Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah akhirnya saya telah tiba ke penulisan jurnal yang ke lima iaitu yang terakhir bagi memenuhi tuntutan penilaian individu dalam kursus pengurusan emosi pada sesi ini. Secara jujurnya saya merasa agak rugi kerana tidak dapat menghadiri kuliah pada hari rabu yang lepas kerana telibat dengan program di kolej kediaman. Ramai rakan saya yang mengatakan kuliah tersebut menarik kerana mereka telah menonton beberapa video yang ditayangkan oleh Dr. Zamri dan dikehendaki untuk mengaitkan video tersebut dengan teori psikoanalitik.

Berdasarkan penceritaan daripada seorang rakan, video pertama adalah mengenai perjalanan masa ketika zaman kanak-kanak sehinggalah zaman dewasa. Ia menceritakan tentang peralihan pemikiran daripada kanak-kanak menjadi dewasa yang mana ia menekankan semasa kita kecil, kita tidak perlu memikirkan tentang apa-apa pun dalam hidup. Namun, apabila meningkat dewasa, kita mulai sedar bahawa hidup ini tidak semudah yang disangkakan dan penuh dengan cabaran dan kesusahan yang akan dihadapi. Pada pandangan saya, perasaan ini biasa dirasai oleh semua orang. Ini kerana semasa kecil, tahap pemikiran kita tidak berkembang lagi dan tidak dapat mengetahui hakikat dalam hidup dan mengetahui tujuan sebenar kita hidup di muka bumi ini.
Kemudian video kedua pula menyentuh isu perbezaan personaliti antara kumpulan personaliti jenis A yang selalu tenang dan kumpulan personaliti jenis B iaitu orang yang hidupnya selalu dalam kecepatan. Seterusnya mereka dikehendaki menjawab satu soal selidik untuk mengetahui personaliti diri sendiri yang mana saya rasa amat menyeronokkan dan rugi apabila tidak berpeluang untuk menjawab soal selitik tersebut.
Sekarang saya ingin membuat ulasan sedikit mengenai kuliah tajuk Emosi dan Personaliti. Merujuk kepada nota kuliah, emosi terbahagi kepada 3 komponen utama. Tiga komponen tersebut adalah perasaan,perubahan tubuh dan kecenderungan tindakan. Reaksi emosi manusia berbeza-beza walaupun mereka telah melalui peristiwa yang serupa. Dan perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbezaan emosi individu tersebut. Jadi, emosi dan personaliti adalah elemen penting dalam membezakan individu serta berperanan dalam menentukan reaksi terhadap stimulus ataupun sesuatu peristiwa.
Pertama sekali kita perlu megetahui apa itu personaliti. Berdasarkan pencarian, emosi ditakrifkan sebagai himpunan atau kombinasi pola emosi, pemikiran dan tingkah laku unik yang kita gunakan untuk menciri dan mengklasifikasikan seseorang itu. Sebagai contoh, apabila kita terjupa dengan seseorang yang senyap, tidak banyak bercakap, selalu tunduk apabila berjalan, jarang membuat eye contact dan hanya bercakap apabila ditanya sahaja, kita mungkin akan mengelaskan individu tersebut sebagai pemalu ataupun pendiam. Jadi, pemalu dan pendiam ini adalah personaliti individu tersebut kerana ia adalah hasil daripada pengumpulan tingkahlaku unik yang ditunjukkan oleh individu itu. Contoh lain, jika kita bercakap dengan seseorang yang bercakap dengan nada yang kuat, sukar menerima pedapat orang lain, tidak mendengar cadangan orang lain dan berperangai seperti ketua, besar kemungkinan kita akan mengatakan bahawa individu tersebut berpesonaliti agresif kerana tingkahlaku yang membawa kepada personaliti agresif seperti yang dikatakan, wujud dalam dirinya.

Instrumen penilaian personaliti yang paling banyak dan digunakan secara meluas adalah Myers-Briggs type indicator. Individu akan diklasifikasikan sebagai introvert atau extrovert, sensing atau intuitive, thinking atau feeling, dan judging atau perceiving. Saya akan terangkan apa maksud kesemua klasifikasi ini. Introvert adalah individu yang pemalu dan pendiam. Mereka lebih bersifat internal. Extrovert pula adalah individu yang boleh bersosial, asertif dan peramah serta bersifat external. Seterusnya adalah sensing. Sensing adalah individu yang bersifat praktikal, sensitif dan menumpukan perhatian secara terperinci. Berbeza pula dengan intuitive, mereka yang dikelaskan dalam kelas ini gemar melihat sesuatu itu secara keseluruhan dan tidak tertumpu pada perincian sesuatu itu. Beralih kepada thinking, mereka yang bersifat thinking akan menggunakan sebab dan logik untuk menguruskan dan mengatasi masalah. Lain pula bagi mereka yang bersifat feeling, mereka ini hanya begantung kepada nilai peribadi dan emosi untuk menguruskan dan mengatasi masalah. Thinking adalah kelas untuk individu yang mahu mengawal dan menyukai hidup mereka tersusun dan berstruktur. Yang terakhir adalah perceiving iaitu kelas untuk individu yang fleksible dan bersifat spontan.
Di dalam nota kuliah juga ada menyentuh mengenai The Big Five Model. The Big Five Model adalah lima domain ataupun dimensi personaliti yang digunakan untuk menerangkan tentang personaliti manusia. Komponen-komponen dalam model ini adalah extraversion, aggreeableness, concientiousness, emotional stability dan openness to experience. Saya ingin bercakap lebih lanjut mengenai kelima-lima komponen ini.
Pertama sekali adalah extraversion. Extraversion ini boleh dikarakterkan sebagai emosi positif dan kecenderungan untuk mendapatkan rangsangan dan teman. Orang-orang yang bersifat extravert seronok bersosial dengan individu lain dan selalu dilabel sebagai seseorang yang penuh bersemangat. Jika di dalam kumpulan, mereka cenderung untuk becakap, menonjolkan diri mereka, dan menarik perhatian. Kebiasaannya orang yang bersifat sebegini mempunyai pemikiran seperti, "saya selesa begaul dengan orang ramai", "saya yang memulakan perbualan", dan "saya tak kisah menjadi tumpuan orang ramai".
Yang kedua ialah aggreeableness ataupun kecenderungan untuk memberi persetujuan dan bekerjasama dengan orang lain. Individu yang bersifat ini selalunya bertimbang rasa, ramah, pemurah, suka menolong, dan bersedia untuk berkompromi kepentingan mereka dengan orang lain. Orang-orang yang bersifat sebegini juga mempunyai pandangan yang optimistik terhadap sifat manusia. Mereka percaya yang manusia pada dasarnya adalah jujur, sopan, dan boleh dipercayai. Pemikiran mereka biasanya seperti "saya bersimpati dengan orang yang tak bernasib baik", "saya beminat untuk mendengar dan membantu orang yang mempunyai masalah" dan "saya mempunyai hati yang lembut".

Seterusnya adalah concientiousness ataupun dalam bahasa melayu bermaksud sifat berhati-hati. Individu ini cenderung untuk menunjukkan disiplin diri, patuh dan menunjukkan sifat-sifat suka merancang dan tidak suka bertindak spontan. Pemikiran mereka adalah seperti "saya sentiasa bersedia", "saya membuat sesuatu perkara dengan terperinci", dan "saya patuh pada jadual".
Keempat adalah emotional stability iaitu tahap kebolehan seseorang untuk mengatasi tekanan. Individu yang mempunyai sifat ini berkebolehan untuk bersangka baik dan mengambil setiap perkara sebagai sesuatu yang positif. Mereka juga cenderung untuk bersikap tenang dan bebas daripada perasaan negatif yang berterusan. Mereka sentiasa berfikiran positif seperti "saya sentiasa tenang", "saya sukar mengubah mood saya", dan "saya mengatasi tekanan dengan sihat".
Yang terakhir ialah openness atau dalam bahasa melayu membawa maksud keterbukaan. Ia juga diinterpretasi sebagai penghargaan kepada seni, emosi, imaginasi, sifat ingin tahu dan kepelbagaian pengalaman. Individu ini sensitif kepada sesuatu kecantikan, sangat menghargai seni, kreatif dan lebih tahu tentang perasaan mereka sendiri. Secara tipikal, pemikiran mereka adalah misalnya, "saya mempunyai imaginasi yang tinggi", "perbendaharaan kata saya luas", dan "saya amat tertarik kepada sesuatu yang abstrak".
Berdasarkan pembacaan di laman web, inilah yang boleh saya huraikan dan fahami mengenai nota kuliah Dr Zamri. Semua perkara ini tidak pernah saya ketahui sebelum ini dan saya berasa amat bertuah kerana dapat mengetahui mengenai perkara-perkara ini. Bak kata orang putih, "better late than never." :) Disebabkan ini adalah jurnal saya yang terakhir, saya ingin memohon maaf sekiranya sepanjang penulisan jurnal saya ini, saya ada mengguris perasaan ataupun tersilap dan terkasar bahasa. Dikesempatan ini juga saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.. berhati-hati di jalan raya ye.. :)

No comments:
Post a Comment