Selamat sejahtera kepada pensyarah pengurusan emosi ZT2253 DR Ahmad Zamri Mansor dan rakan-rakan sekalian. Pada kuliah keempat yang saya telah hadiri, saya diberi penerangan oleh Dr Zamri terhadap emosi yang negative. Sebagaimana yang kita tahu, emosi sebenarnya boleh dibahagikan kepada emosi positif dan emosi negative. Emosi positif telah saya bincangkan pada jurnal yang lepas dan kali ini saya ingin menjelaskan tentang emosi negative yang telah saya pelajari. Pada mulanya terdapat beberapa emosi yang saya ingin tekankan pada pembelajaran kali ini. Antara emosi negative yang penting dipelajari ialah perasaan takut, sedih, malu dan marah. Sebenarnya emosi negative secara kebetulannya memainkan peranan yang sangat penting dalam hidup seseorang. Ianya boleh menyebabkan kita menjadi lebih agresif atau pun lebih lemah. Semua manusia yang normal sebenarnya melalui emosi negative ini dalam hidup mereka dalam pelbagai situasi dan keadaan yang tidak diingini.
Emosi negative yang pertama dan yang paling penting yang boleh berlaku dalam diri seseorang ialah takut. Semua kehidupan di bumi ini mempunyai perasaan takut terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, pelajar sekolah sering berasa takut sebelum menduduki peperiksaan yang amat penting dalam hidup mereka. jadi takut membawa maksud tindak balas emosi terhadap sesuatu yang berbahaya. Perasaan takut sangat berkait rapat dengan kebimbangan sekundar dengan perkara yang berbahaya. Secara logiknya, semua individu memang berasa bimbang semasa mereka berada dalam keadaan tang menakutkan yang boleh mengancam diri mereka. Di samping itu, takut juga terhasil daripada mekanisme dalam diri manusia secara biologinya. Mekanisme ini di panggil hasil daripada tindak balas simpatetik dalam seseorang di mana ianya berkait rapat dengan tindak balas kepada rangsangan negative yang tertentu. Sebagai contoh yang kita pelajari di fakulti perubatan, tindak balas simpatetik berlaku dengan perubahan dalam badan seseorang di mana badan manusia akan cuba untuk mebuat adaptasi terhadap situasi tersebut sebagai contoh pembesaran salur darah ketika dalam keadaan cemas untuk membanyakkan aliran darah dalam badan kita untuk memberi lebih oxygen kepada organ yang penting. Selain itu, perasaan takut yang negative ini berkait dengan beberapa keadaan emosi secara serentak termasuk kebimbangan, keganasan dan sebagainya. Perasaan takut ini, tidak hanya wujud begitu sahaja dalam diri individu tersebut. Terdapat beberapa punca ketakutan yang "memupuk" perasaan takut ini. Sebagai punca utama, ketakutan boleh wujud daripada kemalangan atau trauma di mana keadaan yang menjadikan mereka lebih cemas dan berasa takut terhadap ekoran yang akan berlaku seterusnya. Sementara itu, ketakutan adalah sering dikaitkan dengan keadaan fizikal seseorang atau dengan sesuatu perkara atau objek. Dalam kehidupan manusia juga, perasaan takut boleh wujud atas sebab-sebab yang lebih abstrak. Selain sebab itu, punca ketiga ialah, takut kehilangan kawalan. Sebagai contoh, suatu ejekan atau celaan social daripada masyarakat kecil atau pun dalam kumpulan kecil dapat membuatkan seseorang hilang kawalan mereka dan bertindak dengan lebih agresif atau pun membuat keputusan untuk mengagihkan diri daripada kumpulan tersebut. Ketakutan sebegini cenderung tidak mempunyai kesan fisiologi yang sama. Mereka mempunyai hasil tingkah laku yang sama, dan boleh menjejaskan seseorang individu dalam tempoh masa yang lama daripada yang dinantikan hasil daripada ketakutan terhadap objek fizikal.
