Thursday, August 18, 2011

Tevanthiran Gobal, L04, Emosi dab Motivasi

Tevanthiran a/l Gobal(A131508), L04, Emosi dan Motivasi
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia saya tujukan kepada DR. Zambri dan rakan-rakan pembaca jurnal sekalian. Sebelum saya memulakan penulisan saya, saya ingin memberitahu rakan-rakan sekalian bahawa saya telah mengalami perubahan secara mentalnya setelah mengikuti setiap kuliah yang diadakan setiap sekali seminggu. Saya amat bersyukur kerana telah dapat menhayati setiap emosi yang saya hadapi sekarang. Sebagai contoh, jika ada orang yang mengganggu saya membuat kerja saya mudah meagalami perasaan marah dan ini menyebabkan saya dapat menhayati setiap  emosi yang terdapat dalam sanubari saya. Saya juga berpeluang untuk memerhatikan emosi rakan-rakan, misalnya ketika berada di kuliah, kafe, dan di tempat umum. Terdapat banyak emosi yang dapat diklasifikasikan kepada  dua, iaitu emosi positif dan emosi negatif. Pada 17 hb Ogos 2011, secara rasminya saya telah menghadirkan diri ke kuliah pengurusan emosi yang telah lama ditunggu-tuggukan dan kuliah tersebut adalah kuliah yang keempat bagi saya. Walaupun pengajar kita terlampat sedikit kerana masalah yang tidak dapat dielakkan, beliau terlebih dahulu memberi  tugasan kepada semua pelajar. Saya berasa tugasan itu amatlah penting kerana markahnya akan diambil kira dalam peperiksaan akhir. Beliau meminta tugasan tersebut perlu buat dalam bentuk kumpulan dan setiap kumpulan perlu merangkumi sepeluh orang.
Seterusnya, beliau telah mededahkan tajuk-tajuk yang ada sebanyak 24 tajuk untuk dipilih sebagai tugasan bagi setiap kumpulan. Beliau juga menunjukkan bagaimana cara untuk menggunakan computer untuk menghantar tugasan tersebut. Pada hari yang sama juga, saya dapat mengetahui  bagaiman caranya menggunakan borang PENKANAN dalam blogspot pengurusan emosi.  Boring ini tujuannya adalah untuk menilai ketua yang dipilh untuk tugasan ini. Dalam borang ini juga, alih-alih kumpulan sendiri dapat dinilaikan. Ini merupakan perkara baru bagi saya kerana ianya dapat menjadi satu ruang bagi saya untuk memberi komen tentang  ahli kumpulan saya mahupun mereka dapat member komen untuk saya terhadap tugasan tersebut. Untuk membincangkan perkara ini, sejam telah digunakan oleh doktor untuk member penjelasan yang panjang.
Seterusnya, kuliah pertama telah bermula. Pada hari pula, perkara emosi lagi dibincangkan dan dikaitkan dengan dengan motivasi diri kita. Kuliah ini bertajuk emosi dan motivasi. Terlebih dahulu, saya ingin bercerita tentang pengalaman saya berkaitan dengan motivasi. Pernahkah kita berfikir kejayaan yang kita harungi sehingga kini didorong oleh motivasi kendiri? Kalau jawapanya betul, bagaimanakah motivasi boleh mengarahkan seseorang tersebut ke dunia kejayaan? Nyatanya, motivasilah pendorong bagi setiap kejayaan yang kita kecapi sehingga sekarang.  Semasa saya menuntut di matrikulasi, saya telah mendapat aliran fizik, sebenarnya saya berminat untuk meneruskan pengajian saya dalam aliran biologi. Tetapi, kekurangan guru pengajar menyebabkan saya terpaksa meneruskan pengajian saya dalam aliran fizik walaupun tidak berminat disebabkan motivasi pada masa tersebut adalah tinggi berbanding masa lain. kerana motivasi diri sendirilah menyebakan saya menunggu penukaran aliran daripada fizik ke biologi selama sebulan. Ini menjadi langkah pertama untuk saya untuk menjejak kaki di alam university, terutamanya dalam bidang kegemaran saya iaitu bidang perubatan.  Baiklah, kita beralih kepada pengajian di kuliah.
 Pengajaran yang saya dapat adalah hubungan antara emosi dengan motivasi. Emosi adalah sesuatu respondan terhadap sesuatu peransang yang menyebabkan perubahan fisiologi pada diri seseorang. Emosi ini boleh diklasifikasikan kepada dua, iaitu emosi positif dan emosi negative. Emosi positif merangkumi emosi gembira, ketawa, bahagia, cinta dan sayang. Emosi negative pula merangkumi takut, marah, terkejut, dan malu. Motivasi pula didefinisikan sebagai aspek tingkahlaku yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu, dan tindakannya sama ada secara positif atau negative. Mengikut  Lang et al, 1992, emosi menjadi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif. Menurut Baron dan Logan 1993, mereka menyatakan emosi tidak boleh dipisahkan dengan motivasi kerana emosi sendiri boleh menjadi motivasi dan motivasi tersebut juga boleh menjadi emosi. Manakala, pemikiran negatif boleh demotivasi anda dan ianya boleh menjadi penghalang kepada kejayaan  seseorang. Terdapat empat komponen utama dalam perkataan emosi, iaitu proses kognitif, perubahan fisiologi, perasaan, dan tingkahlaku berkaitan. Kenyataanya, ramai yang menjadi korban kepada emosi kita, dan bukannya semua manjadi pendorong. Sebagai contoh, perasaan marah boleh menyebabkan seseorang untuk bunuh manusia. Menurut James-large theory, menjelaskan jikalau kita memilih melakukan sesuatu kerana dorongan daripada perangai-emosi kita. Sebagai contoh, kita pastinya lari kalau dikejar oleh anjing. Cannon theory menyatakan bahawa emosi merupakan perubahan fisiologikal, penilaian kognitif, tingkahlaku untuk bertindak berpengaruhi oleh budaya. Sebagai contoh, kalau jumpa kawan yang tidak lama jumpa, kita pastinya rasa terkejut dan gembira dapat bertemu balik.
Motivasi adalah mendorong kita memilih apa tindakan yang bakal dilakukan. Ini merupakan menurut daripada Bickhard,1997. Motivasi juga jangkaan yang membuatkan satu perkara menjadi ternyata. Terdapat tiga istilah barkait rapat dengan motivasi, iaitu drive, intensif dan arousal. Drive merupakan desakan dalaman yang mengakibatkan tingkahlaku untuk melakukan sesuatu. Insentif  merupakan matlamat luaran yang menolak atau menarik sesuatu kecenderungan untuk bertindak. Sebagai contoh, insentif menjadi satu token untuk menyuntik semangat. Selain itu, saya juga dapat mengetahui kebangkitan(arousal) dimana ia melibatkan perubahan badan, wajah, perasaan dan keupayaan terhadap sesuatu tindakan yang bakal berlaku. Emosi menyebabkan kita bergerak, mengambil keputusan mengikut keadaan dan bertindak mengikut situasi tersebut. Arousal  secara jelasnya menggambarkan keadaan psiologi dan fisiologi untuk berada dalam keadaan sedar. Abraham Maslow berpendapat bahawa motif terbahagi kepada beberapa keperluan  iaitu, keperluan asas ke keperluan psiologi dan fisiologi hinggalah ke keperluan untuk kepuasaan.
Seterusnya, kuliah diterukan dengan sebuah lagu yang dipetik dari youtube dan pengasas bagi lagu tersebut adalah Halim Yazid. Lagu ini mengandungi banyak isi-isi tersirat kerana ianya bercerita tentang penderaan pencipta semasa zaman persekolahan. Dan ia juga menunjukkan bagaimana pencipta mendapat ijazah di university Malaya.  Seterusnya, kuliah diterukan dengan tajuk yang berbeza.  Walaupun petang tersebut agak letih saya tetap tekun mendengar apa yang diajar di depan.
 
Tajuk kuliah keduah kali ini adalah Teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik (FKP). Kebanyakan teoti telah bersetuju bahawa emosi mempunyai banyak komponen. Tetapi, terdapat sedikit perbezaan dari segi urutan peristiwa atau komponen yang tidak sama. Teoripertama iaitu, Teori fisiologi menjelaskan emosi adalah hasil daripada otak dan system saraf dan tindak balas fisiologi kepada rangsangan. Sebagai contohnya, jikalau seseorang yang mudah takut berada di atas bangunan tinggi, seseorang tersebut akan mengalami emosi ketakutan. Seseorng hanya boleh bertindak sebaik emosi tersebut muncul mengikut teori ini.selain itu, Teori kognitif  pula berdasarkan teori fisiologi dan theorist yang memainkan perana penting dalam menghasilkan dan member panduan penting kepda pembentukan emosi. Menurut teori ini, perubahan fisiologi akakan berlangsung terkebih dahulu.
 
Kesimpulannya, inilah serba sedikit tentang apa yang saya belajar pada masa kuliah yang keempat. Pada hari tersebut, kuliah tersebut agak kurang menarik kerana terlalu penat mengikuti kelas lain sehingga hilang tumpuan semasa kuliah. Tetapi, saya berusaha untuk mendengar apa yang disampaikan dengan sebaik-baiknya. Melalui kuliah, saya dapat lebih memahami tentang motivasi dan emosi dan dapat mengaitkan kedua-dua perkara tersebut. Sebagai seorang pelajar peubatan, kita haruslah mempunyai kekuatan mental dan motivasi positif yang tinggi supaya dapat menghadapi cabaran dengan kental dan mudah. Inilah satu-satunya cara untuk menuju ke hadapan.

No comments:

Post a Comment