Friday, August 26, 2011

Muhammad Alif Farkhan B Abd Malek A126846 LJ05

EMOSI DAN PERSONALITY

Misi yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw perlu difahami melalui kaedah berikut: Pertama,melalui apa yang dikatakan oleh Allah dalam Al-Quran (Al-Anbia':107) yang bermaksud:
Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu,melainkan untuk menjadi rahmat bagi semester alam
 
"Kedua, melalui apa yang diperkatakan sendiri olehRasulullah saw dalam hadith yang bermaksud:"
Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia".
 
 Ansari (2001) menyatakan bahawa misi seorang Muslim adalah untuk membina personaliti dirinya sendiri, persekitaran sosialnya dan dunia umumnya.Bagi memenuhi tujuan tersebut, seseorang itu perlu melengkapkan dirinya dengan segala kesempurnaan diri yang tercapai olehnya, dan bekerjasama dengan masyarakatnya dalam menjalankan aktiviti kemanusiaan yang sihat.
 
 
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada Dr. Zamri dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Entri ke 5 saya kali ini membnincangkan tentang personality. Mengikut beberapa petikan yang diambil dari link diatas, suka untuk saya simpulkan bahawa memiliki personality yang baik akan mencerminkan keindahan dan kesempurnaan yang pastinya dapat dicapai melalui kesedaran diri dan ilmu. Kepentingannya dapat dilihat dalam seantero aspek yang telah ditentukan oleh ajaran islam. Di dalam islam, personality ataupun secara praktikalnya dipanggil akhlak dan tingkahlaku merupakan salah satu tuntutan yang mesti dipekerjakan dengan baik bagi individu bergelar 'muslimul-taqwa'. Hal ini kerana, akhlak dan tingkahlaku yang baik lagi murni dapat mempengaruhi persekitaran dan lantas menjadi salah satu medium dakwah yang terulung.
 
"Orang yang paling aku kasihi adalah mereka yang memiliki tingkahlaku yang terbaik dan orang yang akan mendapat  perlindungan adalah meraka yang mengasihi dan dikasihi."
(At-Tabrani)
 
Sewaktu kuliyah Dr.Zamri, secara lazimnya, doctor akan menerangkan beberapa theory yang begitu asing bagi kami pelajar tahun 2 perubatan. Namun, kali ini, doctor memulakan kuliyah dengan satu video klip yang menarik dan yang pastinya, video yang dipaparkan mempunyai hubungkait dengan pembelajaran kami pada sesi kuliyah baru-baru ini. Setelah menonton video, seterusnya, kami perlu mengaitkan apa yang terdapat dalam video tersebut dengan teori yang kami pelajari tentang emosi. Disamping itu , bagi mengenali personality kami tersendiri, kami perlu melaksanakan tugasan satu iaitu membaca slide dan teks tentang psychoanalytic theory dan harus menjawab soalselidik MBTI. Menurut Dr. Zambri, di akhir ujian ini,insyallAH kami akan dapat mengetahui kategori personaliti diri kita sendiri. Kami juga diberitahu bahawa menerusi ujian ini,INSYALLAH kami AKAN berjaya mengenali diri kami dengan lebih mendalam. Selain daripada itu, kami mestilah menjawab soalselidik Teori Besar Lima (Big Five Theory).  Oleh itu, melalui beberapa ujian soalselidik teori ini juga, kami INSYALLAH akan dapat mengenal personaliti diri kami sendiri.
Apa yang ada di dalam video?
Di dalam video, pada penilitian saya, video ini mempunyai hubungkait yang rapat dengan emosi sedih. Ayat-ayat yang ditayangkan menerusi video sangat menyentuh perasaan seperti contoh "I feel lonely all the time". Ayat ini cukup menunjukkan emosi sedih yang digambarkan. Petunjuk yang diperkatakan oleh Dr. tentang video dalam video ini ialah emosi negative serta berkaitan dengan zaman kanak-kanak. Ada isi tersirat yang terkandung di dalam video ini seperti yang diberitahu oleh Dr. berdasarkan pemerhatian saya, video tersebut menayangkan perasaan video creator itu semenjak kecil sehinggalah dia menjadi dewasa dan pada satu peringkat umur yang lebih matang. Lirik itu menceritakan segenap kisah hidupnya yang kurang menarik dan kadang-kala menyakitkan lubuk hati sanubari sewaktu si dia di dalam proses kearah menjadi seorang dewasa yang matang.Namun begitu, di akhir video tersebut, dia seperti telah berubah characters apabila menjadi lebih matang dan memupuk serta menanam nilai dan akhlak serta emosi positif daripada terus menjadi sedih.
Setelah salingan video dipaparkan, Doc Zamri meneruskan kuliyah dengan video yang mempunyai dan menerangkan serba sedikit tentang personality type A dan personality type B. Melalui video itu, 2 perkara atau sikap unik yang saya dapat kesan ialah>
Personality type A:
1>    Suka makan cepat ataupun laju
2>    Bangun diawal pagi
3>    Tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu perkara mahupun tugasan
4>    Kurang sabar ataupun cepat melenting
5>    Kesempurnaan ialah priority yang utama
6>    Memandu laju di jalan raya
7>    Mempunyai risiko yang tinggi untuk menjuarai carta populasi manusia yang mendapat penyakit yang berkaitan tentang jantung seperti heart attack dan juga mudah stress.
Personality type B:
1>    Memandu dengan perlahan. Dalam erti kata lain seorang yang penyabar
2>    Makan dengan perlahan dan beradab
3>    Relax dan cool
4>    Disukai ramai
Selepas tayangan video itu, dr. mendatangkan arahan dengan menyuruh kami untuk memilih dan menilai diri kami sendiri secara superficial berdasarkan ciri-ciri personality yang ditayangkan melalui video itu tadi. Secara rawak, ramai diantara kami yang tergolong dalam golongan personality type B namun ada juga segelintir yang mengakui bahawa mereka mempunyai personality type A. Namun begitu, melalui pemerhatian saya, sebenarnya, ramai diantara kami yang tidak faham akan personality mereka tersendiri. Sebagai contoh, diri saya, kadang-kala, saya mempunyai personality type B dan ada masanya , personality saya berubah menjadi type A. Oleh kerana itu, saya berpendapat, personality seseorang individu itu acap kali berubah mengikut persekitaran yang dialami. Jika baik persekitarannya, maka , baik juga personalitynya dan jika buruk persekitarannya, maka buruk juga personalitynya.
Setelah habis tayangan video, seterusnya, kami menyempurnakan soalselidik MBTI. Teori ini digunakan dalam menentukan personality masing-masing. Terdapat beberapa soalan yang dikemukakan dan kami perlu memilih berdasarkan karakter yang tertentu. Soalan yang pertama menunjukkan saya seorang intuition. Intuition ini menunjukkan seorang yang lebih pandai dalam arts. Orang dalam karakter ini juga, suka mengikut common sense. Seterusnya tentang extraverted ataupun introverted. Saya merupakan seorang introverted. Menerusi karakter ini, digambarkan mereka lebih selesa berseorangan. Mereka tidak berapa suka apabila terdapat ramai orang dalam sesuatu masa ataupun keadaan. Soalan yang kedua pula, bagi feeling dan thinking question, saya memperoleh markah yang sama. Namun begitu, saya merasakan diri saya lebih dekat dengan karakter feeling. Karakter ini lebih mengikut hati dan perasaan  berbanding berfikir secara rasional, dan lebih mementingkan orang lain. Karakter seterusnya ialah tentang judging dan perceiving. Ujian ini mendedahkan saya seorang perceiving. Mereka yang berada dalam karakter ini ialah seorang yang suka melakukan banyak kerja contohnya belajar sambil mendengar lagu. Mereka juga suka membuat kerja di waktu-waktu akhir. Selesai kesemua ujian itu, kami perlu menyusun semua keputusan ujian tersebut. Semua karakter dimasukkan ke dalam kotak ujian tersebut.
Saya telah mendapat INFP. Menurut keputusan ujian itu, saya merupakan "the idealists". Berdasarkan laman web http://www.personalitypage.com/html/INFP.html, berikut adalah ringkasan disebalik maksud "the idealists". Seorang idealists hidupnya tertumpu pada diri mereka sendiri tanpa menghiraukan orang lain. Disamping itu mereka juga focus dalam menjadikan dunia ini suatu kediaman yang terbaik bagi sejagat. Objektif utama ialah semata-mata untuk mencari erti kehidupan di dunia yang fana ini dan suka berkhidmat. Selain itu, mereka juga focus dalam mencapai gol kehidupan. Bahkan, mereka juga mengharapkan sepenuhnya pada intuitions untuk memandu hidup mereka dalam pencarian nilai murni kehidupan. Mereka terus berada dalam perjalanan dalam mencari makna sebenar kehidupan dan perkara-perkara yang terkandung serta tersirat di dalamnya.
Untuk tugasan ketiga, tentang teori besar lima kami telah ditayangkan dengan suatu video lagu yang sangat popular. Menerusi video dan audio lagu tersebut, kami perlu membuat analisa apakah kaitannya dengan teori yang kami pelajari. Masa diberikan kepada kami untuk mendengar dan menghayati video dan lagu tersebut. Selepas itu, salah seorang daripada kami perlu memberitahu dan menceritakan apakah yang difahami tentang kaitan lagu tersebut dengan teori besar lima. Seterusnya, kami jalankan soalselidik yang ketiga iaitu teori besar lima. Kami perlu memberi markah berdasarkan tahap setuju atau tidak dalam beberapa soalan yang diberi. Berdasarkan ujian-ujian yang dibuat, ternyata terdapat banyak teori yang dapat dikaitkan dengan emosi. sesungguhnya, teori-teori serta soalselidik ini sangat penting dalam menentukan emosi kita. sekian.
 

No comments:

Post a Comment