Perasaan malu ialah emosi negative yang sering terdapat dalam perempuan berbanding lelaki. Tetapi secara kebetulannya perasaan malu itu terdapat dalam semua invididu yang normal dan beremosi. Perasaan malu membawa maksud sesuatu keadaan yang tidak menyenangkan diri kita dalam menangani sesuatu perbuatan. Ianya suatu terhasil daripada perbuatan yang tidak dapat diterima dalam keadaan yang disaksikan atau didedahkan kepada orang lain. Biasanya, keadaan yang memalukan wujud apabila berdepan dengan perbuatan yang dapat mengugat kehormatan atau maruah dikhalayak ramai. Terdapat dua jenis malu yang boleh kita gunakan untuk membezakan keadaan yang memalukan iaitu secara peribadi dan secara professional. Perasaan malu secara peribadi disebabkan oleh perhatian yang tidak diingini terhadap perkara persendirian atau kecacatan yang terdapat pada diri sendiri. Hal ini bermaksud bahawa seseorang rasa terpinggir dan ingin berdiri jauh atas sebab kecacatan diri di mana mereka berasa tidak stabil atau sama status dengan yang lain. Perasaan malu secara peribadi sentiasa dengan gabungan perbuatan iaitu tersipu-sipu, berpeluh, ketakutan, kegagapan dan gelisah. Kadang kala, ada yang suka memastikan bahawa perasaan malu mereka tidak diketahui oleh orang ramai dengan senyuman yang tidak ikhlas pada muka mereka. Manakala secara professional pula berlaku selepas kenyataan yang menyatakan keyakinan dalam sesuatu kurus tanpa mengambil kira terhadap keterangan. Dalam hal ini, malu bertambah besar dalam keadaan yang melibatkan tugas rasmi atau kemudahan tempat kerja, jumlah wang atau bahan-bahan besar, atau kehilangan nyawa seseorang. Secara kebetulannya, perasaan malu ini tidak akan menjalankan tugas harian dengan normal. Contoh antara sebabnya ialah termasuk kegagalan dalam dasar kerajaan, pendedahan amalan rasuah atau keadaan yang tidak beretika. Keadaan yang major ini akan melibatkan seseorang berdepan atas sebab bersalah atau berdepan dengan undang-undang yang memalukan.
Perasaan yang membawa emosi negative yang seterusnya ialah kesedihan. Kesedihan memang terdapat dalam semua individu tetapi tidak secara berterusan. Kesedihan bermaksud keadaan lemah yang dirasai daripada hati seseorang di mana perkara tersebut tidak menyenangkan mereka dan memberi impak yang tidak elok dan seterusnya boleh menjadikan individu tersebut menjadi lemah dan tidak berkeyakinan lagi. Perasaan yang terpendam yang mendalam ini membawa kepada kemurungan yang mugngkin memerlukan campur tangan professional yang berkelayanan untuk berbincang. Selalunya seseorang yang sedih, menjadi senyap, kurang bertenaga dan meminggirkan diri daripada kumpulan kecil. Individu tersebut juga boleh menjadi tiada keinginanuntuk keluar kemana-mana juga dan bersosial. Kesedihan dalam diri mereka boleh diketahui dalam ekspresi muka mereka dimana mereka suka menundukkan kepala, aktiviti fizikal yang lemah dan kelihatan lemah semangat dalam melakukan sesuatu kerja. Kesedihan dianggap sebagai perasaan yang bertentangan dengan kebahagiaan. Secara sinonimnya ialah muram, murung, sengsara dan lain lagi.
Selain itu, emosi negative yang penting di sini ialah kemarahan. Perasaan marah terhasil daripada tindak balas mental dan fisiologi yang mengalami kesakitan yang dilihat atau kesusahan atau ancaman daripada luar. Kemarahan wujud hasil daripada tindak balas terhadap persepsi ancaman atas sebab konflik fizikal, ketidakadilan, kecuaian, penghinaan atau pengkhianatan. Kemarahan juga boleh dikategorikan sebagai pasif dan aktif. Dalam kes yang aktif, individu tersebut boleh marah secara lisan ataupun secara fizikal. Ketika keadaan yang pasif pula, ianya sering dilakukan secara tingkahlaku yang pasif, permusuhan atau ketegahan hasil daripada kemarahan atau individu yang bersalah itu. Kemarahan juga boleh merancak apabila berdepan dengan sesuatu keadaan yang menjengkelkan. Bagi mengawal kemarahan ini, fasa ketenang sangat perlu selaras dengan perkembangan fisiologi kemarahan. Badan kita perlu berehat kembali ke keadaan yang tenang apabila faktor kemarahan tersebut berkurangan. Jadi dalam mengendalikan kemarahan dengan cara yang betul, kita harus mengurangkan stress di mana jua kita berada dan sifat untuk memaafkan seseorang itu harus wujud dalam individu tersebut.
Kesimpulannya, emosi negative memang adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan ada dalam semua manusia di bumi ini yang normal dan stabil. Kita haruslah bijak dalam megendalikan emosi kita dalam apa-apa jua keadaan yang berada. Kestabilan daripada segi mental dan fizikal sangat penting dan menjadi perkara yang penting dalam melaksanakan apa jua situasi dengan elok. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment