Thursday, August 18, 2011

LJ04 HANISAH BT ABDUL HALIM EMOSI DALAM KEHIDUPAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Alhamdulillah pada  sesi kuliah kali ini terdapat dua topik  besar  yang dibincangkan.Topik yang pertama adalah berkenaan emosi dan motivasi manakala topik yang kedua adalah teori-teori  fisiologikal ,kognitif dan juga psikoalalitif.Secara umumnya,kuliah pada kali ini lebih banyak menerangkan tentang kesan emosi terhadap individu.Bagaimanakah tubuh manusia member reaksi setelah mendapat rangsangan daripada peristiwa yang berlaku.Kuliah kali ini amat menarik bagi saya kerana kita dapat mengenalpasti bagaimana tubuh kita memberi  tindak balas.Oleh itu,kita akan lebih mengetahui bagaimanakah cara terbaik untuk mengawal emosi tersebut.
            Saya ingin menerangkan dengan lebih lanjut mengenai emosi yang dapat memotivasikan diri.Pernahkan kita terfikir ,dalam kehidupan kita seharian adakah emosi menjadi motivasi kepada kita untuk melakukan sesuatu tindakan?.Secara kita sedar mahupun tidak,kebanyakan tindakan yang kita lakukan adalah disebabkan emosi yang  ada dalam diri kita berdasarkan peristiwa-peristiwa tertentu.Secara asasnya untuk memahami konsep ini,kita perlu mengetahui bahawa emosi kita terdiri daripada empat komponen asas yang iaitu perasaan, proses kognitif ,perubahan fisiologi dan juga tindakan.Sebagai contoh, akibat kepenatan semua pelajar bercadang untuk ponteng kelas Bahasa Melayu yang dianggap tidak penting.Tetapi,apabila Abu memberitahu pada rakan-rakannya bahawa guru Bahasa Melayu tersebut akan mengadakan ujian bulanan, semua pelajar menghadirkan diri ke kelas tersebut.Di sini,kita dapat melihat komponen-komponen emosi dengan jelas sekali iaitu perasaan letih dan malas,membuatkan pelajar befikir untuk ponteng ke kelas tetapi apabila diberitahu bahawa terdapat ujian bulanan yang member kesan besar kepada keputusan akhir semester (proses kognitif) membuatkan mereka membuat keputusan untuk menghadirkan diri.
            Saya bersetuju dengan Baron & Logan yang mengatakan emosi tidak dapat dipisahkan daripada motivasi.Ini kerana saya sendiri pernah mengalaminya ketika saya berada di tingkatan 4 dan 5.Tekanan yang saya hadapi untuk mengahdapi peperiksaan SPM memotivasikan saya untuk belajar dengan sangat bersungguh-sungguh.Biarpun saya menghadapi banyak cabaran dan halangan saya mengangganya sebagai satu proses pembelajaran biasa yang perlu saya hadapi.Akhirnya,saya berjaya mendapat keputusan yang sangat cemerlang dan dinobatkan sebagai pelajar cemerlang Kolej Islam Sultan Alam Shah.Saya suka untuk mengaitkan Islam dalam perbincangan ini kerana dalam ajaran Islam,kita dituntut untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan.Sekiranya kita berjaya patuh dan taat kepada Allah,kita dijanjikan ganjaran syurga dan pahala yang tidak terhitung banyaknya.Dengan dorongan inilah kita menjadi bersemangat untuk mencapai tahap ketakwaan yang tertinggi di sisi Allah seperti apa yang dijelaskan dalam firman Allah S.A.W :
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar.(4:40)
Barang siapa yang mengerjakan dosa, maka sesungguhnya ia mengerjakannya untuk (kemudaratan) dirinya sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.(4:111)
             Sebenarnya,tidak semua emosi dapat memotivasikan diri kita,tepulang kepada diri kita untuk menentukan sama ada emosi yang kita hadapi itu member kesan positif dalam diri kita ataupun member kesan buruk yang membinasakan diri kita sendiri.Terdapat beberapa teori dan konsep yang penting dalam menerangkan fungsi emosi.Konsep yang pertama adalah maksud motivasi itu sendiri yang boleh didorong oleh faktor luaran (Incentive) ataupun dalaman (Drive).
Selain itu,Theory of Motivation adalah berasaskan Humanistic theory—hierarchy of needs.
