Thursday, August 25, 2011

Personality. .

Selamat Sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan kepada semua terutamanya kepada pensyarah kuliah Pengurusan Emosi kita,Dr.Ahamad Zamri Mansor yang tidak pernah berkeluh untuk mencurahkan ilmu-ilmu berharga beliau kepada pelajar-pelajar yang dikasihi.Pada 24 Ogos 2011 yang lepas merupakan kuliah pengurusan emosi yang ke enam dan ini merupakan jurnal pembelajaran  yang kelima serta terakhir bagi memenuhi Tugasan 1 yang telah diamanahkan kepada kita pelajar perubatan UKM tahun 2. Kuliah kali ini telah dimulakan dengan kejutan atau berita gembira yang tidak disenangi iaitu Dr mengatakan bahawa hari ini tiada kuliah pembelajaran seperti biasa sehingga pukul 5 tetapi ada aktiviti pembelajaran yang lain. Dengan kata lain, ada tugasan istimewa yang perlu disiapkan.

 

Bagi menyiapkan jurnal yang terakhir ini, Dr telah menetapkan beberapa tugasan yang perlu dilakukan oleh para pelajar bagi melaksanakan LJ05. Pertama sekali, Dr memberi arahan kepada kami untuk membaca slide dan teks tentang physcoanalytical theory. Selepas itu, kami perlu mendengar dan menonton klip video  yang akan ditayangkan pada jam 2pm iaitu waktu kuliah di dewan kuliah seperti biasa yang selalunya dimulakan. Kemudian, kami perlu menghubungkan mesej yang terdapat dalam video tersebut dengan teori yang telah dibaca.Bukan itu sahaja, bagi tugasan yang seterusnya, kami perlu menjawab soal selidik MBTI yang pada akhir ujiannya, dimana kami akan dapat mengetahui tentang kategori personaliti kami dan seterusnya kami perlu membincangkan perihal personaliti kami berdasarkan jawapan yang telah didapati hasil ujian MBTI tersebut di dalam LJ05 yang akan dihuraikan oleh saya sebentar lagi. Tugasan yang terakhir bagi minggu ini ialah, kami perlu menjawab soalan soalselidik Teori Besar Lima ( Big Five Theory) dan seterusnya, sekali lagi saya akan membincangkan dalam hasil nukilan learning jurnal saya kali ini tentang jawapan kepada kategori personaliti saya. Hal ini demikian saya ingin memperkenalkan diri saya dengan kategori personaliti saya.

 

Kuliah minggu ini dimulakan seperti yang ditugaskan dengan menonton klip video yang pada pendapat saya  telah membukakan mata saya daripada kegelapan untuk memikirkan mengenai semua perkara baik mahupun buruk yang telah saya lalui sepanjang kehidupan saya. Menurut video tersebut, pencerita telah memberitahu bahawa semasa beliau kecil, beliau merasakan bahawa  setiap kesukaran dan masalah-masalah yang dialami dalam kehidupan beliau pasti ada jalan penyelesaian iaitu cahaya yang akan menerangi kembali kehidupan supaya tidak di selumbungi kegelapan,tidak kira penyelesaian yang sukar atau senang. Namun, kehidupan yang dilalui di dunia ini tidaklah begitu mudah. Kadang-kadang, kita akan terfikir adakah kita akan menemui sebarang jalan penyelesaian untuk masalah-masalah yang kita hadapi ini kerana sepanjang kehidupan ini, memang kita akan menempuh pelbagai kesukaran,suka duka dan cabaran sehinggakan kita tidak tahu adakah cabaran yang kita hadapi itu sudah berjaya diatasi ataupun tidak kerana masalah dan cabaran kehidupan akan datang secara rawak dan tidak mengira masa.Ini semua merupakan ujian yang diberikan oleh Tuhan kepada kita demi untuk menguatkan lagi diri kita. Walaupun begitu, penulis mengatakan bahawa beliau akan terus menaruhkan harapan bahawa setiap kesukaran pasti akan menemui jalan penyelesaian dan beliau juga mengatakan beliau akan terus melakukan kebaikan kerana beliau yakin pada satu hari nanti setiap penat lelah, kesabaran yang dihadapi pasti akan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang dikerjakan.

 

Kuliah pada petang itu diteruskan dengan tugasan 2 iaitu menjawab soal selidik MBTI iaitu Myers Briggs Type Indicator. Objektif menjawab soalan ini ialah dengan menjawab soal selidik ini, saya dapat mengetahui personaliti diri sendiri dengan lebih mendalam dan jelas. Soal selidik ini dibahagikan kepada 4 bahagian dan setiap bahagian mempunyai 2 huruf yang melambangkan sifat seseorang itu. Saya perlu memilih satu huruf yang melambangkan sifat-sifat saya bagi keempat-empat bahagian soal selidik itu. Akhir sekali, keempat-empat huruf yang telah dipilih akan disusun dan susunan huruf-huruf tersebut yang akan diinterpretasi sebagai satu personaliti. Setelah membuat soal selidik ini, saya mendapat susunan huruf ISTP iaitu 'Introverted Sensing Thinking Perceiving' di mana,personaliti saya direfleksikan sebagai 'THE MECHANIC'.Saya berasa amat tidak sabar untuk mengetahui tentang ini dengan lebih lanjut jadi sebagai rujukan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai personaliti ini, saya telah membuka laman web yang telah disarankan oleh Dr iaitu www.personalitypage.com/html/ISTP.html . Menurut hasil pembacaan dan tafsiran  saya berdasarkan laman web ini, saya dapati bahawa personaliti saya lebih kepada seseorang yang bersifat fokus terhadap sesuatu yang bersifat dalaman iaitu melakukan sesuatu mengikut logik dan rasional sesuatu pekerjaan itu.Saya jarang sekali mengikut emosi. Tambahan pula, saya juga merupakan seorang yang boleh bersifat luaran yang menggunakan kelima-lima deria saya dengan baik dan sesuai dengan tempatnya.

 

Untuk Task 3, kami menjawab soal selidik berkaitan dengan Big Five Theory. Kami ditanya tentang soalan yang berkaitan dengan konsep teori itu sendiri yang terdiri daripada  5 perkara iaitu;

 

    Openness - People who like to learn new things and enjoy new experiences usually score high in openness. Openness includes traits like being insightful and imaginative and having a wide variety of interests.

· Conscientiousness - People that have a high degree of conscientiousness are reliable and prompt. Traits include being organized, methodic, and thorough.

 

·  Extraversion - Extraverts get their energy from interacting with others, while introverts get their energy from within themselves. Extraversion includes the traits of energetic, talkative, and assertive.

 

·  Agreeableness - These individuals are friendly, cooperative, and compassionate. People with low agreeableness may be more distant. Traits include being kind, affectionate, and sympathetic.

 

·  Neuroticism - Neuroticism is also sometimes called Emotional Stability. This dimension relates to one's emotional stability and degree of negative emotions. People that score high on neuroticism often experience emotional instability and negative emotions. Traits include being moody and tense.

 

Setalah soal selidik dilakukan, saya mendapat Agreeableness sebagai hasilnya. Agreeableness is a tendency to be compassionate and cooperative towards others. They concern for social harmony. Agreeable individuals value getting along with others. They are generally considerate, friendly, generous, helpful, and willing to compromise their interests with others. Agreeable people also have an optimistic view of human nature. They believe people are basically honest, decent, and trustworthy.

Hasil soal selidik ini juga Berjaya  mengambarkan diri saya. Sebagai contoh, seboleh-bolehnya saya mahukan suasana yang harmoni dalam sesebuah hubungan tidak kira keluarga mahupun persahabatan. Saya mahu mengelak daripada berdepan dengan konflik yang boleh mencacatkan hubungan tersebut. Selain itu, saya juga amat menghargai waktu yang diluangkan bersama-sama dengan orang lain. Contohnya, saya amat terharu apabila ada seorang sahabat saya sudi meluangkan masanya untuk menjaga saya ketika saya sakit begitu juga dengan sahabat yang sanggup meluangkan masa mendengar masalah saya. Selain itu, saya juga menghargai masa yang diluangkan dengan sahabat apabila kami bercuti di kampung rakan saya di Ipoh.

 

Begitulah cerita kami pada kuliah tersebut.Sekian Terima kasih.

No comments:

Post a Comment