Selamat sejahtera diucapkan kepada pensyarah kita yang amat dihormati, Dr. Zamri dan para pembaca yang disayangi. Jurnal ini merupakan ringkasan saya untuk ilmu pengetahuan dan idea-idea yang dipelajari menerusi kuliah pada 17 Ogos 2011 dan pembacaan nota buat kali keempat. Saya berasa sangat gembira kerana usaha kami dalam bersungguh-sungguh untuk menghasilkan jurnal yang berkualiti telah dipuji oleh Dr. Zamri. Menurut Dr. Zamri, banyak pelajar yang telah mengaitkan apa yang dipelajari dengan pengalaman sendiri atau filem yang ditonton dan buku yang telah dibaca. Sya sedari bahawa rupa-rupanya selain daripada menerapkan pengalaman sendiri, saya juga boleh mencari maklumat tambahan.
Tajuk kuliah yang kelima ini ialah "Emosi dan Motivasi", yang menceritakan tentang fungsi emosi dalam memainkan peranan sebagai motivasi kepada seseorang individu itu untuk melaksanakan perkara yang senang ataupun susah. Beberapa jenis emosi juga diselitkan oleh Dr. Zamri dalam kuliah sebagai satu ulang kaji dan penyambungan kepada tajuk yang kami akan pelajari. Antaranya merangkumi emosi-emosi positif seperti gembira dan juga emosi-emosi negatif seperti marah, sedih dan kecewa. Saya amat setuju dengan teori yang mengatakan bahawa emosi itu pendorong. Hal ini sering dipaparkan dalam filem, contohnya, dalam filem "Harry Potter and the Deathly Hallows" yang saya tonton itu, kebencian dan kemarahan menyebabkan watak jahat iaitu "Voldermort" membunuh orang yang tidak berdosa manakala Harry Potter yang sentiasa tabah kerana mempunyai kasih sayang daripada kawan dan guru-guru pula tidak melari daripada amanahnya untuk berdepan dengan Voldermort yang zalim itu. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa sekiranya seseorang individu mempunyai emosi yang positif seperti gembira dan kasih sayang, penghasilan kerja-kerjanya akan lebih memuaskan. Hal ini juga dapat dikaitkan dengan saya yang sedang mempelajari kursus perubatan yang memang diminati, walaupun adakalanya saya berasa tertekan kerana kesukarannya, tetapi saya tetap mempunyai azam untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.
Menurut teori yang diasaskan oleh James-Lange dan Cannon's Challenge", emosi mempunyai hubungan yang rapat dengan rangsangan dan perubahan fisiologi seseorang individu. Pakar-pakar tersebut mengatakan bahawa reaksi fisiologi badan terhadap sesuatu bahan rangsangan dapat membangkitkan pengalaman sssuatu emosi. Contohnya, apabila seseorang terdengar bunyi yang kuat, bunyi tersebut akan menybabkan seseorang itu berdebar-debar dan melompat. Dengan itu, dia akan berasa takut atau terkejut. Oleh itu, teori ini menekan bahawa emosi itu merupakan sesuatu hasil daripada otak dan system saraf manusia. Hal ini bermaksud bahawa emosi wujud akibat daripada reaksi fisiologi tubuh badan manusia terhadap rangsangan di sekelilingnya.
Selain itu, menurut Teori "James Lang" yang diasakan oleh William James(1884) dan telah disokong oleh Cari Lange(1887), perubahan fisiologikal dalam badan kita terhadap sesuatu rangsangan akan melahirkan emosi. Contohnya, apabila seseorang itu ingin berjumpa dengan orang yang dicintainya, badannya akan dirangsangkan oleh stimuli ini dan dia akan berpeluh-peluh dan denyutan nadinya akan meningkat dengan cepat. Keadaan ini dijelaskan secara biologikal dengan mengaitkan hormon-hormon yang dihasilkan dalam badan sebagai akibat daripada rangsangan luaran itu. Tetapi teori ini telah dikritik oleh Walter Cannon yang mengatakan bahawa penghasilan emosi dari organ-organ tertentu adalah tidak munasabah kerana rangsangan ini mengambil masa yang terlalu panjang berbanding dengan masa yang diambil untuk menghasilkan emosi. Beliau berpendapat bahawa emosi selalunya berlaku dengan sangat cepat sehingga rangsangan dan reaksi fisiologikal terlalu lambat untuk menjadi puncanya. Oleh itu, terhasillah Teori " Cannon-Bard" yang mengatakan bahawa rangsangan sepatutnya melahirkan emosi terlebih dahulu sebelum reaksi sama ada fizikal ataupun fisiologikal. Menutut contoh di atas, seseorang itu biasanya akan berasa terkejut atau takut(emosi) sebaik sahaja dia terdengar bunyi yang kuat(rangsangan) itu, lepas itu barulah dia akan perasan denyutan jantungnya menjadi semakin cepat dan mungkin tangan atau badannya mengigil(perubahan fizikal dan fisiologikal).
Menurut Pakar yang lain, Bickhard(1997) pula, motivasi melibatkan sesuatu pemilihan dari aspek salah satu proses. Motivasi ditafsirkan sebagai satu punca atau sebab yang mendorong seseorang individu untuk melakukan sesuatu perkara. Sebagai contohnya, apabila seseorang itu berasa marah, dia akan hilang kawalan dan terus meluahkan perasaanya mengikut sikap sebenarnya. Sesetengah orang yang marah akan menangis atau menjerit manakala orang yang agresif pula akan membaling benda yang berdekatan dengan badannya. Menurut teori, motivasi merupakan salah satu rangsangan atau faktor luaran yang akan menghasilkan impak positif atau negatif pada kita. Selain itu, dorongan merupakan keadaan yang memulakan tingkahlaku seseorang itu manakala insentif merupakan faktor yang melahirkan motif seseoran untuk melakukan sesuatu perkara. Tambahan pula, teori-teori yang lain seperti Teori Naluri, Teori Arousal, Teori kemanusiaan dan lain-lain pula mengatakan motivasi ini sebenarnya sesuatu yang semula jadi dan kita biasanya tidak akan sedar tentang kewujudan motivasi itu walaupun hal ini sedang berlaku dalam badan atau minda kita. Bagi teori naluri pula, teori ini mengatakan bahawa motivasi ini datang secara semula jadi seperti motivasi untuk mendapatkan sesuatu yang sangat diingini. Sebagai contoh, seseorang itu sangat ingin menikmati perasaan bangga dan berjaya dengan mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang, naluri ini akan mendorong pelajar tersebut untuk belajar dengan bersungguh-sungguh atau yang lebih pasif, akan berusaha untuk mendapatkan tips peperiksaan daripada pensyarah.
Berdasarkan teori-teori di atas, Teori "Schacter" telah bersetuju dengan Teori" James- Lang". Walau bagaimanapun, beliau telah mengubah suai teori tersebut dengan menambahkan sedikit faktor kognitif ke dalam teori tersebut. Sebagai contohnya, apabila seseorang itu menyedari dia sedang berada dalam keadaan bahaya seperti kebakaran (rangsangan atau faktor luaran), orang tersebut akan bertindak dengan mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan diri sendiri dan juga orang yang tersayang. Secara lebih terperinci, seseorang bapa mengalami perubahan emosi kepada takut dan gementar danjuga perubahan fisiologi seperti kenaikan denyutan nadi dan sesak nafas apabila dia cuba menyelamatkan diri sendiri dan juga anak-anaknya dalam kebakaran. Hal ini disebabkab oleh kognitif bapa yang dewasa dan sedar bahawa kebahayaan ini telah mengancamkan nyawa sendiri dan juga orang yan tersayang. Justeru, terbuktilah bahawa dengan gabungan antara perubahan fisiologi dan juga pemikiran kita(yang boleh dipelajari dari pengalaman), barulah perasaan atau emosi seperti sedih, malu atau takut dan sebagainya terhasil. Dalam perkataan yang lain, minda kita ini memang mempunyai pengaruh yang kuat dalam penghasilkan emosi kita. Teori ini dapat dibuktikan daripada kanak-kanak yang tidak berasa sedih atau takut apabila orang tuanya meninggal dunia kerana pemikirannya belum matang sampai dia boleh memahami erti kematian dan akibat-akibat tersebut.
Menerusi kuliah ini, saya juga telah mempelajari tntang teori "Humanistic" yang berkaitan dengan keperluan asas dan kehendak manusia dengan emosi. Keperluan asas manusia merangkumi makanan, air, suhu yang sesuai dan rehat yang secukupnya. Kehendak manusia pula termasuklah benda-benda yang boleh mendatangkan keselesaan dan keseronokan tetapi bukannya sesuatu yang diperlu untuk meneruskan kehidupan. Contohnya, kereta mewah, baju yang berjenama dan I-pad. Jadi, sebagai seorang insan yang rasional, kita hendaklah membezakan apa yang merupakan keperluan dan apa yang merupakan kehendakan dan tidak mengetepikan sesuatu yang penting demi kehendak atau nafsu kita itu.
Kesimpulannya, sekali lagi saya telah mempelajari banyak ilmu pengetahuan tentang emosi. Saya berpendapat bahawa ilmu ini memang memainkan peranan yang penting kerana ia telah membangkitkan perhatian saya terhadap pelbagai emosi yang ditunjukkan oleh orang di sekeliling saya. Oleh itu, saya berpeluang untuk mempelajari apa yang baik dan mengelakkan diri daripada emosi yang negatif.
No comments:
Post a Comment