TAN LI FEN A131517 LJ05
Salam satu Malaysia dan salam sejahtera.Pada 24 Ogos 2011, saya telah menghadiri kuliah bagi Kursus ZZZT Pengurusan Emosi.Ini merupakan jurnal kelima iaitu jurnal terakhir yang saya tulis bagi penilaian markah individu.Hari ini merupakan kelas yang agak seronok bagi saya kerana sesi perkuliahan biasa telah digantikan dengan aktiviti pembelajaran.Aktiviti pembelajaran kali dikatakan lebih menarik kerana Ia melibatkan beberapa soal selidik yang akan memaparkan personaliti kami sendiri selain menyebabkan kami lebih memahami tentang personaliti diri sendiri.
Bagi memulakan aktiviti pembelajaran, Dr. Zamri telah menayangkan satu video klip yang pendek.Video ini menngisah tentang mengisahkan kemrurngan dan keperitan watak protagonis dalam ketabahannya melawan kemurungan. Kemurungan merupakan satu penyakit mental yang akan menyebabkan emosi seseorang itu semakin turun dan berfikiran negatif.Watak tersebut memaparkan semangat yang kental iaitu ketabahan dalam menghadapi setiap rintangan hidup yang dihadapi.DIa merupakan seorang yang tidak mudah mengalah.Dia tidak berputus asa apa jua pun manakala bermotivasi tinggi untuk mencapai apa yang diimpikan.Watak tersebut juga percaya bahawa " di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".Walaupun dia dapat mengesan bahawa terdapat perubahan yang agak ketara pada masa sekarang dengan masa sejak kecil.Namun,Dia sentiasa bersikap optimistik dan gagah apabila menghadapi masalah. Menurut Sigmund Freud, psikoanalisis merupakan psikologi ketidak-sedaran, perhatian-perhatiannya tertuju ke arah bidang-bidang motivasi, emosi, konflik, simpton-simpton neurotik, mimpi-mimpi, memori pada masa silam dan sifat-sifat karakter.Ini menunjukkan bahawa apa-apa yang dihadapi oleh kami sejak zaman kecil lagi atau masa zaman silam memang akan mempengaruhi perwatakan kami pada masa akan datang,Ia mempengaruhi pembinaan perwatakan kami sepanjang hidup kami.
Seterusnya,Dr. Zamri juga telah memperkenalkan personaliti type A dan type B kepada kami melalui satu video klip. Mengikut video yang dipaparkan ini, individu yang mempunyai personaliti jenis A mempunyai perwatakan seperti makan cepat, bangun awal, sentiasa bersifat cepat dan tidak sabar terhadap semua perkara yang akan dilakukan. Selain itu, watak yang mempunyai personality A juga agak tergesa-gesa.Dia sentiasa menjalankan tugas dengan secepat mungkin dan suka menbuat perbandingan dengan orang lain. Seseoang itu juga mudah berasa tertekan dan bimbang. Orang yang mempunyai personaliti ini mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat masalah kesihatan seperti penyakit jantung atas sebab ateri koronari yang tersumbat, penyakit darah tinggi dan sebagainya.
Sebaliknya, individu yang mempunyai personaliti jenis B mempunyai perwatakan yang berbeza jika dibandingkan dengan personaliti jenis A.Personaliti jenis B termasuk seseorang itu mempunyai perwatakan yang tenang.Dia dapat menjalankan aktiviti dengan stabil pada setiap hari.Dia tidak mudah terburu-buru dalam menyelesaikan satu masalah atau menbuat sesuatu perkara.Seseorang yang mempunyai personaliti type B ini tidak akan memandu tanpa melebihi had laju, makan lambat, sentiasa bersabar, bercakap secara perlahan dan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi.Memang tidak dinafikan.orang yang mempunyai personaliti jenis B biasanya hidup dengan lebih gembira dan senang. Selepas diberi pendedahan tentang kedua-dua personality tersebut,saya berasa saya mempunyai perwatakan yang terdiri daripada kombinasi kedua-dua personality tersebut dan ia berubah bergantung kepada keadaan persekitaran.Keadaan persekitaran dan masalah yang dihadapi akan mempengaruhi personalti saya dan secara langsungnya mempengaruhi emosi saya juga.
Selain itu,kami telah menjalankan soal selidik MBTI (Myers Briggs Personality Test). Terdapat lapan kriteria dalam soal selidik ini, iaitu
- Extraversion (E),
- Introversion (I),
- Sensing (S),
- intuition (N),
- Thinking (T),
- Feeling (F),
- Judging (J), and
- Perceiving (P)
Kami dikehendaki untuk memilih empat fungsi daripada lapan fungsi ini mengikut kotak yang tertentu. Lapan fungsi tersebut dipilih mengikut pasangan 'E' dengan 'I', 'S' dengan 'N', 'T' dengan 'F', dan 'J' dengan 'P'. Dalam soal selidik ini, personaliti yang saya dapat adalah ISTJ. Keputusan daripada soal selidik tersebut telah memaparkan bahawa saya merupakan seorang " DUTY FULLFILLER".Saya berasa soal selidik ini agak munasabah.Hal ini demikian kerana saya merupakan seorang yang agak berdedikasi. Saya akan cuba sedaya upaya menyiapkan tugasan atau perkara yang diberi.Saya agak bertanggungjawab kepada apa yang dikendali demi kebaikan diri dan juga orang lain.Saya sanggup memikul baik dan buruk sesuatu perkara dan sentiasa belajar daripada kesilapan.
Seterusnya pula, aktiviti kami diikuiti pula dengan soal selidik yang lain iaitu Teori Besar Lima( Big Five Theory). Mengikut teori ini, terdapat lima perwatakan yang major seperti
· Extraversion,
· Agreeableness,
· Conscientiousness,
· Neuroticism dan
· Openness to Experience.
Setiap seksyen sebenarnya mewakili personaliti yang berlainan. Selepas memberi markah mengikut skala yang diperuntukkan, kami dikehendaki menambah semua markah untuk setiap seksyen. Markah seksyen yang paling tinggi itu berkemungkinan besar menunjukkan personaliti yang ada pada diri sendiri.Extraversion boleh dikatakan seorang yang bertenaga, bersikap positif, dan kecenderungan untuk berasa selesa dengan orang lain.Mereka mudah menyesuaikan diri dalam keadaan yang berbeza dan juga pandai bergaul. Agreeableness dikatakan mempunyai kecenderungan berbelas kasihan dan bekerjasama dan bukannya mencurigai dan memusuhi orang lain.Orang sebegini biasanya amat baik hati dan mementingkan keamanan. Conscientiousness biasanya menunjukkan kecenderungan untuk menunjukkan disiplin diri, ketaatan, dan bertujuan mengecapi sesuatu.Mereka juga suka merancang dan dikatakan mempunyai pandangan jauh. Neuroticism mempunyai perwatakan yang cenderung untuk mengalami emosi yang tidak stabil seperti kemarahan, kebimbangan, kemurungan.Mereka dikatergorikan sebagai orang yang agak beremosional.Mereka sukar untuk mengawal dan mengurus emosi diri sendiri.Sesorang yang mempunyai perwatakan Openness to experience akan menunjukkan penghargaan terhadap seni, emosi, pengembaraan, idea-idea yang luar biasa, perasaan inkuisitif, dan pengalaman yang berbagai-bagai.Mereka mempunyai nilai seni yang tinggi dan mudah mencurigai.
Selepas menjalankan soal selidik tersebut, saya menunjukkan personaliti Conscientiousness yang menunjukkan kecenderungan untuk menunjukkan disiplin diri, ketaatan, dan bertujuan mengecapi sesuatu.Di samping itu, markah saya untuk Agreeableness juga agak tinggi.Ini menunjukkan saya juga mempunyai kecenderungan untuk menunjukkan belas kasihan.Saya juga mudah menyetujui pandangan orang lain dalam sesetengah keadaan.Soal selidik tersebut menyebabkan saya lebih memahami diri sendiri di samping mendedahkan kelemahan dan kebaikan saya.Justeru itu, saya dapat mengekalkan personaliti yang baik saya selain mengubah sifat-sifat negative yang perlu diperkembangkan.
Secara konklusinya, saya berasa amat gembira dan seronok dalam sepanjang kuliah yang dijalankan.Saya sedar akan personality diri saya secara lebih teliti dan mendalam.Saya mulai memahami sifat-sifat diri dan cara saya menangani masalah.Saya juga jelas tentang kepentingan mengawal emosi diri dalam setiap aktiviti seharian demi diri sendiri atau orang lain.Pengurusan emosi yang baik berpandukan strategi-strategi yang diajar memang berguna.Hal ini demikian kerana selepas mengenalpasti tentang personality yang ada pada diri sendiri, kami mudah menbuat perubahan.Dengan adanya pengurusan emosi yang baik dan cekap,kesihatan diri tidak kira dari segi fizikal atau mental pasti dapat dipertingkatakan.Sekian , terima kasih.
No comments:
Post a Comment