Thursday, August 25, 2011

Grace Lim Min Wen A131532 LJ05 ^^

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Selepas menghadiri kuliah keenam Pengurusan Emosi ZT2253 pada 24 Ogos 2011, izinkanlah saya berkongsi tentang pendapat dan ilmu pengetahuan yang saya pelajari dalam jurnal kelima saya ini. Pada hari tersebut, Dr. Ahmad Zamri Mansor telah menggantikan sesi perkuliahan biasa dengan aktiviti pembelajaran. Selain itu, beliau juga memberi peluang kepada kita untuk membuat dua soal selidik yang berkaitan dengan personaliti sendiri. Setelah mencuba soal selidik itu, saya berasa lebih memahami personaliti sendiri dan kawan saya secara mendalam. Walaupun kuliah tidak diberi oleh Dr. Zamri, beliau telah menyuruh kita supaya mesti membaca slide dan teks tentang Psychoanalytic theory, serta mengaitkan video tersebut dengan klip video yang telah ditayangkan pada jam 2pm hari itu.

Video yang telah diselitkan itu mengisahkan kemurungan dan keperitan watak dalam ketabahannya melawan kemurungan. Video menunjukkan bagaimana seseorang itu pada mulanya pulih daripada kemurungan dan kemudiannya berubah pemikirannya. Dengan itu, dia mula mempercayai bahawa dia dapat memperbaiki hidupnya yang serba kasihan. Menurut pakar psikologi Paul Hauck, terdapat tiga jenis penyebab kemurungan pemikiran namun kedua-dua jenis utama adalah menyalahkan diri sendiri, mengasihani diri dan mengasihani orang lain. Menyalahkan diri sendiri berlaku apabila anda berfikir bahawa sesuatu tentang diri anda, biasanya sesuatu yang anda lakukan. Yang paling dahsyat adalah merasakan diri sendiri tidak berguna. Biasanya orang tertekan berfikir bahawa mereka tidak bernilai. Manakala kasihan pada diri sendiri adalah perbuatan berulangan. Untuk mengaitkan kemurungan dengan Teori Psychoanalytical, berbekalkan sedikit sokongan daripada orang di sekelilingnya, paling penting, bantuan sendiri serta sikap positif dan tidak kasihan pada diri sendiri, kita mampu untuk mengubah kekurangan hidup kita, keluar daripada kegelapan terowong atau masalah yang dilalui dalam kehidupan seterusnya melihat sinar cahaya buat sekali lagi, seperti yang ditunjukkan dalam video 'there will always be a light at the end of tunnel'. Jadi, setiap kesukaran pasti akan menemui jalan penyelesaian. Watak utama berkata 'Long time ago, I always believed that life is full of euphoric experiences and life is a hub of happiness. Everything has a solution and nothing cannot be resolved even when things seem like I am going to quit. As I grew up, my thinking gradually changed. But, right now, I want it to be what I want to be, so I still believe'.

Seterusnya, berdasarkan Sigmund Freud, Psychoanalytic theory bermaksud dynamics of personality development which underlie and guide psychoanalytic and psychodynamic psychotherapy. Beliau menekankan kepentingan pengalaman dan peristiwa semasa kanak-kanak tetapi hampir secara khususnya berfokus kepada gangguan mental, bukannya yang berfungsi normal. Teori ini dapat dikaitkan dengan klip video yang kami tonton hari ini. Kebanyakan perkara yang dipercayai atau dilakukan oleh seseorang semasa dewasa akan dipengaruhi oleh pengalaman waktu kecil yang sanggup mempengaruhi perkembangan mental seseorang dan menjejaskan cara pemikirannya semasa dia menjadi orang dewasa kelak.

Di samping itu, Dr. Zamri telah memainkan lagi satu klip video mengenai personaliti jenis A atau B. Berdasarkan video tersebut, orang yang mempunyai personaliti jenis A  dan B mempunyai sifat-sifat berikut :

Type A personality

Type B personality

eat quickly

·         calm activities

·         always in hurry

·         drive at save limit

·         wake up early

·         easy going

·         impatient

·         eats slowly

·         organized

·         patient

·         perfectionist

·         does not rush or worry

·         frequently checks the clocks

·         speaks slowly

·         drive faster than normal

·         relaxed

·         competitive

·         has a pleasant existence

Secara ikhlas, saya merupakan Type A personality, disebabkan hampir 80% ciri-ciri di atas ada pada saya. Menurut kajian, Type A personality cenderung kepada penyakit jantung, darah tinggi dan sebagainya. Kajian ini amat membimbangkan saya sebenarnya disebabkan bukan senangnya untuk mengubah personaliti kita dalam masa yang singkat kerana ianya telah sebati dengan saya. Pada pendapat saya, kebanyakan ciri-ciri bagi personality type A adalah sesuatu yang kurang bagus sekiranya tidak mempunyai sikap kesempurnaan. Sebagai manusia biasa, sekurang-kurangnya kita mesti melakukan sesuatu dengan sebaik mungkin. Selain itu, bagaimanakah seseorang individu itu ingin memperbaiki dirinya sekiranya tidak mempunyai sikap persaingan(competitive)? Mampukah kita berdiri dalam era globalisasi yang serba moden ini dengan hanya relax sahaja? Era kini memerlukan individu yang berdaya saing untuk pembangunan negara. Sebaliknya, orang yang mempunyai personaliti type B mempunyai ciri-ciri yang sangat berbeza berbanding dengan personaliti type A. Orang yang mempunyai personaliti type B memang hidup dengan lebih gembira dan menyeronokkan.

 

Beralih kepada Myers-Briggs Type Indicator(MBTI). Terdapat lapan kriteria dalam soal selidik ini, iaitu "Extraversion (E), Introversion (I), Sensing (S), Intuition (N), Thinking (T), Feeling (F), Judging (J), dan Perceiving (P)". Kita dikehendaki untuk memilih empat kriteria daripada lapan ini mengikut beberapa keadaan yang ditunjukkan. Lapan kriteria tersebut dipilih mengikut pasangan 'E' atau 'I', 'S' atau 'N', 'T' atau 'F', dan 'J' atau 'P'. Setelelah melakukan ujian ini, personaliti saya merupakan ESFJ – The caregivers. Jadi, disebakan perasaan ingin tahu, saya telah mengambil petikan ini dari laman web ini 

http://www.personalitypathways.com/type_inventory.html  untuk berkongsi dengan para pembaca jurnal sekalian. For ESFJs the dominant quality in their lives is an active and intense caring about people and a strong desire to bring harmony into their relationships. ESFJs bring an aura of warmth to all that they do, and they naturally move into action to help others, to organize the world around them, and to get things done. Sensing orients their feeling to current facts and realities, and thus gives their feeling a hands-on pragmatic quality. ESFJs take their work seriously and believe others should as well. Sebenarnya, saya agak bersetuju dengan penjelasan ini.

 

               Soal selidik Teori Besar Lima( Big Five Theory) juga dijalankan. Antara lima major personality yang telah diperkenalkan iaitu Openness to experience(O), Conscientiousness(C), Extroversion(E), Agreeableness(A), dan Neuroticism(N). Akronim yang diberi untuk lima personaliti tersebut ialah 'OCEAN'. Big Five Theory dan ciri-ciri komponennya boleh diringkaskan sebagai OCEAN:

·         Openness - (inventive/curious vs. consistent/cautious) Penghargaan terhadap seni, emosi, pengembaraan, idea-idea yang luar biasa, perasaan inkuisitif, dan pengalaman yang berbagai-bagai. 

·         Conscientiousness - (efficient/organized vs. easy-going/careless) Kecenderungan untuk menunjukkan disiplin diri, ketaatan, dan bertujuan mengecapi sesuatu;  suka merancang

·         Extraversion - (outgoing/energetic vs. solitary/reserved) Bertenaga, emosi positif, dan kecenderungan untuk berasa selesa dengan orang lain.

·         Agreeableness - (friendly/compassionate vs. cold/unkind) Kecenderungan berbelas kasihan dan bekerjasama dan bukannya mencurigai dan memusuhi orang lain.

·         Neuroticism - (sensitive/nervous vs. secure/confident) Kecenderungan untuk mengalami emosi yang tidak stabil seperti kemarahan, kebimbangan, kemurungan.

Terdapat skala-skala tertentu telah disediakan. Skala tersebut ialah:

0 – don't agree or not sure

1 – agree a little

2 – agree moderately

3 – agree strongly

Sebanyak lima seksyen soalan telah disediakan untuk kita menjawab. Setiap seksyen mewakili personaliti yang berlainan. Selepas meghabiskan soalan-soalan tersebut, kita dikehendaki tambah semua markah untuk setiap seksyen. Markah seksyen yang tertinggi itu ialah personaliti sendiri. Saya merupakan personality trait type C (conscientiousness) where self-discipline, reliability, achievement inclined and organization constitute an important part of my life . Besides, I am always well-prepared, being exact in works, always follow the schedule while carrying out daily activities, always get the chores done right away, like the order, pay attention to all the details, do not leaves belongings around and do not make a mess of things.

Pendek kata, hari ini saya betul-betul faham dan kenal tentang diri saya yang sebenar selepas menjalani kedua-dua soal selidik yang cukup bermakna ini. Sebenarnya, setiap orang mempunyai personaliti yang tersendiri dan kita harus memanfaatkan ciri yang baik dan membuangkan ciri yang kurang bermanfaat secepat mungkin agar mewujudkan suasana yang harmoni dalam diri dan dalam kalangan orang lain.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment