Thursday, August 11, 2011

A131956 NURKHALEDATUL FALAH BINTI NUZMA ADIL LJ03

     Assalamualaikum dan salam sejahtera
            Bertemu lagi kita pada jurnal kali ini. Dalam jurnal pada kali ini, saya ingin merumus tajuk kuliah pada minggu ini, iaitu Emosi Negatif dan Teori Aras Adaptasi. Emosi negatif merupakan emosi yang mempunyai nilai negatif seperti takut, malu, sedih dan marah. Setiap manusia memiliki emosi-emosi tersebut dan pernah mengalaminya dalam kehidupan sendiri. Setiap emosi di atas telah diulas dengan lebih lanjut dalam kuliah pada minggu ini.
            Takut merupakan tindakbalas emosi terhadap situasi bahaya berkaitan dengan emosi bimbang. Takut juga adalah mekanisma untuk kelangsungan hidup, berlaku bila ada situasi 'negatif'. Emosi ini timbul akibat kejadian yang member kesan trauma seperti 'laustrophobia', 'hydrophobia' dan sebagainya. Walau bagaimanapun, takut mempunyai tahap-tahap yang tertentu. Sekiranya takut itu telah mencapai batas yang tertentu, ia akan bertukar menjadi emosi lain sama ada negatif atau positif. Dalam kehidupan ini, pelbagai contoh dapat dilihat bagimenggambarkan bahawa takut turut mempunyai tahap tertentu. Melalui video yang telah dipaparkan oleh Dr. Zamri, saya dapat melihat bahawa perasaan takut sewaktu peperangan telah hilang bagi mangsa-mangsa atau tahanan pepernangan tersebut. Contohnya, rakyat palestin.Pada awal peperangan atau tawanan, mungkin perasaan takut terhadap mereka yang berkuasa serta bersenjata akan timbul. Setelah perasaan takut itu mencapai batasnya, ianya telah bertukar kepada berani dan agresif.  Penduduk Palestin yang masih kecil turut mempunyai sifat berani memberontak dan menegakkan kebenaran bagi menuntut bela.
            Emosi negatif yang kedua adalah malu. Malu akan wujud apabila seseorang itu melakukan sesuatu yang tidak diterima dalam pekerjaan atau masyarakat atau melakukan sesuatu yang secara sosialnya tidak diterima. Saya pasti setiap orang pasti mengalami atau melakukan sesuatu yang amat melakukan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Sebagai contoh, memakai baju terbalik semasa sedang berjalan di khalayak ramai. Menurut pengalaman saya sendiri, perasaan malu itu timbul apabila saya tersalah menegur orang yang saya fikir orang itu adalah kawan saya tetapi malangnya orang yang saya itu tidak dikenali. Malu mempunyai dua kategori, iaitu personal dan professional. Malu personal adalah malu apabila perhatian orang lain bertumpu kepada kepada hal-hal peribadi. Sebagai contoh dalam masyarakat kini, apabila seorang wanita atau perempuan yang belum berkahwin tetapi telang mengandung boleh dikatakan sebagai malu personal. Perhatian orang sekeliling akan tertumpu kepada dia dan mengata mengenai kesilapan dirinya. Malu professional pula adalah malu yang melibatkan urusan yang berkaitan dengan pekerjaan. Namun, pada pandangan saya, malu boleh menjadi emosi positif sekiranya ia dipamerkan pada waktu dan situasi yang sesuai.
            Ketiga, emosi sedih. Sedih merupakan perasaan kerugian dan kehilangan di mana jika ianya serius boleh membawa kepada kemurungan serta memerlukan intervensi daripada pakar. Orang yang berada dalam kesedihan akan berdiam diri, tidak bersemangat dan suka asingkan diri mereka daripada bergaul dengan orang lain. Forgas, 1992,1994, mengatakan orang sedih memproses maklumat dengan lebih perlahan dan kurang ketepatan berbanding orang yang gembira. Orang yang sedih juga memerlukan sumber kognitif yang lebih untuk memproses maklumat dengan tepat berbanding dengan orang yang gembira. Melalui pengalaman hidup saya sendiri, apabila saya berada dalam kesedihan, otak saya kurang berfungsi atau berfikir. Sekiranya saya mengulangkaji pelajaran ketika berada dalam kesedihan, saya akan mengambil masa yang lama untuk memahami atau menghafal sesuatu fakta berbanding ketika emosi saya stabil.
            Seterusnya adalah emosi marah. Marah merupakan tindakbalas emosi terhadap kesakitan, ancaman dan sebagainya. Marah boleh diekspresikan secara aktif atau pasif. Maksud diekspresikan secara aktif adalah melalui serangan verbal atau fizikal, manakal secara pasif adalah melalui bermasam muka, perang dingin dan lain-lain. Marah akan bertambah jika kita dapat tahu tindakan yang menyebabkan kemarahan adalah sengaja. Menurut perspektif Islam, kemarahan dianggap satu kelemahan. Namun, apabila seseorang itu berada dalam keadaan marah, segala tindakan atau keputusan yang diambil adalah berdasarkan kemarahan bukan berdasarkan rasional. Tindakan orang yang sedang marah tidak dapat diramal dan boleh mendatangkan kemudaratan sekiranya tidak dikawal dengan baik. Walau bagaimanapun, setiap manusia adalah berbeza. Saya merupakan seorang yang amat sukar menonjolkan perasaan marah. Sekiranya saya marah pada seseorang, saya akan pendam atau simpan dalam hati. Saya tidak mempunyai keberanian untuk meluahkan perasaan marah itu terhadap orang yang sepatutnya. Saya tidak mahu hati orang tersebut terluka akibat kemarahan saya. Saya sedar tindakan saya adalah salah kerana narah yang disimpan lama-kelamaan boleh menjadi dendam. Namun, saya tetap tidak mendapat keberanian untuk meluahkan kemarahan saya.
            Setakat itu sahaja bagi kuliah emosi negatif. Kuliah disambung dengan tajuk yang kedua, iaitu teori aras adaptasi. Teori aras adaptasi merupakan konsep asas kita bertindakbalas terhadap keadaan sekeliling. Pada pandangan saya, teori ini mengisarkan mengenai adaptasi diri seseorang terhadap keadaan sekelilingnya. Melalui pengalaman saya, kehidupan pelajar perubatan adalah berbeza dengan kehidupan pelajar perguruan, hospitality dan lain-lain. Sekiranya pelajar dari fakulti lain yang telah sebati dengan kehidupan yang tenang dan agak lapang diberi prluang untuk menjalani kehidupan sebgai pelajar perubatan, mereka akan dapati kehidupan pelajar perubatan amat memenatkan dan sangat padat. Namun begitu, bagi pelajar perubatan yang telah adaptasi dengan kehidupan sebegitu tidak merasakan ianya amat memenatkan dan sangat padat. Pelajar perubatan akan rasa sangat bersyukur sekiranya dapat cuti sem selama dua minggu tetapi bagi pelajar lain dua minggu amat singkat dan tidak cukupu untuk mereka merasakan nikmat cuti. Hal ini kerana aras adaptasi kehidupan pelajar perubatan dan pelajar fakulti lain adalah berbeza.
            Dalam kuliah ini juga saya turut mempelajari mengenai teori proses berlawanan Solomon. Teori ini merupakan hasil ubahsuai Teori Aras Adaptasi yang dipelopori oleh Richard Solomon. Teori ini mengatakan setiap emosi yang dilahirkan akan mengakibatkan terbitnya emosi yang berlawanan. Emosi adalah berpasangan di mana apabila satu emosi dialami, 'pasangannya' akan ditahan. Terdapat dua keadaan dalam teori ini, iaitu keadaan awal dan keadaan berlawanan. Contohnya sewaktu kami, pelajar perubatan tahun dua ingin mengambil darah orang buat pertama kali. Pada mulanya, perasaan takut dan bimbang menguasai diri. Setelah membuat percubaan pada kali pertama, perasaan tersebut bertukar menjadi gembira dan teruja. Dengan adanya perasaan tersebut, kami ingin cuba melakukannya berulang kali terhadap rakan atau keluarga sendiri. Hal ini kerana kami dapati ianya amat menyeronokkan. Contoh ini menunjukkan keadaaan awal di mana perasaan takut dan bimbang menguasai diri dan keadaan berlawanan, iaitu gembira dan teruja ditahan. Setelah keadaan awal dihasilkan, keadaan berlawanan akan muncul dan menggantikan keadaan awal. Melakukan sesuatu pengalaman emosi akan meningkatkan kekuatan relatif emosi yang berlawanan.
            Setakat ini sahaja jurnal saya pada kali ini. Diharap saya dapat mengaplikasikan apa yang telah saya pelajari melalui kuliah minggu ini dalm kehidupan seharian. Bertemu lagi dalam jurnal yang akan datang. Sekian, terima kasih.
                      

No comments:

Post a Comment