Dalam hierarki ini,kita dapat menonjolkan tahap keperluan manusia terhadap sumber asas kehidupan seperti tempat tinggal dan makanan.selain itu,terdapat keperluan fisiologikal  dan juga memenuhi kehendak individu yang merupakan komponen tertinggi dalam hierarki tersebut.emosi sebenarnya lebih menekankan keterbaitan perasaan dari dalam hati manakala motivasi lebih menekankan ke  arah tindakan yang diambil oleh individu untuk mencapai matlamatnya.
            Dalam separuh masa kedua kuliah,saya semakin lemah dan mata sudah tentunya semakin berat untuk dibuka.Namun Dr ZAMRI telah membuka video yang membuka luas mata saya untuk berasa bersyukur dan menghargai apa yang saya miliki sekarang.Video ini merupakan sebuah lagu yang didendangkan oleh seorang anak tempatan bernama Halim dalam bahasa ataupun loghat Kelantan yang agak sukar untuk difahami tetapi senikata yang dipaparkan memudahkan pemahaman saya.Video ini mengisahkan kesusahan diri yang dihadapi oleh Halim,seorang anak kampung yang susah dalam menghadapi liku-liku hidup semata – mata untuk mendapatkan ilmu.Kesusahan benar-benar memotivasikan dirinya untuk mengubah nasib keluarga supaya ttidak lagi hidup sush dan mengharapkan bantuan orang lain.Antara beberapa peristiwa yang mampu menitiskan air mata adalah ketika dia ditinggalkan dan tidak ikut serta semua ahli kelasnya untuk pergi lawatan sambil belajar kerana dia tidak mempunyai wang untuk membayar yuran,didenda mengililingi padang ketika adanya latihan sukan disebelah petang kerana tidak mampu membeli seluar pendekdan kasut sukan.Selain itu,ibubapanya bergadai nyawa untuk mencari nafkah dengan menjadi  peneroka di Felda,adik- adiknya ditinggalkan dikaampung dan dia belajar di Universiti Malaya,Kuala Lumpur.Dia tidak pernah leka dan lupa kan matlamatnya untuk membantu keluarga yang susah di kampong.
            Untuk tajuk yang kedua berkenaan dengan teori –teori fisiologi,kognitif dan Psikoanalitik, disebabkan terlalumenghayati video sebelumnya,saya lebih bersemangat untuk meneruskan perbincangn mengenai topik ini.Saya mulakan dengan teori emosi,teori ini terdiri daripada beberapa komponen iaitu Subjective feelings,Cognitive appraisal,Physiological arousal, Motor expression (body movements) dan Motivational tendencies (needs to act on basis of emotions).Saya mulakan dengan  dengan teori fisiologi yang dibahagikan kepada 3 jenis teori iaitu James and Lange theory,Cannon Bard theory dan psykobiologikal approach.Dalam James and Lange theory,William James dan Carl Lange mengatakan bahawa emosi yang dirangsan adalah hasil perubahan fisiologi.Contohnya,Ahmad melihat seekor singa dan akibat perubahan fisiologi dalam tubuhnya dia merasa takut dan melarikan diri.Teori ini ditolak oleh Walter cannon pegasas Cannon Bart theory dengan menyatakan hujah bahawa organ manusia merangsang yang emosi sangat lambat bertindak kepada rangsangan sedangkan emosi itu datang sejurus selepas rangsangan. Cannon Bart Theory pula sependapat dengan Common sense theory bahawa emosi itu dating sejurus selaepas rangsangan dan diikuti dengan perubahan fizikal.Dalam Psikobiologikal Theory,pengasas meletakkan 4 emosi utama iaitu "Fear,Rage,Expentancy and Panic".4 emosi utama ini bergabung membentuk emosi-emosi yang lain.
            Kognitif theory pula terbahagi kepada empat iaitu Schacter Cognitif Theory,Misattribution,Transfer of Excitation dan Cognitif Appraisal.Saya berminat untuk berkongsi mengenai konsep Misattribution yang bermaksud salah tafsir atau salah faham.Dikalangan masyarakat kita ramai yang mempunyai sikap berburuk sangka terhadap sesuatu peristiwa yang tak pasti.Hal ini sangat membinbangkan kerana masyarakat akan bergaduh,berperang hanya disebabkan sikap buruk ini tanpa alas an yang munasabah.Islam mengajar umatnya untuk sentiasa berbaik sangka terhadap orang lain.Kata Saidina 'Umar bin Al-Khattab ra: "Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik".Marilah kita bersama-sama mengambil peluang Ramadhan ini sebagai medan pebubahan.Sekian

No comments:

Post a Comment