Thursday, August 25, 2011

A131577 Heng Miao Ching LJ05

                     

                Selamat sejahtera. Kali ini merupakan kali kelima saya menulis jurnal ZZZT Pengurusan Emosi. Pada hari 24 Ogos 2011 yang lepas, saya telah menghadiri kuliah kursus Pengurusan Emosi yang keenam. Pada hari tersebut, Dr Ahmad Zamri Mansor  . Yang menariknya, aktiviti pembelajaran diadakan bagi menggantikan sesi pengkuliahan biasa. Kami dikehendaki menghabiskan pembacaan bahagian Teori FKP yang terakhir yang menyentuh tentang Psychoanalytic Theory. Satu klip video pendek ditayangkan pada jam 2pm.Selepas menjawab semua soal selidik yang diberikan itu, saya telah lebih memahami personaliti sendiri dan personaliti rakan-rakan saya. 

               Video yang telah kami tonton ini menyampaikan mesej bahawa kami haruslah sentiasa berfikiran positif walaupun menghadapi pelbagai dugaan dan kesusahan dalam kehidupan seharian. Video ini mengisahkan kemurungan dan keperitan watak protagonis dalam ketabahannya melawan kemurungan. Watak tersebut mempercayai bahawa 'there will always be a light at the end of tunnel' sejak zaman kanak-kanak. Walaubagaimanapun, seseorang itu telah mendapati bahawa apa yang dia sangkakan semasa kecil lagi adalah berlainan dengan kenyataan pada zaman dewasa dan dia berasa keseorangan dan kemurungan. Namun, dia sentiasa berfikiran positif dan optimistik supaya meneruskan kehidupan sendiri dengan baik lebih baik.

 

                Psychoanalytic theory dapat didefinisikan sebagai personality development which underlie and guide psychoanalytic and psychodynamic psychotherapy. Teori ini telah diusulkan oleh Sigmund Freud yang menekankan kepentingan pengalaman dan peristiwa yang berlaku semasa kanak-kanak dalam mempengaruhi kehidupan seseorang pada masa akan datang.  Dengan erti kata lain, pengalaman seseorang semasa kecil lagi sanggup mempengaruhi perkembangan mental seseorang dan menjejaskan cara pemikirannya semasa dia menjadi orang dewasa.

 

              Dr. Zamri juga telah memperkenalkan personaliti type A dan B kepada kami dengan menunjukkan satu klip video. Mengikut video yang ditunjukkan ini, individu yang mempunyai personaliti jenis A mempunyai perwatakan seperti makan cepat, bangun awal, sentiasa bersifat cepat dan tidak sabar terhadap semua perkara yang akan dilakukan. Tambahan pula, dia juga sentiasa menjalankan perkara dengan sebaik mungkin dan suka membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Seseoang itu juga mudah berasa tertekan dan bimbang. Orang yang mempunyai personaliti ini mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit darah tinggi dan sebagainya. Sebaliknya, individu yang mempunyai personaliti jenis B mempunyai perwatakan yang berlainan dengan personaliti jenis A. Perwatakan-perwatakan personaliti jenis B termasuk seseorang itu mempunyai aktiviti yang tenang pada setiap hari, memandu tanpa melebihi had laju, makan lambat, sentiasa bersabar, bercakap secara perlahan dan berkeyakinan sendiri yang tinggi. Orang yang mempunyai personaliti jenis B memang hidup dengan lebih gembira dan senang. Selepas melihat semua perwatakan ini, saya berpendapat bahawa saya sendiri berpesonaliti type A.

