Selamat sejahtera. Terlebih dahulu, ini merupakan kali keempat saya menulis jurnal untuk kursus ZT2253. Setelah menghadirikan diri ke kuliah pada 17 Ogos 2011 oleh DR. Zamri, saya telah beupaya untuk menghasilkan jurnal ini berdasarkan apa yang telah saya pelajari semasa kuliah tersebut. Sebelum kuliah bermula pada hari ini, doktor telah memuji jurnal-jurnal yang telah dihasilkan oleh kami. Kata doktor, kami telah menghasilkan jurnal yang baik kerana kami telah menambahkan pengalaman yang pernah dialami, buku yang dibaca dan juga filem-filem yang telah ditonton oleh kami ke dalam jurnal kami masing-masing.
Dalam kuliah kami hari ini, kami telah didedahkan kepada tajuk "Emosi dan Motivasi" yang berkaitan dengan kebolehan emosi menjadi motivasi kepada seseorang individu itu untuk melakukan sesuatu yang senang atau sukar. Semasa kuliah ini, emosi-emosi dalam kuliah-kuliah yang lepas juga telah diselitkan oleh doktor dalam kuliah ini. Antaranya ialah emosi-emosi positif seperti gembira dan emosi-emosi negatif seperti sedih, marah dan kecewa. Emosi sebenarnya merupakan sesuatu perasaan yang sangat berpengaruh dalam memberi motivasi kepada seseorang itu unuk melakukan sesuatu perkara. Sebagai conroh, sekiranya seseorang itu gembira, penghasilan kerja-kerjanya akan lebih baik dan sistematik berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai hati dalam membuat kerja tersebut. Ini kerana, sekiranya seseorang individu menyukai dan mengemari perkerjaaannya, dia akan dapat melaksanakan tanggungjawabnya sepenuhnya.
Menurut teori iaitu, Teori "James-Lange" dan "Cannon's Challenge", emosi berkaitan dengan rangsangan dan perubahan fisiologi seseorang individu. Sebagai contoh, apabila seseorang yang sedang khusyuk membaca buku atau menonton televisyen depanggil oleh kawannya untuk makan malam bersama-sama, minda individu tersebut menerima rangsangan dan dia akan sedar akan panggilan kawannya itu. Terdapat juga pelbagai jenis rangsangan lain. Sebagai contoh, apabila seseorang yang sedang memandu kereta dengan cermat diganggu oleh penunggang-penunggang yang tidak beradat mungkin akan mengalami keadaan seperti terkejut, terperanjat atau mungkin juga seseorang itu mampu mengawal perasaannya dengan baik dan tidak terperanjat dengan keadaab itu.
Selain itu, menurut Teori "James-Lang" yang dihasilkan oleh Willian James(1884) serta disokong oleh Cari Lange (1887), perubahan fisiologikal dalam badan kita terhadap sesuatu rangsangan akan melahirkan emosi. Sebagai contohnya, apabila seseorang individu berjumpa dengan orang kesukaan arau idamannya, badannya telah dirangsangkan oleh stimuli ini dan dia akan mengalami perubahan badan yang agak mendadak seperti sesak nafas, pening, dan juga denyutan nadinya juga akan meningkat dengan cepat. Keadaan ini dijelaskan bahawa besar kemungkinan berkaitan dengan hormon-hormon yang dihasilkan dalam badan hasil daripada stimuli luaran. Walau bagaimanapun, teori beliau telah detentang oleh Walter Cannon yang menyatakan bahawa penghasilan emosi dari organ-organ tertentu adalah berdasarkan rangsangan sangat lambat. Beliau juga menyatatkan bahawa emosi selalunya berlaku dengan terlalu cepat selepas rangsangsan dan reaksi fisiologikal terlalu lambat untuk menyebabkan reaksi emosi. Disebabkan sedab inilah, terhasillah Teori "Cannon–Bard" yang menyatakan bahawa rangsangan akan melahirkan emosi dan selepas itu baru ada reaksi sama ada fizikal ataupun fisiologikal. Sebagai coontohnya, apabila seseorang individu itu mendapat berita yang menyedihkan (stimuli), dia terlebih dahulu akan berasa amat sedih (emosi ) sebelum dia bertindak menunjukkan kesedihannya dengan menangis atau meraung (perubahan fizikal berdasarkan emosi individu pada masa itu).
Menurut Bickhard (1997), motivasi melibatkan suatu pemilihan dari aspek salah satu proses. Motivasi dikatakan sebagai satu sebab kenapa seseorang individu melakukan sesuatu perkara. Sebagai contohnya, apabila seseornag itu berasa marah, dia akan meluahkan perasaannya mengikut sikap seseorang itu. Sesetengah orang akan menangis apabila marah tetapi yang lain pula akan bertindak agresif seperti melontar meja atau apa-apa sahaja sebagai tanda kemarahan nya. Ini adalah salah satu contoh emosi negatif. Menurut teori, motivasi merupakan salah satu stimuli atau faktor luaran yang mempunyai impak pada kita. Di samping itu, dorongan merupakan keadaan yang memulakan tingkahlaku seseorang manakala insentif merupakan faktor yang melahirkan motif untuk seseorang melakukan sesuatu perkara. Tambahan pula , terdapat juag teori-teori lain seperti teori naluri, teori arousal, teori kemanusiaan dan lain-lain yang mengatakan bahawa motivasi ini adalah secara semula jadi di dalam badan kita dan kita tidak akan sedar tentang kewujudan motivasi itu walaupun ia sedang berlaku. Bagi teori naluri, teori ini menyatakan bahawa motivasi ini datang secara semula jadi seperti motivasi untuk mendapatkan sesuatu yang amat diingini seperti keputusan CGPA yang cemerlang. Bagi teori Arousal pula, teori ini menyatakan bahawa arousal merupakan fisiologikal dan psikologikal yang telah diaktifkan.
Berdasarkan teori-teori di atas, Teori "Schacter" telah bersetuju dengan Teor "James –Lang". Walau bagaimanapun, beliau telah mengubah sedikit dengan menambahkan faktor kognitif ke dalam teori tersebut. Sebagai contohnya, apabila seseorang itu menyedari keadaan bahaya seperti kebakaran (stimuli atau faktoe luaran), seseorang individu itu akan bertindak dengan berusaha untuk menyelamatkan diri dan juga orang yang tersayang. Sebagai contoh, seorang itu mengalami kenaikan denyutan nadi dan sesak nafas apabila cuba menyelamatkan diri dan juga anak-anakya dalam kebakaran. Ini kerana, ibu adalah seorang dewasa yang sedar akan kebahayaan kebakaran yang kemungkinan besar akan memautkan dirinya dan juga anak-anaknya. Kerana sebab inilah, terbuktilah bahawa dengan gabungan antara perubahab fisiologikan dan juga pemikiran kita, barulah perasaan atou emosi seperti takut, sedih dan sebagainya dihasilkan. Minda kita memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi perasaan kita. Keadaan ini dapat dilihat apabila kanak-kanak tidak berasa sedih apabila orang tuanya meninggal dunia kerana mindanya belum cukup matang baginya untuk mengenali keadaan yang sedang berlaku untuk membolehkannya berasa sedih.
Selepas menghadiri kuliah ini juga, saya telah mempelajari tentang teori "Humanistic" yang berkatian sebar sedikit dengan keperluan asas dan kehendak manusia. Keperluan asas manusia termasuklah makanan, air, suhu tertentu dan rehat. Kehendak manusia pula termasuklah benda-benda yang boleh dibeli dengan wang seperti kereta mewah, rumah banglo dan telefon bimbit mewah. Perbezaan antara keperluan asas dan kehendak manusia ialah kehendak adalah sesuatu yang boleh diketepikan untuk kita terus hidup manakala keperluan asas ialah sesuatu tang kita perlukan untuk teruskan kehidupan di bumi. Sebagai contoh, seseorang bayi boleh hidup tanpa baju mewah tetapi ia tidak boleh hidup tanpa makanan dan juga jagaan ibu bapanya. Ini merupakan sesuatu keperluan asas yang harus ada untuk ia meneruskan kehidupannya yang normal.
Kesimpulannya, dalam kuliah minggu ini, sekali lagi saya telah menambahkan banyak ilmu mengenai emosi. Dalam kuliah ini, perkara baru yang saya rasa saya pelajari ialah kepentingan minda dalam menpengaruhi dan juga mengawal emosi kita. Saya sedar akan emosi tidak boleh dipisahkan dari motivasi. Motivasi benar-benar boleh menpengaruhi bagaimana seseorang itu berasa. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment