantu dalam menyampaikan niat kita kepada orang lain. Pada tahun 1997, Bickhard mengeluarkan satu kata-kata bagi motivasi iaitu motivasi merupakan aspek pemilihan proses. Motivasi juga adalah jangkaan apa yang mungkin akan berlaku sekiranya manusia bertindak kearah itu.
Dengan kata-kata lain, motivasi adalah apa yang membuat seseorang melakukan satu perkara dan bukannya lain - apakah proses pemilihan kursus aktiviti lanjut, aktiviti interaktif lanjut (Mook, 1996). Saya juga ingin membincangkan tentang konsep dan teori motivasi. Pertama adalah motivasi melibatkan faktor dalam dan luar organisma yang menyebabkan ia berkelakuan dengan cara yang tertentu pada waktu tertentu. Kedua adalah  penggerak melibatkan keadaan dalaman atau gerak hati yang mengaktifkan tingkah laku untuk mengurangkan keperluan dan memulihkan homeostasis. Terakhir adalah Insentif  iaitu matlamat luar yang "menarik" atau "menolak" tingkah laku.
Saya ingin menghuraikan mengenai insentif. Insentif adalah mana-mana faktor (kewangan atau bukan kewangan) yang menyediakan motif for a particular course tindakan, atau tuduhan sebagai sebab untuk lebih suka satu pilihan untuk alternatif.  Kita ada tiga jenis insentif iaitu kewangan, moral dan paksaan.
Subtopic terakhir yang saya ingin kupas di sini adalah pelupusan naluri yang wujud. Naluri yang dipelajari, mewarisi corak tindakan yang tetap jawapan atau tindak balas kepada jenis tertentu rangsangan. Sebagai contoh adalah pertempuran haiwan, haiwan tingkah laku masa berkasih-kasihan, fungsi melarikan diri dalaman, dan membina sarang.
Kesimpulannya, motivasi kuat kaitannya denga emosi dan saya juga tidak terlepas dari emosi pemacu kepada motivasi saya untuk lebih Berjaya.
 

No comments:

Post a Comment