Selamat Sejahtera kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian.Pada 10 Ogos 2011 yang lepas saya telah menghadirkan diri ke kuliah Pengurusan Emosi yang keempat.Ini merupakan kali ketiga saya akan menulis jurnal ini berdasarkan ilmu dan pengetahuan yang telah saya peroleh daripada kelas yang lepas.Pada minggu lepas pensyarah telah mengupas tentang pembelajaran emosi positif,terutamanya kebahagiaan serta kasih dalam sesebuah keluarga atau antara rakan.Kuliah minngu lepas sememangnya membuatkan saya berasa amat rindu terhadap keluarga serta kawan baik saya.Pada minggu ini pensyarah kami,Dr.Zambri telah mengupaskan tajuk tentang emosi negatif.Apakah itu emosi negative dan bagaimana iannya berbeza berbanding emosi positif??
Sebenarnya pada pendapat saya setiap individu mempunyai kedua-dua emosi positif dan emosi negative ini.Semua bergantung kepada tahap mereka menunjukkan atau mengekspresikan tahap emosi mereka.Kuliah kali ini dimulakan dengan sebuah video yang bertajuk "Nature Was Cruel To Us" yang diambil dari "You Tube".Video itu menggambarkan tentang kesan peperangan yang berlaku di negara Palestin.Di dalam video itu saya dapat melihat kesan peperangan dalam kehidupan seseorang.Video itu memaparkan kesedihan dan penderitaan yang dialami oleh masyarakat Palestin.Terlalu banyak kemusnahan yang telah berlaku,ramai yang kehilangan tempat bergantung,kehilangan orang tersayang,tempat tinggal dan sebagainya.Setelah melihat video tersebut saya telah berasa amat sedih dan kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang tidak berperikemanusiaan dan hanya mementingkan mata wang serta keuntungan semata-mata.Saya pasti ramai mangsa negara Palestin akan berasa tiada gunanya hidup di dunia ini lagi.Pada masa yang sama saya terbayangkan Negara kita yang aman damai dan usaha-usaha keras yang telah diharungi oleh tokoh-tokoh Negara kita semata-mata untuk memberikan kita kehidupan aman damai yang kita alami sekarang.Saya berasa amat bersyukur kerana negara kita aman dan damai.
Saya akan mulakan dengan contoh-contoh emosi negative.Sedih,marah,malu dan takut ialah contoh-contoh emosi negative yang mungkin dialami oleh seseorang.Perasaan takut ialah berasa gementar,bahaya atau bimbang dimana perasaan ini dikawal oleh system neuron kita.Apabila kita berada dalam situasi atau keadaan yang takut deria kita akan menghantar rangsangan kepada system neuron dimana tindak balas kepada derian itu akan disampaikan melalui aksi.Sebagai contoh,bayangkan anda sedang berjalan seorang diri di sebuah lorong yang sunyi,seram dan gelap pada pukul dua pagi.Tiba-tiba anda terdengar bunyi yang amat pelik dan suara orang memanggil kamu.Apabila anda menoleh belakang anda ternampak suatu bayang-bayang putih sedang terbang ke arah kamu.Secara tidak langsung akan berlaku perubahan pada badan serta reaksi kamu tanpa kamu sedari.Bulu roma kamu akan menegak,kamu akan mula berpeluh,mata kamu akan terbeliak dan kening kamu akan memanjang.Tanpa berfikir panjang akan pun akan terus lari untuk menyelamatkan diri kamu.Ini merupakan salah satu contoh emosi takut.Saya juga akan berasa takut apabila tidak dapay menjawab soalan yang ditanya oleh pensyarah kerana saya akan berasa malu di depan rakan jika gagal menjawab soalan yang ditanya.Saya pasti ramai lagi yang akan berasa takut untuk alasan-alasan tertentu seperti takut melihat lipas,atau takut akan tempat tinggi dan sebagainya.
Seteruskan kita akan bercerita sedikit tentang emosi malu.Saya pasti emosi malu ini akan dialami oleh setiap individu dalam kehidupan harian mereka tanpa disedari oleh mereka sendiri. Perasaan malu boleh didefinisikan sebagai sesuatu emosi yang tidak menyenangkan selepas berlakunya sesuatu tingkah laku yang tidak senonoh dan tidak diterima secara sosial atau professional dan tingkah laku tersebut didedah kepada orang lain.Perasaan malu ini dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu perassan malu secara persendirian atau perasaan malu professional.Perasaan malu bersifat persendirian atu personal selalunya berlaku apabila perhatian orang lain bertumpu kepada hal-hal peribadi seseorang itu. Perasaan malu persendirian biasanya diekspresikan dengan beberapa reaksi seperti tersipu- sipu, berpeluh, gementar, tergagap- gagap dan gelisah. Sebagai langkah protektif sesetengah orang akan cuba melindungi perasaan malu mereka dengan ketawa atau senyuman terutamanya di situasi etika.Sebagai contoh sekiranya anda telah terjatuh daripada tangga semasa berlari dan insiden ini telah dilihat oleh orang lain.Anda mungkin akan berasa tergagap dan mula ketawa atau berlari dari tempat kejadiaan.Manakala perasaan malu berprofesional adalah keadaan yang memalukan apabila seseorang itu memberi maklumat salah ketika sedang bekerja, gagal menjalankan kerja dengan baik dan apa sahaja keadaan yang berkaitan kerjaya.Melanggar etika di jalan raya boleh juga diklasifikasikan di bawah malu professional. Walaubagaimanapun, pada pendapat saya perasaan malu yang keterlaluan juga boleh menyebabkan seseorang itu kurang keyakinan diri untuk menampilkan diri sendiri serta menyuarakan pendapat yang akan memberikan kesan yang tidak langsung kepada seseorang individu itu. Salah satu akibat malu keterlaluan tidak bertempat ialah individu tersebut tidak mampu berdaya saing dengan orang di sekelilingnya dan menyebabkan dia menjadi individu yang tidak berjaya dimata dunia .
Emosi negative yang seterusnya ialah satu emosi yang amat penting dalam kehidupan seorang pelajar iaitu emosi marah. Perasaan marah ialah sesuatu psikofisiologikal reaksi terhadap kesakitan, kesengsaraan dan keancaman. Kemarahan selalunya dikaitkan dengan reaksi terhadap sesuatu konflik fizikal, ketidakadilan, keabaian, penghinaan atau pengkhianatan. Kemarahan boleh diekspresikan secara aktif atau pasif.Maksud secara aktif ialah dengan menggunakan beberapa aksi-aksi yang tidak berapa sopan.Sebenarnya saya juga akan melepaskan kemarahan dalam bentuk aktif.Jika saya berasa marah saya akan mula membaling apa apa sahaja barang yang saya pegang pada masa itu ataupun menutup pintu dengan kuat sekali.Saya sedar perbuatan ini tidak begitu baik tetapi emosi marah tidak dapat dikawal pada masa itu.Ekspresi pasif ialah apabila seseorang itu akan melepaskan kemarahannya dengan mendiamkan diri, tingkah laku pasif- agresif, sifat bermusuhan dan ketegangan.Saya mempunyai seorang rakan di UKM,dimana dia tidak pernah ekspresikan kemarahannya secara aktif,malah hanya secara pasif.apabila dia menghadapi sesuatu emosi marah dia hanya akan mendiamkan dirinya dan tidak akan bercakap dengan orang yang membuatkan dia marah.Saya sedar bahawa manusia sememangnya unik kerana setiap individu mempunyai caranya tersendiri untuk melepaskan kemarahan juga.
Kini saya akan berceloteh tantang emosi sedih. Perasaan sedih terjadi disebabkan rasa kekurangan dan kehilangan sesuatu atau seseorang. Perasaan sedih yang terlampau boleh menyebabkan kemurungan,ketegangan dan secara tidak langsung boleh menggangu kesihatan badan seseorang dalam jangka masa panjang dengan menghidapi pelbagai penyakit. Selalunya, apabila seseorang itu didalam keadaan sedih, mereka lebih senyap dan kurang bertenaga.Mlah mereka tidak suka untuk bergaul,melayan orang lain atau berinteraksi dengan sesiapapun. Beberapa tanda orang yang sedih adalah kepala tunduk, badan kehadapan dan menggigit bibir. Sedih adalah berlawanan dengan sikap bahagia dan sinonim dengan perasaan murung, muram, suram, dan sayu.
Secara kesimpulannya, kuliah kali ini telah mendatangkan banyak ilmu dan pengetahuan kepada saya terhadap emosi negatif. Saya dapat memahami asas usul kelahiran emosi negatif seperti kesedihan, kemarahan dan sebagainya di seseorang individu. Saya bersyukur kerana ilmu ini dapat diaplikasikan dalam hidup saya sebagai seorang pelajar perubatan yang bakal menjadi seorang doctor yang akan mengharungi pelbagai cabaran dalam hidup.
Sekian Terima kasih.
No comments:
Post a Comment