Salam sejahtera saya ucapkan. Jurnal ini merupakan jurnal ketiga saya bagi kursus Pengurusan Emosi dan ia adalah berkaitan dengan kuliah yang dihadiri pada 3 Ogos 2011. Sebelum kuliah bermula, Dr Zamri telah menayangkan video yang menarik dan salah satu daripadanya ialah video yang mengenai kasih ibu, di mana penyanyi itu menukarkan lirik lagu "Baby" daripada Justin Bieber kepada lirik yang memuji tentang kasih ibu yang mulia sekali. Video ini menyebabkan saya terfikir tentang ibu saya dan saya haruslah berusaha lagi untuk membalas budinya.
Tajuk hari ini ialah emosi negatif. Pada pandangan saya, emosi negatif itu merupakan emosi yang menyebabkan kami menghilangkan diri sendiri dan menggangu kehidupan seharian kita. Jadi, emosi negatif haruslah dielakkan dengan sedaya upaya. Emosi negatif pertama yang diperkenalkan ialah rasa takut (fear). Ketakutan itu ialah satu respon emosi apabila seseorang menghadapi kebahayaan dan rasa kebimbangan yang keterlaluan. Ketakutan boleh dihasilkan selepas seseorang mengalami sesuatu yang mengerikan. Contoh yang diberi dalam kuliah ialah seorang budak yang pernah jatuh ke dalam perigi dan cuba untuk mengeluarkan diri daripada perigi itu mempunyai besar kemungkinan untuk mendapat claustrophobia (takut kepada ruang tertutup) dan hydrophobia (takut kepada air). Sebenarnya, saya juga rasa takut kepada air, terutamanya berenang di air yang dalam dan saya akan cuba mengelakkan aktiviti atau sukan yang berkaitan dengan air.
Ekspresi wajah yang selalu merangkumi yang berikut: mata menjadi lebih besar, dilasi pupil, bibir atas meningkat, kening ke dalam dan bibir menghulur secara mendatar. Ekspresi wajah yang dinyatakan tadi akan menunjukkan seseorang sedang mengalami ketakutan dan ia merupakan refleks badan kita terhadap ketakutan. Jika seseorang mengalami ketakutan yang melampau, dia akan menurut apa-apa sahaja yang diminta oleh orang lain, tanpa mempertimbangkan fikiran sendiri (sama ada dia rela atau tidak). Bagi saya, usaha untuk mengatasi ketakutan adalah sangat penting kerana seseorang yang hanya tahu menurut permintaan orang lain tidak akan hidup dengan gembira. Saya akan menceritakan pengalaman saya yang gagal untuk mengatasi ketakutan saya. Pada masa kecil, ibu saya telah menghantar saya ke kelas piano. Selepas belajar selama satu tahun untuk Grade 1, cikgu piano memberitahu saya bahawa saya harus menghadiri peperiksaan supaya boleh meneruskan ke Grade 2. Tetapi, disebabkan ketakutan saya untuk menghadapi peperiksaan, saya telah berhenti belajar piano dan tahap saya berhenti juga pada Grade 1. Sekarang sudah besar, barulah saya menyesal tentang tindakan itu dan perasaan kesal ini membesar apabila saya lihat kawan saya yang boleh main piano dengan sedap sekali. Oleh sebab itu, saya berasa bahawa usaha untuk mengatasi ketakutan tidak harus diabaikan.
Emosi negatif yang kedua ialah malu. Malu merupakan emosi yang tidak menyenangkan dengan mempunyai perbuatan yang tidak boleh diterima secara social dan profesional. Seseorang juga akan berasa dia telah menjatuhkan maruah diri sendiri dan tidak mendapat penghormatan daripada orang lain. Dua jenis malu yang telah diperkenalkan, iaitu peribadi (personal) dan profesional. Malu yang berjenis peribadi adalah disebabkan oleh perhatian yang tidak diingini dalam perkara persendirian atau salah faham, seperti didapati berbohong. Respon fisiologi yang boleh dilihat ialah tersipu-sipu, berpeluh, cemas, tergagap-gagap dan gelisah. Sebagai contoh, seseorang sudah kalah dalam satu pertandingan (kes persendirian) dan apabila orang lain bertanya tentang keputusan pertandingan tersebut, seseorang itu akan tergagap-gagap dan seterusnya akan cuba untuk menyembunyikan rasa malunya dengan senyuman. Profesional malu pula banyak berlaku di tempat yang melibatkan tugas-tugas rasmi dan individu tersebut akan malu sampai tidak dapat menjalankan tugas di tempat kerjanya. Sebagai contoh, seseorang telah ditangkap dalam satu tindakan rasuah dan tabiat hidup celebriti yang dipermerhatikan oleh orang awam.
Emosi negatif yang seterusnya ialah sedih. Kesedihan ialah perasaan yang dipaparkan semasa mengalami kehilangan dan kelemahan. Sedih yang melampau akan menyebabkan kemurungan dan pada masa itu, campur tangan pihak profesional menjadi satu keperluan. Apabila saya rasa sedih, saya akan menjadi sangat senyap dan tidak berminat untuk bercakap dengan orang lain. Tanda-tanda sedih yang sangat jelas ialah tunduk kepala, badan menjadi landai dan tidak bertenaga. Menurut Isen dan Forges, keupayaan untuk memproses informasi dipengaruhi oleh mood dan adalah didapati bahawa orang yang gembira menggunakan masa yang lebih pendek berbanding dengan yang sedih. Saya pernah membaca satu novel yang bertajuk "Marley and Me", karya John Grogan yang menceritakan kasih sayang dalam satu keluarga dengan anjing peliharanya. Cerita itu diakhiri dengan sedihnya kerana anjing peliharanya meninggal dunia disebabkan usia tua. Cerita itu mempengaruhi saya dan menyebabkan saya sedih.
Marah merupakan satu respon kepada sakit, kesusahan atau ancaman (benar, dibincangkan atau dibayangkan). Kemarahan boleh ditunjukkan secara aktif atau pasif. Jika secara aktif, orang yang marah itu akan bercakap dengan suara yang besar atau bertindak secara fizikal terhadap orang lain manakala dalam gerakan pasif, ciri-cirinya melibatkan permusuhan dan tension. Fisiologi marah menunjukkan bahawa emosi yang dihasilkan dalam stuktur otak adalah dipanggil sebagai amygdala dan ia bertanggungjawab untuk mengenal pasti ancaman dan mengambil tindakan terhadapnya. Kemarahan haruslah diawal supaya badan kita boleh mula bertenang kepada tahap berehat dan barulah perkara dapat diselesaikan.
Tajuk yang seterusnya ialah teori aras adaptasi. Teori ini mengatakan bahawa tindakan kita terhadap rangsangan adalah berdasarkan tahap penyesuaian kita yang sedia ada. Tahap adaptasi adalah satu titik neutral, oleh sebab itu, hanya perkara yang berlaku melebihi titik itu baru akan menggembirakan kami. Contohnya, seseorang yang mempunyai tubuh badan yang sihat, mempunyai gaji yang tinggi dan mempunyai keputusan yang baik tidak akan gembira melainkan jika hidupnya bertambah baik lagi. Saya memberi satu lagi contoh yang pernah saya tengok dalam kursus Perubatan kami. Pelajar yang biasanya mendapat keputusan yang baik seperti Grade A dalam peperiksaan akhir modul, tidak akan berasa sangat gembira apabila mendapat satu A lagi dalam peperiksaan yang baru diumumkan keputusannya, manakala pelajar yang sentiasa gagal dalam peperiksaan menjadi amat gembira apabila mengetahui bahawa dia mendapat B dalam peperiksaan itu. Hal ini disebabkan aras adaptasi yang tidak sama antara dua golongan pelajar tersebut.
Akhirnya, tajuk yang seterusnya ialah Teori Solomon di mana teori ini adalah pengubahsuaian daripada Teori Aras Adaptasi. Teori Solomon mengatakan bahawa emosi akan mengimbang ke arah titik neutral bukan sahaja pada jangka panjang, tetapi juga bagi jangka pendek. Proses lawanan yang terdapat dalam Teori Solomon menghuraikan bahawa setiap emosi menyebabkan berlakunya emosi bertentangan. Apabila salah satu emosi sedang dialami, emosi yang bertentangan akan ditekan dan dikurangkan. Teori Solomon mempunyai 2 peringkat. Peringkat satu ialah secara automatik dan tidak dipelajari, manakala peringkat kedua ialah peringkat lawanan yang melibatkan emosi yang bertentangan dengan peringkat pertama dan ia menjadi lebih kuat dengan pengulangan. Contohnya, seseorang yang baru menang hadiah wang amat gembira, tetapi dalam peringkat kedua, dia menyesal kerana membelanjakan wang itu terlalu cepat.
Secara ringkas, saya belajar tentang emosi negatif, teori aras adaptasi dan teori Solomon pada kuliah 3 Ogos 2011. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment