Thursday, August 11, 2011

A131547 Amy Khoo Mei Yee LJ03 - Emosi Negatif

Salam sejahtera kepada Dr Zamri dan kawan-kawan sekalian yang sudi meluangkan masa dalam membaca jurnal saya ini. Pada 10 Ogos 2011, seperti hari rabu yang berlepasan, saya telah mengahri kuliah Pengurusan emosi. Tajuk kuliah pada hari ini ialah "Emosi Negatif – Takut, Malu, Sedih dan Marah".  Seperti biasanya, kuliah ini dimulakan dengan tayangan video yang berkenaan dengan tajuk kuliah. Sebuah lagu daripada Justin Bieber, "Baby" telah ditayangkan, tetapi liriknya telah diubah kepada "ummi", yang bermaksud emak dalam bahasa Korean. Video ini secara tidak langsung telah mengingatkan saya tentang ibu saya. Disebabkan kejauhan, sudah lamalah saya tidak balik ke rumah. Video ini telah mengingatkan saya tentang ibu saya yang  sentiasa sayang dan berkorban banyak demi saya dan keluarga. Kemudian Dr Zamri telah memberikan sedikit perkongsian tentang factor-faktor yang menentukan kekayaan dan kemiskinan sesebuah Negara. Kekayaan dan kemajuan sesebuah Negara tidak tertakluk kepada keluasan tanah, tidak bergantung kepada semacam banyak sumber sumber yang dimiliki, sebaliknya rakyatnya yang banyak mempengaruhi kemajuan sesebuah Negara. Attitude positif yang dimiliki oleh rakyat akan membawa negaranya ke satu tahap yang lebih tinggi dan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Negara-negara maju yang lain. Contohnya, Negara jiran kami, Singapura yang jauh lebih kecil daripada kita dan kekurangan sumber sumber semula jadi, masih dapat bersanjung namanya di globulisasi. Hal ini demikian kerana pemimpin dan rakyatnya mempunyai attitude yang positif dengan mengutamakan Negara mereka. Oleh demikian, terbuktilah factor-faktor fizikal tidak banyak menentukan kemajuan sesebuah Negara.


Selepas itu, bermulanya tajuk kuliah hari ini, "Emosi negative – Takut, Malu, Sedih dan Marah". Tajuk pembelajaran ini merupakan kesinambungan daripada kuliah sebelum itu, "Emosi positif." Pada pendapat saya, sejauh saya fahami, emosi negative merupakan emosi yang tidak diuar-uarkan karana kebiasaanya emosi negative ini akan menjadi halangan kita dalam mencapai kejayaan kehidupan.  Oleh itu, kita haruslah menjauhkan diri dari emosi negative ini dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan minda yang cergas. Selepas itu, Kita telah diberikan beberapa contoh emosi negative.


Yang pertamanya : Takut / Fear. Menurut kuliah ini takut merupakan emosi yang dijanakan apabila kita berada di keadaan yang bahaya dan kerisauan. Ketakutan itu dijanakan supaya kita boleh memberi tindak balas menyelamatkan diri sendiri dalam situasi bahaya.  Contohnya, apabila kita berjalan berseorangan dalam satu loring yang gelap, kita akan berasa takut. Hal ini demikian kerana kita kekurangan rasa keselamatan dan risau sesuatu yang tidak diharapi seperti rampasan akan berlaku pada kita. Oleh itu, ketakutan ini menyediakan kita untul menghadapi perkara perkara yang tidak disangka. Ketakutan biasanya akan detunjukan. Symptom symptom boleh dibahagikan kepada Physiological/Somatic SymptomsPhysiological/Somatic Symptoms.Contohnya: merinding, ketegangan otot, jantung berdebar, tekanan darah meningkat, napas cepat, mulut kering, diare, pusing, sakit perut, ingin pipis. Yang kedua Emotional Symptoms. Contohnya : ketakutan,gelisah, merasa diawasi, merasa diteror. Yang ketiga,Cognitive Symptoms .Contohnya: kekuatiran yang tidak realistis bahwa sesuatu yang buruk sudah dan akan terjadi,sukar berkonsentrasi, ketakutan kehilangan kontrol, ketakutan akan mati, kewaspadaan yang berlebihan, sense of unrealityYang keempat, Behavioral SymptomsContohnya: escape,avoidance, freezing, agresi, ketidakmampuan dalam fungsi bicara & motorik, ketidakmampuan di bidang-bidang kognitif yang kompleks. Ketakutan ini merupakan emosi negative kerana kadang kala ia akan menghalangkan kita daripda mencu ba sesuatu yang baru kerana kita takut akan risknya dan kegagalan. Jadi, tidaklah dapat kita mencapai sesuatu yang lebih lagi tetapi berada sejauh mana kita yang berada sekarang ini.


