Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pensyarah pengurusan emosi iaitu Dr Zamri dan kawan-kawan sekalian. Kini telah tiba masanya untuk saya menyiapkan jurnal saya yang keempat. Pejam celik pejam celik kini saya telah tiba ke jurnal yang keempat. Seperti kebiasaannya, jurnal ini adalah merupakan rentetan kesimpulan serta kefahaman saya daripada kuliah yang lepas. Selain itu, adalah terdapat beberapa pertambahan daripada pendapat saya sendiri atau rujukan daripada bahan-bahan rujukan yang lain.
Pada kuliah yang lepas, saya telah didedahkan dengan satu lagi kuliah yang baru iaitu emosi dan motivasi. Ini adalah satu tajuk yang sangat besar bagi saya kerana emosi itu senidri merupakan salah satu faktor yang meyumbangkan kepada motivasi seseorang individu itu. Pada mulanya saya juga tertanya-tanya bagaimana, mengapa, kenapa dan seribu satu persoalan tentang kaitan emosi dengan motivasi.Menerui kuliah ini saya telah memperoleh beberapa fakta-fakta yang baru tentang bagaimana emosi yang kita alami dapat mempengaruhi motivasi di dalam diri sendiri. Ini merupakan satu fakta yang nyata kerana saya pasti semua orang pernah mengalami keadan ini iaitu di mana emosi yang kita alami sama ada sedih, gembira dapat mempengaruhi tahap motivasi kita. Keadaan ini wujud dan pastinya ada tapi cuma sama ada kita sedar akan keadaan ini atau tidak sedar.
Mungkin kita penah dengar perkataan emosi dan motivasi, tapi adakah kita faham tentang apakah sebenarnya emosi dan motivasi itu. Oleh itu, saya akan menerangkan apa itu emosi dan motivasi terlebih dahulu. Istilah emosi menurut Daniel Goleman (1995), seorang pakar kecerdasan emosional, yang diambil dari Oxford English Dictionary bermakna emosi sebagai setiap kegiatan atau pergolakan fikiran, perasaan, nafsu, setiap keadaan mental yang hebat dan meluap-luap. Manakala definisi motivasi pula ialah keadaan dalaman diri yang membangkit, menguasai dan mengekalkan sesuatu tingkah laku dalam diri seseorang itu. Berdasarkan definisi tersebut, jelaslah emosi itu merupakan sesuatu yang luas maknanya dan tidak dapat untuk menspesifikannya kepada satu aspek sahaja. Di samping itu, emosi juga mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan motivasi. Tidak semua emosi yang dialami boleh menjadi pendorong kepada seseorang individu dalam melakukan sesuatu, bahkan ia juga mempunyai kesan yang menyebabkan seseorang individu itu mengalami penurunan tahap motivasi. Justeru, ia merupakan pilihan kita sendiri sama ada emosi yang dialami hendak di ambil sebagai semangat dalam meningkatkan lagi motivasi ataupun sekadar membiarkan emosi sama ada positif dan negatif menguasai diri sehingga menyebabkan tahap motivasi menurun.
Emosi terbahagi kepada empat bahagian yang utama di mana yang pertama ialah perasaan, yang kedua proses kognitif, yang ketiga perubahan fisiologi dan yang terakhir adalah tingkahlaku berkaitan. Terdapat tiga theory tentang emosi dan motivasi iaitu "James-Lange Theory", "Cannon's Challenge" dan "Two-Factor Theory". Bagi teori yang pertama iaitu "James-Lange Theory" apabila menerima sesuatu ransangan akan berlaku perubahan fisiologi dan tingkah laku. Di samping itu, subjektif juga akan mengalami emosi mengikut ransangan yang diterima. Manakala bagi "Cannon's Challenge" pula mengatakan bahawa apabila menerima sesuatu ransangan, individu tersebut akan mengalami emosi sedar dan menyebabkan perubahan fisiologi. Bagi teori yang terakhir pula iaitu "Two-Factor Theory" menunjukkan bahawa apabila seseorang individu menerima ransangan, individu tersebut akan mengalami kabangkitan fisiologi ditambah dengan label kognitif untuk arousal dan emosi sedar. Daripada teori-teori tersebut dapat diperjelaskan bahawa emosi dapat membantu tubuh badan kita untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang dihadapi serta bersedia dengan tindakan yang akan diambil.
Di samping itu saya juga telah mempelajari tentang beberapa konsep dan teori motivasi. Sebelum itu, saya ingin menerangkan tentang apakah itu motivasi sekali lagi. Motivasi ialah faktor dalam dan luar seseorang individu yang menyebabkan ia berkelakuan dengan berbeza mengikut waktu tertentu. Seterusnya konsep motivasi yang diterangkan adalah seperti "drive" di mana keadaan dalaman atau gerak hati yang mengaktifkan tingkah laku untuk mengurangkan keperluan dan memulihkan homeostasis( konsistensi dalaman badan secara aktif mesti dikekalkan). Konsep motivasi yang kedua ialah insentif iaitu matlamat luar yang "menarik" atau "menolak" tingkah laku konsep lain-lain. Konsep-konsep yang lain, ialah naluri, di mana ia adalah motif yang semula jadi, arousal iaitu orang yang didorong untuk mengekalkan tahap optimum arousal dan yang terakhir humanistic iaitu teori hierarki keperluan.
Oleh itu, bolehlah saya merumuskan bahawa emosi dan motivasi saling berkaitan di mana emosi menekankan arousal dan motivasi menekankan aksi. Kadang- kadang emosi membawa kepada pembinaan motivasi atau motivasi itu sendiri membawa kepada perubahan emosi daripada negative ke positif. Justeru tidak dapat disangkal lagi bahawa motivasi yang terbina dan tertanam di dalam diri dapat menjadi titik tolak kepada perubahan emosi. Oleh itu, motivasi merupakan suatu komponen yang penting dalam mengekalkan emosi supaya emosi sentiasa berada dalam keadaan yang stabil serta secara tidak langsung dapat membawa kepada perubahan emosi itu sendiri daripada emosi negative yang banyak memberi kesan buruk kepada diri seseorang individu kepada emosi positif.
Sebelum saya meneruskan jurnal saya ini, ingin saya berkongsi satu sajak yang saya terbaca daripada internet yang InsyaAllah dapat membina motivasi di dalam diri kita.
Gagah dari rupa hanyalah suatu tayangan |
Gagah dari dalam merupakan suatu kekuatan |
|
Kuasa adalah imej minda |
Ia menggambarkan kualiti diri anda |
Ia menggambarkan keperibadian anda |
|
Orang yang gagah bagaikan intan |
Bersinar dengan kilauan yang ceria |
Orang yang gagah diibaratkan kilat |
Menerangkan angkasa dan menggegarkan alam |
|
Sememangnya |
Orang yang gagah terus berjuang... |
Biar pun ribuan kali dikecam kegagalan |
Orang yang gagah terus membina... |
Biar pun ramai orang tidak restukan perjuangannya |
Orang yang gagah tidak mengenal takut... |
Biar pun tugasan berisiko dan mencabar |
|
Kegagahan menyambar segala ujian |
Kegagahan menangkis segala pancaroba |
Kegagahan mencetuskan kekuatan yang kental |
Kebal, tahan lasak dan bersemangat |
Sememangnya orang yang gagah adalah insan yang luar biasa. |
Alhamdulillah, selesai lah sudah jurnal saya yang keempat ini. Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana memberi kesempatan masa kepada saya dalam menyiapkan jurnal ini dalam masa yang diperuntukkan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr Zamri yang telah memberi input yang sangat berguna kepada saya yang dapat saya jadikan bahan dalam penulisan jurnal saya pada kali ini. Diharap emosi dan motivasi yang dipelajari dapat saya jadikan sebagai panduan kepada diri saya serta orang lain juga. Sebelum saya mengakhiri jurnal saya pada kali ini, terimalah kata-kata hikmah yang sangat bermotivasi ini:
"Tidak kira di mana kita berada, atas atau bawah, syukur dan redha dengan keadaan kita. Bila di atas, banyak-banyak bersyukur dan terus pertahankan tempat kita di atas. Kalau di bawah, redha dan terus berusaha untuk putarkan roda ke atas semula. Sebab yang atas boleh jatuh, yang bawah boleh naik"
No comments:
Post a Comment