Thursday, August 18, 2011

A131858 CHO VI VIEN LJ04

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

          Salam sejahtera saya ucapkan kepada Dr.Zamri. Kali ini merupakan kali keempat saya menulis jurnal sebagai ulasan bagi kuliah pada 17/8/2011 yang bertempat di dewan kuliah 1. Kuliah bermula dengan taklimat tentang kertas kerja zt berkumpulan. Setiap kumpulan sudah mula berbincang tentang tajuk yang akan dipilih untuk kertas kerja dan pendaftaran sudah boleh dibuat secara online. Saya dan ahli kumpulan saya telah mula berbincang tentang tajuk-tajuk yang bakal dipilih untuk kertas kerja tersebut. Walau bagaimanapun, kita tidak dapat membuat keputusan kerana banyak tajuk  yang telah dicadang oleh ahli kumpulan . Tajuk untuk kertas kerja ini akan ditentukan melalui undi.

          Seterusnya , kuliah bermula dengan tajuk "Emosi dan Motivasi". Menurut pemahaman saya,emosi boleh dibahagikan kepada dua iaitu negative atau  positif. Manakala, motivasi bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif. Emosi juga boleh dibahagikan kepada empat iaitu berdasarkan perasaan,proses kognitif, perubahan fisiologi, dan tingkah laku yang berkaitan. Contohnya,ketika saya menerima berita buruk, saya mempunyai perasaan yang tidak tenang. Kemudian,terdapat perubahan fisiologi seperti berpeluh dan saya akan bertindak untuk menyelesaikan perkara tersebut. Menurut Baron dan Logan, emosi tidak dapat dipisahkan daripada motivasi dan kemudiannya akan bertukar menjadi emosional seperti yang dikatakan oleh lang et al. Saya sangat setuju dengan Baron dan Logan dengan menganggap bahawa emosi sebenarnya ialah satu perasaan yang sedang mendorong kita membuat sesuatu. Contohnya, apabila pencapaian pbl saya kurang baik, saya berasa sedih (ini merupakan emosi). Walau bagaimanapun, saya tetap akan berusaha untuk memaju diri (ini merupakan motivasi).

 

          Selain itu,emosi dan motivasi juga menyebabkan kita melakukan perkara yang negatif. Contohnya , apabila kita mempunyai kebencian, kebencian ini akan memotivasi kita untuk membunuh . Selain itu, apabila anda jatuh cinta, emosi-emosi tersebut akan memotivasi seseorang untuk menghantar mesej,menelefon dan mendirikan rumah tangga. Walau bagaimanapun, bukan semua emosi akan bertukar menjadi motivasi. Contohnya, apabila saya nampak orang yang dibenci,saya akan berasa kurang selesa dan akan memikir cara agar dapat mengelakkannya. James lange theory juga ada menekankan tentang emosi kita sebenarnya dipengaruhi oleh persepsi kita kepada sesuatu perkara. Emosi ini adalah bermula dengan diri sendiri dan tidak akan diganggu oleh orang lain. Contohnya, saya takut tempat yang gelap tetapi bagi sesetengah orang,mereka tidak takut dengan gelap. Emosi sebenarnya adalah sangat penting kerana ia juga merupakan satu cara berkomunikasi dengan orang lain. Emosi juga akan menyebabkan anda dalam stress. Motivsi juga akan mendorong seseorang untuk melakukan perkara yang disukai atau diminati seperti dikatakan oleh "mook"

 

         Sebenarnya, motivasi juga mempunyai empat konsep yang lain iaitu "instinct", "arousal", Humanistic theory dan Unconcious motivation. Instinct merupakan motivasi yang tidak payah diajar. Arousal theory menekankan seseorang boleh dimotivasikan kepada tahap yang tinggi atau yang sebaliknya. Curiosity motive boleh membantu kita memahami persekitaran kita. Abraham Maslow mengatakan bahawa motivasi boleh dibahagikan kepada beberapa tahap dari kehendak yang asas kepada keperluan .

 

          Ketika rehat 2 minit, Encik Zamri telah menayangkan satu video klip lagu Bangkit Asal. Dalam video ini, liriknya telah membawa banyak maksud termasuk penyanyi menceritakan penderitaan yang telah dilaluinya. Seterusnya, kuliah diteruskan dengan tajuk Teori FKP. Dalam theori physiologi ada menekankan bahawa emosi adalah dipengaruhi oleh otak dan sistem saraf. Terdapat tiga theory yang boleh menjelaskan emosi iaitu James lang, Cannon-Bard dan Theori psikobiologi . Saya pernah membaca sebuah buku yang bertajuk Emotion cognition:from brain to behaviour yang dikarang Simon C.Moore. Dalam buku ini, penulis juga ada menekankan theori ini . Penulis juga ada menceritakan bahawa kelakuan kita sebenarnya dipengaruhi oleh pemikiran sendiri.  Common sense theori mengatakan bahawa situasi akan mempengaruhi emosi dan reaksi tubuh badan kita. Contohnya, saya akan berasa takut apabila ternampak cicak dan saya akan terus menjauhkan diri daripadanya . James lange mengatakan bahawa reaksi kita terhadap sesuatu situasi adalah emosi. Cannon bard theori pula bertentangan dengan James lange kerana theori tersebut mengatakan bahawa reaksi tubuh badan kita terlalu lambat kerana ia perlu melalui stimulasi pysiologi , sistem saraf dan kemudian baru mengaktifkan otot . Theori ini mengatakan bahawa emosi adalah sesuatu yang kita pernah alami dan apabila kita berada dalam situasi yang sama , emosi kita akan mula wujud semula. Contohnya, saya takut cicak dan apabila saya ternampak cicak di dinding, perasaan takut dan geli akan mula wujud semula.

 

        Seterusnya, saya juga ada belajar tentang theori psikobiologi yang mengatakan bahawa emosi adalah berkaitan dengan kombinasi beberapa sistem dalam otak. Contohnya, sistem rage ialah marah, sistem fear ialah ketakutan, sistem care ialah kasih saying dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun ,theori ini mula dipersoalkan oleh orang lain. Kuliah ini juga ada mengajar tentang kesan kesilapan dalam mengaggap sesuatu perkara(misattribution).Contohnya, Kawan saya sebenarnya seorang pemarah dan semua orang tahu tentang sikapnya. Oleh itu, dalam setiap konflik-konflik yang berlaku, kawan saya telah dianggap sebagai orang yang mencetuskan konflik ini kerana sikapnya. Sebenarnya, setiap perkara yang berlaku tidak harus dinilai dari satu segi pandangan sahaja kerana mungkin terdapat salah faham yang berlaku.

 

          Selain itu, Lazarus juga mengatakan bahawa emosi mempunyai tiga komponen iaitu cognitive appraisals, action impulses dan patterned somatic reaction. Cognitive appraisal mengajar cara-cara yang harus difikirkan  untuk mengatasi tekanan  yang berpunca dari emosi. Selepas memikir cara ,kita harus mula bertindak seperti yang diceritakan dalam acton impulse. Kemudiannya ,kita akan berasa takut dan ingin melarikan diri. Contohnya, apabila anda berdepan dengan pembuli, anda akan mula berfikir cara untuk melawan mereka agar diri tidak dicedera(cognitive appraisals). Kemudian, anda akan mula berlawan untuk melindungi sendiri (action impulses). Seterusnya , anda akan melarikan diri daripada tempat kejadian dan anda akan mula rasa takut dan berpeluh(somatic reaction). Lazarus juga mengatakan bahawa kita akan memikir cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi untuk mengurangkan tekanan. Contohnya, sebelum peperiksaan kita akan berasa takut dan kita akan memikir cara untuk mengurangkan ketakutan kita. Contohnya, belajar semua taju-tajuk yang telah diajar dan berusaha memujuk sendiri bahawa soalan yang bakal ditanya tidak susah. Menurut Arnold's cognitive appraisal ,seseorang akan mula mengambil tindakan apabila dia telah dipengaruhi atau berada dalam situasi yang sama semula.

 

          Secara kesimpulannya, saya telah banyak belajar tentang emosi. Selepas kuliah ini, saya baru tahu bahawa emosi sebenarnya boleh dijadikan satu motivasi dalam hidup kita. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment