Thursday, August 25, 2011

A131533 Chua Zi Yuan LJ05



 

 

Chua Zi Yuan   A131533    Personality

 

            Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Dr Zamri. Kali ini merupakan kali yang terakhir saya menulis jurnal. Pada 24 Ogos 2011, saya telah menghadiri kuliah ZT kali yang keenam. Kuliah kali ini agak berbeza berbanding dengan kuliah-kuliah yang lalu, kerana kami tidak perlu belajar seperti selalu, tetapi terdapat video-video, lagu-lagu, soal selidik dan ujian personaliti yang menarik untuk kami!

 

Sebelum bermulanya kuliah, kami telah diberi tiga tugasan. Dalam tugasan pertama, kami dikehendaki membaca slide dan teks tentang Psychoanalytical Theory dan selepas itu diikuti pula dengan menonton klip video yang akan ditayangkan. Selepas membaca slide tersebut, saya mendapati Psychoanalytical Theory ialah satu teori yang berorientasikan proses fisiologikal dan kognitif yang mempercayai bahawa pengalaman emosi seseorang itu berkait rapat dengan kesedaran (consciousness) sendiri. Maksudnya ialah emosi dan tingkahlaku kita sentiasa dipengaruhi oleh pengalaman emosi yang lalu dan kita selalu dapat merasainya. Namun, Sigmund Freud pula membangkang teori ini. Menurutnya, pengalaman emosi ialah satu proses yang tidak kita sedari (unconscious). Beliau mengatakan bahawa walaupun emosi, motif dan kenangan lama akan mempengaruhi tingkahlaku kita, tetapi kita tidak akan menyedari dan merasainya. Kebanyakan pengalaman semasa zaman kanak-kanak adalah secara tidak sedar tetapi walaupun tidak kita perasan, ia sebenarnya mempengaruhi kita malah menjadi sebagai sumber emosi dan motivasi.

 

Kemudian kami menikmati video yang ditayangkan oleh Dr Zamri. Video ini mengisahkan seorang watak yang mengalami kemurungan dan kesedihan dalam  kehidupannya. Sejak kecil lagi, dia percaya bahawa setiap masalah yang timbul pasti ada jalan penyelesaiannya pada akhirnya. Namun, apabila dia menjadi dewasa, dia mendapati bahawa tanggapan yang ada pada zaman kanak-kanak adalah berbeza dengan apa yang dialaminya sekarang dan dia masih berasa bersendirian dan kesunyian. Video ini berkait rapat dengan Psychoanalytical Theory kerana menurut teori tersebut, pengalaman emosi yang dialami pada masa lalu seperti zaman kanak-kanak akan mempengaruhi emosi dan tingkahlaku seseorang pada zaman sekarang tanpa disedarinya. Dalam video ini, watak masih berasa sunyi dan murung apabila dewasa walaupun ada jalan penyelesaian kerana hal ini dipengaruhi oleh pengalaman semasa zaman kanak-kanak tanpa dirasainya.

 

Seterusnya pula ialah tugasan kedua kami. Dalam tugasan kedua, kami dikehendaki menjawab soal selidik Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) dan menentukan kategori personality masing-masing. Sebelum itu, kami diperkenalkan dua personality utama, iaitu type A dan type B personality. Bagi seseorang yang personaliti jenis A, ciri-ciri mereka ialah eat quickly, wake up early, hurry, impatient, organized, perfectionist, frequently check the clock, drives faster than normal and competitive. Mereka yang personality jenis ini dipercayai mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Untuk mereka yang personality jenis B pula, mereka ada ciri-ciri seperti has calm activities, drives at or lesser than speed limit, easy going, eats slowly, patient, does not rush or worry, speaks slowly, relaxed and has a pleasant existence. Bagi saya, personaliti saya lebih bersifat kepada jenis A dan saya mengaku bahawa saya mempunyai kebanyakan ciri-ciri tersebut. Namun, saya akan cuba untuk mengawal personaliti saya supaya dapat mengurangkan risiko penyakit-penyakit yang tidak diingini.

 

Selepas itu, kami menjawab soal selidik MBTI untuk mengenalpasti jenis personaliti masing-masing dengan lebih teliti lagi. Biasanya, kita selalu menggambarkan seseorang berdasrkan personalitinya seperti senyap, pasif, agresif dan sebagainya. Dalam MBTI, terdapat lapan aspek yang dapat kita gunakan  untuk mengenalpasti personaliti seseorang, iaitu Extraversion (E), Introversion (I), Sensing (S), iNtuition (N), Thinking (T), Feeling (F), Judging (J) dan Perceiving (P). Mengikut MBTI, personaliti seseorang itu ialah sama ada extraverted atau introverted, sensing atau intuitive, thinking atau feeling dan judging atau perceiving. Kami dikehendaki memilih empat daripada kelapan-lapan aspek ini. Hasil ujian personaliti MBTI, saya mendapati keputusan ISTJ, iaitu saya seorang berjenis introverted, sensing , thinking dan judging. Berdasarkan tafsiran, sebagai seorang ISTJ, saya seorang yang senyap dan serious dalam kerja saya. Saya sangat teliti dan bertanggungjawab dalam kerja saya. Segala tugas akan saya lakukan dengan sebaik mana yang mungkin. Selain itu, saya juga seorang yang setia, taat dan boleh diharapkan serta dipercayai orang. Segala perkara yang telah saya janji akan saya tunaikan. Rentetan itu, saya seorang yang lebih suka mengikut apa-apa yang terkandung dalam peraturan dan tradisi. Sekira bertentangan dengannya, saya tidak akan berasa selesa. Saya juga sanggup meluangkan masa dan tenaga dalam melakukan tugas yang akan membawa kepada pancapaian matlamat. Namun, saya tidak akan rela menghabiskan masa melakukan sesuatu tugasan yang tidak membawa apa-apa tujuan dan makna. Saya lebih suka melakukan sesuatu secara bersendirian tetapi jika dalam situasi yang menginginkan bekerja dalam berpasukan, saya juga dapat melakukan sesuatu tugas dengan baik. Saya lebih suka kehidupan yang selamat dan aman. Keseluruhan ujian tersebut menyatakan saya seorang Duty Fullfiller.

 

Dalam tugasan yang ketiga, kami dikehendaki menjawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory) dan seterusnya mengategorikan personaliti masing-masing.  Terdapat lima personaliti dibincangkan dalam teori ini, iaitu Extroversion, Agreeableness, Conscientiousness, Emotional Stability dan Openness to Experience. Untuk memudahkan peringatan, nama singkatan OCEAN telah diberikan.

 

 

O : Openness (means a person is imaginative, independent minded and  think frequent think    out of the box)

C : Conscientiousness (means a person is organised, responsible and dependable)

E : Extraversion (means a person is talkative, social and assertive)

A : Agreeableness (means a person is good-natured, trusting and co-operative)

N : Neurocitism (means a person is anxious, prone to depression and keep on worrying)

Keputusan Big Five Theory saya ialah C, iaitu conscientiousness. Ciri-ciri bagi conscientiousness ialah kecenderungan untuk menunjukkan disiplin diri, ketaatan dan  bertujuan mengecapi sesuatu, merancang sebelum melakukan sesuatu dan bukannya secara spontan. Berdasarkan soal selidik ini, saya bersetuju dengan keputusan saya kerana saya mempunyai ciri-ciri yang tergolong dalam personaliti jenis conscientiousness. Saya seorang yang bersistematik, berdisiplin, berhati-hati dan bertanggungjawab dalam tugas saya. Saya mempunyai disiplin yang tinggi dan bertanggungjawab dalam tugas serta bermatlamat tinggi dalam mencapai sesuatu. Saya lebih suka merancang sebelum melakukan sesuatu perkara dan tidak suka akan sesuatu yang spontan. Menurut tafsiran, individu yang mempunyai personaliti jenis conscientiousness biasanya akan mencapai kejayaan disebabkan adanya perancangan dan konsisten usahanya. Orang lain pula akan melihat individu personaliti ini sebagai seorang yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Golongan ini juga akan menjadi compulsive perfectionists dan workaholics. Saya mengaku bahawa saya pernah cuba menjadi seorang perfectionist semasa saya belajar di sekolah menengah. Dengan itu, saya pun menjadilah seorang workaholic untuk mencapai matlamat saya. Selepas itu, saya berasa bahawa saya telah banyak manghasilkan stress kepada diri sendiri. Oleh itu, saya tidak lagi ingin menjadi seorang perfectionist selepas itu. Saya sekarang hanya melakukan sesuatu secara kesederhanaan.

 

            Sesungguhnya, personaliti kita berbeza antara satu dengan yang lain dan kita dapat mengategorikan orang ramai mengikut personaliti mereka menggunakan MBTI dan Big Five Theory. Saya berasa gembira pada akhir kuliah ini kerana berpeluang memahami personaliti sendiri dan juga personaliti individu yang lain.

 

            Sekian, terima kasih.

 

 

           

 

No comments:

Post a Comment