Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada sesiapa yang membaca jurnal saya yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah, untuk jurnal kali ini iaitu jurnal yang kelima, saya mencuba untuk menulis jurnal ketika berada di dewan kuliah sambil mendengar kuliah. Sebenarnya sudah lama Dr. Zamri memberi cadangan supaya kami berbuat demikian kerana ianya menjimatkan masa. Setelah beberapa minggu saya memerhatikan kawan-kawan saya yang lain melakukan hal demikian, sememangnya ianya menjimatkan masa. Jadi, untuk minggu ini, saya membawa laptop  ;ke dewan kuliah. Tapi sayangnya, jurnal ini adalah jurnal yang terkhir.
Untuk kuliah hari ini, saya masuk ke dalam dewan kuliah pada pukul 1.50 petang dan saya terkejut kerana melihat Dr. Zamri sudah berada di depan. Namun, pelajar-pelajar lain masih belum sampai-sampai ke dewan ini. Selepas seketika, Dr. Zamri mengumumkan sesuatu perkara untuk menerangkan tentang kuliah pada hari ini di mana ada sedikit perubahan berbanding kuliah-kuliah sebelum ini. Untuk memulakan kuliah yang special pada hari ini, Dr. Zamri mengarahkan kami membaca slide mengenai Phsychoanalytic theory. Kemudian, kami perlu me ndengar dan menonton klip video yang ditayangkan pada pukul 2 petang. Setelah menonton, kami perlu mengaitkan apa yang ada dalam video tersebut dengan teori. Itu adalah tugasan pertama. Bagi tugasan kedua, kami perlu mengisi boring soal selidik.
Untuk video yang ditayangkan, ia mengenai masa ketika kanak-kanak dan evolusi apabila seseorang semakin meningkat usia di mana ketika kecil, kita fikir bahawa hidup di dunia akan sejahtera dan tanpa kesusahan. Namun apabila meningkat remaja,barulah seseorang itu faham keadaan dunia sebenar, ianya penuh kesusahan dan pancaroba. Penulis puisi ini menekankan tentang dia yang kesunyian dalam kehidupan dirinya.Dia menyatakan bahawa tidak semua orang yang kita temui akan mahu berkawan dengannya. Jadi, dia perlu menerima hakikat ini. Dalam pengalaman saya&n bsp;sendiri pun saya turut mengalami perkara yang sama yang dihadapi penulis puisi ini. Pada pendapat saya, begitu jugalah insan lain, mereka akan mengalami benda yang sama.
Kemudian beralih kepada tugasan kedua, kami ditayangkan video mengenai personality di mana ada orang jenis a, makan cepat, bangun awal, selalu dalam kecepatan, kurang sabar, kerja yang tersusun, seorang yang inginkan ketepatan, selalu memerhatikan jam, suka bersaing. Untuk kumpulan jenis B pula, mereka suka kepada aktiviti tenang, bawa kereta dengan had laju perlahan, makan dengan perlahan, penyabar,tidak suka bimbang dan bergesa, bercakap perlahan, selalu dalam keadaan tenang dan disukai ramai orang. Dari video ini, barulah saya tahu manusia&n bsp;mempunyai dua jenis berdasarkan tingkah laku dan sikapnya iaitu A dan B. Saya rasa saya tergolong dari golongan manusia jenis A kerana banyak sifat-sifat yang ditunjukkan tadi sama dengan perangai saya. Antara tingkah laku yang sama dengan saya ialah sikap yang suka tengok jam, kurang sabar di mana saya cepat untuk marah, memandu dengan laju dan saya selalu melihat jam kerana takut saya melakukan sesuatu kerja itu melebihi daripada masa yang sepatutnya.
Seterusnya, kami diarahkan untuk menjawab soal selidik. Ketika saya membaca soalan-soalan itu, saya kurang memahaminya. Selepas beberapa soalan, barulah saya faham bagaimana cara untuk menjalankan kajian ini. Pertama, kami diberi pilihan sama ada memilih karaktor seseorang yang suka berfikir di luar kotak atau seseorang yang hanya melihat apa yang ada di depan mata sahaja.. kedua, kami diberi pilihan untuk memilih sifat-sifat seorang yang berfikir dalam bertindak melakukan sesuatu ataupun orang yang bertindak yang mengikut perasaan. Kemudian yang ket iga, kami perlu memilih sifat-sifat antara orang yang mahu bertindak sesuatu dengan menganbil kira semua perkara atau pun orang yang suka buat kerja dahulu, plan difikirkan kemudian. Sebagai contoh untuk orang yang suka membuat plan sebelum melakukan sesuatu ialah, mereka mempunyai jadual dalam kehidupan. Sebagai contoh, seseorang itu sebelumm memulakan perjalanan yang jauh, dia akan merancang dimana tempat mereka nak berhenti rehat dan rawat, dimana mereka nak solat , dimana mereka hendak makan, mereka mahukan kehidupan mereka tersusun dan tidak kelam kab ut. Jadi, setelah menjawab kajian ini, saya dapati saya tergolong dari orang yang suka membuat plan sebelum memulakan sesuatu kerja, saya juga seorang yang berfikir sebelum melakukan kerja dan tidak dengan mengikut perasaan kerana pada saya, setiap perbuatan kita perlulah berfikir apa efek atau kesan setiap tindakan kita kerana setiap tindakan kita akan melibatkan orang lain juga kerana hidup kita adalah hidup yang bermasyarakat. Dan sememangnya manusia hidup secara bermasyarakat. Jika manusia bertindak mengikut perasaan, masyarakat tidak akan aman, sebagai con toh, kerana kelaparan dan tidak memiliki wang untuk memberi makanan, jika seseorang itu ikut perasaan laparnya, sudah tentu orang itu akan mencuri makanan atau wang dari orang lain. Namun, jika dia berfikir tentang apa akan terjadi jika dia tertangkap ataupun dia berfikir tentang apa akan terjadi diakhirat, sudah tentu dia tidak akan melakukan perkara itu.
Oleh hal yang demikian, tidak dapat tidak, kita seharusnya berfikir sebelum bertindak jika tidak, buruk padahnya. Itulah sedikit perihal tentang soal selidik yang saya jawab. Untuk keputusan akhir, Dr. Zamri menayangkan keputusan hasil dari keempat-empat perangai seseorang itu. Keputusan yang saya dapat ialah saya adalah seorang yang "the duty fulfillers" yang memberi makna seorang yang suka menyiapkan tugas-tugas yang diberikan ataupun seorang yang melengkapkan tugas. Sebagai contoh, saya yang saban minggu melengkapkan tugasan jurnal yang dibe ri.
Pada pendapat saya, analisis psikologi iaitu soal selidik di atas adalah tidak benar dan saya tidak mempercayai perkara tersebut. Hal ini demikian kerana di dalam diwan ini, ramai kawan-kawan saya yang sudah lama saya kenali dan saya memahami watak seseorang itu, namun, setelah Dr. Zamri menayangkan keputusan soal selidik itu, dan menyakan siapa yang mempunyai sifat-sifat yang ditayangkn itu, keputusan itu banyak yang bertentangan dengan perangai kawan-kawan saya. Jadi, saya yakin yang MBTI sebenarnya tidak benar, mungkin ada benarny a, tapi sedikit atau kebetulan sahaja. Itulah ulasan saya mengenai tugasan yang kedua.
Sekarang, saya ingin mengulas tentang tugasan yang ketiga iaitu tugasan yang terakhir untuk kuliah pada hari ini, selepas tugasan ini, kami dapat pulang. Tugasan ini berkaitan dengan teori besar lima. Kami ditayangkan satu video. Dr. Zamri mengatakan video itu ada kaitan ngan teori besar lima iri. Namun saya tidak dapat melihat kaitannya. Akhirnya, Dr. Zamri memberitahu juga kaitannya. Pertama, saya perlu mengetahui ape itu teori besar lima. Teori tersebut ialah sifat pertama, sifat keterbukaan dan yang lain saya tidak sempat sal in. Kemudian kami diteruskan ujian teori besar lima ini.
Itulah aktiviti yang kami adakan ketika kuliah pada minggu ini. Sebelum saya tutup jurnal saya, ingin saya ucapkan selamat hari raya.
No comments:
Post a Comment