Thursday, August 18, 2011

A131876 Sim Linger LJ04 Emosi dan Motivasi




                Salam sejahtera. Jurnal ini merupakan jurnal keempat saya dalam kursus Pengurusan Emosi dan ia mengenai kuliah yang diadakan pada 17 Ogos 2011. Kuliah ini bermula dengan taklimat tentang tugasan yang akan datang, di mana kami akan dibahagikan kepada kumpulan dan Dr Zamri telah menunjukkan beberapa contoh tajuk yang kami boleh gunakan. Kami juga ditunjukkan sampel daripada senior supaya kami boleh lebih jelas tentang tugasan tersebut.Taklimat ini mengambil masa selama sejam dan kuliah diteruskan dengan topik emosi dan motivasi.

                Emosi didefinasikan sebagai nada berkesan sama ada ia positif atau negatif manakala motivasi umumnya dianggap sebagai kajian tentang tingkah laku yang memberi tenaga kepada kami untuk terus berusaha. Seperti yang telah diajar dalam kuliah yang lepas, emosi mempunyai 4 komponen, iaitu perasaan (feeling state), proses kognitf (cognitive process), perubahan fisiologi (physiological changes) dan tingkah laku yang berkaitan (associated behavior). Oleh itu, emosi lebih luas maknanya dari perasaan. Menurut Baron dan Logan (1993), emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Lang et al juga mengatakan bahawa emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Kedua-dua kenyataan telah menunjukkan hubungan antara emosi dan motivasi. Contoh emosi sebagai motivasi ialah cinta akan memotivasikan seseorang untuk melibatkan diri dalam aktiviti atau tingkah laku yang tertentu seperti menelefon setiap hari, melaporkan diri dan mendirikan rumah tangga. Persahabatan juga akan memotivasikan seseorang untuk mengemas kini tentang berita rakannya dan bersedia untuk memberikan bantuan apabila kawan berada dalam kesusahan. Motif pembunuhan juga menunjukkan hubungan anatara emosi dan motivasi. Seseorang membunuh disebabkan kebencian atau untuk mendapatkan duit. Motivasi seperti ini mengarahkan seseorang itu untuk melakukan perkara yang salah.

                Walaupun terdapat hubugan antara emosi dan motivasi, bukannya dalam semua keadaan emosi yang menjadi pendorong (motivator). Hali ini disebabkan bukan semua pendorong berasaskan pada emosi, contohnya motivasi kepada seseorang yang belajar kuat bukannya hanya bergantung  kepada emosi, tetapi juga berdasarkan motif pencapaian yang ingin disampai oleh seseorang. James-Lange theory telah diperkenalkan kepada kami dalam kuliah. Kami mempunyai pengalaman dan dengan ini, sistem saraf autonomik (autonomic nervous system) kami akan menghasilkan tindakan fisiologi seperti ketgangan otot, peningkatan kadar denyupan jantung, berpeluh, kekeringan mulut dan sebagainya. Teori ini mencadangkan bahawa emosi berlaku disebabkan oleh tindakan fisiologi dan bukannya emosi yang menyebabkan kewujudan tindakan tersebut. Urutan sepatutnya seperti berikut: Perkara (event)> kebangkitan (arousal)> tafsiran (interpretation)>emosi (emotion). Teori ini akan lebih jelas melalui contoh. Anda sedang berjalan ke lorong gelap yang lewat pada waktu malam. Selepas itu anda mendengar jejak langkah di belakang anda (event) dan anda mula menggeletar, jantung anda berdenyup dengan lebih cepat dan pernafasan diperdalamkan (arousal). Anda mendapati bahawa perubahan fisiologi sedang berlaku dan mentafsir mereka sebagai persediaan tubuh badan anda untuk situasi yang menakutkan (interpretation). Akhirnya anda mula berasa takut (emotion).

                Teori Canon pula mengatakan bahawa kami mengalami kebangkitan fisiologi dan emosi pada masa yang sama, tetapi tidak memberi perhatian kepada peranan pemikiran dan tingkah laku luaran. Sebagai contoh, anda sedang berjalan ke lorong gelap lewat pada waktu malam. Anda mendengar jejak langkah di belakang anda dan anda mula menggeletar, jantung anda berdegup lebih cepat dan pernafasan diperdalamkan. Pada masa yang sama perubahan fisiologi sedang berlaku, anda juga mengalami emosi ketakutan. Emosi juga boleh diterang sebagai kebangkitan yang melibatkan perubahan ekspresi dan badan, pengaktifan otak, penilaian kognitif, perasaan subjektif, kecenderungan ke arah tindakan dan semua ini telah dipengaruhi oleh budaya masing-masing. Contohnya, cara bertegur sapa dalam masyarakat Melayu adalah bersifat kelembutan dan secara bersalaman manakala Mat Salleh bertegur sapa dengan bergonceng dan berjabat tangan. Bahasa badan yang berbeza mempunyai makna yang berbeza dalam budaya yang lain.

                Emosi bertindak sebagai tindak balas penyesuaian badan kita kepada peristiwa yang berlaku dalam perseikitaran dan ia membantu dalam menyampaikan niat kita kepada orang lain. Emosi membangkitkan kita untuk bergerak, mengambil tindakan dan  menyesuaikan diri. Menurut Bikhard, motivasi merupakan aspek proses pemilihan. Konsep dan teori motivasi mengatakan bahawa motivasi merupakan faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan organisma untuk berkelakuan tertentu pada waktu yang tertentu. Drive merupakan emosi positif yang memacu kita. Abraham Maslow mencadangkan bahawa motif boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat daripada keperluan asas dalam kehidupan sampai ke keperluan fisiologi dan self-fulfillment. Keperluan jika tidak dipenuhi akan menggangu emosi dan seterusnya aktiviti seharian kita. Dr Zamri juga bercakap pasal satu novel bertajuk "Men are from Mars, Women are from Venus" , karya John Gray yang mengatakan bahawa cara pengiraaan lelaki dan perempuan dalam cinta (score) adalah berbeza. Perempuan suka meluahkan perasaannya (mengadu) bukannya untuk mendapatkan penyelesaian tetapi untuk didengar, manakala lelaki adalah lebih kepada mendapatkan penyelesaian.

                Tajuk kuliah kedua ialah teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik (FKP). Kebanyakan teori bersetuju bahawa emosi mempunyai beberapa komponen seperti perasaan subjektif, penilaian kognitif, kebangkitan fisiologikal, pergerakan badan (motoe expression) dan motivasi. Walau bagaimanapun, teori-teori berbeza juga kerana urutan peristiwa atau komponen (melibatkan respons emosi) yang tidak sama. Teori fisiologi menekankan bahawa emosi ialah hasil daripada otak dan sistem saraf dan tindak balas fisiologi kepada rangsangan merupakan asalnya. Teori yang terlibat ialah James-Lange, Cannon –Bard dan  teori Psikobiologi. James-Lange Teori dan Canon-Bard Teori telah diterangkan tadi dan contoh juga telah diberi bagi kedua-dua teori tersebut. Cannon-Bard Teori mengatakan bahawa seseorang bertindak balas kepada rangsangan tertentu dan mengalami emosi pada masa yang sama. Jadi, kalau seseorang yang takut kepada tempat tinggi dan berada dalam tingkat atas bangunan yang tinggi, seseorang itu akan mengalami emosi ketakutan. Seseorang boleh bertindak balas kepada rangsangan hanya selepas mengalami emosi yang berkaitan.

                Teori kognitif adalah berdasarkan teori fisiologi dan theorist telah mencadangkan bahawa kognitif memainkan peranan dalam menghasilkan dan memberi panduan kepada emosi. Contoh teori ialah Teori Schacter (Schachter's Cognitive Labelling Theory) dan Misattribution.  Menurut teori ini, sesuatu peristiwa menyebabkan kebangkitan fisiologi terlebih dahulu. Kita perlu mengenal pasti sebab untuk kebangkitan ini baru kita boleh mengalami dan melabelkan emosi kita. Scachter menerima James-Lange Teori tetapi memperkenalkan perlabelan kognitif (cognitive labeling).

                Misattribution bermakna kesilapan dalam menggangap sesuatu hasil daripada sesuatu yang lain. Teori Schachter mencadangkan bahawa emosi yang seseorang sedang mengalami merupakan satu fungsi proses perlabelan dan ia adalah secara tidak langsung daripada rangsangan yang menghasilkan kebangkitan fisiologi yang sebenar. Oleh itu, berkemungkinan kami tersilap menganggap bahawa kebangkitan itu daripada sumber emosi. Contohnya, perempuan yang mengalami kemarahan atau kemurungan meyalahkan situasi ini sabagai kesan PMS (premenstrual syndrome), padahal  ada yang dalam kalangan mereka tidak ada syndrome tersebut. Misattribution akan menyebabkan konflik dan keganasan.

                Akhir kata, saya telah belajar tentang hubungan antara emosi dan motivasi dan teori-teori fisiologikal dan kognitif dalam kuliah ini. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment