Thursday, August 18, 2011

A131629- Jurnal Keempat
Salam satu Malaysia dan salam sejahtera saya tujukan kepada Dr.Zamri dan rakan-rakan sekalian.

 Sebelum saya memulakan refleksi saya pada kali ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang sangup membaca jurnal saya ini.  Pada hari ini, bersamaan dengan 17 Ogos 2011 saya telah menghadiri kuliah. Saya tiba di dewan kuliah selepas PBL yang berakhir pada pukul 1.40pm dan tidak sempat makan. Saya tidak sangka yang dr akan dating lewat pada hari ini. Sementara menunggu dr saya hanya dapat makan biskut. Salah seorang daripada kawan saya memberi pengumuman tentang tugasan 2 yang perlu dibincangkan dan disiapkan dalam kumpulan dan menyuruh kami untuk membincamh tenteng tugasan sementara menunggu dr. Saya bersyukur kerana kami telah diberi kebenaran daripada dr untuk mengekalkan kumpulan PBL yang mengandungi seramai 10-11 orang untuk tugasan ini. Saya dan ahli kumpulan saya telah berkumpul dan membincang tentang tugasan tersebut. Sebelum kami bersepakat memilih satu tajuk yang sesuai, dr telah tiba dan kami pun pulang ke tempat masing-masing.

Kuliah pada hari ini telah bermula dengan penerangan tentang tugasan 2 yang telah diberi oleh dr. Penerangan tersebut merangkumi tajuk-tajuk yang sesuai dan sedikit penerangan, cara penyampaian, cara pembentangan dan sebagainya selama 30min.Dr juga menerangkan cara pendaftaran ahli kumpulan dan borang-borang yang perlu kami isi untuk penilaian. Dr juga menunjuk beberapa contoh agar memudahkan dam mempercepatkan pemahamam kami.

Kemudian mulalah kuliah dengan tajuk pada hari ini iaitu Emosi dan Motivasi. Objektif tajuk ini adalah kami sebagai pelajar harus memahami apakah itu motivasi dan juga memahami perhubungan di antara emosi dengan motivasi. Emosi adalah satu tone yang effective sama ada bertujuan positif atau negatif dan tidak pernah menjadi neutral. Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai setiap kegiatan atau pergolakan fikiran, perasaan, nafsu, setiap mental yang hebat dan meluap-luap. Lebih lanjut, emosi merujuk kepada suatu perasaan dan fikiran-fikiran yang khas. Motivasi pula, secara umum dianggap sebagai pembelajaran yang mengandungi aspek directional dan energizing. Di sini terdapat 4 komponen utama emosi iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku berkaitan. Oleh sedemikian, emosi lebih luas maknaya dari perasaan dan ianya tidak boleh dipisahkan dari motivasi menurut Baron & Logan, 1993. Emosi boleh dianggap sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional.

Walaubagaimana pun, Tidak semua keadaan emosi menjadi pendorong dan tidak semua pendorong berasaskan kepada emosi. Emosi merupakan satu pembangkitan yang merangkumi perubahan muka dan badan, pengaktifan otak, subjektives feelings dan sebagainya yang ditetapkan oleh budaya kita. Emosi juga berperanan sebagai respond adaptasi badan terhadap peristiwa di sekitar kita dan membantu kita dalam komunikasi. Emosi yang wujud menyebabkan kita bergerak, bertindak dan menangani sesuatu. Motivasi pula merupakan aspek memilih sesuatu proses. Terdapat beberapa konsep dan teori motivasi. Motivasi merupakan faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan sesuatu organisma untuk bertindak mengikut masa. Drive merupakan keadaan dalaman atau impulse yang mengaktifkan tindakan yang boleh mengurangkan keperluan atau restore homeostasis. Incentive pula goal luaran yang menarik dan menolak behavior. Teori motivasi yang lain ialah instinct, arousal, humanistic theory dan unconscious motivation. Kunci utama kepada kebanyakkan system central drive terletak di hypothalamus. Incentive ialah apa jua factor (financial atau non-financial) yang memberi satu motive kepada sesuatu tindakan tertentu atau diterima sebagai alasan untuk pilihan alternatif. Terdapat beberapa jenis seperti financial, moral dan ccoercive.

Teori arousal ialah keadaan fisiolagi dan psikologi yang membawa kepada kesedaran. Masyarakat harus mempunyai kesedaran yang optimum dan bukannya paling tinggi mahupun paling rendah.berdasarkan teori humanistis terdapat beberapa peringkat motives seperti yang diketarakan oleh pyramid dibawa.
 
