Selamat sejahtera saya mengucapkan kepada Dr. Ahmad Zamri Mansor yang amat kita sayangi dan hormati. Pada 10 Ogos 2011, saya telah menghadiri diri ke kuliah ZT2253 Pengurusan Emosi. Kuliah pada hari ini adalah tentang emosi negatif. Emosi-emosi negatif yang telah dibincang ialah takut, malu, sedih dan marah.
Sebelum memulakan kuliah, Doktor telah menunjukkan sebuah video klip nyanyian yang bertajuk 'Ummi'. Video klip ini menceritakan tentang kasih ibu terhadap anak-anak. Bagi setiap orang, ibu merupakan orang yang paling mulia di dunia. Ibulah yang mendidi, mengajar kita tentang sifat-sifat baik dan menunjukkan kita ke arah yang betul sejak kecil lagi. Kita boleh berterima kasih kepada ibu dengan menyanyikan lagu ini kepadanya. untuk mengenang jasa ibu. Saya percaya bahawa ibu-ibu bagi setiap orang akan berasa gembira selepas mendengar lagu ini. Selepas video pertama, Doktor juga menunujukkan kita video klip yang kedua. Video klip tersebut menceritakan tentang penderitaan rakyat di negara yang sedang berperang, contohnya negara Palestin. Peperangan telah membawa banyak kesan buruk kepada manusia dan juga alam sekitar. Masyarakat Palestin terpaksa hidup dalam keadaan takut dan sengsara setiap hari dan mereka juga perlu bersiap sedia pada bila-bila masa bahawa nyawa mereka sendiri atau orang yang tersayang akan terkorban akibat peperangan. Mereka juga perlu mengalami kesedihan jika orang yang tersayang mati akibat peperangan. Selepas peperangan, masyarakat Palestin kehilangan tempat tinggal, orang yang tersayang dan juga sebuah negara yang pada mulanya aman dan damai. Selepas menonton video klip tersebut, saya berasa sedih atas perbuatan pihak yang hanya mementingkan diri sendiri dan langsung tidak berperikemanusiaan. Mereka berbuat demikian semata-mata untuk mendapatkan keuntungan bagi diri sendiri. Perbuatan ini telah secara tidak langsungnya mengorbankan nyawa-nyawa yang tidak bersalah. Selepas melihat video tersebut, saya berasa amat bersyukur kerana negara kita tidak berperang. Rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan damai. Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada kaum yang berbeza, kita tetap saling membantu dan bekerjasama.
Selepas itu, Dr. Zamri memulakan kuliah yang bertajuk 'Emosi Negatif' yang merangkumi emosi takut, malu, sedih dan marah. Emosi perasaan takut wujud dalam setiap orang. Perasaan takut wujud pada diri kita apabila kita mula berasa risau, gementar dan juga bimbang. Perasaan takut juga merupakan response semula jadi apabila kita berasa diri berada dalam keadaan yang bahaya. Apabila kita berasa takut, deria kita akan menghantar rangsangan kepada sistem neuron. Kita akan mempunyai reaksi-reaksi yang tertentu untuk menyelamatkan diri. Contohnya, apabila saya berjalan berseorangan pada waktu malam di tempat yang sunyi, jika saya merasai diri diikuti oleh seseorang yang tidak saya kenal, saya akan berasa takut dan saya akan mencepatkan pergerakan saya kerana saya berasa diri berada dalam keadaan bahaya. Dalam hal tersebut, berjalan dengan pantas merupakan response saya. Response-response bagi seseornag yang berasa takut adalah seperti beikut: bulu roma menegak, mata terbeliak, kening ke dalam, bibir atas menuju ke atas dan juga mula berpeluh. Perasaan takut juga akan muncul selepas seseorang itu mengalami kemalangan. Dia akan berasa takut selepas kejadian yang tidak baik telah berlaku pada dirinya. Dia juga akan trauma terhadap kejadian tersebut. Contohnya, saya pernah jatuh daripada tangga pada umur yang kecil dan telah menyebabkan tangan kanan terpatah. Selepas kemalangan tersebut,walaupun kejadian itu telah berlalu, saya tetap berasa takut apabila menggunakan tangga sehingga hari ini.
Seterusnya, saya akan membincangkan perasaan malu. Perasaan malu merupakan emosi yang tidak menyenangkan hati kita selepas kita membuat sesuatu yang tidak dapat diterima oleh orang ramai. Perasaan malu ini dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu "Kemaluan Persendirian" dan juga "Kemaluan Profesional". Perasaan malu secara persendirian biasanya disebabkan oleh tindakan seseorang itu sendiri. Perasaan malu persendirian akan mempunyai reaksi-reaksi seperti tersipu-sipu, berpeluh, tergagap-gagap dan juga berasa gelisah. Kadang-kala, seseorang yang berasa malu akan cuba melindungi perasaan malu mereka dengan berketawa atau bersenyum. Contohnya, apabilah saya hilang kawalan semasa berjalan dan hampir terjatuh, saya akan mula ketawa dan cuba mengalihkan perhatian orang ramai terhadap saya. Manakala perasaan malu professional berlaku apabila seseorang gagal menjalankan tugas dengan baik. Perasaan malu ini selalunya berkaitan dengan kerjaya seseorang. Pada pendapat saya, semua orang tidak dapat mengelakkan diri sendiri daripada perasaan malu. Akan tetapi, seseorang tidak boleh bersifat malu secara keterlaluan. Hal ini demikian kerana, jika seseorang itu bersifat rendah diri secara keterlaluan, dia tidak akan berkeyakinan dalam melakukan segala perkara, seperti memberi pendapat sendiri atau memberi ucapan kepda orang ramai.
Perasaan sedih berlaku apabila seseorang itu berasa kehilangan sesuatu. Perasaan sedih yang amat sangat akan mengakibatkan seseorang menghidapi penyakit mental. Apabial seseorang itu bersedih, dia akan memilih untuk berdiam diri dan dia akan merasa dirinya tidak bersemangat untuk melakukan apa-apa perkara. Dia juga tidak berminat untuk bersosial dan berinteraksi dengan orang lain. Oleh itu, aktivi seharian bagi seorang yang bersedih akan terganggu. Kita mudah untuk mengetahui seseorang itu sedang mengalami kesedihan. Antara tanda-tanda yang akan ditunjukkan oleh seseorang yang bersedih ialah kepala tunduk, menggit bibir dan juga perlahan fizikal. Bagi saya, apabila saya berasa sedih, saya akan meletakkan kerja-kerja di sebelah, merehatkan diri dan selalunya saya akan membuat perkara yang boleh menyebabkan saya berasa gembira. Contohnya, saya akan menyaksikan filem-filem yang mempunyai kesudahan yang baik dan bahagia. Saya juga akan mendengar muzik-muzik yang boleh menenangkan hati saya. Dengan melakukan perkara-perkara tersebut, saya akan menjadi riang dan gembira.
Perasaan marah pula merupakan satu psikofisiologikal reaksi terhadap kesakitan dan kesengsaraan. Kemarahan selalunya merupakan reaksi terhadap konflik fizikal, ketidakadilan, keabaian, penghinaan atau pengkhianatan. Selain itu, kemarahan boleh dilauahkan secar aktif atau pasif. Seseorang akan meluahkan perasaan marah secara aktif dengan menggunakan bahasa atau secara fizikalnya. Bagi seseorang yang meluahkan perasaan marah secara pasif, dia tidak akan menunujukkan perasaan marahnya dan tingkah lakunya akan lebih bersifat pasif. Oleh itu, biasanya, orang ramai tidak mudah perasaan seseorang itu sedang marah. Saya merupakan seseornag yang mudah mengalami perasaan marah. Apabila saya berasa marah, saya akan meninnggikan suara saya dan kadang-kala akan mengeluarkan kata-kata yang akan menyedihkan orang di sekiling saya. Tetapi, saya telah belajar untuk mengawal emosi saya dengan baik sejak kebelakangan ini. Apabila saya berasa marah, saya akan cuba menenangkan hati saya dan berfikir sebelum berkata agar saya tidak lagi melukakan perasaan orang di sekeliling saya.
Akhir kata, selepas kuliah ini, saya telah mempunyai ilmu pengetahuna yang lebih tenatang emosi-emosi negatif. Emosi-emosi yang negatif tidak semestinya tidak baik kerana terdapat emosi negatif yang dapat melindunngi kita daripada bahaya. Jika kita pandai menguruskan emosi kita, emosi-emosi tersebut dapat mendorong kita menjadi seseorang yang lebih profesional. Sekian, terim kasih.
No comments:
Post a Comment