Thursday, August 18, 2011

A131930 Yuhana Binti Miftah LJ04- Motivasi & Emosi

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.


Jurnal kali ini merupakan hasil penulisan saya yang keempat sepanjang berlansungnya kuliah pengurusan emosi. Bercakap mengenai ramadhan, sudah pasti ianya tidak dapat lari dari istilah bazaar yang beroperasi di sepanjang bulan yang mulia ini. Sesudah tamatnya kuliah, sedang di dalam perjalan pulang ke rumah dengan memasang niat untuk membeli-belah di bazaar bersama rakan-rakan, tanpa diduga hujan turun dengan lebatnya. Pada ketika itu, jam menunjukkan pukul 6.18 petang. Berhajat untuk menunggu hujan reda dan kami akhirnya keluar membeli makanan di bazaar kampung baru pada pukul 7.20 petang sambil berbekalkan sepeket kurma sebagai persediaan sekiranya kami terpaksa berbuka dalam perjalanan. Seperti yang telah diduga, azan berkumandang sepuluh minit kemudian. Dalam suasana yang sejuk dan lembap setelah hujan, ditambah pula dengan dendangan lagu raya dari kedai makan yang berhampiran,  menjadikan emosi kami pada ketika itu penuh kesyahduan kerana teringatkan keluarga di kampung halaman masing-masing. Namun begitu, kesedihan tersebut dapat diganti dengan keseronokan bergurau senda bersama rakan-rakan. Pengalaman pertama berbuka bersama-sama dipertengahan  jalan merupakan sesuatu yang berharga kerana masih ada lagi rakan-rakan yang sanggup berkongsi kesusahan disaat berjauhan dari keluarga tercinta menjadiakan kami tidak berasa keseorangan.


Tamat kisah mengenai Ramadhan dan bazaar. Seterusnya saya akan menceritakan serba-sedikit mengenai perjalanan serta tajuk kuliah yang dipelajari pada hari ini. Kuliah pada hari ini bermula kira-kira 40 minit lewat disebabkan pensyarah kami, Dr Zamri, terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Sementara menunggu kehadiran beliau, para pelajar diminta untuk bermesyuarat di dalam kumpulan dan berbincang mengenai tema tugasan yang kedua iaitu tugasan berkumpulan. Pada awalnya, setiap kumpulan hanya boleh dianggotai oleh maksimum 5 orang. Namun, atas jasa baik Dr Zamri yang sedia untuk mempertimbang dan mempercayai kebolehan kami bekarja, kami akhirnya dibenarkan untuk membentuk kumpulan yang terdiri antara 10-11 orang pelajar, yang juga merupakan kumpulan tetap kami sepanjang semester ini. Beralih kepada pengisian kuliah, kali ini kami diperkenalkan kepada dua lagi tajuk yang berbeza; emosi & motivasi serta teori fisiologikal, kognitif serta psikoanalitik.


Masuk kepada emosi & motivasi. Dalam bahagian ini kita hendaklah memahami apa itu motivasi dan menahami perhubunganya dengan emosi. Untuk mengetahui maksud emosi, jurnal 1 hasil penulisan saya sendiri boleh dijadikan bahan rujukan. Motivasi boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan dan tingkah-lakunya sama ada secara positif atau negatif. Oleh itu, perhubungan di antara emosi dan motivasi adalah seperti berikut, "Emotion emphasizes arousal, whil emotivation emphasizes action".  Contohnya jika seseorang itu mempunyai perasaan hasad dengki ataupun rasa benci terhadap orang lain, emosi tersebut (benci) seolah-olah memberikan motivasi terhadap orang tersebut, dalam erti kata yang negatif, untuk memburuk-burukkan orang yang tidak disukai itu dihadapan orang lain. Perkaitan antara emosi dan motivasi ini dapat dilihat melaui 3 teori ahli pemikir terdahulu, iaitu:


James-Lange Theory

Penghasilan emosi dipengaruhi oleh perubahan deruan fisiologi dan perubahan tingkah-laku. Contohnya kita mendengar satu bunyi yang menyeramkan dating dari arah sebuah bilik yang kosong. Jantung akan berdegup dengan kencang dan kita akan berlari dengan pantas disebabkan ketakutan.

Cannon's challenge

Ransangan menyebabkan penghasilan emosi dalam sedar dan deruan fisiologi. Contohnya jika melihat sesuatu yang mencurigakan di celah-celah pokok di dalam gelap, dengan serentak kita akan merasa takut dan menggigil.

Two-factor theory

Ransangan akan menyebabkan perubahan fisiologi dan psikology seterusnya menghasilkan emosi dalm sedar. Contohnya jika kita terserempak dengan mayat hidup di dalam bilik mayat, ianya akan meransang kita untuk menggigil ketakutan, dan perubahan tersebut menghasilkan satu emosi iaitu takut.

Sekarang kita akan melihat salah satu teori yang mendukung konsep motivasi iaitu Humanistic Theory. Teori ini diperkenalkan oleh Abraham Maslow yang mencadangkan bahawa motif dibahagikan beberapa aras bermula daripada keperluan asas kehidupan, keperluan psikologi hingga keperluan diri sendiri.


Keperluan asas

a) Fisiologi- Air, makanan, haba dan rehat

b) Keselamatan- Kawalan


Keperluan psikologi

a) Harga diri- Pangkat dan penghargaan

b) Kasih-sayang- Hubungan intim dan persahabatan


Keperluan diri sendiri

Mencapai kepuasan diri melalui aktiviti yang memerlukan seseorang untuk mengasah bakat dan kreativiti.

Dalam bahagian kedua kuliah, teori baru telah diperkenalkan iaitu teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik.


Teori Fisiologikal

Dalam teori berasaskan fisiologi ini, para pengkaji menekankan bahawa emosi secara umumnya merupakan produk penghasilan dari otak dan sistem saraf.  Pendekatan utama teori ini adalah melalui;


a) The James-Lange Theory

Diformulasikan oleh William James (1884) dan disokong oleh Carl Lange (1887) membentuk James-Lange Theory. Tindakbalas fisiologi terhadap ransangan menghasilkan emosi. Secara umumnya, emosi akan terhasil akibat daripada tindakbalas terhadap situasi dan meransang reaksi tubuh. Lain pula dalam teori ini, situasi dikatakan meransang reaksi tubuh, seterusnya barulah menjana penghasilan emosi.


b) The Cannon-Bard Theory  

Walter Cannon's merupakan pengasas bagi teori ini, yang juga merupakan pengkritik  terhadap James-Lange theory. Sistem organ yang menghassilkan emosi bertindak balas dengan sangat perlahan terhadap ransangan.  Tindak balas emosi terhasil dengan cepatnya mengikuti ransangan. Teori ini membangkang teori James-Lange dengan mengatakan bahawa emosi masih lagi boleh dirasai walaupun sistem saraf telah dibuang ataupun diasingkan daripada badan.


c) Psychobiological Theory

Diasaskan oleh Jack Panskepp (1982, 1992). Beliau mengatakan emosi asas berkaitan dengan litar neural dan mejadikan 4 emosi (fear, rage, panic and expectancy) sebagai emosi asas tersebut dimana keempat-empat ini akan bertindak balas antara satu sama lain untuk menghasilkan emosi lain-lain emosi.


Teori Kognitif

·         Schachter's Cognitive Labeling Theory

o    Peranan melabel kognitif dalam menentukan perasaan yang sedang dialami

 

·         Misattribution

o    Seringkali seseorang itu tersalah dalam mengaitkan emosi dan sebab-sebab ianya berlaku.

 

·         Transfer of excitation

o    Menerangkan bagaimana keterujaan boleh ditukar alih dari satu sumber ke sumber yang lain

o    Keterujaan dalam konteks ini membawa maksud sekuat mana sesuatu stimulus itu boleh mempengaruhi kekuatan sesuatu emosi. Contohnya jika seseorang itu sedang marah, dan dia mula beralih menjahui tempat dan orang yang menimbulkan kemarahan tersebut. Namun, apabila berada di tempat yang baru, bersama dengan orang baru, perasaan marah tersebut masih kekal. Besar kemungkinan, seseorang itu cenderung untuk melepaskan rasa marahnya pada orang lain di tempat yang baru itu.

 

·         Cognitive appraisal theories

o    Proses pemikiran secara utamanya berfungsi dan bertanggungjawab untuk meransang tindak balas emosi dan tingkahlaku

o    Teori ini juga menyatakan bahawa tindakbalas emosi dan tingkahlaku seseorang itu direka dan dicipta untuk beradaptasi dengan pelbagai situasi emosi.

o    Contohnya jika terserempak dengan seekor anjing liar, perasaan takut akan memberi ransangan terhadap seseorang itu untuk lari menyelamatkan diri

 

Setakat itu sahaja rumusan kuliah pada hari ini. Semoga berjumpa lagi dalam penulisan jurnal saya yang terakhir pada minggu hadapan. Sekian, terima kasih.

 

No comments:

Post a Comment