Thursday, August 11, 2011

A131543 Chuah Jun Sen LJ03

A 131543 Chuah Jun Sen LJ03

Salam sejahtera dan selamat petang kepada Dr. Zamri. Pada 10 August 2011, saya telah menghadirikan diri pada kuliah yang bertajuk " Emosi Negatif ", "Teori Asas Adaptasi" dan "Teori Solomon". Sebelum kuliah bermula, Dr.Zamri telah membentangkan satu soalan kepada kami dan mahukan kami membuat refleksi pada soalan itu. Soalannya, apakah faktor yang menyebabkan perbezaan antara kekayaan negara-negara di dunia ini? Usia sesebuah negara?  Sebagai contohnya, negara Eygpt yang sudah bersejarah lama di dunia ini namun kekayaan negara Eygpt kalah jika berbanding dengan negara-negara yang tidak berusia begitu lama seperti Brazil . Jikalau bukan usia sesebuah negara penentu kekayaan, adakah bilangan sumber-sumber semula jadi yang meliputi dalam negara-negara? Contohnya, sumber-sumber semula jadi dalam Jepun tidak begitu banyak dan tidak begitu meluas namun negara Jepun berjaya menjadi negara yang agak kaya di dunia ini, fasiliti, kemudahan dan sistem pengangkutan agak maju dan canggih sekali! Contoh lain ialah negara Singapura, walaupun negara ini hanya dilihat sebagai sebiji titik bulat dalam peta dunia, sumber semula jadi agak kurang, tetapi kekayaannya agak mengejutkan negara-negara lain. Kalau bukan bilangan sumber-sumber semula jadi, adakak warna kulit ? Agama dalam negara masing-masing ? Bukan!!!! Apakah yang penentu kekayaan ialah perangai dan sikap rakyat dalam negara masing-masing! Pada pendapat saya, sekiranya rakyat dalam sesebuah negara ada prinsip-prinsip asas sikap yang baik dan rajin berusaha mengejar kemajuan, makanya negara akan terus maju kerana tiada rakyat-rakyat yang malas dan sudi menjadi parasit, pencetus masalah-masalah social yang akan merosakkan keamanan, kemajuan, kejayaan sesebuah negara! Oleh itu, negara tersebut akan terus maju dan berjaya mendapat kejayaan dari segi kekayaan, keamanan, kestabilan dan kekuatan!

Dalam kuliah bertajuk "Emosi Negatif", kami telah didedahkan beberapa emosi seperti emosi takut, emosi malu, emosi sedih dan juga emosi marah. Emosi Takut adalah tindakbalas emosi terhadap situasi bahaya yang berkaitan dengan emosi bimbang. Emosi ini juga bertujuan menyelamatkan kita dalam situasi yang bahaya. Sebagai contohnya, apabila berhadapan dengan ular, dengan perasaan takut dan perubahan fisiologi dalam badan (jantung berdebar-debar), kita akan bermula melarikan diri kerana kami takut pada bisa ular yang akan membawa kemautan. Manakala, jika ketiadaan emosi takut sebagai isyarat untuk diri sendiri, ular itu akan menyerang kita dan kematian akan berlaku. Di samping itu, emosi takut timbul selepas seseorang mengalami sesuatu perkara yang tidak baik dan perkara menyebabkan dia phobia terhadap sesuatu, atau timbul dari segi benda fizikal atau benda yang agak abstrak. Contohnya, semasa kecil, kanak-kanak akan takut terhadap hantu dan tidak suka berada di tempat yang gelap kerana berpendapat hantu akan menyembunyikan di tempat yang gelap. Kesemua ini adalah benda yang abstrak kerana bukan semua orang pernah melihat hantu.

Manakala emosi malu berasal daripada apabila kita telah melakukan sesuatu aksi yang tidak diterima oleh masyarakat dan aksi ini telah didapati oleh ramai. Biasanya, maruah dan juga penghormatan kita akan terjejas. Malu telah dibahagikan kepada malu personal dan malu professional. Contoh bagi malu personal ialah saya tersilap pakai pakaian, pakaian yang saya pakai telah terbalik, dan ini telah menyebabkan kawan-kawan saya ketawa pada saya. Contoh bagi malu professional ialah artis yang mendapat sambutan yang hangat, memberikan imej yang sihat serta aktif telah ditangkap kerana menghisap dadah, dan ini akan membawa kemaluan kepadanya.

Tambahan lagi, emosi sedih ialah perasaan menunjukkan kehilangan. (mood that display feeling of disadvantage and loss). Pada perspektif saya, emosi sedih boleh timbul semasa peristiwa buruk berlaku pada kita seperti penceraian dengan orang kesayangan, tekanan kerja yang besar, melakukan kesalahan. Kadang-kala, emosi sedih akan dicetuskan oleh sekeping gambar yang mempaparkan memori bersama-sama kawan-kawan yang sudah lama tidak berjumpa, sesebuah lagu. Lagu " Nothing gonna change my love for you" telah melahirkan emosi saya yang sedih selama 10bulan apabila saya dengar lagu ini kerana pencintaan saya terhadap seseorang perempuan tidak berbunga dan lirik dalamnya seperti "if I have to live my life without you near me, the life would be so empty, the night will be seem so long" telah menyedihkan saya kerana lirik telah memaparkan situasi dalam hati saya. Sedih berkaitan dengan sikap seseorang seperti semasa seseorang berada dalam keadaan sedih, dia akan tidak bertutur dengan orang lain atau menjadi seorang pendiam.

Emosi marah boleh diekspresikan secara aktif atau pasif. Melalui kaedah aktif, serangan verbal telah dilakukan oleh pihak yang marah manakala melalui kaedah pasif, pihak yang marah mungkin akan menunjukkan pendiam, sikap yang aggressive atau tension. Apa yang penting pada seseorang adalah dapat mengawal kemarahannya! Jika tidak dapat mengawal kemarahan sendiri, maka porak-peranda dan huru-hara akan berlaku pada diri sendiri dan orang sekelilingnya. Muhammad s.aw. said, "The strong is not the one who overcomes the people by his strength, But the strong is the one who controls himself while in anger." Beberapa telah diajar untuk mengawal kemarahan sendiri. Langkah pertama, mengakui hakikat bahawa anda berada dalam keadaan marah.Langkah 2, menilai samada situasi ini sesuai untuk anda meluahkan kemarahan atau tidak. Langkah 3, sekiranya anda rasa sesuai untuk meluahkan kemarahan tersebut, nilaikan adakah anda perlu menggunakan pendekatan secara langsung atau tidak langsung. Langkah 4, setelah anda bertindak, imbas kembali apa yang telah anda alami dan tindakan anda untuk tujuan membaiki diri.

Seterusnya, Dr. Zamri telah membentangkan kuliah "Teori Aras Adaptasi" kepada kami. Mengikut teori ini, kami bereaksi kepada stimuli berdasarkan tahap adaptasi kami. Setiap orang akan menjalin satu adaptasi terhadap apa-apa jua stimuli automatik. Kalau seseorang hendaklah gembira, dia perlu ada stimuli yang lebih tinggi daripada aras adaptasinya. Sebagai contohnya, apabila saya mendapat keputusan 9As dan 2B dalam percubaan SPM, saya agak gembira kerana sebelum aras adaptasi saya adalah 5As,5Bs dan 1C semasa ujian kedua. Tahap adaptasi saya menjadi tinggi selepas percubaan itu, dan jikalau saya dapat kurang daripada itu saya akan berasa sedih, dan jikalau saya dapat lebih daripada itu saya menjadi gembira. Oleh itu, insan tidak akan puas hati dengan apa yang dia perolehi, apabila orang ada gaji RM 2000, dia akan gembira pada satu tempoh, selepas itu, tahap adaptasinya naik, dia tidak lagi gembira kecuali dia dinaik gaji menjadi lebih daripada RM 2000.

Selepas itu, Dr. Zamri menyampaikan kuliah seterusnya yang bertajuk "Teori Solomon". Teori Solomon merupakan teori ubahsuaian daripada teori adaptasi. Setiap emosi akan menyebabkan emosi yang bertentangan berlaku. Emosi yang bertentangan akan ditahan oleh emosi yang sedang kita berasa. Sesuatu perkara akan mencetuskan emosi pertama dan emosi bertentangan pada satu orang.Makin emosi pertama dirasai, makin kurang emosi bertentangan ditahan. Maksudnya, lama kemudian, emosi bertentangan akan dirasai oleh orang tersebut dan emosi pertama akan hilang atau menjadi lemah dirasai. Contohnya, pada mulanya skydriver berasa lebih takut daripada keseronokan, tapi lama-kelaman, mereka akan berasa keseronokan lebih daripada perasaan takut.

            Secara kesimpulan, dalam kuliah ini saya telah berjaya mempelajari emosi negatif, teori aras adaptasi dan juga teori Solomon. Kesemua ini telah menjelaskan kepada saya bahawa mengapakah sesuatu perasaan akan hilang mengikut masa. Pada pendapat saya, ini adalah satu kebaikan dan juga kelemahan insan. Dengan adanya adaptasi, orang yang sedih kerana kehilangan orang kesayangan dapat sembuh daripada perasaan sedih. Namun, dengan adanya adaptasi, orang yang berbudi kepada kita, mudah kita lupakan dan apabila orang lain membantu kita, kita mungkin akan rasa pertolongannya hanyalah perkara kecil kerana kita sudah biasa ditolong orang. Dengan ini, lahirlah orang yang tidak tahu berbudi dan berterima kasih serta tidak tahu bersyukur kepada apa yang perolehi.

No comments:

Post a Comment