Kesimpulannya, emosi menekankan kesedaran manakala motivasi menekankan tindakan.

Selepas lecture pertama dr memberi kami rehat untuk beberapa minit. Kemudian dr telah menyambung lecture dengan tajuk seterusnya iaitu Toeri-Teori Fisiologikal, Kognitif & Psikoanalitik. Berdasarkan pengalaman emosi, teori evoluasi tidak akan memberitahu kita beberapa perkara berikut:
*apakah yang menyebabkan kita berasa gembira pada suatu occasion dan sebaliknya pada sesuatu yang lain?
*Apakah kesan emosi yang dialami?
 * Bagaimanakah  kognitif dikaitkkan dengan emosi yang dialami?
* Apakah kaitan antara emosi dan kelakuan?

Kebanyakkan teori bersetuju bahawa emosi mempunyai beberapa component sepeti berikut:
*Subjective feelings
*Cognitive appraisal
*Physiological arousal
*Motor expression (pergerakan badan)
* Motivational tendencies (bertindak berdasarkan emosi)

Teori juga berbeza dari segi:
*Asas fisiologikal (teori fisiolokal)
*Peranan kognitif (teori kognitif)
*Peranan ketidaksedaraan (teori psychoanalytic)

Terdapat beberapa teori yang diklassifikasikan dibawa emosi yang dialami seperti teori berasaskan fisiologi, teori kognitif dan teori psikoanalitic.

4.1 Teori Fisiological
Teori ini menekankan bahawa emosi ialah primarily hasil daripada system otak dan system saraf. Asalnya adalah daripada tindakan fisiologi berdasarkan stimuli. James-Lang, Cannon-Bard dan psikobiological teori adalah pendekatan yang major.

4.1.1 Teori James-Lang
Ini merupakan teori yang paling lama dan diformulasi oleh William James pada tahun 1884. Kemudian disetujui oleh Carl Lange (1887) dan kemudian menjadi Teori James-Lange.  Hipotesisnya ialah reaksi fisiologi terhapad stimuli membangkitkan emosi.

4.1.2 Teori Cannon-Bard
Kritikan Walter Cannon teori terhadap James-Lang:
~ Organ system yang membangkitkan respon emosi bertindak sangat perlahan berdasarkan stimuli
~Tindakan emosi mengikut stimulus secara serentak
~ Respon fisiologikal sangat perlahan untuk membamgkitkan respon emosi
                                 
4.1.3 Teori Psikobiologikal
                                  Dibangunkan oleh Jack Panksepp (1982-1992) dan emosi asanya berdasarkan neural circuit yang spesifik. Dia telah mengetarakan empat emosi asas (takut, panic, rage dan expectancy) dimana setiep satu dikait dengan system di otak. Keempat-empat ini interaksi untuk mencipta emosi. Panksepp juga mengatakan bahawa neurochemical yang tertentu dikaitrapat dengan pelbagai emosi system, contohnya, Acetocholine dengan sistem rage. Kritikan terhada[ PBT Panksepp:
# Magda Arnold (1960) menanya tentang asas lokasi yang spasifik untuk lintaran emosi
#James Averill (1982) lintaran "hard-wired" mungkin tidak flexible untuk bertindak sebagai asa neurological untuk emosi.
4.2 Teori Kognitif
Teori yang telah diketarakan ialah:
# Teori Schachter's Cognitive Labelling
-Role of cognitive labelling in determining what emotion are experienced
#Misattribution
-People often misattribute an emotion to an incorrect cause.
#Transfer of excitation
-How excitation from one source can transfer to another
#Teori cognitive appraisal
-thought processes are primarily responsible for triggering both emotional responses and behaviours
-emotional responses and behaviours that designed to cope with emotional situation
   
  Disebabkan kesuntukkan masa, dr terpaksa berhenti dan yang selebihnya akan disambungkan pada minggu hadapan. Tajuk pertama yang kami pelajari pada hari ini iaitu tentang emosi dan motivasi memberi satu idea yang teliti bagaimana kita boleh membezakan emosi dan motivasi dimana emosi dikaitkan dengan kessedaran manakala motivasi dikaitkan dengan tindakan. Tajuk kedua agak susah bagi saya untuk memahaminya dan ia mengandungi banyak teori yang kita perlu membaca dan memahaminya. Sekian Terima Kasih buat kali ini. J
 

No comments:

Post a Comment