Thursday, August 11, 2011

A131953 Tuan Ahmad Fadhli Noor Bin Tuan Nordin - Emosi Negatif

      Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada sesiapa yang membaca jurnal hasil karangan saya yang tidak seberapa ini. Saya bukanlah pelajar yang bertulang belakangkan sestera sebaliknya saya adalah pelajar bertulang belakangkan sains, jika ada salah atau silap dari segi penggunaan perkataan atau ayat atau ejaan, ingin saya meminta maaf dari awal lagi dan tegurlah saya. Pertama-tamanya, ingin saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi ruang masa untuk saya siapkan tugasan jurnal pada minggu ini. Sebelum-sebelum ini, tugasan jurnal hanya dapat saya siapkan pada saat-saat akhir sebelum habis tarikh akhir hantar. Jadi pada minggu ini, saya diberi masa yang agak lapang untuk saya siapkan jurnal ini iaitu sehari selepas saya menghadiri kuliah pengurusan emosi yang dikelola oleh Dr. Zamri. Oleh hal demikian, dapat lah saya menulis jurnal ini dengan lebih baik lagi insyaAllah berbanding minggu lepas kerana apa yang dikongsi oleh Dr. Zamri masih panas diingatan saya.
 
      Tajuk kuliah yang disampaikan oleh Dr. Zamri pada minggu ini ialah emosi negative dan juga teori aras adaptasi. Sebelum bermulanya kuliah, seperti biasa, Dr. Zamri akan memainkan beberapa persembahan multimedia yang selalunya menarik. Tetapi pada pendapt saya, tayangan multimedia pada minggu inilah yang paling menarik. Tayangan yang menarik perhatian saya ialah lagu Baby yang dinyanyikan oleh Justin Bieber yang telah diubahsuai oleh seseorang menjadikan lagu itu dialih bahasa menjadi bahasa Melayu tetapi sebenarnya dia tidak alih suara, tetapi dia mereka lirik baru dan lerik itu kena dengan rentak lagu Justin Bieber itu. Bahagian yang paling menarik perhatian saya ialah lirik pada bahagian 'baby,baby,baby,baby,oooo….' Ditukar menjadi 'ummi,ummi,ummi,ummi,ooooo……' . Pengubah lagu ini mengubah lagu ini daripada lagu yang melalaikan kepada lagu penghargaan kepada ibu-ibu di dunia. Dengan adanya pengubahsuain lagu seperti ini, anak-anak muda seperti saya dan rakan-rakan lain akan tertarik untuk turut menyanyi dan jika nyanyian ini sampai kepada ibu masing-masing, sudah tentu ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari akan berasa terharu. Walaupun perkara ini remeh, namun ia tetap memberi kesan terhadap ibu kita semua. Dan saya amatlah mengahargai dan menyokong pengubahan lagu seperti ini. Daripada kita menyanyi lagu-lagu yang melalaikan seperti lagu cinta-cinta tanpa memberi apa-apa manfaat terhadap orang lain mahupun diri sendiri, lebih baiklah kita menyanyi lagu untuk ibu kita yang selama ini bersusah payah untuk membesarkan kita sehingga kita berjaya belajar di universiti untuk mencapai cita-cita kita.
 
      Satu lagi tayangan multimedia yang menarik perhatian saya ialah lagu mengenai saudara saudari kita di Palestin yang teruk ditindas rejim Zionis yang seperti syaitan bertopengkan manusia. Semoga Allah melaknat mereka yang kejam ini di dunia dan diakhirat. Dalam lirik lagu ini, ia memperingatkan kita kesusahan yang sedang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Palestin lebih-lebih lagi di tebing barat. Liriknya tidaklah saya ingat sangat, lebih kurang daripada lirik yang dapat saya ambil ialah, perbezaan maksud takut kita di Malaysia , Negara yang dikatakan merdeka berbanding takut saudara-saudara kita di Palestin, Negara yagn ditindas. Sebagai contoh, kita takut jika kita tidak sempat membeli tiket bas atau kereta api atau kapal terbang untuk balik beraya di kampung halaman masing-masing. Tetapi mereka di sana , takut jikalau ahli keluarga mereka tidak dapat pulang ke rumah atau kampung kerana terbunuh atau ditangkap rejim yang zalim lagi kejam itu. Jadi, dengan tayangan video itu, hati saya amatlah tersentuh. Video itu memperingatkan saya dan rakan-rakan bahawa betapa banyaknya nikmat yang kita kecapi yang tidak kita sedari sehinggalah kita kehilangan nikmat tersebut seperti nikmat keamanan, kekenyangan, nikmat mendapat ilmu dan banyak lagi. "Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?" itulah terjemahan ayat dari surah ar-Rahman dimana ayat ini Allah berfirman dengan berulang-ulang supaya kita sedar, betapa banyaknye nikmat yang kita peroleh. Maka, jika seseorang itu, masih tidak mampu menunaikan syariat yang diwajibkan ke atas kita, umat Nabi Muhammad, tidakkah itu namanya sombong dengan Allah? Dan ingatlah, kita tidak akan dapat masuk syurga dapat dengan rahmat Allah.
 
