Thursday, August 11, 2011

jurnal 3

A131629 Jurnal Ketiga
Salam Sejahtera saya ucapkan kepada doctor. Sekali lagi saya ingin berkongsi pendapat saya tentang kuliah kali ini dengan rakan-rakan sekalian.
Pada hari ini, iaitu bersamaan dengan 10 Ogos, saya telah menghadiri kuliah ZT yang merangkumi dua tajuk iaitu Emosi Negatif dan Adaptation Level Theory yang telah disampaikan oleh doctor. Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan beberapa perubaan proses fisiologi, diri dan psikologi.Perubahan ini melibatkan satu set tindak balas automatic,visceral iaitu meluap-luap dan komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan, isyarat dan tingkah laku lain yang dipaparkan oleh seseorang itu. Pada pandangan saya emosi negative ialah emosi yang berhubungan dengan 'peristiwa yang tidak baik'.
                Emosi negatif menghasilkan permasalahan yang mengganggu individu maupun masyarakat. Biasanya, orang menekankan pada emosi yang negatif. Kita semua  cenderung untuk lebih memperhatikan emosi-emosi yang bernilai negatif. Misalnya sedih, marah, cemas, tersinggung, benci, jijik, muak, prasangka, takut, curiga dan sejenisnya. Mereka yang mudah tersinggung, gampang marah-marah, dan berprasangka tidak akan disukai masyarakat. Mereka yang mengalaminya pun tidak akan merasakan sejahtera dalam hidupnya.
Takut ialah emosi yang dikaitkan dengan kerisauan dan kemarahan . Takut ialah salah satu mekanisme ketahanan yang wujud disebabkan oleh stimuli negative yang tertentu. Sebab-sebab ketakutan ialah trauma dan biasanya dikaitrapat dengan keadaan fizikal atau objek. Berikut merupakan expresi muka semasa takut:
*Mata yang besar
*Anak mata mengembang
*Bibir atas menaik
*Kening ke dalam
*Bibir mengembang secara mendatar
Seterunya aspek adalah  Malu. Menurut Wikipedia, Malu adalah satu perasaan negatif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri.Setiap orang yang normal mempunyai perasaan malu. Tetapi setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza mengenai malu. Malu boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Personal Embarrassment dan Professional Embarrassment. Personal Embarassment disebabkan oleh kelakuan sendiri seperti melakukan kesalahan, kalah teruk dalam pertandingan dan didapati membohong. Malu jenis ini selalu bersama dengan perasaan gelisah, tersipu-sipu dan juga tergagap-gagap. Profesional malu dikaitkan dengan malu di tempat kerja, malu tak dapat jalankan tugas dan sebagainya.
Sedih pula merupakan perasaan kehilangan sesuatu atau disebabkan oleh sesuatu keburukan. Selalunya orang yang sedih akan mendiamkan diri, tidak bermaya dan senang berputus asa. Tanda-tanda sedih ialah tunduk, melakukan kerja dengan lewa dan perlahan. Kesedihan adalah bertentangan dengam kegembiraan. Sinonim sedih ialah muran, suram, sayu, dan murung. Marah ialah berasa panas hati kerana ditipu (dihina dan lain-lain), perasaan panas hati, berang, gusar, murka. Marah boleh ditunjuk secara passive(mendiamkan diri atau tension) atau active(percakapan atau perbuatan).Dari segi islam marah ialah symbol lemah. Bila menghadapi situasi yang menyebebkan anda marah, langkah-langkah berikut boleh dijadikan panduan:
1.Mengakui hakikat bahawa anda berada dalam keadaan marah
2. Menilai samada situasi ini sesuai untuk anda meluahkan kemarahan atau tidak.
3. Sekiranya anda rasa sesuai untuk meluahkan kemarahan tersebut, nilaikan adakah anda perlu menggunakan pendekatan secara langsung atau tidak langsung.
4.Setelah anda bertindak, imbas kembali apa yang telah anda alami dan tindakan anda untuk tujuan membaiki diri.
Namun dalam kehidupan yang kita jalani saat ini, banyak orang yang masih hidup dalam penjajahan. Hidup dalam tekanan-tekanan dan penindasan. Maksud penjajahan disini adalah bukan ada pihak/orang tertentu yang ingin menguasai diri kita atau bangsa kita. Maksud jajah disini adalah diri kita dijajah oleh perasaan emosi negatif diri sendiri. Perasaan negatif yang menekan dan membuat hidup seseorang menjadi tidak bebas dan hidup dalam kekuasaan emosi negatif.
Ada beberapa perasaan negatif yang sering membuat seseorang terjajah:
1. Perasaan Ketakutan
Ketakutan adalah musuh besar manusia. Ketakutan sering muncul dalam berbagai aspek hidup manusia dan bila ketakutan sudah menguasai seluruh hidup manusia, maka manusia tersebut sudah menjadi tidak berdaya. Beberapa ketakutan yang sering dialami manusia:
- Takut gagal dalam menjalin hubungan, membangun usaha, study dan lain sebagainya
- Takut tertolak khususnya dalam berelasi dengan masyarakat atau dengan orang-orang terdekat
- Takut melangkah setelah gagal.  Hanya bisa menerima keadaan dan tidak mau berusaha lagi.
- Takut gelap, hantu, bahkan takut akan kematian.
2. Perasaan Marah dan sakit hati
Sering dijumpai dalam lingkungan sekitar kita, orang-orang yang hidupnya dikuasai oleh rasa marah dan sakit hati. Mereka bertindak dan melakukan sesuatu seperti sebuah robot yang terprogram untuk melampiaskan marah dan sakit hati mereka. Biasanya orang-orang yang terkena virus ini mempunyai rasa sakit hati pada seseorang dan belum bisa mengampuni orang tersebut. Ada 'racun' yang bekerja dalam hatinya sehingga mereka membutuhkan pertolongan khusus untuk mengeluarkan racun tersebut.
3. Perasaan bersalah
Masa lalu seseorang yang rusak dimana ia telah melakukan kesalahan dan ia merasa tidak mungkin dimaafkan sehingga masa lalunya tersebut mengendalikan masa depannya. Dalam melakukan segala sesuatu dia melihat kebelakang dan tidak bisa focus untuk ke depan. Mereka terjajah oleh perasaan bersalah yang tidak pernah terselesaikan.
Proses atau paten menangani emosi negatif melalui penerapan-meta  adalah seperti berikut;
6 Langkah
1. Kenalpasti keadaan emosi anda yang bermasaalah.
2.      Selidik tahap keizinan diri anda.
3.      Corakkan satu struktur penerapan keadaan-meta yang baru.
4.      Terapkan keadaan-meta pada emosi negatif dengan resources mental-emosi yg hebat.
5.      Kawal-Kualiti (QC) keizinan itu dan tambahkan rangka-pemikiran yang perlu.
6.      'Install' kan buat masadepan anda.
Akhir kata, Emosi negatif adalah pembunuh jiwa, membantutkan kecemerlangan diri dan memusnahkan kebahagiaan. Memikirkan sesuatu perkara dalam keadaan diri yang penuh beremosi sangat menarik perkara negatif berlaku dalam kehidupan. Andai diri sentiasa dibelenggu oleh emosi negatif maka perkara yang difikirkan ketika itu akan berterusan berkunjung dalam kehidupan anda.
inilah yang perlu anda pelajari,..
1. bagaimana untuk kekal tenang.
2.mengenali minda anda.
3.mengetahui peratusan kekuatan dalaman anda dan cara meningkatkannya.
4.mengetahui bahawa ubat paling mujarab adalah petunjuk dari Allah serta bagaimana mahu menggunakan khazanah Allah ini untuk menjadi hamba yang bertaqwa .
5.mengetahui tahap mazmumah dalam diri dan bagaimana mahu menghapuskannya.
6.mengetahui cara menggunakan kekuatan doa di tahap maksimum dan faham hakikat hanya doa mampu merubah qada dan qadar.
7. tahu cara menggunakan minda sedar dan separa sedar sebagai satu wadah doa setiap saat
8. mendapatkan dunia bebas emosi
9.menjadi insan berminda super.
10.memiliki kejayaan hidup dunia dan akhirat.
 
Tajuk kedua ialah teori aras adaptasi. Konsep asanya ialah kita bertindak terhadan stimuli baru berdasarkan tahap adaptasi pada ketika itu. Aras adaptasi seseorag itu ialah tahap neutral yang berfungsi disebabkan oleh stimuli keadaan yang  tertentu. Menurut Lazarus, Kanner & Folkman 1980 our cognitive appraisal of the situation determine the intensity of our emotional experience,Contohnya, kalau seseorang itu gembira dengan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, gaji yang lumayan, kesihatan yang baik tidak akan begini jika semua tidak kembali ke normal.
Secara keseluruhan saya dapat mempelajari pelbagai jenis emosi positif pada minggu lepas dan emosi negative pada minggu ini. Melalui ini saya sedari bahawa mempelajari tentang emosi dan cara mengawalnyaadalah amat penting bagi setiap insan di dunia ini agar dapat hidup demgan makmur. Teori  Aras Adaptasi juga membolehkan saya mengetahiu bagaimana kita bertindak terhapad stimuli baru di sekitar kita.  Setakat ini sahaja refleksi saya pada kali ini. Sekian terima kasih. :)

.
 

No comments:

Post a Comment