Thursday, August 11, 2011

ADAKAH KITA YANG MENGUASAI EMOSI ATAU KITA YANG MENGUASAI EMOSI ?
 
 
 
            Hari ini adalah kuliah ketiga Kursus Pengurusan Emosi.Kuliah hari ini menyebut tentang emosi-emosi negatif yang utama.
 
 
            Apa itu emosi?Seperti yang telah kita tahu dan belajar sebelum ini,emosi ialah suatu set kompleks yang menghubungkaitkan antara faktor-faktor subjektif dan faktor-faktor objektif yang dirangsang oleh system neural hormon yang mana boleh melibatkan ' affective experiences', 'cognitive process' dan 'physiological adjustments ' yang seterusnya memaparkan tingkah laku seorang pada situasi tersebut.(Kleigenna,1981).Apa yang saya faham tentang emosi ialah perasaan kita tentang sesuatu perkara yang kemudian membuahkan tindak balas kita kepada perasaan tersebut dan tindak balas tersebut terpapar dari cara bercakap kita atau riak wajah,cara kita berfikir dan juga bergerak.
            Seterusnya,emosi boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu emosi positif dan emosi negatif.Pada jurnal yang lepas telah dibincangkan mengenai emosi positif,maka kini saya akan cuba mengulas sedikit kefahaman saya tentang emosi negatif.Emosi negatif ada empat iaitu takut,malu,sedih dan marah.
 
            Takut merupakan tindak balas kepada suatu situasi yang dirasakan berbahaya,berbentuk ancaman dan berkait rapat dengan kerisauan terhadap sesuatu perkara.Antaranya ialah perasaan takut untuk menghadapi kebenaran,takut dipandang rendah,takut disebabkan pengalaman yang mungkin mengerikan ataupun menyakitkan kita seperti dipatuk ular(fear of physical object) ,takut untuk kehilangan sesuatu(fear of losing control). Takut juga boleh berkait rapat dengan fobia.Tambahan lagi,, kita akan berasa takut untuk menghadapi peperiksaan kerana kita risau akan kebolehan kita untuk menjawab soalan dengan betul.Maka,sebagai tindak balas positifnya kita akan cuba bersedia lebih awal dan belajar dengan bersungguh-sungguh.Tanpa perasaan takut kita mungkin akan sambil lewa dengan peperiksaan yang akan dihadapi menyebabkan ada kemungkinan kita tidak dapat menjawab soalan kelak.Maka dalam situasi ini perasaan takut itu perlu.
 
Namun,jika perasaan takut itu terlampau berlebihan, itu bisa memudaratkan.Sebagai contonhya,apabila kita terlalu takut dan risau akan peperiksaan,kita mungkin akan sentiasa gelisah hingga hilang selera makan,tidak lena tidur,emosi seharian yang tidak seimbang dan sebagainya.Ini mungkin boleh menyebabbkan depressi.Selain itu,alasan lain mengapa takut boleh menjadi emosi yang negatif ialah apabila perasaan takut boleh menyebabkan situasi yang boleh mengancam orang lain.Seperti situasi yang pernah terpapar di surat khabar sebelum ini,seorang isteri sanggup untuk menyimbah asid di muka suami sendiri kerana suaminya curang dan dia takut akan kehilangan suaminya apabila suaminya berkahwin lain.Ada juga yang sanggup menggunakan sihir agar disukai oleh orang yang diminati,malahan ada juga yang sanggup menganiayai orang lain kerana takut kedudukannya terjejas.
 
 
Seterusnya ialah perasaan malu.Pada pendapat saya, malu adalah suatu sifat yang harus ada pada setiap orang.Sifat malu diibaratkan pakaian bagi ajaran islam.Ini bukanlah bermaksud malu sehingga tidak bergaul tetapi malu ini dimaksudkan dari segi malu sebagai pendinding diri daripada melakukan perkara yang salah,yang merosakkan,dan malu dari perkara yang boleh mendedahkan peribadi diri atau sesuatu yang boleh merosakkan maruah seseorang.Malu terbahagi kepada 2 iaitu malu yang bersifat personal dan juga malu yang bersifat professional.Malu yang bersifat personal selalunya hanya melibatkan diri sendiri seperti malu untuk bertemu orang yang disukai,malu berhadapan orang ramai untuk membuat ucapan dan sebagainya.Malu yang bersifat professional pula melibatkan pekerjaan contohnya ialah jika sesuatu perkara yang boleh mendedahkan status sesebuah negara,pihak atasan berasa malu untuk memberitahu perkara tersebut kepada umum ataupun jika sesebuah jabatan ada melakukan kesilapan pastinya wakil jabatan tersebut malu untuk melaporkannya kepada pihak atasan.Pada pendapat saya,perasaan malu boleh membantu kita untuk menyelamatkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang salah ataupun memalukan.Namun,jika perasaan malu itu boleh merosakkan diri sehingga seseorang menghadapi depressi,hilang keyakinan diri ataupun sehingga boleh membunuh diri ,ini adalah sesuatu yang negatif. 
 
            Emosi negatif yang ketiga ialah sedih.Sedih dikatakan akan muncul apabila seseorang itu berasa kehilangan atau keseorangan,kesunyian  atau dipinggirkan ataupun apabila tidak mendapat sesuatu yang dihajati.Jika terlalu serius ,seseorang itu perlu mendapatkan khidmat psikologi.Saya sendiri mengakui berasa sedih apabila saya kehilangan orang yang saya sayangi.Antara tanda-tanda seseorang itu sedang berhadapan dengan perasaan sedih ialah badan tunduk ke hadapan, berjalan dengan gaya yang lemah dan tidak aktif, dan bibir masuk ke dalam dan lebih jelas dengan tindakan menangis.Orang yang sedih juga dikatakan mempunyai kebolehan memproses maklumat yang perlahan dan mempunyai kurang ketepatan berbanding orang yang gembira(Forgos ,1992).Apakah kaitannya sedih dengan status seseorang ? Orang yang sedih sering dikaitkan dengan sifat pendiam.Kadangkala perasaan sedih itu boleh terjadi apabila kita melihat orang lain yang bersedih.Sebagai contohnya, kadangkala kita juga turut merasa sedih dan bersama-sama menangis apabila kita melihat sahabat kita menangis kesedihan.
 
             Selain itu, emosi negatif yang keempat ialah marah.Marah boleh dilihat melalui dua cara iaitu samada berbentuk verbal ataupun melalui tingkah laku dan riak wajah.Sesetengah orang apabila marah dia akan meninggikan suara,menengking dan kemungkinan juga mengganas agar mendapat perhatian orang lain bahawa dia sedang marah(verbal).Ada juga sesetengah orang yang marah memasamkan muka,merah wajah dan telinganya serta tidak boleh diam.Kadangkala marah juga diekspressikan melalui perbuatan tidak mahu menegur atau bercakap dengan orang yang dimarahi.
 
            Menurut sesetengah pendapat,marah digunakan bertujuan untuk menunjukkan kuasa dan supaya dihormati serta mempengaruhi orang lain.Jika kita lihat situasi drama televisyen ,ada yang menayangkan drama seorang bos memarahi anak buahnya supaya anak buah mereka menghormati mereka dan mendengar arahan mereka serta untuk menunjukkan betapa besarnya kuasa seorang bos itu.Saya juga pernah mendengar alas an seorang sahabat saya mengapa perlu kita memarahi anak buah kita adalah agar anak buah kita takut dengan kita serta menunjukkan betapa tegasnya kita.Mungkin betul juga jawapan itu.Namun,pada pendapat saya,marah haruslah dikawal dan bertempat.Hadis ada menyebutkan bahawa orang yang paling gagah adalah orang yang boleh mengawal kemarahannya atau menahan dirinya daripada marah dan bukanlah pahlawan perang.Ya,tidak dinafikan bahawa mengawal kemarahan bukanlah suatu yang mudah untuk dilakukan.
 
            Selain itu,orang yang sedang marah selalunya tidak dapat mengawal emosinya dengan baik dan juga tidak dapat berfikir dengan rasional.Menurut sains,emosi dikawal oleh bahagian korteks otak.Pada masa yang sama,sebenarnya rasionalisme atau kebolehan untuk membuat keputusan juga dikawal oleh bahagian korteks otak.Maka dengan sebab itu manusia tidak dapat berfikir dengan baik apabila mereka marah.Marah jika tidak dikawal boleh memberi kesan yang agak buruk kepada diri sendiri dan juga orang lain.Antaranya ialah kemarahan yang meluap-luap boleh menyebabkan dendam seterusnya boleh menyebabkan seseorang itu bertindak di luar jangkaan seperti membunuh orang ataupun membunuh diri ataupun mengamuk sehingga merosakkan harta benda.
 
            Kesimpulannya,kita perlulah bijak mengawal diri apabila berhadapan dengan emosi-emosi negatif seperti ini.Jika tidak buruklah padahnya.Sesuatu perkara itu samada kejayaan atau kemunduran bergantung kepada attitude kita dalam kehidupan seharian kita.Kita yang mempunyai pilihan untuk menguasai emosi atau membiarkan emosi mengawal kita.

No comments:

Post a Comment