Thursday, August 18, 2011

Muhamad Fadzlan bin Fadzil A132072 LJ04: Emosi dan Motivasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Alhamdulillah bertemu lagi kita dalam penulisan saya yang keempat bagi jurnal ZT2253, Pengurusan Emosi.  Pada penulisan yang lepas, saya telah membincangkan serba sedikit berkaitan emosi negative dan implikasinya terhadap kehidupan seharian kita. Namun kali ini tulis perbincangan saya sedikit berbeza, namun masih lagi berpaksikan emosi. Saya ingin merungkai hubungan berkaitan emosi manusia dan bagaimana emosi seseorang itu memotivasikan dirinya untuk menjadi insan yang lebih baik. Isu ini sedikit sebanyak telah dibincangkan didalam kuliah yang lepas, namun kali ini saya akan mengupasnya dengan pendapat saya sendiri dan saya selitkan serba sedikit input yang saya telah dapat pada kuliah yang lepas.  Sebelum saya pergi lebih jauh, saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian berkaitan video yang pertontonkan kepada kami pada kuliah yang lepas oleh Dr. Zamri berkaitan dengan keperihan hidup seorang pensyarah Universiti Malaya suatu ketika ketika zaman mudanya yang diabadikan didalam sebuah lagu yang digubahnya  sendiri. Pada mulanya video itu amat menjengkelkan saya kerana bahasa yang digunakan adalah loghat Kelantan yang amat sukar bagi saya untuk memahaminya namun, sarikata yang disediakan diteliti satu demi satu dari detik ke detik mula mencolek perasaan syahdu dan sedih saya sehinggakan hampir membuatkan saya menitiskan air mata. Kegigihan beliau untuk mencapai kejayaan sehanigga ke menara gading yang sangat perit banyak membuatkan saya termotivasi untuk terus berusaha didalam bidang perubatan ini walau onak dan duri terpaksa saya hadapi. video ini sangat bertepatan dengan tajuk perbualan kita kali ini iaitu "Emosi dan Motivasi".
Sebelum saya menyentuh lebih lanjut berkaitan tajuk ini, marilah kita hayati definisi emosi dan motivasi. Emosi adalah nada yang efektif samada positif mahupun negative, namun emosi tidak akan bersifat neutral. Terdapat empat komponen emosi iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan. Keempat-empat komponen ini haruslah bertindak sejajar dalam membentuk sebuah emosi manusia. Oleh itu, emosi merangkumi makna yang lebih meluas jika dibandingkan dengan perasaan. Manakala motivasi membawa maksud aspek tingkahlaku yang didorong oleh emosi bagi mencapai sesuatu yang diingini. Emosi dan motivasi mempunyai hubungan yang rapat dan selalu bekerja secara serentak dalam memanifestasikan tingkahlaku seseorang insan, bak kata Baron & Logan, emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi dan emosi juga bertindak sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional (Lang et al, 1992). Kita ambil contoh, cinta. Cinta akan menyebabkan seseorang itu termotivasi untuk sentiasa menjaga hubungan mesranya bersama teman tersayang sehinggakan sanggup menggadaikan wang ringgit menelefon dan mengirim kiriman pesanan ringkas demi mendabat hati kekasihnya. walaubagaimanapun, tidak semua keadaan emosi menjadi pendorong dan pendorong berasaskan kepada emosi.  Ini kerana semuanya terpulang kepada diri kita sendiri yang menentukan samada emosi  yang dihadapi member impak positif mahupun negative kepada kehidupan kita.
Terdapat beberapa teori dan konsep yang penting dalam menerangkan fungsi emosi.Konsep yang pertama adalah maksud motivasi itu sendiri yang boleh didorong oleh faktor luaran (Incentive) ataupun dalaman (Drive). Saya ingin mengupas lebih lanjut berkaitan factor dalaman atau lebih dikenali sebagai "drive". Didalam system badan manusia, badan akan cuba menjaga kestabilan system fisiologikal dan keadaan sekitar didalam badan atau dipanggil system homeostasis. Setiap hidupan, sebagai contoh haiwan bertindak berdasar kestabilan atau ketidak stabilan sistem homeostasisnya. sebagai contoh, jika sistem ini tidak seimbang mereka akan lebih mudah bertindak agresif atau lebih suka mendiamkan diri. Faktor-faktor ini bertindak dibawah kawalan hypothalamus, iaitu komponen penting didalam otak. Manakala bagi factor luaran pula merangkumi factor kewangan dan bukan kewangan yang menyediakan suatu motif bagi sesuatu tindakan atau tuduhan sebagai punca untuk memilih pilihan sebagai jalan alternatif. terdapat tiga komponen factor luaran ini termasuklah kewangan, moral dan paksaan. Selain itu,Theory of Motivation adalah berasaskanHumanistic theory—hierarchy of needs. Dalam hierarki ini,kita dapat menonjolkan tahap keperluan manusia terhadap sumber asas kehidupan seperti tempat tinggal dan makanan.selain itu,terdapat keperluan fisiologikal  dan juga memenuhi kehendak individu yang merupakan komponen tertinggi dalam hierarki tersebut.emosi sebenarnya lebih menekankan keterbaitan perasaan dari dalam hati manakala motivasi lebih menekankan ke  arah tindakan yang diambil oleh individu untuk mencapai matlamatnya.
 
          Sekarang kita beralih kepada perbincangan berkaitan  dengan teori –teori fisiologi,kognitif dan psikoanalitik. Saya mulakan dengan teori emosi,teori ini terdiri daripada beberapa komponen iaitu Subjective feelings,Cognitive appraisal,Physiological arousal, Motor expression (body movements) dan Motivational tendencies (needs to act on basis of emotions).Pertama sekali ialah teori fisiologi yang dibahagikan kepada 3 jenis teori iaitu James and Lange theory,Cannon Bard theory dan psykobiologikal approach.Dalam James and Lange theory,William James dan Carl Lange mengatakan bahawa emosi yang dirangsang adalah hasil perubahan fisiologi. Sebagai contoh,Haris terpandang wanita cantik lalu terus jatuh hati terhadap wanita tersebut dan ini merangsang dirinya untuk berusaha mendekati wanita tersebut .Teori ini ditolak oleh Walter cannon pegasas Cannon Bart theory dengan menyatakan hujah bahawa organ manusia merangsang yang emosi sangat lambat bertindak kepada rangsangan sedangkan emosi itu datang sejurus selepas rangsangan. Cannon Bart Theory pula sependapat dengan Common sense theory bahawa emosi itu dating sejurus selepas rangsangan dan diikuti dengan perubahan fizikal.Dalam Psikobiologikal Theory,pengasas meletakkan 4 emosi utama iaitu "Fear,Rage,Expentancy and Panic".keempat-empat emosi utama ini bergabung membentuk emosi-emosi yang berlainan yang seterusnya dizahirkan oleh manusia.
Kognitif theory pula terbahagi kepada empat iaitu Schacter Cognitif Theory, Misattribution, Transfer of Excitation dan Cognitif Appraisal.Dalam keempat-empat komponen ini saya ingin menyentuh serba sedikit berkaitan dengan konsep Misattribution atau lebih dikenali dalam budaya kita sebagai sikap salah tafsir atau salah faham.Dikalangan masyarakat kita ramai yang mempunyai sikap berburuk sangka terhadap sesuatu peristiwa yang tidak pasti. kadang kala sikap buruk sangka ini juga melibatkan insane tersayang termasuklah ahli keluarga sendiri. Hal ini sangat membimbangkan masyarakat kita kini kerana masyarakat akan mudah bertelagah sesame sendiri akibat pemikiran negatif ini kerana perkara sebenar masih tidak mendapat kepastian. Sebagai contoh Ahli keluarga berperang mulut dan bermasam muka sesame sendiri tanpa alasan yang munasabah dan masalah kecil tanpa kepastian hanya akan mengakibatkan punahnya sesebuah institusi kekeluargaan tersebut. Islam mengajar umatnya untuk sentiasa berbaik sangka terhadap orang lain. Saidina 'Umar bin Al-Khattab ra pernah berkata: "Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik". Oleh itu, kita seharusnya mencari kepastian terlebih dahulu terhadap permasalahan atau pertuduhan yang timbul dan menyelesaikannya dengan bijaksana tanpa meletakkan pertuduhan yang buruk terhadap sesiapa dan sentiasalah bersangka baik sesama manusia.Sesungguhnya bersangka baik mampu menjamin kestabilan ummah manusia didunia ini. Marilah kita bersama-sama  bermuhasabah diri mulai detik sekarang. Jadikanlah Ramadhan kali ini sebagai titik permulaan kita untuk berubah kearah yang lebih baik dari sebelumnya. Setakat ini sahaja penulisan saya untuk kali ini. Diharapkan para pembaca dapat mengambil serba sedikit input yang dikongsikan buat kali ini. Semoga bertemu lagi dalam penulisan saya yang akan datang.Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment