Selamat sejahtera. Jurnal ini adalah ulasan saya terhadap kuliah ZZZT2253 pada 10 Ogos 2011 tentang Emosi Negatif dan Teori Asas Adaptasi.
Dalam kuliah pertama Emosi Negatif, kami telah didedahkan dengan perasaan takut. Ketakutan ialah sesuatu emosi yang disebabkan oleh ancaman dan menyebabkan perasaan kebimbangan. Sebenarnya, ketakutan adalah sesuatu mekanisma untuk menyelamatkan diri dalam sesuatu pengaruh negative. Ketakutan dikaitkan dengan beberapa emos yang lain seperti kerisauan, kebimbangan dan sebagainya. Ketakutan boleh disebabkan oleh kemalangan trauma. Sebagai contoh, perkara ini pernah berlaku kepada saya. Semas kecil, saya nyaris- nyaris terlemas semasa
berenang. Sampai sekarang, saya masih takut untuk berenang semula. Perasaan takut boleh diekspresikan dengan beberapa eksperi muka seperti mata terbuka, kanta mata membesar, bibir naik ke atas, kening mata mendalam serta bibir melintang. Manusia boleh dipengaruhi oleh ketakutan sehingga menyebabkan mereka melakukan tingkah laku yang tanpa berfikir banyak. Mereka boleh menjadi ganas atau mendatangkan maut. Ini adalah sesuatu yang semula jadi akibat peningkatan hormone adrenaline di dalam badan.
Selain itu, kami juga mempelajari tentang perasaan malu. Perasaan malu adalah sesuatu emosi yang tidak menyenangkan selepas berlakunya sesuatu tingkah laku yang tidak senonoh dan tidak diterima secara sosial atau professional dan tingkah laku tersebut didedah kepada orang lain. Ini biasanya melibatkan sedikit sebanyak kehilangan maruah dan biasanya berdasarkan keseriusan perkara tersebut. Terdapat dua jenis perasaan malu, iaitu secara persendirian atau profesional. Perasaan malu persendirian boleh disebabkan oleh perhatian yang tidak dikehendaki oleh seseorang terhadap perkara sulitnya. Sesetengah perasaan malu disebabkan oleh pendedahan kesalahan seseorang seperti didapati membohong. Perasaan malu persendirian biasanya disertai dengan beberapa perkara seperti tersipu- sipu, berpeluh, gementar, tergagap- gagap dan gelisah. Sesetengah orang akan cuba melindungi perasaan malu mereka dengan ketawa atau senyuman terutamanya di situasi etika. Perasaan malu profesional biasanya berkait dengan tempat kerja yang melibatkan kewangan yang banyak dan akan menyebabkan kehilangan nyawa. Contohnya, kegagalan polisi kerajan.
Emosi ketiga ialah perasaan sedih. Kesedihan mengambarkan kelemahan dan kehilangan. Emosi ini mudah mendatangkan kemurungan dan perlu bantuan daripada ahli profesional. Individu akan menjadi senyap, kurang energetik dan menarik balik sendiri. Terdapat beberapa tanda- tanda yang mengambarkan kesedihan contohnya menunduk kepala, mengeluarkan lidah serta aktiviti fizikal yang lembap. Menurut Forgas 1992, individu yang gembira lebih mudah memproseskan idea dengan cepat dan tepat berbanding dengan individu yang sedih. Selain itu, Isen 1987 menyatakan kebolehan untuk memproseskan informasi dipengaruhi oleh emosi.
Emosi negatif yang seterusnya ialah kemarahan. Perasaan marah ialah sesuatu psikofisiologikal reaksi terhadap kesakitan, kesengsaraan dan keancaman. Kemarahan sentiasa dikaitkan dengan reaksi terhadap sesuatu konflik fizikal, ketidakadilan, keabaian, penghinaan atau pengkhianatan. Kemarahan boleh diekspresikan secara aktif atau pasif. Jikalau secara aktif, seseorang itu akan melepaskan kemarahannya secara verbal atau fizikal. Jikalau secara pasif, seseorang itu akan melepaskan kemarahannya dengan mendiamkan diri, tingkah laku pasif- agresif, sifat bermusuhan dan ketegangan. Manusia sentiasa mengalami kemarahan melalui empati terhadap sesuatu perkara seperti selepas mendengar cerita ketidakadilan. Teori fisiologi kemarahan telah dibentangkan iaitu neurosains menunjukkan terdapat 2 struktur berbentuk berlian bernama amygdala yang berperanan mengidentifikasikan ancaman dan memberi reaksi terhadap ancaman tersebut. Amygdala sendiri telah mencukupi untuk mengaktifkan reaksi badan sebelum cortex otak. Amygdala menyebabkan otot- otot badan menjadi tegang. Dalam otak, sejenis neurotransmitter bernama catecholamine dilepaskan akan menyebabkan daya tenaga meningkat dengan cepat. Denyutan jantung, tekanan darah serta kadar pernafasan turut meningkat. Muka akan menjadi merah akibat peningkatan aliran darah ke anggota badan sebagai persiapan untuk aktiviti fizikal. Secara pantasnya, neurotransmitter otak serta hormone adrenaline dan noradrenaline akan dirembeskan. Perkembangan ke kemarahan biasanya disebabkan oleh cerebral cortex. Left prefrontal cortex boleh menghentikan emosi untuk mengawal keadaan tersebut.
Dalam kuliah kedua, teori aras adaptasi mendedahkan bahawa kita bereaksi terhadap sesuatu benda yang baru berdasar dengan asas tahap adaptasi kita sendiri. Tahap adaptasi seseorang bergantung kepada tahap adaptasi dia terhadap sesuatu perkara yang specifik. Penilaian kita akan mempengaruhi emosi kita. Proses kognitif terhadap sesuatu situasi pula menentukan kekuatan pengalaman emosi kita menurut Lazarus, Kanner and Folkman 1980. Sebagai contoh, cuba dengar suara- suara yang sekeliling kamu, jikalau suara tersebut bukan terlalu kuat atau terlalu lembut dalam anggapan kamu, suara itu adalah dalam anggaran tahap adaptasi kamu. Jikalau seseorang sentiasa mendengar suara yang kuat atau rendah, adaptasi dia akan turun atau meningkat mengikut situasi. Pendek kata, tahap adaptasi anda ialah titik neutral seseorang, hanya perkara yang lebih baik sehingga melepasi titik neutral itu akan menyebabkan seseorang itu lebih gembira.
Tambahan pula, kami juga didedahkan tentang Solomon Opponent Proses Theory. Solomon Opponent Proses Theory adalah hasil ubahsuaian daripada Teori Aras Adaptasi. Teori Solomon menyatakan bahawa keseimbangan emosi terhadap titik neutral bukan sesuatu perkara jangka panjang tetapi juga boleh berlaku dalam jangka pendek. Teori ini membentangkan bahawa setiap emosi menyebabkan emosi yang bertentangan berlaku. Ia menekankan bahawa emosi adalah dalam pasangan dan jika sesuatu emosi dialami, yang kedua akan dikurangkan.
Kesimpulannya, kuliah kali ini telah mendatangkan banyak ilmu dan pengetahuan kepada saya terhadap emosi serta teori- teori yang menarik. Saya dapat memahami asas usul kelahiran emosi negatif seperti kesedihan, kemarahan dan sebagainya di seseorang individu. Saya rasa ilmu ini dapat diaplikasikan dalam hidup saya sebagai seorang pelajar perubatan yang bakal menjadi seorang doktor. Sepanjang perjalanan, banyak lintangan dan halangan perlu diatasi sebelum mencapai kejayaan. Halangan- halangan ini sentiasa boleh menjadi sebab seseorang menjadi stres dan mengalami ketengangan minda yang seterusnya akan tercetusklah emosi- emosi negatif jika seseorang tidak mempunyai hati yang tabah dan fikiran yang positif. Dengan ilmu yang saya perolehi dalam kuliah ini, saya memahami keburukan emosi negatif dan kepentingan untuk menangani emosi negatif ini supaya tidak mendatangkan akibat- akibat yang membahayakan seperti kemurungan dan perasaan ingin menamatkan nyawa diri sendiri. Sebagai seorang doktor, perlulah kita melengkapkan diri sendiri bukan sahaja dengan ilmu- ilmu perubatan, manakala kami juga perlulah mempunyai kebolehan untuk mengawal emosi sendiri terutamanya emosi yang negatif kerana emosi kami akan menpengaruhi keputusan dan prestasi kami dalam merawat pesakit- pesakit. Oleh itu, saya berasa amat bersyukur kerana dapat menghadiri kuliah yang penting ini dan dapat mendapatkan ilmu yang bermanfaat ini. Akhir sekali, saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada Dr Zamri yang meluangkan masa untuk berkongsi pengetahuan ini dengan kami. Walaupun masa singkat, tetapi ilmu yang didapat dapat digunakan dalam sepanjang hayat kami.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment