Thursday, August 25, 2011

A131958 Ahmad Afif Bin Ahmad Ridzwan LJO5- PERSONALITY HUNTER

  Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua terutamanya kepada pensyarah kuliah pengurusan emosi, ZT2253, Dr. Ahmad Zamri Mansor yang tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu yang berharga kepada saya dan rakan-rakan yang saya pasti ada kegunaannya dalam kehidupan seharian saya. Hari ini merupakan kuliah pengurusan emosi yang ke enam dan ini merupakan jurnal pembelajaran saya yang kelima dan terakhir bagi memenuhi Tugasan 1 yang telah diamanahkan kepada saya. Kuliah dimulakan dengan kejutan yang tidak disenangi iaitu Dr mengatakan bahawa hari ini tiada kuliah pembelajaran seperti biasa tetapi ada aktiviti pembelajaran yang lain. Dengan kata lain, ada special task bagi membuat LJ05.
  Bagi membuat LJO5, Dr telah menetapkan beberapa tugasan yang perlu dilakukan oleh para pelajar bagi melaksanakan LJ05. Mula-mula sekali, Dr memberi arahan untuk membaca slide dan teks tentang physcoanalytical theory. Selepas itu, kami perlu mendengar dan menonton klip video  pertama yang akan ditayangkan pada jam 2pm iaitu pada waktu kuliah selalunya dimulakan. Kemudian, kami perlu mengaitkan mesej yang terdapat dalam video tersebut dengan teori yang dibaca. Bagi tugasan yang seterusnya, kami perlu menjawab soal selidik MBTI yang pada akhir ujiannya, kami akan dapat mengetahui kategori personaliti kami dan seterusnya kami perlu membincangkan personaliti kami berdasarkan jawapan ujian MBTI di dalam LJ05 yang akan saya huraikan sebentar lagi. Tugasan yang terakhir bagi hari ini, kami perlu menjawab soalan soalselidik Teori Besar Lima ( Big Five Theory) dan seterusnya, sekali lagi saya akan membincangkan dalam coretan learning jurnal saya kali ini tentang jawapan kepada kategori personaliti saya. Hal ini demikian bagi memperkenalkan saya dengan kategori personaliti saya.
  Kuliah dimulakan seperti yang ditugaskan dengan menonton video klip yang pada saya telah membuka mata saya untuk memikirkan mengenai semua perkara yang telah saya lakukan sepanjang kehidupan saya. Menurut video tersebut, pencerita memberitahu bahawa semasa beliau kecil, beliau merasakan bahawa bagi setiap terowong gelap atau masalah yang dilalui dalam kehidupan, pasti ada jalan penyelesaian iaitu cahaya yang menerangi jalan selepas keluar daripada kegelapan terowong. Namun, kehidupan di dunia ini tidaklah begitu mudah. Kadang-kadang, kita akan terfikir adakah kita akan menemui penyelesaian untuk masalah-masalah yang kita hadapi ini kerana sepanjang kehidupan ini, memang kita akan menempuh pelbagai kesukaran dan cabaran sehinggakan kita tidak tahu adakah cabaran yang kita hadapi itu sudah berjaya diatasi ataupun tidak kerana masalah dan cabaran kehidupan akan datang secara rawak dan tidak mengira masa. Walaupun begitu, penulis mengatakan bahawa beliau akan terus menaruhkan harapan bahawa setiap kesukaran pasti akan menemui jalan penyelesaian dan beliau juga mengatakan beliau akan terus melakukan kebaikan kerana beliau yakin satu hari nanti setiap penat lelah, kesabaran yang dihadapi pasti akan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang dikerjakan.
  Kuliah diteruskan dengan tugasan 2 iaitu menjawab soal selidik MBTI iaitu Myers Briggs Type Indicator. Dengan menjawab soal selidik ini, saya dapat mengetahui personaliti diri sendiri. Soal selidik ini dipecahkan kepada 4 bahagian dan setiap bahagian mempunyai 2 huruf yang melambangkan sifat seseorang itu. Saya perlu memilih satu huruf yang melambangkan sifat-sifat saya bagi keempat-empat bahagian soal selidik itu. Akhir sekali, keempat-empat huruf yang telah dipilih akan disusun dan susunan huruf-huruf tersebut yang akan diinterpretasi sebagai satu personaliti. Setelah membuat soal selidik ini, saya mendapat susunan huruf ISTP iaitu 'Introverted Sensing Thinking Perceiving' di mana,personality saya direfleksikan sebagai 'THE MECHANIC'. Sebagai rujukan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai personaliti ini, saya telah membuka laman web yang telah disarankan oleh Dr iaitu www.personalitypage.com/html/ISTP.html . Menurut hasil pembacaan saya berdasarkan laman web ini, saya dapati bahawa personaliti saya lebih kepada seseorang yang bersifat fokus terhadap sesuatu yang bersifat dalaman iaitu melakukan sesuatu mengikut logik dan rasional sesuatu pekerjaan itu. Tambahan pula, saya juga merupakan seorang yang boleh bersifat luaran yang menggunakan kelima-lima deria saya dengan baik dan sesuai dengan tempatnya. Selain daripada itu juga, saya juga dikatakan mempunyai personaliti sebagai seorang yang setia seperti dalam perenggan di dalam laman web ini yang mengatakan :-
"ISTPs are loyal to their causes and beliefs, and are firm believers that people should be treated with equity and fairness. Although they do not respect the rules of the "System", they follow their own rules and guidelines for behavior faithfully. They will not take part in something which violates their personal laws. ISTPs are extremely loyal and faithful to their "brothers".
Mengambil kira personaliti di atas, saya rasakan sedikit sebanyak memang kena dengan personaliti diri saya yang sebenar. Memang betul saya merasakan setiap orang perlu dilayan dengan sama rata dan tidak menindas antara satu sama lain. Saya merasakan semua yang ada di bumi dan di langit ini merupakan hak milik Allah jua. Setiap segala sesuatu itu pasti akan kembali kepada Allah jua untuk diadili pada hari pengadilan. Jadi, amatlah tidak wajar bagi kita untuk menindas antara sesama sendiri bagi menunjukkan kekuasaan masing-masing kerana yang bernyawa itu pasti juga akan menemui kematian tidak kira sekaya mana kita, sekuat mana tubuh badan kita, sebesar mana pangkat kita, pasti akan mati juga. Saya juga mempunyai prinsip yang tersendiri mengenai undang-undang. Setiap yang wujud di muka bumi ini bahkan di langit juga mempunyai peraturan yang tersendiri yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Oleh yang demikian,setiap yang saya ingin lakukan, saya akan pastikan bahawa perkara yang saya ingin lakukan itu tidak melanggar undang-undang yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis. Saya merasakan tidak mengapa jika saya ingin melakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang yang ditetapkan oleh manusia yang pada asasnya adalah lebih memihak kepada pembuat undang-undang itu sendiri asalkan apa yang saya lakukan itu tidak bercanggah dengan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul.
  Seterusnya, kuliah diteruskan dengan melaksanakan tugasan yang terakhir iaitu membuat soal selidik mengenai teori big five. Soal selidik ini dilakukan dengan meletakkan markah antara 0-3 daripada tidak bersetuju hingga setuju dengan kenyataan mengenai sikap yang ada pada diri saya. Selepas itu, nombor-nombor itu akan ditambah dan seksyen yang mempunya markah yang tertinggi merupakan jawapan kepada personaliti saya.
Section a   à openness
 Section b   à conscientiousness
Section c   àextraversion
Section d   àagreeableness
Section e  à neuraticism
  Berdasarkan soal selidik yang telah dibuat, saya telah mendapat markah yang tertinggi dalam tiga seksyen yang sama iaitu seksyen a, b dan d. Ini menunjukkan saya merupakan seorang yang mempunyai personaliti sebagai seorang yang keterbukaan, seorang yang boleh diharap dalam melakukan sesuatu tugasan dan seorang yang boleh menerima kesalahan orang lain dan mengambilnya sebagai iktibar dan pengajaran untuk diri sendiri.
  Oleh kerana ini merupakan learning jurnal saya yang terakhir bagi tugasan 1 ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf andai ada terkasar bahasa terguris hati Dr dan pembaca-pembaca yang lain melalui coretan saya ini. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat. Maaf zahir dan batin. =)
 

No comments:

Post a Comment