 

            Kami telah menjalankan soal selidik MBTI (Myers Briggs Personality Test).  Terdapat lapan kriteria dalam soal selidik ini, iaitu "Extraversion (E),  Introversion (I), Sensing (S), iNtuition (N), Thinking (T),    Feeling (F), Judging (J), and Perceiving (P)". Kami dikehendaki untuk memilih empat fungsi daripada lapan fungsi ini mengikut kotak yang tertentu. Lapan fungsi tersebut dipilih mengikut pasangan 'E' dengan 'I', 'S' dengan 'N', 'T' dengan 'F', dan 'J' dengan 'P'. Dalam soal selidik ini, personaliti yang saya dapat adalah ISTJ. Saya menggunakan Bahasa Inggeris untuk menghuraikan personaliti ISTJ saya. Penjelasan tentang personaliti ini adalah: For ISTJs the dominant quality in their lives is an abiding sense of responsibility for doing what needs to be done in the here-and-now. Their realism, organizing abilities, and command of the facts lead to their completing tasks thoroughly and with great attention to detail. Logical pragmatists at heart, ISTJs make decisions based on their experience and with an eye to efficiency in all things. ISTJs are intensely committed to people and to the organizations of which they are a part; they take their work seriously and believe others should do so as well.

 

         Di samping itu, kami juga telah menjalankan satu lagi soal selidik iaitu soal selidik Teori Besar Lima( Big Five Theory). Mengikut teori ini, lima major personaliti telah diperkenalkan seperti Extroversion,  Agreeableness, Conscientiousness, Emotional Stability dan Openness to Experience. Akronim yang diberi untuk lima personaliti tersebut ialah 'OCEAN'. Big Five Theory dan ciri-ciri komponennya boleh diringkaskan sebagai OCEAN:

 

ü  Openness - (inventive/curious vs. consistent/cautious) Penghargaan terhadap seni, emosi, pengembaraan, idea-idea yang luar biasa, perasaan inkuisitif, dan pengalaman yang berbagai-bagai. 

ü  Conscientiousness - (efficient/organized vs. easy-going/careless) Kecenderungan untuk menunjukkan disiplin diri, ketaatan, dan bertujuan mengecapi sesuatu;  suka merancang

ü  Extraversion - (outgoing/energetic vs. solitary/reserved) Bertenaga, emosi positif, dan kecenderungan untuk berasa selesa dengan orang lain.

ü  Agreeableness - (friendly/compassionate vs. cold/unkind) Kecenderungan berbelas kasihan dan bekerjasama dan bukannya mencurigai dan memusuhi orang lain.

ü  Neuroticism - (sensitive/nervous vs. secure/confident) Kecenderungan untuk mengalami emosi yang tidak stabil seperti kemarahan, kebimbangan, kemurungan.

 

Terdapat skala-skala tertentu telah diberikan untuk kami menjawab soalan-soalan dalam soal selidik. Skala tersebut ialah:

0 – don't agree or not sure

1 – agree a little

2 – agree moderately

3 – agree strongly

 

        Setiap seksyen sebenarnya mewakili personaliti yang berlainan. Selepas memberi markah mengikut skala yang diperuntukkan, kami dikehendaki menambah semua markah untuk setiap seksyen. Markah seksyen yang paling tinggi itu berkemungkinan besar adalah personaliti sendiri. Personaliti yang saya dapat daripada soal selidik ini adalah   personality trait type C (conscientiousness) where self-discipline, reliability, achievement inclined and organization constitute an important part of my life . Besides, I am always well-prepared, being exact in works, always follow the schedule while carrying out daily activities, always get the chores done right away, like the order, pay attention to all the details, do not leaves belongings around and do not make a mess of things.

        

         Sebagai kesimpulan, saya telah lebih mengenalkan diri sendiri dan ini menggambarkan diri saya yang sebenar selepas menjalankan soal selidik ini. Setiap orang mempunyai personaliti yang berbeza dan kita seharusnya memahami dan menerima personaliti individu masing-masing serta jangan mudah marah, sedih atau tidak puas hati terhadap seseorang apabila seseorang tersebut bertindak bukan seperti yang kita mahukan. Kita haruslah sentiasa bertolak ansur dan mengelak daripada berdepan dengan konflik yang boleh menjejaskan hubungan antara satu sama lain.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment