Salam satu Malaysia. Kursus Pengurusan Emosi telah diteruskan pada hari Rabu yang lepas, 10/8/2011 dengan tajuk yang seterusnya, iaitu emosi negatif: takut, malu, sedih dan marah. Pertama sekali, mari kita mengenal makna takut (fear). Takut merupakan tindak balas emosi kepada nahaya yang akan berlaku. Emosi ini berkaitan dengan kebimbangan. Takut adalah satu mekanisme survival yang biasanya berlaku sebagai tindak balas kepada rangsangan negative yang tertentu. Takut berkaitan dengan beberapa tahap emosi termasuk kebimbangan, keganasan dan sebagainya. Misalnya, saya akan berasa takut apabila peperiksaan semakin hampir tetapi saya belum bersedia untuk menghadapinya. Saya juga akan berasa takut apabila keputusan peperiksaan akan diumumkan kerana saya berasa malu apabila keputusan itu agak tidak memuaskan. Perasaan takut dan tahap ketakutan itu sesungguhnya tidak sama bagi semua orang.
Perasaan takut boleh disebabkan oleh sebuah kemalangan yang traumatik. Sebagai contoh, jika seorang kanak-kanak telah jatuh ke dalam sebuah perigi yang dalam, dan menghadapi masalah untuk panjat keluar dari situ, dia mungkin akan menalami ketakutan kepada ruang-ruang tertutup (claustrophobia) atau phobia kepada air (hydrophobia). Walaupun rasa takut sering sekali dikaitkan dengan aspek-aspek atau objek fizikal, manusia juga takut pada konsep-konsep yang lebih abstrak. Sebagai contoh, perasaan takut kehilangan kawalan terhadap sesuatu, sebagaimana seseorang itu takut pada ejekan atau celaan sosial (kritikan, penolakan). Ketakutan jenis ini cenderung untuk tidak mempunyai kesan yang sama fisiologi sebagaimana kebimbangan dunia fizikal yang lebih serta-merta. Walau bagaimanapun, ketajutan ini mempunyai hasil tingkah laku yang sama, dan boleh memjejaskan seseorang individu jauh lebih lama daripada yang biasanya dijangka akan takut pada objek fizikal. Dulu, saya seorang yang takut pada lipas kerana kejadian tidak sedap yang berlaku pada diri saya pada zaman kanak-kanak dulu. Ketika itu, seekor lipas telah terbang dan singgah pada badan saya ketika saya sedang terbaring berehat di rumah. Semenjak kejadian itu jugalah saya telah takut pada lipas disebabkan rasa geli pada masa itu. Akan tetapi, selepas saya masuk zaman dewasa, perasaan takut itu telah hilang.
Seterusnya, saya akan mengulas berkaitan dengan ekspresi wajah seseorang yang berada dalam ketakutan. Ungkapan muka takut termasuk komponen-komponen seperti meluaskan mata seseorang dalam menjangka apa yang akan berlaku seterusnya. Selain itu, pupil seseorang juga akan membesar bagi membolehkan lebih cahaya masuk. Kening seseorang yang berada dalam ketakutan juga akan ke dalam. Bibirnya juga akan terhulur mendatar. Seseorang yang berada dalam ketakutan mungkin akan melalui pelbagai peringkat emosi. Satu contoh baik yang boleh dibuat ialah seekor tikus yang diserang. Ia akan cuba untuk melarikan diri sehingga akhirnya dipenjuru oleh pemangsa. Ketika ini, tikus tersebut akan menjadi berseteru dan seterusnya berjuang kembali dengan pemangsa tersebut dengan sedaya upayanya sehingga ia sama ada berjaya melarikan diri atau ditangkap. Manusia juga boleh menjadi sangat tertekan dengan perasaan takut sehingga mereka mengikut keinginan orang lain begitu sahaja tanpa mengambil berat terhadap input dirinya sendiri. Mereka juga mungkin akan menjadi ganas sehingga mungkin akan membawa maut kepada seseorang. Ini dikatakan sebagai satu tindak balas naluri yang disebabkan oleh paras adrenalin yang meningkat dan bukannya keputusan yang dibuat setelah pemikiran yang sedar.
