Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan kepada pensyarah kuliah Pengurusan Emosi kita iaitu Dr Zamri serta semua. Journal ini merupakan journal yang kelima dan juga journal yang terakhir yang kita perlu menghantar untuk menyiapkan tugasan satu bagi pelajar perubatan UKM tahun satu. Journal ini berdasarkan apa yang dapat kita pelajari dalam kuliah keenam yang bertarikh 24 Ogos 2011, pukul 2 petang yang bertempat di DK1. Kuliah pada hari tersebut agak berlainan dengan yang seperti biasa kerana sebenarnya Dr Zamri tidak mengadakan kuliah pembelajaran sebagaimana yang biasa dilakukan. Walau bagaimanapun, kuliah pada tarikh yang dinyatakan itu diisi dengan aktiviti yang lain.
Journal terakhir ini adalah amat berbeza dengan journal-journal yang ditulis sebelum ini. Dalam kuliah, Dr Zamri telah memberi dan menetapkan beberapa tugasan yang perlu dilakukan dan disertai dalam journal terakhir ini. Antara perkara-perkara yang perlu kita memberi perhatian adalah kita sendiri yang perlu membaca slide dan teks yang berkaitan dengan physcoanalytical theory.
Sebenarnya, Dr Zamri telah meletakkan teks dan slide yang berkaitan dalam blognya dan kita hanya perlu membacanya. Selepas membaca, kita diwajibkan supaya mengaitkan apa yang kita baca dengan satu tayangan video klip yang ditayang dalam kuliah semasa kuliah pengurusan emosi ini. Kita juga dikehendaki untuk menjawab soalan dalam soal selidik MBTI dan pada akhir ujian itu, kita akan mendapat tahu tentang kategori personality kami dan seterusnya, kita harus menyertakan perbincangan tentang hasil personality kita dalam journal yang kita tuliskan ini. Selain itu, kita juga dikehendaki untuk menjawab soalan selidik Teori Besar Lima ( Big Five Theory) dan hasil kajian itu juga kita haruslah berkongsi dan membincangkan dalam journal ini.
Kuliah dimulakan dengan tayangan video kiip yang saya sebutkan tadi. Video klip itu menceritakan seorang yang sentiasa berfikiran optimistic semasa dia berada dalam zaman kanak-kanak. Dia sentiasa percaya bahawa 'there will always be a light at the end of the tunnel', iaitu setiap masalah ada jalannya. Dia juga sentiasa beranggapan bahawa setiap orang dalam dunia ini merupakan orang baik dan mesra. Dia berpendapat bahawa setiap orang itu akan berkawan dengan diri sendirinya dengan ikhlas. Akan tetapi, semasa budak itu menjadi dewasa, dia mendapati bahawa dunia ini bukanlah seperti yang disangkakan. Kenyataan dunia ini adalh amat berbeza dan dia perasan bahawa dia tidak sepatutnya mempercayai setiap orang dalam kehidupannya kerana kawan yang baik pun akan menkhianatinya tanpa kira berapa sayangnya dia kepada rakan tersebut. Dia mula berasa sungguh sedih, kecewa dan tertekan dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya. Namun, seseorang itu haruslah sentiasa berfikiran positif kerana hidup itu perlu diteruskan. Saya amat bersetuju dengan apa doctor yang berkongsi kepada kita, iaitu 'never trouble trouble until trouble troubles you'. Pada pendapat saya, kitalah yang sentiasa mencari pasal dan menyebabkan kehidupan kita tertekan dan kita tidak menikmati kehidupan kita ini.
Menurut slide dan nota yang didapati dalam blog Dr Zamri, psychoanalytic theory didefinisikan sebagai definition and dynamics of personality development which underlie and guide psychoanalytic and psychodynamic psychotherapy. Teori ini diusulkan oleh Sigmund Freud dan beliau tidak bersetuju dan menurutnya, emosi dalam sesuatu perkara merupakan sesuatu yang tidak dapat kita kawal. Menurutnya, kita tidak dapat mengawal emosi, tujuan kita dan perkara yang telah berlaku di sekeliling kita yang kita tidak perhati tetapi semua ini akan menyebabkan perubahan dalam diri kita. Beliau menekankan bahawa peristiwa silam akan memberi pengaruh yang kuat kepada seseorang itu. Jika dikaitkan dengan video klip kita pada hari tersebut. Sebagai contohnya, jika sesorang itu berasal dari keluarga yang tidak sempurna dimana ibu dan bapanya bercerai ataupun sentiasa bergaduh atas perkara yang kecil akan menyebabkan budak itu berasa tidak yakin akan kebahagiaan selepas perkahwinan. Dia mempunyai tanggapan bahawa setiap perkahwinan akan diakhiri dengan apa yang berlaku antatra ibu dan bapanya iaitu bergaduh. Semasa budak itu dewasa, dia akan selalu berasa tertekan dalam menguruskan perkara yang berkaitan dengan cinta dan perkahwinan. Selain itu, contoh yang diberikan adalah jika seseorang itu sentiasa dibuli oleh rakan-rakan persekolahannya yang umurnya lebih besar daripadanya, dia akan cuba membalas dendam pada mereka yang lebih kecil daripadanya dan seterusnya. Perkara ini bukan merupakanlah perkara yang istemewa dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam luar Negara. Kita dapat sering membaca kes-kes membuli akibat pengalaman yang dialami sebelum itu. Perkembangan mental seseorang itu dapat ditentukan oleh pengalaman yang dialaminya semasa kecil kerana menerusi pengalaman tersebut, mereka akan berfikir dalam persepsi yang berlainan dan mereka akan menjadi matang.
Kita juga didedahkan dengan dua jenis personality yang berlainan iaitu personality jenis A dan personality jenis B. Antara perbezaan yang paling ketara dalam dua jenis perwatakan ini adalah Perwatakan jenis A merupakan mereka yang sentiasa tidak sabar manakala perwatakan jenis B merupakan mereka yang sentiasa bersikap 'tidak apa'. Antara perwatakan yang sentiasa ditunjukkan oleh mereka yang mempunyai personality A adalah sentiasa makan dengan cepat, bangun awal, sentiasa bersifat cepat dan tidak sabar terhadap semua perkara. Selain itu, dia juga sentiasa menjalankan perkara dengan sebaik mungkin dan suka membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Dalam kata lain, Personaliti ini sentiasa dikaitkan dengan 'perfectionist'. Orang yang mempunyai perwatakan ini mempunyai kadar yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit seperti darah tinggi dan sakit jantung. Ini disebabkan oleh sikap mereka yang sentiasa berasa bimbang dan tidak tenang. Mereka yang mempunyai perwatakan jenis B pula merupakan mereka yang sentiasa bersikap tenang dan'relax'. Mereka lebih suka melakukan perkara dengan perlahan dan tenang. Contohnya, mereka sentiasa bersabar, makan dengan perlahan dan berkeyakinan tinggi. Orang yang mempunyai perwatakkan ini memang hidup dengan lebih tenang dan gembira. Selepas melihat dari dua segi ini, saya berpendapat bahawa saya mempunyai perwatakan A kerana saya sentiasa memberi tekanan yang kuat kepada diri saya. Saya juga inginkan semua perkara dalam keadaan yang teratur.
Mengikut soal selidik yang dibuat, iaitu soal selidik MBTI dan soal selidik teori besar lima, saya dapat mengetahui sikap dan personaliti saya dengan lebih baik. Menurut soal selidik MBTI, terdapat lapan fungsi, iaitu extraversion (E), Introversion (I ), Sensing (S), iNtuition (N), Thinking (T), Feeling (F), Judging (J), and Perceiving (P). Untuk menjalankan soal selidik ini, kita dikehendaki untuk memilih empat fungsi daripada lapan itu. Terdapat 16 jenis kombinisasi yang dapat dihasilkan. Personaliti yang saya dapat adalah INFJ. Manakala dalam soal selidik Theori Besar Lima, saya merupakan personality agreeableness, tendency to be pleasant and accommodating in social situations.
No comments:
Post a Comment