Selain itu, kita juga diperkenalkan dengan emosi negative yang lain, iaitu malu. Malu adalah satu perasaan negatif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri. Setiap orang yang normal mempunyai perasaan malu. Tetapi setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza mengenai malu. Sehubungan itu, pendapat mengenai apa yang dimaksudkan malu, apa yang mendatangkan malu serta tindakan yang harus untuk mengatasi perasaan malu berbeza-beza dari satu masyarakat ke satu masyarakat yang lain. Ini adalah kerana dalam konsep malu dan segan ini sebenarnya terkandung satu sisitem nilai dan kepercayaan sesebuah masyarakat itu.

Malu dalam masyarakat Melayu mempunyai 3 lapis pengertian, iaitu: Malu Sebagai Perasaan, Malu Sebagai Tanda Harga Diri, Malu Sebagai Fungsi Kawalan Sosial. Malu sebagai perasaan merujuk kepada istilah "rasa malu",, berasa segan silu terhadap kekurangan yang ada pada diri sendiri apabila dibandingkan dengan orang lain Masyarakat Melayu yang hidup secara berkeluarga juga menguatkan lagi fungsi malu sebagai kawalan sosial.Bagi malu sebagai Fungsi kawalan social pula, dalam masyarakat Melayu seseorang itu bukan sahaja akan menanggung malu daripada perbuatannya sendiri malah akan menanggung malu daripada perbuatan ahli keluarganya. Ini adalah kerana keluaraga Melayu yang mempunyai perasaan kekitaan terhadap keluarganya sendiri dan juga kerana masyarakat Melayu menganggap bahawa seseorang itu terikat kepada keluarganya. Misalnya, seorang anak akan menyebabkan ibu bapa mereka malu sekiranya ia telah melakukan sesuatu yang jahat seperti mencuri. Dalam peribahasa Melayu, tindakan anak ini diperikan sebagai "menconteng arang di muka ibu bapa".

Bagi emosi sedih dan marah pula, Sedih merupakan salah satu emosi akibat berhadapan dengan situasi yang mengecewakan, dan muncul akibat penderitaan kerana luka, derita dan sakit. Kebiasaanya, kita akan menangis sebagai tindaqk balasnya.  Tanda-tanda sedih termasuklah tunduk kepala dan fizikal aktiviti yang lambat dan tidak bermaya. Sebab kesedihan boleh di bahagi kepada tiga, iaitu secara fungsi, motivasi dan keupayaan. Menurut Forgas(1998), kesedihan melambangkan sesuatu situasi sosial yang bahaya dan memerlukan lebih banyak perhatian, serta memerlukan proses informasi yang lebih tepat. Isen(1984) pula menjelaskan kesedihan motivasi yang kesedihannya menyebabkan mereka memerlukan lebih banyak usaha untuk mengubah situasi negatif yang dihadapi. Kemarahan pula merupakan satu tindakan psikofisiologikal kepada kesakitan yang dianggap sebagai kesengsaraan atau tekanan negatif. Menurut pandangan Islam, kemarahan merupakan satu tanda kelemahan. Hal ini memang munasabah seperti apa yang Nabi Muhammad s.a.w mengatakan: kekuatan itu bukan keupayaan untuk menguasai orang lain tetapi menguasai emosi sendiri apabila berasa marah.


Seterusnya, teori-teori fisiologikal, kognitf dan psikoanalitik diperkenalkan. Berdasarkan kajian Emo, kebanyakan teori setuju bahawa emosi mempunyai beberapa komponen seperti perasaan subjektif, penilaian kognitif, fisiologikal rangsangan, gerakan badan dan kecenderungan motivasi. Tetapi teori-teori tersebut tidak sentiasanya sama kerana kepentingan relatif bagi pelbagai komponen dan urutan peristiwa yang berlaku.

 

Teori-teori fisiologikal yang telah saya pelajari merangkumi "the James-Lang Theory" yang merupakan teori psikologi yang terlama. Teori ini diasaskan oleh William James(1884) dan disokong oleh Carl Lange(1887). Hipotesis teori ini ialah fiiologikal reaksi terhadap sesuatu rangsangan membangkitkan emosi. Tetapi teori ini dikritik oleh Walter Cannon dengan "the Cannon-Bard Theory". Beliau mengatakan bahawa sistem organ yang mencetuskan tindak balas emosi sangat lambat kepada rangsangan, reaksi emosi timbul sebaik sahaja rangsangan diberi dan tindakan fisiologikal timbul terlalu lambat untuk membangkitkan reaksi emosi itu. Hal ini memang munasabah kerana jantung dan perut memang tidak dapat menghasilkan pelbagai emosi manusia. Pada pendapat saya, teori ini lebih munasabah kerana otak kitalah yang mengawal emosi dan tindakan kita, otaklah yang mengawal organ organ kita yang lain. Jadi, Kita sepatutnya berasa takut sebelum organ organ kita yang bertindak balas untuk menyediakan kita menghadapi ketakutan itu, seperti denyutan jantung yang lebig cepat, berpeuh dan sebagainya.

 

Selepas itu, kita diperkenalkan teori Solomon Teori Solomon yang dicadangkan oleh Richard Solomon (1980) merupakan teori yang diubahsuai dari teori aras adaptasi. Dalam teori Solomon ini keseimbangan emosi dikawal oleh emosi yang berpasangan tetapi bertentangan antara satu sama lain. Contohnya saya berasa gembira dan takut apabila saya naik ke pentas dalam majlis penyampaian kerana ramai orang di bawah pentas sedang menonton saya. Emosi gembira (emosi positif) dan takut (emosi negatif) terdapat dalam diri saya walaupun mereka bertentangan.

Terdapat dua tahap: tahap pertama dan tahap lawan. Pada tahap pertama ialah pada masa kita pertama kali menghadapi sesuatu keadaan dan emosi pada masa itu adalah dijana semula jadi dalam badan kita . Contohnya, apabila kali pertama saya hidup luar rumah semasa matrik dulu. Saya berasa amat tidak senang hati kerana berseorangan tanpa keluarga. Tahap kedua pulak, tahap lawan ialah selepas kita menyesuaikan diri dengan keadaan tertentu. Pada masa itu emosi yang bertentangan dengan emosi yang dilahirkan pada tahap pertama akan bertambah kuat dan lebih lama manakala emosi di tahap pertama akan semakin kurang. Contohnya, apabila saya sudah lama tinggal dekat hostel, saya telah membiasakan diri saya dan tidak lagi berasa kurang senang hati, sebaliknya,tinggal dengan suka hati dengan rakan rakan sebilik saya.


Secara izharnya, emosi negative memang akan membawa kesan buruk kepada kita. Emosi takut, malu, sedih akan menghalangkan kita dalam mencuba Sesutu yang baru. Jadi, perubahan tidak dapat dicapai dan kita akan berada di kedudukan dan situasi yang sama. Fikirlah, jika semua rakyat mempunyai emosi emosi negative ini, Megara Malaysia memang tidak dapat dimajukan dan etap samanya seperti hari ini. Manakala Negara-negara yang lain telah maju dari pembagai bidang. Oleh itu, emosi emosi negative ini sepatutnya kita menghindarkan agar konflik dan perubahan yang baik dapat dicapai. Misi Negara dapat dicapai. Rakyat cemerlang, Negara gemilang!

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment