Thursday, August 25, 2011

Pengurusan Emosi, A131865, Vittarino Bin Johnny, LJ05

PENGURUSAN  EMOSI (ZT2253)
VITTARINO BIN JOHNNY, A131865, LJ05, PERSONALITI ANDA.
Selamat sejahtera, salam perpaduan dan salam satu Malaysia saya ucapkan kepada pensyarah kita, Dr Zamri dan juga rakan-rakan pelajar perubatan yang saya kasihi sekalian. Hari ini kita bertemu lagi untuk berkongsi tentang apa yang telah kami semua pelajari dalam kuliah ZT Pengurusan Emosi, pada minggu ini. Minggu ini merupakan minggu terakhir kami semua akan menggarang jurnal untuk Pengurusan Emosi. Minggu ini sememangnya cukup berlainan jika dibandingan dengan minggu-minggu sebelumnya kerana minggu ini kami tidak berkuliah. Kami membuat aktiviti pembelajaran yang lain. Pertama sekali kami mempelajari tentang 'Psycoanalytic Theory' dan mengaitkan teori ini dengan satu klip video yang kami tonton, kedua kami menjawab soal selidik 'Myers Briggs Type Inhibitor' (MBTI) dan yang ketiga kami menjawab soal selidik Teori Besar Lima (Big Five Theory). Pensyarah kami, Dr. Zambri telah mengadakan beberapa ujian ini untuk mengetahui apakah personalti kami masing-masing dan kemudian menyuruh kami untuk membuat jurnal kami berkenaan dengan personaliti yang kami miliki. Pada pendapat saya, ada baiknya Dr. Zambri membuat ujian personaliti ini kerana mungkin ada di antara pelajar yang kurang pasti apakah jenis personaliti diri yang mereka miliki. Tambahan pula, kita juga dapat mengetahui personaliti orang lain. Apabila kita dapat mengetahui personaliti diri kita sendiri misalnya apakah sikap baik dan buruk yang kita miliki, tentu lebih mudah untuk kita mengetahui cara-cara untuk menguruskan emosi masing-masing. Malahan, kita juga dapat kaitkan personaliti kita dengan kerjaya kita kelak.
Pertama sekali saya ingin membincangkan tentang 'Psychoanalytic Theory'. 'Psychoanalytic Theory' atau dalam Bahasa Melayu dipanggil Teori Psikoanalitik sebenarnya tergolong di bawah Teori FKP iaitu Teori-Teori Fisiologikal, Kognitif dan Psikoanalitik. Oleh sebab tidak sempat menyampaikan kuliah Teori Psikoanalitik pada minggu lepas, Dr. Zambri menyambung kuliah teori ini pada minggu ini. Dalam nota kuliah yang saya telah baca menyatakan, secara fisiologi dan kognitif, teori ini menganggap sifat sedar merupakan pengalaman emosi. Namun, perkara ini tidak dipersetujui oleh Sigmund Freud yang menyatakan hipotesis pengalaman emosi adalah berdasarkan sifat tidak sedar. Meskipun ketika tidak sedar, kita tidak menyedari emosi, motif dan kenangan lalu dengan baik tetapi hal ini juga banyak mempengaruhi kelakuan kita. Bagi kanak-kanak, kebanyakan pengalaman semasa yang mereka alami ialah ketika mereka tidak sedar. Dalam nota kuliah juga ada menyatakan sifat tidak sedar adalah sumber utama bagi emosi dan motivasi.
 Kami juga telah melihat satu klip video untuk dikaitkan dengan Teori Psikoanalitik. Video itu berkisar tentang seorang watak yang pada permulaannya sentiasa mengalami kemurungan dalam hidupnya, kemudian pulih dari kemurungan apabila dia bertekad untuk memperbaiki kehidupannya yang serba kasihan dan kemurungan itu. Apa yang saya boleh kaitkan klip video ini dengan Teori Psikoanalitik ialah, kemurungan juga boleh tergolong dengan sifat tidak sedar kerana kebiasaannya apabila seseorang itu murung, dia tidak akan terlalu menyedari apa yang berlaku di sekelilingnya. Apabila hal ini berlaku kemungkinan besar orang yang murung itu sentiasa merasakan dirinya seperti tidak berguna lagi. Dari sini pelbagai kelakuan boleh berlaku sama ada secara negatif yang akan merugikan diri sendiri misalnya mencederakan diri sendiri ataupun secara positif seperti mengubah hidupnya agar menjadi lebih baik dan berguna dan menganggap perkara yang lepas sebagai satu motivasi.