      Berbalik mengenai kuliah pada 10 Ogos lalu, kami diajar tentang  emosi negative. Takut, marah, sedih dan malu adalah emosi-emosi yang negative. Takut ialah tindak balas emosi apabila kita berhadapan dengan sesuatu yang bahaya. Emosi ini juga berkait dengan perasaan bimbang. Walaupun emosi takut dikatakan emosi negative, namun, takut sebanarnya adalah mekanisme untuk manusia terus hidup dengan keadaan selamat dan mengelakkan memudaratan dan kematian. Sebagai contoh, situasi ketika seseorang itu berhadapan dengan ular yang berbisa, rasa takut akan muncul, rasa ini kemudiannya akan menyebabkan seseorang itu akan cabut lari atau membunuh ular berbisa itu. Tindak balas ini juga dikenali sebagai tindak balas simpatetik. Jika kita renung kembali, kalaulah seseorang itu tidak ada perasaan takut apabila berhadapan dengan ular berbisa itu, kemudian dia mengusik pula ular berbisa itu, sudah tentu ular itu akan mematuknya dan mengalirkan bisanya yang juga dikenali sebagai venom yang boleh membawa maut kepada orang yang dipatuknya. Begitulah perkara yang akan berlaku tanpa rasa takut.
 
    Emosi takut biasa akan secara automatic akan titerjemahkan kepada mimic muka seseorang itu. Antara tanda-tanda seseorang itu ketakutan ialah mata seseorang itu akan luas, anak mata akan mengembang, bibir atas akan naik ke atas, kening akan ke dalam dan bibir akan tertarik secara melintang.
\
      Seterusnya emosi malu.Malu adalah satu emosi yang tidak selesa yang dihadapi apabila seseorang melakukan atau terbuat sesuatu yang tidak diterima secara social mahupun secara professional. Tahap malu yang paling teruk akan berlaku apabila perbuatan seseorang itu akan menyebabkan dia kehilangan maruah. Terdapat dua jenis emosi malu iaitu personal dan prafesional.
 
      Manakala sedih pula adalah rasa tang menggambarkan kekurangan atau kehilangan. Jika perasaan ini terlampau kuat, ianya boleh membawa kemurungan dan seterusnya mampu memukat seseorang itu untuk melakukan perkara yang tidak diterima agama seperti membunuh diri. Kebiasaanya,jika seseorang itu dalam keadaan sedih, seseorang itu akan jadi pendiam, kurang bertenaga dan selalu ingin bersendirian. Menurut kajian Forgas, orang yang gembira akan lebih mudah menyerap sesuatu informasi atau pengetahuan berbanding orang yang sedih. Hal ini boleh dikaitkan dalam kehidupan seorang pelajar. Jadi, pelajar perlu sentiasa rasa gembira jika mahu ilmu yang dipelajarinya menjadi senang untuk difahami dan diingati. Marah pula merupakan tindak balas yang menggambarkan bahawa seseorang itu sedang dalam kesakitan dan kesengsaraan. Berdasarkan pengalaman hidup saya, kebiasaannya, orang yang sedang dakit gigi akan mudah marah. Hal ini juga turur saya alami ketika saya sakit gigi. Menurut Islam, marah adalah tanda kelemahan seseorang kerana setiap kesakitan dan kesengsaraan adalah satu ujian dan dugaan supaya kita bersabar. Firman Allah yang bermaksud, seseungguhnya, Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar. Hal ini demikian kerana, orang yang bersabar adalah orang yang beriman kepada Allah dan hari Kiamat kerana mereka sedar, kesakitan dan penderitaan di dunia hanyalah sementara.
 
      Namun begitu, ada sesetengah situasi perlu kita tunjukkan kemarahan kita seperti contoh jika seseorang itu mengaibkan kita, jika harta kita di rompak atau agama kita dihina. Dalam hal itu, wajib kita tafsirkan perasaan marah kita dengan cara berjuang demi kebenaran.
 
      Sebagai kesimpulan jurnal saya pada kali ini, saya ingin menyeru saya dan rakan-rakan yang membaca jurnal ini, walau setiap apa yang kita lakukan, berpandulah pada agama, kerana agama yang akan menyelamatkan kita dari kejahatan dunia dan akhirat. Wallahu a'alam.
                                                                                                                   

No comments:

Post a Comment