Salam sejahtera kepada Dr. Zamri! Pada hari 17 Ogos 2011, Dr. Zamri telah menerangkan Tugasan 2 iaitu merupakan tugasan yang akan dibuat bersama-sama kawan dalam satu kumpulan (PBL). Saya berasa agak tidak ternanti-nanti kerana tajuk yang akan kita kaji agak menarik dan saya pasti melalui tugasan ini pengetahuan saya terhadap Pengurusan Emosi akan bertambah.
Hari ini, emosi dan motivasi telah dibincangkan dalam kelas. Emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi, ia menjadi pendorong kepada tingkahlaku. Saya berasa amar bersetuju kerana setiap kali apabila saya berasa amat takut akan mendapat keputusan yang teruk, ia menjadi motivasi saya untuk berusaha! Walaupun begitu, bukan setiap keadaan emosi menjadi pendorong dan bukan semua motivasi berasaskan emosi. Emosi juga boleh menjadi pemusnah sekiranya motivasi itu ialah negatif. Kadangkala, semasa belajar,emosi sedih menganggu pemikiran saya dan menjadi penghalang kepada tumpuan perhatian dan ia menyebabkan saya terpaksa berhenti belajar. Motivasi seringkali tidak berasal dari emosi. Misalnya, motivsi kepada makan ialah kelaparan. Motivasi ialah di mana kita memilih apa tindakan yang bakal dilakukan dan jangkaan apa yang akan berlaku. Misalnya, semasa dalam pergaulan, motivasi mendorong kita untuk bertegur-sapa dengan orang lain. Emosi menjadi pelindung dan mendorong kita untuk menjaga keselamatan sendiri. Contohnya, semasa berjalan di tempat yang sunyi, emosi takut membantu untuk meningkatkan kesedaran kita terhadap persekitaran supaya tidak dicederakan. Pada pengalaman saya, kadangkala emosi menjadi petunjuk kepada saya untuk membuat suatu keputusan terutamakan saya berada dalam keadaan yang terlalu takut dan gementar. Walaubagaimanapun, perubahan fisiologi, penilaian kognitif, perasaan, tingkahlaku untuk bertindak dipengaruhi budaya. Cara untuk menampilkan emosi juaga berbeza dengan perbezaan budaya Menurut Bickhard, 1997, motivasi terlibat satu pemilihan dari aspek salah satu proses. Motivasi ialah penyebab seseorang melakukan sesuatu perkara (Mook, 1996). Dalam teori motivasi, motivasi boleh merupakan faktor luar atau faktor dalam seseorang yang mengubah perlakuan seseorang. Dorongan merupakan keadaan yang memulakan tingkahlaku seseorang. Insentif merupakan faktor yang melahirkan motif untuk seseorang melakukan sesuatu. Terdapat juga teori-teori seperti teori naluri, teori arousal, teori kemanusiaan dan lain-lain yang mengatakan bahawa motivasi ini adalah secara semula jadi di badan kita dan kita tidak akan sedar tentang kewujudan motivasi itu. Teori naluri mengatakan bahawa motivasi ini datang secara semula jadi seperti motivasi untuk mendapat makanan dan melarikan diri dari kesusahan. Dalam Teori Arousal, arousal merupakan fisiologikal dan psikologikal yang diaktifkan. .
Maslow teori merupakan satu teori yang saya pernah didedahkan sebelum kelas hari ini yang berkaitan dengan "Humanistic". Saya mendapat teori amat mudah untuk difahami dan menarik! Maslow teori membahagikan motif kepada empat kelas yang melambang keperluan kita dari segi keperluan asas, psycologikal dan self –actualization. Keempat-empat kelas ini memberi pengaruh kepada emosi. Oleh itu, kewujudan emosi boleh dikaitkan dengan ketidakcapaian keperluan yang daripada kelas-kelas tertentu. Tingkat pertama menerangkan keperluan yang paling asas iaitu seperti makanan, air, tempat teduh, rehat dan sebagainya. Sekiranya keperluan pada tingkat pertama dapat dicapai maka barulah manusia akan cuba memenuhi keperluan yang berada di tingkat kedua seperti keselamatan. Tingakat ketiga termasuk keperluan seperti perasaan cinta, sayang, hubugan rapat, kawan-kawan dan sebagainya yang merupakan keperluan yang lebih tinggi. Selepas itu, apabila manusia telah memenuhi semua keperluan di tingkat satu, dua dan tiga barulah dia akan cuba memenuhi keperluan yang berada di tingkat ketiga iaitu keyakinan diri, kepercayaan kepada diri sendiri dan perasaan yang bagus atas sendiri selepas berjaya melakukan sesuatu kerja. Tingkat keempat merupakan kelas yang paling tinggi iaitu self-actualization yang merupakan tahap yang paling tinggi boleh dicapai dalam seseorang dengan mencapai kesemua potensi.
Terdapat banyak teori yang menerangkan bagaimana emosi dialami. Teori-teori yang utama ialah teori-teori berorientasikan fisiologi,teori konitif, dan teori psikoanalistik. Teori yang kita sudah belajar ialah teori-teori berorientasikan fisiologi. Pakar-pakar teori percaya pengalaman emosi dihasilkan daripada otak dan sistem saraf. Asal emosi ialah reaksi fisiologi teterhadap rangsangan. Misalnya, dalam Common sense theory, ia menyatakan situasi datang dulu dengan ikutnya emosi dan seterusnya reaksi. James-Lange teori menyatakan bahawa tindakan fisiologi terhadap rangsangan menghasilkan emosi. Contohnya dalam situasi yang bahaya(rangsangan), tindakan fisiologi ialah berpeluh-peluh dan jantung berdebar-debar, akibat ini emosi takut dicetuskan. Canon-Bard Teori mengkritikkan teori James-Lange kerana reaksi fisiologi adalah datang dengan lebih lambat, manakala reaksi emosi bertindak lebih pantas terhadap rangsangan. Jadi, respon fisiologi menghasilkan emosi dengan lebih lambat. Canon-Bard theory menyatakan emosi berasal daripada suatu rangsangan dan emosi akan memberi reaksi tertentu. Contohnya, apabila kita berjumpa dengan anjing yang ganas, ketakutan akan datang dan seterusnya respon fisiologi seperti berpeluh dan berlari akan berlaku. Selain itu, James juga menyatakan bahawa jantung dan perut tidak boleh menghasilkan emosi yang pelbagai. Kadar dengupan jantung, tekanan darah dan proses penghadaman tidak berupaya untuk menentukan apa emosi yang sedang dialami.
Berdasarkan teori-teori di atas, Schacter bersetuju dengan Teori "James –Lange". Walau bagaimanapun, beliau telah mengubah sedikit dengan menambahkan faktor kognitif dalam teorinya. Contohnya, apabila seseorang itu menyedari keadaan bahaya seperti gampa bumi (stimuli atau factor luaran), seseorang individu itu akan bertindak dengan berusaha untuk menyelamatkan diri dan juga orang yang tersayang. Sebagai contoh, seorang itu mengalami kenaikan kadar denyutan jantung dan susah bernafas atas gementar apabila cuba menyelamatkan diri dan juga anak-anakya dalam gempa bumi. Ini kerana, ibu adalah seorang dewasa yang sedar akan kebahayaan gempa bumi yang kemungkinan besar akan membawa kematian dirinya dan juga anak-anaknya. Kerana sebab inilah, terbuktilah bahawa dengan gabungan antara perubahan fisiologikan dan juga pemikiran kita, barulah perasaan atau emosi seperti takut, sedih dan sebagainya dihasilkan. Minda kita memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi perasaan kita. Keadaan ini dapat dilihat apabila kanak-kanak tidak berasa sedih apabila orang tuanya meninggal dunia kerana mindanya belum cukup matang baginya untuk mengenali keadaan yang sedang berlaku untuk membolehkannya berasa sedih. Seterusnya, Misattribution yang bermaksud kesilapan dalam menganggap sesuatu yang hasil daripada sesuatu yang lain. Contoh yang paling ketara ialah penganggapan sindrom premenstrual terhadap wanita oleh kebanyakkan orang terutamanya lelaki. Kadangkala kita akan tersilap menganggap bahawa seseorang wanita berada dalam sindrom ini apabila dia menunjukkan kemarahan dan kemurungan. Namun, sebenarnya wanita itu tidak mempunyai sindrom ini dan emosi yang dipaparkan di wanita itu langsung tidak berkaitan dengan sindrom itu.
Kesimpulannya, emosi positif menjadi pendorong kepada hidup manakala emosi negatif pula menjadi pemusnah kapada kehidupan kita. Emosi terhasil daripada perubahan fisiologi dan proses konitif memberi pengaruh kepada tindakan dan tingkah laku kita. Sekian terima kasih!
No comments:
Post a Comment