Nur Anis Amanina Binti Rumzi LJ05 Personaliti Diri Kita
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdullilah, akhirnya dapat juga saya menyiapkan jurnal yang kelima ini setelah menyelesaikan kerja-kerja saya yang lain. Ini merupakan jurnal terakhir yang akan saya tulis untuk Pengurusan Emosi. Pada hari ini, Dr Zamri mengatakan tiada kuliah yang akan diberikan oleh beliau tetapi Dr Zamri memberikan kami aktiviti pembelajaran yang lain serta memberikan 3 task yang perlu dilakukan untuk jurnal kali ini.
Untuk Task 1, kami ditayangkan dengan sebuah video. Dalam video ini, dia menceritakan bagaimana sewaktu dia kecil, dia memikirkan bahawa kehidupan ini adalah sesuatu yang indah, hebat dan tiada sebarang kesalahan mahupun cabaran yang harus ditempuhi. Namun begitu, apabila dia membesar, dia akhirnya mempunyai permikiran yang berbeza berbanding dengan zaman kanak-kanaknya. Dia mula melihat kehidipan dengan mata realitinya dan bukan sekadar angan-angan. Contohnya, melalui pengalaman dia baru ketahui bahawa tidak semua manusia itu sama dan mahu berkawan dengannya. Selain itu juga, dia belajar bahawa tidak semua akan bertindak seperti apa yang dia mahu. Dia belajar supaya tidak mudah percayakan orang lain. Dia juga merasai perasaan apabila ditinggalkan, diabaikan, ditipu dan juga dipermainkan. Dia juga belajar bahawa setiap perkara tidak semestinya mempunyai pengakhiran yang baik. Namun begitu, walau banyak mana sekali pun cabaran yang harus ditempuhi, dia tetap cekal dan tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Jika seseorang itu tidak mahu berkawan dengannya, maka dia akan mencari orang lain utuk dijadikan kawan. Jika dia ditipu oleh pengemis, dia akan cuba untuk menjadi pemurah seboleh-bolehnya. Ini kerana dia percaya bahawa kehidupan ini walaupun tidak seindah, sesenang atau sehebat seperti yang digambarkan, masih ada bahagian dalam kehidupan yang indah yang boleh dinikmati. Apa yang saya baca, menurut Sigmund Freud, psikoanalisis merupakan psikologi ketidak-sedaran, perhatian-perhatiannya tertuju ke arah bidang-bidang motivasi, emosi, konflik, simpton-simpton neurotik, mimpi-mimpi, memori pada masa silam dan sifat-sifat karakter. Selain, beliau juga mengatakan bahawa tingkah laku diketahui sering ditentukan oleh faktor-faktor tak sadar. Selain itu, perkembangan pada masa kanak-kanak memiliki pengaruh yang kuat terhadap kepribadian di masa dewasa. Melalui video, apa yang boleh saya kaitkan dengan Teori Psychoanalytic ialah semasa kita kanak-kanak, kita sering membayangkan bahawa kehidupan orang dewasa ini best, seronok tanpa sebarang masalah. Namun, kalau kita dapat dilihat dengan teliti, apabila kita mula meningkat dewasa, kita mula mengetahui tentang erti kehidupan yang sebenarnya. Kita akan melalui pengalaman yang adakalanya manis dan adakalanya pahit yang boleh merubah personaliti diri kita dari semasa ke semasa. Contohnya, kita mungkin pernah bertengkar dengan kawan pada masa lalu, dan hal ini menyebabkan kita rasa marah, geram dan sakit hati padanya. Perkara ini telah mempengaruhi tingkah laku kita dimana kita menjadi seorang yang pemarah walhal pada suatu ketika dahulu, kita bukanlah orang yang sebegitu rupa. Perkara ini terjadi tanpa kita sedari bahawa kita telah berubah personaliti menjadi orang yang mudah marah.
Untuk Task 2, kami menjawab soal selidik berkaitan dengan MBTI. Melalui soal selidik ini, hasilnya ialah saya mendapat ESFP iaitu Extraversion, Sensing, Feeling dan Perception. From what I read, Carl Justav Jung state that extraverts are oriented primarily toward the outer world; thus they tend to focus their perception and judgment on people and objects, Sensing is when one rely primarily upon the process of sensing (S) which reports observable facts or happenings through one or more of the five senses. Other than that, for Feeling , a person may rely primarily on feelings (F) to decide primarily on the basis of personal or social values. Perception is when a person who prefers perception (P) has reported a preference for using a perceptive process (either S or N) for dealing with the outer world.
Description for ESFP is dominant quality in their lives is their enthusiastic attention to the outer world of hands-on and real-life experiences. ESFPs are excited by continuous involvement in new activities, experiences and new relationships. ESFPs also have a deep concern for people, interest in serving others and they show their caring in warm and pragmatic gestures of helping. Other than that they are people oriented and fun-loving, they make things more fun for other by their enjoyment. ESFPs are typically energetic and adaptable realists, who prefer to experience and accept life rather than to judge or organize it. They also have well developed common sense and practical ability. They dislike theory and impersonal analysis.
Hal ini jelas mengambarkan tentang keperibadian saya. Saya sangat sukakan pengalaman, perkara baru dan berkenalan dengan orang lain. Contohnya, semasa lawatan ke Kelantan baru-baru ini, saya belajar untuk menenun songket. Saya sangat kagum dengan orang yang mampu menahan kesabaran dalam menenun songket kerana satu songket memakan masa 2 minggu untuk menyiapkannya. Walaupun tidak menenun songket, saya sangat excited dapat menenunnya walaupun untuk seketika waktu sahaja. Selain itu, semasa saya ke lawatan ke Perak, saya sangat suka berkenalan dengan orang kampung di sana. Tidak kira muda mahupun tua, mereka amat ramah dan mesra menyebabkan saya suka berbual dengan mereka sehingga terasa berat hati untuk meninggalkan mereka seolah-olah saya meninggalkan kampung halaman saya sendiri. Selain itu, dalam penerangan tentang ESFP saya digambarkan suka memiliki ikatan yang kuat dengan orang lain, tidak kira haiwan atau manusia dan ini sememangnya benar. Selain itu, saya tidak gemar akan teori dan lebih suka akan praktikal atau pengalaman yang realiti yang boleh dirasai atau dilalui.
Untuk Task 3, kami menjawab soal selidik berkaitan dengan Big Five Theory. Kami ditanya tentang soalan yang berkaitan dengan konsep teori itu sendiri yang terdiri daripada 5 perkara iaitu;
· Openness - People who like to learn new things and enjoy new experiences usually score high in openness. Openness includes traits like being insightful and imaginative and having a wide variety of interests.
· Conscientiousness - People that have a high degree of conscientiousness are reliable and prompt. Traits include being organized, methodic, and thorough.
· Extraversion - Extraverts get their energy from interacting with others, while introverts get their energy from within themselves. Extraversion includes the traits of energetic, talkative, and assertive.
· Agreeableness - These individuals are friendly, cooperative, and compassionate. People with low agreeableness may be more distant. Traits include being kind, affectionate, and sympathetic.
· Neuroticism - Neuroticism is also sometimes called Emotional Stability. This dimension relates to one's emotional stability and degree of negative emotions. People that score high on neuroticism often experience emotional instability and negative emotions. Traits include being moody and tense.
Setalah soal selidik dilakukan, saya mendapat Agreeableness sebagai hasilnya. Agreeableness is a tendency to be compassionate and cooperative towards others. They concern for social harmony. Agreeable individuals value getting along with others. They are generally considerate, friendly, generous, helpful, and willing to compromise their interests with others. Agreeable people also have an optimistic view of human nature. They believe people are basically honest, decent, and trustworthy.
Hasil soal selidik ini juga mengambarkan diri saya. Contohnya, seboleh-bolehnya saya mahukan suasana yang harmoni dalam sesebuah hubungan tidak kira keluarga mahupun persahabatan. Saya mahu mengelak daripada berdepan dengan konflik yang boleh mencacatkan hubungan tersebut. Selain itu, saya juga menghargai waktu yang diluangkan bersama-sama dengan orang lain. Contohnya, saya amat terharu apabila ada seorang sahabat saya sudi meluangkan masanya untuk menjaga saya ketika saya sakit begitu juga dengan sahabat yang sanggup meluangkan masa mendengar masalah saya. Selain itu, saya juga menghargai masa yang diluangkan dengan sahabat apabila kami keluar bermain ice skating bersama-sama pada suatu ketika dahulu.
Akhir kata, personaliti kita semua berbeza. Oleh itu, kita harus menerima semua orang seadanya dan jangan marah, sedih atau tidak puas hati terhadap seseorang apabila dia bertindak bukan seperti yang kita mahukan kerana dia tidak sama seperti kita. Naun begitu, tidak kira apapun personaliti yang kita dapat melalui kedua-dua soal selidik, kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada. Andai ada kelakuan atau personaliti yang tidak berapa elok dalam diri kita, seharusnya kita muhasabah diri dan mengubah yang tidak baik kepada yang baik atau yang baik kepada yang lebih baik. Sekian.
No comments:
Post a Comment