Thursday, August 25, 2011

A131880 Mohd Syafiq B. Bakar LJ05 Ketahui Ape Itu Personaliti

A131880 Mohd Syafiq B. Bakar
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Sebelum kita membicarakan tentang tajuk learning jurnal kelima kita pada kali ini,marilah kita mengucapkan syukur dan terima kasih ke atas Allah S.W.T. kerana masih diberi kurnia nikmat nyawa dan iman kepada kita.Disamping itu,kita juga masih dapat meneruskan  ibadat puasa yang telah masuk hari yang ke 24 ramadhan.Walaupun sibuk dengan ibadat puasa,tetapi masih sempat lagi untuk saya menyiapkan Learning Journal ini.Sehingga kini,sudah masuk kali yang kelima kuliah ZT pengurusan emosi bagi semester ini.Pada kali ini,saya akan mengupas mengenai tajuk kuliah kelima ZT Pengurusan Emosi  yang telah dikuliahkan oleh Encik Azamri Mansor iaitu yang bertajuk Emosi dan Personaliti.Bagi saya,ini merupakan satu tajuk yang amat menarik untuk dikupaskan kerana sebelum kuliah ini,pemahaman saya mengenai personality adalah sedikit sekali.
Sebelum mengulas dengan lebih mendalam mengenai topic ini,saya terlebih dahulu mahu membincangkan mengenai tayangan video oleh Encik Azamri pada pukul dua petang dalam  dewan kuliah sebelum kuliah kelima ZT Pengurusan Emosi.Pada hari itu,Encik Azamri Mansor  telah membuat suatu kelainan dalam menyampaikan kuliahnya iaitu dengan mengambil pendekatan menggunakan kaedah lain seperti video dan menjawab soal selidik yang berkaitan dengan tajuk kuliah kelima.Beliau telah membahagikan kepada tiga tugasan iaitu dalam tugasan yang pertama kami semua diminta menonton tayangan video mengenai "Type A dan Type B personality",dan kemudian diminta untuk mengulas mengenai video itu.Bagi saya,video ini sangat bagus dan menarik serta penuh dengan fakta fakta yang bernas.Melalui video ini,para pelajar dapat belajar tanpa ada rasa bosan dan mengantuk.Hasil dari penilaian oleh diri saya sendiri,saya mendapati,diri saya adalah Type B Personality.Kemudian kami ditayangkan dengan video musical atau lagu yang dipaparkan lirik atau kata kata yang berkaitan.Encik Azamri Mansor telah meminta setiap dari kami untuk memberi ulasan masing masing terhadap video itu.Bagi pendapat saya sendiri,lagu ini menggambarkan perasaan kecewa dan perasaan putus asa penulis lirik tersebut terhadap seseorang yang berkemungkinan adalah seorang wanita.Walaupun lirik lagu ini agak kasar tetapi ia dapat mencerminkan emosi penulis lirik tersebut dengan baik sekali.Seterusnya, dalam video yang ketiga kami telah dihidangkan dengan video yang menceritakan tentang berkisarkan mengenai Big Five Model,iaitu yang mengandungi extroversion,agreeableness,openness,conscientiousness dan juga emotional stability.Pada mulanya,video yang ditayangkan itu sukar untuk saya memahaminya kerana itu merupakan pertama kalinya saya mendengar mengenai Big Five Model dan komponen komponen yang tedapat di dalam model ini.Tetapi setelah menonton video tersebut pada kali yang kedua,saya dapati pemahaman saya terhadap Big Five Model ini bertambah dan dengan melalui sedikit pembacaan berkenaan tajuk itu,saya mulai faham dengan model ini.
 
Berbalik kita pada isu utama yang bakal saya kupaskan di sini ialah mengenai personaliti.Bercakap mengenai personaliti mesti ramai yang tertanya-tanya apa itu personaliti,sebenarnya personality merupakan satu hasil gabungan daripada ciri psikologi yang mana telah digunakan menggambarkan dan mengelaskan  seseorang dari segi karekternya seperti contoh pendiam,pasif,peramah dan lain lain lagi yang berkaitan.Antara alat ukur atau parameter yang paling biasa digunakan di dalam dunia ini  bagi megukur atau menilai personaliti seseorang ialah 'Myers Briggs Type Indicator'.Seseorang individu akan dikategorikan kepada extroverted atau introverted(E atau I),sensing atau intuitive(S atau N),thinking atau feeling(T atau F) dan judging atau perceiving(J atau P).Sekarang mari kita pergi secara mendalam terhadap setiap satu dari kategori di atas bermula dengan extrovert yang merupakan  seseorang yang tegas atau tetap pendirian,pandai bersosial dan yang maju,manakala introvert pula adalah yang berlawanan dengannya iaitu seseoarang yang bersifat pemalu dan pendiam.Seterusnya ialah sensing yang merupakan seseorang yang  lebih suka akan benda yang bersifat praktikal berbanding daripada teori serta seseorang yang lebih sukakan untuk focus terhadap sesuatu secara mendalam dan terperinci,manakala intuitive pula adalah seseorang yang  bergantung kepada sesuatu proses  secara tidak sedar  atau pun tanpa dia sedari dan selalu melihat sesuatu perkara secara meluas.Yang ketiga pula adalah thinking,iaitu seseorang yang menggunakan sebab dan fakta dalam menyelesaikan sesuatu masalah,manakala feeling merujuk kepada jenis individu yang  bergantung kepada perasaan,gerak hati serta emosi mereka sendiri bagi menyelesaikan sesuatu masalah.Dan yang terakhir sekali ialah judging iaitu merujuk kepada orang yang suka mengawal dunia ini dan mahukan dunia ini dalam keadaan teratur dan tersusun,manakala seseorang yang jenis perceiving merupakan seseorang yang fleksible dan juga spontan.

Isu terakhir yang ingin saya bincangkan disini ialah mengenai Big Five Model.Big Five Model merupakan lima dimensi asas personaliti yang telah dicadangkan oleh para penyelidik.Kajian yang membawa kepada perkembangan model ini ialah bermula daripada hasil penyelidikan yang dilakukan oleh D. W. Fiske (1949) dan kemudianya berkembang hasil daripada hasil penyelidik yang lain seperti contoh ialah Norman (1967), Smith (1967), Goldberg (1981),dan juga McCrae & Costa (1987).Selain itu,kajian yang telah dijalankan oleh McCrae dan ahli kolejnya mendapati  bahawa  ciri Big Five Model ini mencakupi sesuatu yang universal.Ini adalah kerana dalm satu kjian yang dijalankan terhadap 50 etnik yang berbeza mendapati bahawa  lima model tersebut secara tepatnya mampu digunakan untuk menggambarkan personaliti .Berdasarkan penyelidikan ini juga para pengkaji percaya bahawa Big Five Model ini bukan saja bersifat universal atau pun menyeluruh tetapi bersifat biologikal juga. Ahli psikologi iaitu David Buss telah mencadangkan bahawa penjelasan evolusi untuk ciri-ciri personaliti lima teras ini, menunjukkan bahawa personaliti merupakan ciri-ciri yang paling penting yang membentuk landskap sosial kita. Lima model itu adalah extraversion,agreeableness,conscientiousness,neuroticism dan juga openness.Sekarang marilah kita pergi kepada setiap model ini dengan lebih terperinci.Pertamanya ialah ciri extraversion,iaitu ciri mudah teransang,suka bergaul,banyak bercakap atau peramah,dan tegas.Yang kedua pula adalah agreeableness iaitu seseorang yang mempunyai dimensi personaliti  seperti sifat amanah,pemurah,kasih saying dan lain lain lagi.Seterusnya kita beralih pula kepada conscientiousness,di mana ciri ciri biasa yang dapat kita lihat dari dimensi model ini ialah peringkat tertinggi bertimbang rasa, dengan kawalan impuls yang baik dan tingkah laku yang matlamat yang diarahkan.Individu yang tinggi dalam sifat berhati-hati lebih cenderung  untuk menjadi seseorang yang teratur dan prihatin terhadap perincian.Kemudian kita pergi pula kepada model neuroticism iaitu di mana individu yang tinggi dengan ciri ini cenderung untuk merasai ketidakstabilan emosi,keletihan,cepat sedih,berubah mood,dan mudah terasa.Akhir sekali kita akan mengulas sedikit mengenai model openness iaitu ciri ini memaparkan karekter seperti  mempunyai imaginasi dan wawasan yang tinggi,dan juga mempunyai kecenderungan untuk ada pelbagai kepentingan.
Sebagai kesimpulan daripada apa yang kita bincangkan di atas,personaliti ini merupakan satu anugerah Allah yang tidak ternilai nilainya kerana ia merupakan sesuatu yang unik dan kompleks.Jadi sampai di sini dahulu perbincangan kita untuk Learning Jurnal yang kelima ini,hingga kita bertemu lagi di lain waktu.Akhir sekali,saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada para pembaca coretan saya ini……….sekian…..wassalam…,

No comments:

Post a Comment