Ujian personaliti pertama yang kami telah lakukan ialah ujian MBTI. Terdapat lapan karakter yang digunakan dalam ujian ini iaitu 'extraverted characteristics or introverted characteristics', 'sensing characteristics or intuitive characteristics', 'thinking characteristics or feeling characteristics' dan 'judging characteristics or perceiving characteristics'. Setiap karakter ini mempunyai ciri mereka masing-masing. Dalam ujian MBTI ini saya telah mendapat INTJ ' the scientist'. Dr. Zambri telah memberikan kami satu laman web untuk mengetahui lebih lanjut tentang personaliti kami ini. Laman web itu ialah http://www.personalitypage.com/html/home.shtml. Dalam laman web ini, apa yang saya boleh katakan di sini ialah mereka yang mempunyai jenis personaliti INTJ seperti saya, berupaya untuk memahami teori yang kompleks, boleh menghasilkan sesuatu dari teoti yang abstrak, mempunyai banyak strategi, berorientasikan masa depan, melihat dunia sabagai sesuatu yang besar, mempunyai wawasan yang kukuh dan intuisi, sentiasa memberi pendapat mereka ke atas orang lain, menyukai cabaran teori yang susah, bosan apabila berurusan dengan rutin yang biasa, berpengetahuan luas dan cekap, mempunyai standard yang sangat tinggi untuk setiap prestasi, tenang dan analitik, sangat logik dan rasional, boleh menjadi ketua tetapi hanya akan mengikuti mereka yang akan menyokongnya, kreatif, bijak, inovatif dan pintar serta lebih suka bekerja sendirian. Jika dibandingkan jenis personaliti INTJ dengan jenis personaliti yang lain, mereka lebih mudah dengan teori kompleks dan menggunakan kebijaksanaan mereka untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Personaliti ini juga yang akan lebih berjaya dalam kerjaya yang sesuai dengan mereka. Antara kerjaya yang sesuai bagi mereka yang mempunyai jenis personaliti INTJ ialah ahli saintis, jurutera, guru, profesor, doktor perubatan, doktor gigi, peguam, hakim, pengurus perniagaan dan ketua tentera. Mujurlah saya mempunyai jenis personaliti ini yang mana sesuai untuk menjadi seorang doktor perubatan.
Ujian personaliti yang terakhir kami lakukan ialah Teori Besar Lima. Ciri-ciri bagi Teori Besar Lima ialah Openness, Conscientiousness, Extraversion, Agreeableness dan Neuroticism. Kesemua ciri ini boleh diringkaskan menjadi OCEAN. Sebelum kami menjawab soal selidik Teori Besar Lima ini, kami telah menonton satu klip video lagi, lagu ' 'Right Here Waiting' yang dinyanyikan oleh Richard Warx. Lagu ini juga merupakan antara lagu yang saya minati. Kami diminta untuk mengaitkan lagu ini dengan Teori Besar Lima. Permulaannya, saya berfikir apakah kaitan lagu ini dengan jenis personaliti. Akhirnya, pensyarah kami, Dr. Zambri pun memberitahu jawapannya. Jawapannya ialah OCEAN kerana perkataan pertama dalam lagu ini ialah ocean. Dalam ujian Teori Besar Lima ini, saya telah mendapat markah tertinggi dalam sifat jenis C iaitu Conscientiousness. Mereka yang mempunyai jenis C dikatakan sangat berdisiplin, boleh dipercayai, mempunyai pencapaian yang cenderung dan organisasi merupakan benda penting dalam hidupnya. Berdasarkan tafsiran ini saya hanya bersetuju sedikit sahaja kerana bukan semua sifat ini sama dengan sifat yang ada pada diri saya.
Sememangnya, pada minggu ini aktiviti pembelajaran yang kami telah lakukan untuk mengetahui jenis personaliti yang kami miliki sangat berguna kepada kami. Saya telah mengetahui lebih banyak tentang personaliti diri saya sendiri dan juga saya juga dapat mengetahui personaliti yang ada pada rakan-rakan saya yang lain. Saya sangat berbangga kerana mempunyai personaliti saya sendiri. Saya mengetahui sifat baik dan sifat buruk yang ada pada diri saya. Dari sini, saya dapat mengetahui cara terbaik untuk menguruskan diri saya khususnya emosi.     
Sekian dan terima kasih.  
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment