Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Jurnal pembelajaran saya diteruskan lagi untuk kali ke empat. Jurnal kali ini adalah tentang kuliah Pengurusan Emosi yang saya hadiri pada 17 Ogos yang lepas. Seperti biasa, terdapat dua topik yang dibincangkan. Tajuk pertama adalah mengenai Emosi dan Motivasi. Manakala tajuk kedua pula ialah Teori Fisiologikal, Kognitif dan Psikoanalitik. Pada kuliah minggu lalu tiada kuiz yang diadakan kerana kesuntukkan masa. Namun, tajuk pertama yang dibincangkan menarik perhatian saya dan menghalang saya daripada merasa mengantuk semasa kuliah.
Saya ingin bercakap mengenai tajuk pertama dahulu iaitu Emosi dan Motivasi. Pertama sekali kita perlu tahu apa maksud sebenar motivasi. Apa itu motivasi? Motivasi adalah tingkahlaku yang mendorong kita untuk melakukan sesuatu. Ia menyadi penyebab mengapa seseorang itu melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh, kenapa kita pergi sekolah? Sebab ibu dan ayah kita yang suruh. Kata mereka pergi sekolah, belajar rajin-rajin, jadi orang yang pandai, nanti dapat kerja yang bagus-bagus, boleh bantu ibu bapa, jadi contoh untuk adik-adik dan berjaya dalam hidup. Jadi kita boleh lihat di sini kita pergi sekolah sebab ibu bapa kita yang suruh. Perkara-perkara yang mereka sebutkan itu menjadi pendorong dan memotivasikan kita supaya pergi ke sekolah. Bercakap mengenai perkara ini, saya teringat kepada rakan saya semasa di sekolah dahulu. Ketika itu kami berada di sekolah menengah. Dia kerap kali tidak datang sekolah pada penggal yang lepas. Tetapi, pada penggal yang baru, dia datang ke sekolah hampir setiap hari. Saya bertanyakan apa yang membuatkan dia berubah. Dia mengatakan dia pergi ke sekolah sebab gadis yang diminatinya berada dalam kelas yang sama dengannya. Jadi di sini, kita dapat lihat yang gadis yang diminatinya itu menjadi motivasi untuk dia datang ke sekolah setiap hari. Saya mengaku, apabila dia menjadikan gadis itu sebagai motivasi, ia membawa kepada perubahan yang baik. Namun seharusnya kita menjadikan orang yang lebih penting dalam hidup kita untuk dijadikan motivasi buat kita misalnya ibu bapa kita. Bagi saya, ibu bapa akan memberikan motivasi yang berterusan kepada kita dan apabila memikirkan segala kepayahan mereka semasa menjaga dan membesarkan kita, itu sudah cukup untuk membuatkan kita terdorong untuk belajar bersungguh-sungguh. Walaupun begitu, terpulang kepada masing-masing untuk memilih sesuatu yang boleh memotivasikan diri masing-masing. Lain orang lain caranya. Seperti mana peribahasa melayu mengatakan, lain rumput, lain belalangnya. :)
Motivasi amat berkait rapat dengan emosi. Ini di sokong oleh Baron & Logan pada tahun 1993 yang mengatakan emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Lang et al pada tahun 1992 juga mengatakan emosi boleh menjadi motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Misalnya, emosi negatif seperti perasaan benci yang mendalam boleh mendorong seseorang menjadi agresif terhadap orang yang dibencinya. Kerana itulah kadang-kadang di surat khabar terdapat berita kes-kes pembunuhan atas motif dendam dan benci. Mereka ini tidak dapat mengawal emosi ini dan mendorong mereka bertindak di luar kawalan.
Ada beberapa konsep mengenai motivasi. Pertama ialah drive, ia bermaksud desakan dalaman yang mengaktifkan tingkahlaku untuk melakukan sesuatu. Yang kedua ialah incentive yang merupakan matlamat luaran yang 'menolak' atau 'menarik' sesuatu kecenderungan untuk bertindak. Seterusnya instinct atau naluri yang mengatakan motif adalah semulajadi. Kemudian, arousal yang menyatakan bahawa kita didorong untuk mengekalkan aras kebangkitan yang optimum dan ada beberapa konsep lain yang saya tidak nyatakan di sini.
Semasa separuh perjalanan kuliah, Dr. Zamri telah menayangkan satu video iaitu video lagu dalam loghat bahasa kelantan yang saya sudah lupa tajuknya. Senikata yang ditunjukkan oleh Dr Zamri amat membantu pemahaman saya. Video tersebut berkenaan kisah hidup penyanyi lagu itu sendiri yang bernama Halim. Ia menceritakan latar belakang hidupnya dari kesusahan sejak kecil dan semasa bersekolah sehinggalah dia diterima untukmemasuki universiti dan mendapat ijazah. Jalan ceritanya amat menyentuh hati saya dan membuatkan saya rasa amat bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang. Dalam jalan cerita lagu itu saya merasakan kesusahan hidup yang dialaminya menjadi pendorong dan motivasi untuknya belajar dengan harapan untuk mengeluarkan dia dan keluarganya dari kancah kesusahan. Jika difikirkan kembali, pada pendapat saya selalunya pelajar-pelajar yang menjadikan sebab di atas sebagai motivasi untuk belajar besar kemungkinan untuk berjaya dengan cemerlang. Ini kerana, bagi pelajar yang keluarganya boleh dikatakan senang selalunya tidak serius dalam menimba ilmu dan belajar semata-mata kerana ingin lulus peperiksaan. Tetapi kita tidak boleh mengecop semua pelajar dari keluarga yang senang bersikap sebegitu. Hanya segelintir dan pada pandangan saya sahaja.
Bagi tajuk yang kedua iaitu Teori Fisiologikal, Kognititif dan Psikoanalitik, terima kasih kepada video yang ditayangkan, saya lebih bersemangat dan dapat membuka mata untuk mendengar kuliah ini. Saya mulakan dengan teori fisiologikal. Teori ini dibahagikan kepada tiga iaitu teori James and Lange, teori Cannon Bard dan psikobiologikal approach. Teori James and Lange menyatakan bahawa emosi yang dirangsangadalah hasil daripada perubahan fisiologi. Misalnya, Asyraf melihat harimau dan akibat daripada perubahan fisiologikal yang dialami dalam tubuhnya, dia merasa takut dan melarikan diri. Namun teori ini disangkal oleh teori Cannon Bard yang diasaskan oleh Walter Cannon yang menyatakan hujah bahawa organ manusia merangsang emosi sangat lambat bertindak kepada rangsangan sedangkan emosi itu datang sejurus selepas stimulus. Walaupun begitu, Teori Cannon Bard sependapat dengan Common sense theory bahawa emosi itu datang sejurus selepas rangsangan dan diikuti dengan perubahan fizikal.

Teori kognitif pula boleh dibahagikan kepada empat iaitu Schacter Cognitif Theory, Misattribution, Transfer of Excitation dan Cognitif Appraisal. Saya agak berminat untuk bercakap dengan lebih lanjut mengenai misattribution yang membawa maksud prasangka dan salah sangka. Hal ini amat biasa di kalangan masyarakat kita masa kini . Ramai yang mempunyai sikap prasangka buruk terhadap jiran-jiran sendiri yang boleh membawa masalah kepada komuniti. Jadi marilah kita bersama-sama mengubah sikap kita agar masalah ini dapat dibendung. Sebelum saya menamatkan jurnal ini, marilah kita sama-sama menghayati lirik lagu Bangkit Asal yang dinyanyikan oleh Halim Yazid.. :)
Ambo nk sambung kisoh diri sdiri,
doh adik kakok kg pakat nk dngr lg,
ambo hormat sanjung sgalo kasih sgalo budi,
susoh hk ambo sanjung adik kakok ambik perati...
oooooo,ambo raso berbesar hati,
oooooo,timo kasih setinggi tggi....
Maso kecik ambo beso make nasi sajo-sajo,
Kalu ado pun sekerat ike, kena bagi dua,
Dapur cumo ado gare, Jare bena ado gulo,
Baco bok male-male, paka minum air telago,
Bangun pagi-pagi, sauk baju paka seluar,
Mek ambo rebus ubi, bungkus buat bekal,
Dio pese hari-hari, Leng ngaji lah pandai-pandai,
Kalu kito pah tinggi, orghe kata boleh jadi pengawai,
Oooooooooo?..ambo gi sekolah berungga-ungga,
Ooooooooo?.ambo nok ngaji wi pandai-pandai......
Ado satu ketika cikgu mintok 10 rial,
dio kata sekolah kito nok gi melawat sambil belajar,
Hummm?.. tak dok apo doh la cikgu wei.., saya tok leh bayar,
Orghe lain gi belako, ambo sore jah tinggal...
Hok ambo perit sengoti, kena gi sekolah alik pete,
cikgu kata wajib mari, rumoh kuning ado latihan,
Ambo la hok banyok sekali kena hungga keliling pade,
kerana ambo tok leh nok beli seluar pendek kasut suke....
Ooooooo??Malu nye wei, ambo kena paje,
Oooooooo??Ni lah baru ambo royat ko orghe,
Terimakasih lah cikgu-cikgu kerana sudi ajar saya,
Dari darejah satu hinggo jadi manusio,
Mintok halal segala ilmu hok cikgu bui selamo maso,
Di tapok kaki guru ambo tunduk mintok reda,
Ambo masuk universiti tahun 80, Budok kapong nok gi ngaji,
Tekad dale hati ambo nok ngaji sungguh-sungguh,
Ingat malu kore warih warah dok pakat kato,Tok soh lah dok kurban kalu tidok baso kayo,
Atar sekolah anak jate wak ngabih ko hareta,
Tidak kato nok pakat rate, tolong bantu samah dua........
Ooooooooooooo??Tak dok warih nye diri ambo....
Ooooooooooooooo??Demo tokse kelih, walau sebelah mata.....
Mek denge ayoh masok jadi peneroka baru,
Dale bukit nok tanam getah di Kesedar Lepir 1,
Perang dengan rima gajah, make tok make tok dk sapo tahu ,
beginilah orghe susoh, nok tanggung anok ngaji di U,
kerana keadaan begitu, ayoh ambil keputusan,
Wahai anok-anok ku, kito pecahlah tiga jale,
Mu Haling, anok nombor satu, mu duk Kuala Lumpur ngaji lah sore,
Adik-adik tinggal kampong dulu, paka dudukla 5 orghe ,
Ooooooo?..Selamat tinggal selamat jale....
Oooooooo?..Adik hok bongsu jerit sokmo male-male...
Alkisahlah ambo pulok tengoh dok kena ngaji di universiti Malaya,
Buku rujukan pun ambo takdok, paka harap ko salin nota,
Beraso malu jugok masok majlis hok besar-besar,
Baju ambo muroh telajok, 12 rial jah sehelai,
Hari konvokesyen, hari untuk ayoh bonda,
Penat jerih seribu musim, harap mek ayoh beraso banggo,
Tahniah dari sain-sain, ambo terima banyok bunga,
Ambolah orghe panggil Halin anok kapong sesok hok paling berjaya......
Oooooo?,akhirnya ambo bulih sarjana,
Oooooo?,bersyukur pado Allah Maha Kuasa...

No comments:
Post a Comment