Topik yang seterusnya ialah perasaan malu. Rasa malu adalah satu tahap emosi tidak menyenangkan yang dialami oleh seseorang apabila perbuatan sosial atau profesional yang tidak boleh diterima telah disaksikan oleh, atau didedahkan kepada orang lain. Pada kebiasaannya, terdapat unsur kehilangan kehormatan atau maruah yang terlibat, tetapi tahap dan jenisnya bergantung kepada keadaan. Rasa malu hanya akan diketahui dan dirasai oleh orang yang mengalaminya. Selain itu, rasa malu baisanya membawa konotasi yang disebabkan oleh sesuatu perbuatan yang semata-mata tidak boleh diterima dari segi sosialnya, dan bukannya salah dari segi moral. Rasa malu ini juga sangat subjektif, iaitu, sesuatu keadaan yang dikatakan memalukan oleh seseorang individu tidak semestinya akan menjadi memalukan bagi individu yang lain. Misalnya, ada orang yang rasa bahawa ditegur oleh pensyarah adalah memalukan tidak kira apa jua keadaannya. Ini mungkin akan menyebabkan pertelingkahan apabila perbuatan rakannya telah menyebabkannya berasa malu walaupun rakannya itu tidal berfikiran begitu.
Perasaan malu juga boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu personal dan profesional. Perasaan malu jenis personal boleh disebabkan oleh perhatian yang tidak diingini kepada perkara-perkara persendirian atau kecacatan peribadi atau kemalangan. Kadang-kala, perasaan malu ini disebabkan oleh tindakan peribadi, seperti terperangkap dalam satu pembohongan atau membuat sesuatu kesilapan, atau kalah teruk dalam sesuatu pertandingan, dan sebagainya. Seseorang yang tidak ingin mengundang malu pada dirinya sendiri tidak harus melakukan sesuatu yang mungkin akan membawa malu kepada orang lain. Hal ini adalah disebabkan dia sendiri yang mungkin akan terpaksa menanggung perasaan malu itu. Perasaan malu jenis peribadi biasanya dapat dilihat apabila seseorang itu tersipu-sipu, berpeluh, ketakutan, tergagap-gagap, dan gelisah. Kadang-kadang, seseorang yang berasa malu juga akan cuba untuk menutup rasa malunya dengan sebuah senyuman atau dengan ketawa yang teragak-agak, terutamanya ketika berada dalam situasi beretika.
Perasaan malu jenis profesional berlaku terutamanya selepas kenyataan yang menggambarkan keyakinan seseorang telah sengaja tidak dipedulikan. Perasaan malu akan bertambah dalam keadaan yang melibatkan tugasan rasmi atau kemudahan tempat kerja, jumlah wang atau bahan yang banyak, atau kehilangan nyawa manusia. Misalnya, malu kerana tidak terdaya menjalakan tugas dengan sempurna, seperti mana yang mungkin akan berlaku dalam kerjaya seorang doktor perubatan. Contoh yang lain termasuklah dasar keajaan yang telah gagal, pendedahan amalan rasuah atau kelakuan peribadi selebtiti yang tidak beretika, tabiat peribadi yang tidak dapat diterima oleh norma masyarakat atau berhadapan dengan tindakan undang-undang, atau pegawai-pegawai yang tertangkap dalam situasi peribadi serius yang memalukan.
Sekarang mari kita berbincang tentang perasaan sedih. Kesedihan adalah mood yang memaparkan sifat-sifat lemah dan kehilangan sesuatu. Perasaan sedih yang melampau boleh membawa kepada kemurungan yang mungkin memerlukan campur tangan oleh profesional yang berkelayakan dalam usaha menyelesaikannya. Kebiasaannya seseorang yang sedih akan menjadi senyap, kurang bertenaga dan mendiamkan diri. Dia tidak mempunyai keinginan untuk keluar dan menjadi aktif mahupun keinginan untuk bersosial dengan orang lain. Saya akan mendiamkan diri apabila saya sedih kerana tidak ingin meluahkan rasa sedih itu kepada orang di sekeliling dengan begitu sahaja. Hal ini adalah untuk mengelakkan daripada tersilap kata dan membuatkan orang lain berasa sedih juga.
Kesimpulannya, adalah didapati bahawa orang yang bahagia cenderung untuk memproses maklumat dalam tempoh masa yang singkat dan maklumat tersebut lebih tepat berbanding dengan orang yang berasa sedih yang memproses maklumat secara logik, dalam jangkan masa yang lebih panjang dan dengan kurang tepat (Forgas, 1992, 1994). Oleh sebab itu, adalah dinasihati supaya jangan terlalu sedih terhadap sesuatu keadaan atau perkara yang berlaku ke atas diri kita. Kita harus berfikiran positif dan percaya bahawa segala cabaran dan dugaan akan dapat diatasi dengan baik. Jika terdapat sesuatu yang menganggu diri kita, adalah dinasihatkan supaya bertenang dan cuba meluahkan isi hati tersebut supaya lebih senang untuk pulih dan berasa gembira semula.
No comments:
Post a Comment