Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ini adalah jurnal ketiga saya di dalam kursus pengurusan emosi. Seperti biasa kelas diadakan pada jam 2.00 petang bertempat di dewan kuliah 1 pada 10 Ogos 2011. Sebelum memulakan kuliah, Dr. Zamri telah menunjukkan sebuah video klip nyanyian 'Justin Bieber' yang bertajuk 'Ummi'. Sebenarnya penyanyi yang saya maksudkan bukanlah Justin Bieber tetapi hanya lagu yang bertajuk 'Baby' telah digubah menjadi 'Ummi'. Video klip ini mengenai kasih ibu yang tidak jemu dalam mendidik anak-anaknya. Video kedua mengenai penderitaan rakyat di Negara yang sedang berperang. Keadaan mereka sangat menyedihkan kerana melibatkan kanak-kanak dan wanita yang tidak bersalah. Mereka juga hidup dalam ketakutan kerana bila-bila masa sahaja mereka boleh kehilangan nyawa seperti telur dihujung tanduk.
Selepas itu, Dr. Zamri memulakan kuliah yang bertajuk 'Emosi Negatif' yang merangkumi takut, malu, sedih dan marah. Disini saya ingin berkongsi pahaman saya apabila membincangkan emosi yang bersifat negatif. Pada mulanya, saya mengandaikan bahawa emosi negative ini adalah sesuatu yang bersifat buruk seperti dengki, dendam dan semua yang bersifat negative. Tetapi setelah kuliah ini, saya lebih memahami apa yang dikatakan emosi negative.
Bagi saya perasaan takut wujud di dalam setiap orang. Apa yang membezakan antara setiap orang adalah factor yang menyebabkan seseorang itu berasa takut. Perasaan ini wujud apabila seseorang itu mengalami sesuatu yang menakutkan seperti melihat hantu sebagai contoh. Walaubagaimana pun, perasaan takut boleh wujud tanpa mengalami sendiri perkara tersebut, hanya bergantung kepada pengalaman orang lain. Sebagai contoh, ada orang yang takut pada hantu walaupun mereka tidak pernah berjumpa dengan hantu sebelum ini. Ini mungkin adalah kerana cerita-cerita yang disebarkan oleh orang yang telah mempunyai pengalaman berjumpa hantu sebelum ini.
Sebenarnya, takut adalah tindakbalas emosi kepada suatu keadaan yang bahaya. Takut berkait rapat dengan beberapa keadaan emosi seperti risau. Takut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti trauma. Contoh yang diberi semasa kuliah adalah seorang kanak-kanak berasa takut kepada tempat yang tertutup disebabkan pernah terjatuh ke dalam perigi dan berusaha untuk keluar (claustrophobia). Bercakap mengenai fobia, saya telah menonton filem Thailand yang bertajuk 'Phobia'. Filem ini merangkumi beberapa cerita didalamnya dimana semua cerita melibatkan hantu. kebanyakan hantu wujud kerana tidak tenteram atau rohnya tidak betul-betul sempurna. Oleh kerana itu, rohnya berkeliaran, secara tidak langsung mengganggu orang yang masih hidup. Sambungan kepada kuliah tadi, takut boleh dieksperasikan dengan wajah seperti sebelah mata terbuka luas, bibir sebelah atas terangkat dan kening ke dalam. Perasaan takut juga boleh menyebabkan seseorang itu membuat sesuatu di luar jangkaan dengan mengikut arahan orang lain tanpa berfikir tentang diri sendiri. Mereka juga boleh menjadi ganas disebabkan penambahan hormone adrenalin.
Malu adalah suatu emosi yang dihadapi semasa di dalam keadaan yang tidak selesa atau semasa membuat sesuatu kesalahan seperti memakai baju terbalik. Malu terdiri daripada dua jenis iaitu 'personal' dan 'professional'. Apa yang dimaksudkan sebagai malu secara personal adalah dengan melakukan sesuatu daripada sikap sendiri seperti didapati menipu atau membuat salah. Perasaan malu ini diturut serta tingkahlaku seperti tersipu-sipu, berpeluh, tergagap-gagap dan gelisah. Malu secara professional pula adalah melakukan kesalahan selepas berkeyakinan didalam sesuatu perkara dan selalunya terjadi di tempat kerja.
Seterusnya, sedih termasuk didalam emosi negative. Perasaan sedih terjadi disebabkan rasa kekurangan dan kehilangan. Perasaan sedih yang terlampau boleh menyebabkan kemurungan dan secara tidak langsung boleh menggangu kesihatan badan dengan menghidapi pelbagai penyakit. Selalunya, apabila seseorang itu didalam keadaan sedih, mereka lebih senyap dan kurang bertenaga. Mereka juga tidak mahu bergaul dengan orang lain. Beberapa tanda orang yang sedih adalah kepala tunduk, badan kehadapan dan menggigit bibir. Sedih adalah berlawanan dengan sikap bahagia dan sinonim dengan perasaan murung, muram, suram, dan sayu. Menurut Forgas (1992,1994), orang yang bahagia lebih senang memproses informasi di dalam keadaan yang cepat dan tepat berbanding orang yang sedih kerana memerlukan masa yang panjang untuk memproses sesuatu informasi dan kurang tepat. Kebolehan memproses informasi bergantung kepada mood (Isen, 1987). Pada masa kini, terdapat pelbagai buku mengenai cara untuk mengatasi kesedihan yang dialami. Sebagai contoh, buku yang bertajuk 'La Tahzan' yang bermaksud jangan bersedih.
Selalunya saya akan berasa sedih semasa membaca novel kerana jalan penceritaannya yang menyebabkan saya mengalirkan airmata. Apabila saya membaca novel, saya lebih suka meletakkan diri saya di dalam novel tersebut.
Emosi negative yang terakhir adalah marah. Marah adalah tindakbalas kepada sakit, sengsara,tertekan dan keadaan terancam. Marah boleh dieksperasikan secara aktif dan pasif. Secara aktif adalah melalui kata-kata dan fizikal kepada seseorang itu. Pasif pula adalah melalui berdiam diri dan tertekan. Marah juga boleh menyebabkan perasaan meluat.
Dahulu, jika saya marah, saya akan menghembas barang yang ada di sekeliling saya tanpa menghiraukan orang lain. Sekarang, jika saya marah, saya lebih suka mendiamkan diri hanya wajah saya dapat dikesan oleh orang lain bahawa saya dalam keadaan marah. Saya juga akan menjauhkan diri saya dari orang lain supaya meraka tidak dimarahi oleh saya. Jika saya tidak dapat meluahkan kemarahan saya, saya akan menangis. Untuk menghilangkan perasaan marah, saya akan mengasingkan diri dari orang lain menarik nafas beberapa kali dan cuba bertenang. Jika saya tidak dapat menenangkan diri lagi, saya akan tidur. Dengan tidur, saya dapat melupakan apa yang terjadi.
Kuliah seterusnya adalah mengenai teori aras adaptasi. Konsep asas teori ini adalah kita bertindak berdasarkan aras kesesuaian kita sekarang. Kita akan bertindak mengikut kessesuaian keadaan. Keadaan tersebut akan mempengaruhi emosi kita. Menurut Lazarus, Kanner, & Folkman (1980), 'Our cognitive appraisal of the situation determines the intensity of our emotional experience'. Sebagai contoh, bunyi yang dihasilkan di sekeliling kita seperti kuat dan perlahan, ia adalah adaptasi yang kita hasilkan bersesuaian dengan keadaan. Jika bunyi tersebut semakin kuat atau semakin perlahan, tahap adaptasi kita akan berubah mengikut kesesuaian. Gaji yang tinggi menyebabkan tahap adaptasi kita di dalam kehidupan juga tinggi. Jika kita gembira dengan kejayaan seperti mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan, mendapat gaji yang memuaskan, mempunyai tahap kesihatan yang baik, kita tidak akan berasa gembira secara berterusan kecuali keadaan bertambah baik lebih dari yang kita dapat.
Teori Solomon adalah hasil ubahsuaian Teori Aras Adaptasi. Teori ini diwujudkan oleh Richard Solomon pada tahun 1980. Menurut beliau, setiap emosi menyebabkan emosi yang bertentangan. Sebagai contoh, seseorang itu memenangi hadiah RM500, pada mulanya berasa gembira tetapi menyesal kemudian kerana telah menghabiskan wang hadiah tersebut. Contoh kedua seperti jogging, merasa bosan pada mulanya tetapi akan membawa kelebihan akhirnya kerana jogging adalah sesuatu aktiviti sukan yang dapat menyihatkan badan.
Bagi saya, teori ini ada kaitan dengan keadaan saya sekarang. Pada mulanya, saya berasa sangat tertekan kerana terlalu banyak yang perlu dipelajari tetapi akhirnya saya berasa gembira kerana dalam masa yang singkat, saya dapat mempelajari sesuatu dan dapat mengetahui pelbagai jenis pengetahuan. Sampai sini sahaja jurnal saya yang ketiga.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment