Thursday, August 25, 2011

A131550 Esther Ling Huey Ring

            Kuliah minggu ini agak istimewa kerana Dr Zamri tidak memberi pensyarahan kepada kita tetapi menayangkan satu video kilp dan memberi kita buat beberapa soalan soal selidik yang berkaitan dengan personaliti kita. Saya merasa kulliah hari tersebut sangat menarik dan saya dapat menumpukan perhatian.

           Video yang ditayangkan menceritakan kemurungan dan keperitan watak protagonis dalam ketabahannya melawan kemurungan. Kemurungan akan menyebabkan seseorang tersebut sentiasa dalam fikiran dan emosi negatif. Dia tidak akan mempunyai motivasi untuk mencapai impiannya dan tidak mempunyai dorongan untuk terus hidup. Selain itu, mereka juga mudah putus asa, selepas bercuba beberapa kali, dia akan mengaangap diri sendiri sudah kalah, tidak boleh membuat kerja dengan baik.

       Watak  dalam cerita tersebut mempercayai bahawa setiap masalah mesti ada penyelesaiannya sejak zaman kanak-kanak. Walaupun dia sentiasa dinafikan oleh orang lain dan tidak mempercayai dengan kepercayaannya ,namun dia sentiasa berfikiran positif dan optimistik supaya meneruskan kehidupan sendiri dengan baik lebih baik. Video ini banyak menginspirasi saya kerana saya juga mempercayai masalah kita mesti boleh diselesaikan dan kita tidak perlu berasa bimbang dengan masalah tersebut. Kita haruslah hidup tanpa kebimbangan.

                    Dr. Zamri juga telah memperkenalkan personaliti type A dan B kepada kami melalui satu klip video. Mengikut video yang ditunjukkan ini, individu yang mempunyai personaliti jenis A mempunyai perwatakan seperti makan cepat, bangun awal, sentiasa bersifat cepat dan tidak sabar terhadap semua perkara yang akan dilakukan. Selain itu, dia juga sentiasa menjalankan perkara dengan sebaik mungkin dan suka membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Seseoang itu juga mudah berasa tertekan dan bimbang. Orang yang mempunyai personaliti ini mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit darah tinggi dan sebagainya.

           Sebaliknya, individu yang mempunyai personaliti jenis B mempunyai perwatakan yang berlainan dengan personaliti jenis A. Perwatakan-perwatakan personaliti jenis B termasuk seseorang itu mempunyai aktiviti yang tenang pada setiap hari, memandu tanpa melebihi had laju, makan lambat, sentiasa bersabar, bercakap secara perlahan dan berkeyakinan sendiri yang tinggi. Orang yang mempunyai personaliti jenis B memang hidup dengan lebih gembira dan senang. Dulu saya merupakan seorang yang mempunyai perwatakan type A , pada masa itu, saya selalu menerjakan masa dan berasa sangat tertekan. Oleh sebab itu, saya cuba mengubah cara kehidupa saya menguranagkan kelajuan saya. Sekarang, saya hidup dengan kurang tertekan.

 

           Selepas itu, kami menjalankan soal selidik MBTI (Myers Briggs Personality Test).  Terdapat lapan kriteria dalam soal selidik ini, iaitu "Extraversion (E),  Introversion (I), Sensing (S), iNtuition (N), Thinking (T),    Feeling (F), Judging (J), and Perceiving (P)". Kami dikehendaki untuk memilih empat fungsi daripada lapan fungsi ini mengikut kotak yang tertentu. Lapan fungsi tersebut dipilih mengikut pasangan 'E' dengan 'I', 'S' dengan 'N', 'T' dengan 'F', dan 'J' dengan 'P'. Keputusan soal selidik menujukkan saya mempunyai perwatakan introversion, sensing, thinking dan judging ( ISTJ). Kesimpulan daripada soal selidik tersebut ialah saya merupakan seorang " DUTY FULLFILLER", saya amat menyetujuhi dengan keputusan tersebut kerana saya merupakan seorang yang agak bertanggungjawab, apa kerja yang diberikan saya akan cuba menyelesaikannya.

 

         Selain itu, kami juga telah menjalankan soal selidik yang lain iaitu Teori Besar Lima( Big Five Theory). Mengikut teori ini, terdapat lima perwatakan yang major seperti Extroversion, Agreeableness, Conscientiousness, Emotional Stability dan Openness to Experience. Setiap seksyen sebenarnya mewakili personaliti yang berlainan. Selepas memberi markah mengikut skala yang diperuntukkan, kami dikehendaki menambah semua markah untuk setiap seksyen. Markah seksyen yang paling tinggi itu berkemungkinan besar adalah personaliti sendiri.

        

         Melalui soal selidik tersebut, saya dapat lebih mengenali diri sendiri. Saya menghargai perwatakan yang dikurniakan oleh Tuhan. Walaupun setiap perwatakan mempunyai kelemahannya tetapi jika kita menerima dan menghargai perwatakan kita, kita akan hidup dengan lebih gembira dan tidak akan berbanding dengan orang lain. Setiap perwatakan mesti mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.   

 

No comments:

Post a Comment